Você está na página 1de 11

ADA KILAUAN DIDALAM GELAP 1

Siapakah yang telah berkorban nyawa didalam usaha memerdekakan tanahair? Sejarah tidak mungkin dapat dipadamkan,
sejak dari kejatuhan kerajaan Melayu Melaka 1511, perjuangan anak bangsa tidak mungkin dilupakan begitu sahaja. Namun
hakikatnya begitulah yang terjadi saban tahun kita merayakan tanggal 31 Ogos. Pejuang kemerdekaan yang sebenarnya
dilupakan, namun yang menjadi agen British diangkat dan dijulang tinggi.

Kita akan cuba menyorot kembali sejarah silam bermula pada tahun 1937 iaitu bermulanya era penentangan British dan
Jepun di Tanah Melayu. KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)begitulah nama yang digeruni penjajah ditubuhkan pada bulan
Mei 1937 di Kamppung Bahru, Kuala Lumpur.

KMM dianggotai oleh nama-nama yang pada hari ini telah merakamkan episod sejarah yang sungguh bermakna kepada
negara, mereka terdiri dari.....

Presiden : Ibrahim Haji Yaakob 


Naib Presiden : Mustapha Hussein 
S/Usaha Agung : Hassan Manan 
S/Usaha : Othman Md Nor 
Bendahari : Idris Hakim 

Ahli Jawatankuasa : 
1. Ishak Haji Mohamad (Pak Sako)
2. Onan Siraj 
3. Abdul Karim Rashid 
4. Bahar Abik 
5. Sulong Chik 
6. Abdullah Kamil 
7. Abdul Samad Ahmad 
8. Mohamad Salehuddin 
9. Ahmad Boestamam 
10.Burhanuddin Al Helmy

KMM ditubuhkan berasaskan ideologi dan berlandaskan demokratik-sosialisme. Berjuang melawan penjajah, antifeudal dan
anti elit birokrat Malaya yang berorientasi Barat. Berjuang untuk penyatuan nasional, berperikemanusian, kemerdekaan
nusa dan bangsa, demokrasi, rasa persaudaran atas asas kebenaran dan kesucian.

Semasa perang dunia ke-2,pendudukan Jepun di Malaya pada Disember 1941 KMM bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun
Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Penjajah British dan tenteranya melarikan diri ke
England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. 

Pada 1942 KMM diharamkan oleh Jepun kerana mempelopori perjuangan kemerdekaan Malaya. Tentera Anti-Jepun Rakyat
Malaya (TAJRM) meneruskan perjuangan bersenjata menetang Jepun. 

UMNO? masa itu UMNO belum ada lagi, belum dilahirkan lagi oleh British. Rahsia UMNO akan kita selongkar episod akan
datang. ~ Adrastos
ADA KILAUAN DIDALAM GELAP 2

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ini telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Parti ini adalah parti
yang mula-mula sekali menjadikan "MERDEKA" sebagai slogannya, dan menjadikan warna merah dan putih sebagai
bendera untuk parti PKMM.

Dengan selogan "MERDEKA" PKMM telah berjaya menghimpunkan seluruh rakyat Tanah Melayu tanpa mengira agama dan
fahaman ideologi. Namun ia tidak mendapat sokongan dikalangan bangsawan Melayu dan juga kakitangan kerajaan (pro
penjajah)

Pimpinan tertinggi PKMM pada awalnya dipimpin oleh Mokhtarudin Laso seorang yang amat keras didalam perjuangannya,
namun beliau menghilangkan diri dan dikatakan bahawa beliau telah ke Sumatera Barat, untuk mengisi kekosongan yang
ditinggalkan oleh Mokhtarudin Laso satu mesyuarat telah diadakan di 'Rumah Merdeka' di Kampung Bahru untuk
menstrukturkan semula PKMM.

Struktur organiasasi PKKM yang baru adalah:

Yang Dipertua Agung : Dr Burhanuddin Al-Helmy Naib 


Yang Dipertua Agung : Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) 
Setiusaha Agung : Zulkifli Aoni 

Ahli Jawatankuasa : 
1. Abdullah CD (Cik Dat Abdullah) 
2. Ahmad Boestamam 
3. Musa Ahmad 
4. Khatijah Ali
5. Abu Bakar Al Baqir

Aishah Ghani telah mengantikan tempat Khatijah Ali apabila PKMM berpindah ke Kuala Lumpur. 'Mak Inang' nama timangan
yang digunakan oleh Aishah Ghani untuk penulisan akhbar rasmi PKMM yang bernama 'Pelita Malaya'. Aishah Ghani telah
meletakkan jawatan setelah beliau menjawat jawatan didalam kerajaan British. Tempat beliau kemudiannya diisi oleh
Shamsiah Fakih dan Zainab Mahmud Baginda.

PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan
penggerak di seluruh Malaya, antaranya:

1. API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah
British dengan persetujuan YDP UMNO Dato Onn Jaafar.

2. AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British
dengan persetujuan YDP UMNO, Onn Jaafar.

3. BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha
disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri
ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas, Johar - Kadir dan Negeri Sembilan - Ibrahim Baba.

4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan
merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.

5. Hizbul Muslimin.Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr
Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno,
Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada
mereka.

6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.
7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan
ke negeri-negeri pada 1947.

8. Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih
Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.

8. Kesatuan Opera Melayu.

9. Persatuan Pemandu Teksi.

10. PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan
persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Pada tahun 1947, iaitu sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan
dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union,
membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA.

Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk kemerdekaan.

Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British
adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL.

HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada
hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.

Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai UMNO), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu.

British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, dan telah menolak Perlembagaan Rakyat dan menggantikan
Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato’ Onn menerajuinya.

Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British
dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) UMNO, Dato' Onn Jaafar.

British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan
menggunakan 'preventive detention' iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.

Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih
2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir
pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS)

AYUH BUKTIKAN BAHAWA UMNO ITU PEJUANG KEMERDEKAAN!!!!

~ Adrastos
ADA KILAUAN DIDALAM GELAP 3

Pada tahun 1952, imperialis British telah melantik Tampler sebagai pengarah gerakan perang kontra revolusioner
merangkap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaya. British waktu itu menghadapi kesukaran yang teruk kerana komplotnya
hendak melakukan perang cepat selesai dalam ketenteran telah menghadapi pukulan yang teruk.

Untuk mengatasi kesulitan ini, imperialis British menyusun stretegi kontra revolusioner yang menyeluruh termasuk
rancangan memperhebatkan serangan tentera, memainkan penipuan politik, mempergiatkan rompakan ekonomi dan
memecah belahkan perpaduan antara bangsa-bangsa.

"harus menggalakkan dan menolong orang-orang Melayu memainkan peranan penuh dalam kehidupan ekonomi Negara kita
untuk membetulkan ketidak seimbangan ekonomi pada masa ini" Inilah arahan yang diterima oleh Templer. Apakah maksud
"menolong orang-orang Melayu" Sudah tentu yang ingin ditolong oleh imperialis British bukan golongan petani Melayu yang
tidak bertanah atau kekurangan tanah dan bukan juga nelayan Melayu yang miskin. Imperialis British sebenarnya bertujuan
hendak membentuk kelas kapitalis birokrat yang terdiri dari kaum birokrat British dan juga anasir bangsawan feudal Melayu
yang menjadi abdi kepada rejim penjajahannya sebagai satu tunggak utama untuk memelihara kepentingan penjajahan
imperialis British.

Untuk melaksanakan arahan tersebut, imperialis British telah mendirikan RIDA pada tahun 1953, kemudian menubuhkan
FELDA pada tahun 1956. Selain itu ia telah mengambil langkah yang sesuai dengan arahan itu untuk mempersiapkan
syarat-syarat kebendan untuk terbentuknya kelas kapitalis birokrat. 

Disini jelas bahawa DEB yang dijalankan oleh Razak dan kemudiannya diteruskan oleh Hussein Onn adalah berdasarkan
kepada arahan yang dibawa oleh Templer dari London. Inilah kelas kapitalis birokrat yang berinduk utamakan UMNO.
~Adrast

ADA KILAUAN DIDALAM GELAP 4 - MELAYU TIPU MELAYU...!!!! ?

Tahukah anda bahawa orang Melayu sebenarnya adalah bangsa yang hebat dan berteknologi?

Ya! betul.... tak tipu... hanya kerana Melayu telah menipu Melayu menyebabkan kita terus hanyut dengan tipu daya
bermatlamat untuk memberikan kehinaan kepada bangsa Melayu dengan cara yang paling licik dan halus.

Kali ini kita menyorot kegemilangan kesulatanan Melaka yang telah mengalahkan tentera Siam, apakah mereka
menggunakan keris dan lembing? 

Teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14, seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini. Kerajaan-
kerajaan Eropah, wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki Uthmaniyyah, Empayer China dan kerajaan Ayutthia
berusaha untuk tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah melatih rakyat mereka
mempelajari cara membuat meriam.

Oleh itu apakah Kerajaan Melaka ketika itu tidak mengambil pengajaran dari perkembangan ini? Sedangkan Melaka adalah
pelabuhan yang terkenal dan paling sibuk waktu itu!

Filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan
lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia. Sungguh memalukan.

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu, mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol, meriam
dan senapang. Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah; baju besi untuk
mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit. Dari mana mereka mengorek rahsia ini? Dari catatan-catatan
sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.

Dalam budaya masyarakat Melayu, Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan
Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia. Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan
panggilannya yang tersohor ‘Pemuras dan Karga’. Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan
berseni.

Senjatapi yang dinamakan Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala.
Dalam Perang Naning, catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini
sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga
berlaku dalam beberapa siri. Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu
menggunakan Pemuras.

Banyak lagi senjatapi yang digunakan oleh orang Melayu, selain Pemuras, satu lagi senjatapi yang bernama Istinggar juga
kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis.
Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat
bernama Tun Saban. Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang
dibuat khas pelurunya. Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari
Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis. Istinggar juga
digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis. Istinggar juga digunakan oleh
penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.

Nah.... jelas sudah bahawa ada agenda tersembunyi yang licik diputarkan kedalam minda Melayu agar Melayu terus
menjadi bodoh dan berangapan mereka adalah masyarakat bodoh sedangkan Melayu telah bertemadun setanding dengan
bangsa-bangsa lain. ~ Adrastos

ADA KILAUAN DIDALAM GELAP 5

Masyarakat Melayu memberikan sokongan kuat kepada Rejimen ke-10 meskipun penjajah serta talibarutnya memberikan
gambaran sebaliknya. Rejimen ke-10 yang dianggotai oleh anak bangsa Melayu dari golongan petani dari 1948 hingga
1953.

Penduduk di Lubuk Kawah contohnya, telah memberikan sokongan padu kepada Rejimen Ke-10, guru-guru agama di
kampung tersebut telah menanamkan semangat patriotik dan jiwa Merdeka serta menyeru mereka menyertai perjuangan
bersenjata menentang penjajah British untuk kemerdekaan tanah air.

Kisah ini tidak mungkin dipadamkan dari buku sejarah, penentangan rakyat terhadap penjajah British untuk menuntut
kemerdekaan tanah air bukan suatu perkara yang mudah kerana di satu pihak lain, mereka lebih senang bersama penjajah
British mengkhianati perjuangan menuntut kemerdekaan.

Adrastos

Mereka ini adalah penjajah, wajah mereka adalah wajah penjajah, pejuang kemerdekaan dipencilkan, yang dijadikan wajah
hiasan tugu ini adalah wajah-wajah penjajah, apakah kita telah merdeka dari penjajahan sebenarnya? atau sekadar
bertukar wajah?

Sempena Ramadhan yang mulia ini mari kita sedekahkan pahala al-Fatihah kepada pejuang-pejuang negara yang
sebenarnya semoga roh mereka dicucuri rahmat dari Allah Taala dan celakalah hendaknya kepada pengkhianat dan tali
barut penjajah. ~Adrastos

Semua orang telah sedia mengetahui bahawa pemerintah tentera Jepun telah memberikan peluang kepada anak-anak
tempatan, terutamanya anak Melayu untuk menganggotai pasukan keselamatan. 

Pasukan tersebut terdiri daripada pasukan tentera, separa tentera, polis atau polis rahsia. Dalam hal ini institusi ketenteraan
yang memberikan peluang kepada anak-anak Melayu ini adalah seperti Giyugun, Boetai, Junsa, PETA dan Kempetai. 

Melalui institusi ini anak-anak Melayu ini dapat menggunakan senjata. Di samping itu ia juga mendedahkan mereka
meningkatkan semangat kesetiaan kepada negara dan pemerintah. 
Umum juga mengetahui antara aspek semangat yang didedahkan ialah semangat mempertahankan negara sehingga titisan
darah yang terakhir. Semangat seshin ini merupakan aspek terpenting dalam perjuangan tentera Jepun menikmati
kemenangan. 

Hal ini juga dinikmati oleh pemuda-pemuda Melayu terutama sekali mereka yang berjuang dalam PETA. Melalui PETA kita
dapat meningkatkan kesedaran dalam mempertahankan negara dan mengenal erti kemerdekaan yang sebenar. Hal ini
nyata apabila Jepun mengundurkan diri.

Selain itu, sistem pendidikan yang sama antara penduduk juga memberikan peluang orang-orang Melayu menerima
semangat kebangsaan. 

Jika dibandingkan dengan sistem Inggeris, mereka tidak memberikan peluang yang sama. Orang-orang Melayu tidak diajar
secara akademik, tetapi hanya dalam bidang kemahiran. Dalam zaman pendudukan Jepun sukatan yang diajarkan meliputi
bidang-bidang Matematik, Pertanian, Sains dan pelbagai subjek akademik lain. 

Hal ini mendedahkan orang-orang Melayu kepada ilmu pengetahuan. Guru-guru Melayu dihantar ke Jepun untuk
menambahkan pengetahuan berbahasa. Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya menambahkan intelek Melayu yang akhirnya
dapat digunakan untuk mencetuskan semangat dan kesedaran nasionalisme.

Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdullah Salleh berkata, walaupun rakyat negara ini pernah menjadi mangsa
imperialisme Jepun, tetapi mereka juga telah menanamkan semangat anti-penjajah.

~Adrastos

Dizaman ini dimana kapal pergerakan bangsa kita sedang mengharongi lautan perjuangan, sudah tentu sekali kapal itu
berhajat kepada suatu chogan yang akan mengenalkan kepada dunia, kapal siapakah yang sedang berlayar dilautan
perjuangan? Selainnya Sang Saka Merah Puteh menjadi lambang sesuatu bangsa. Sesuatu bangsa yang akan
mempertahankan ketinggian saka-nya biar batang tuboh-nya rebah kebumi.

Dunia kapal pergerakan bangsa kita yang terbesar sekali ialah kapal Pertubohan Kebangsaan Melayu (UMNO) dan kapal
Party Kebangsaan Melayu (MNP), sedang bertelagah atas so’al bendera. Pekemam tidak beranjak dari pegangannya bahwa
bendera kebangsaan Melayu ialah Merah Puteh. Sebaleknya pula Pekembar memakai juga Merah Puteh, tetapi ditambah
bulan dan keris.

Darimanakah timbulnya Sang Saka Merah Puteh dan sejak bilakah bendera ini zahir kedunia. Kerana disini tidak akan saya
terangkan bendera mana yang dipakai bangsa kita, biarlah saya kembali ketajok karangan saya untok menerangkan sedikit
riwayat Merah Puteh.

Sejak beberapa abad kebelakang iaitu diabad ke 17 sewaktu kerajaan Madjapahit memegang tampok pemerentahan
seluroh kepulauan Indonesia, adalah lambang Madjapahit Sang Saka Merah Puteh.

Menekala kerajaan Madjapahit lenyap dari muka yang diganti dengan kerajaan Mataram turut sama menjadikan Merah
Puteh chogan pemerentahannya sehingga hari rebah kerajaan Mataram ditahun 1735.

Didalam peperangan Djawa dibawah pimpinan Pangeran Diponegoro bendera Merah Puteh tetap menjadi semboyan bangsa
Djawa yang menentang penjajahan Belanda.

Tanah Melayu pula Melaka lah menggunakan Merah Puteh sebagai saka bangsa. Apabila jatoh kerajaan Melaka pada tahun
1511 Merah Puteh lenyap riwayatnya dikepulauan Indonesia.

Riwayat Merah Puteh hidop semula dengan adanya Congress Indonesia Raya yang diadakan ditahun 1939 bertempat di-
Djakarta. Persidangan itu memutuskan bahwa Merah Puteh adalah bendera kebangsaan Indonesia Raya.

Baharu2 ini Persidangan Partai Kebangsaan Melayu menegaskan bendera kebangsaan Melayu ialah, Sang Saka Merah
Puteh.

Sesunggohnya Merah Puteh mengandong erti yang besar bagi kita. Merah berarti darah, Puteh berma’na suchi. Apa bila
kesuchian mahu dipadam-kan, darah akan tertumpah sebagai pembelaan. Kini terpulanglah kepada kita semua menentukan
bendera manakah yang patut dijadikan lambang perjuangan kita.

- Hamzah

(surat pembaca yang disiarkan dalam majalah Kenchana bilangan 6, keluaran bulan Jun 1947.) ~ Adrastos

SURAT PARTI KOMUNIS MALAYA KEPADA KERAJAAN MALAYSIA

Rundingan damai telah diadakan di Baling pada penghujung bulan Disember yang lalu. Di dalam pertemuan itu PKM telah
mengambil sikap yang paling sabar dan bertolak ansur dan berikhtiar dengan sedaya upaya supaya rundingan itu boleh
mencapai persetujuan supaya rakyat di seluruh negeri boleh bersatu lebih erat lagi dan berjuang untuk melaksnakan
kemerdekaan tanah air.

Oleh itu, parti kami telah menyatakan dengan terus terang bahawa kami sanggup memberhentikan perlawanan-perlawanan
dan menamatkan peperangan asal saja pihak yang berkuasa Malaya sanggup mengambil sikap yang munasabah,
umpamanya membatalkan Undang-Undang Drurat, Memberikan hak-hak demokratik dan kebebasan politik kepada rakyat
seluruh Malaya termasuk orang-orang komunis, menjamin tidak melakukan keaiban politik dan pembalasan ke atas batang
tubuh orang-orang komunis dan anggota-anggota tentera kebebasan dan lain-lain. Tetapi sangatlah dikesalkan kerana
pihak lawan di dalam perundingan itu menolak sama sekali kepada usulan-usulan kami yang munasabah, tetap berpegang
kepada syarat-syaratnya yang tidak menasabah yang memaksa pihak kami supaya menyerah diri, sedangkan syarat-syarat
yang kasar dan tidak munasabah itu tak dapat tidak kami tolak dengan tegas sehingga menyebabkan pertemuan itu tidak
dapat mencapai persetujuan. Dari sini bolehlah nampak bahawa sebabnya pertemuan Baling itu tidak mencapai hasil adalah
sama sekali kerana haluan yang telah lama sedia ditetapkan oleh British sebelum pertemuan itu lagi untuk mengkhianati
rundingan damai tersebut.

Sesudah pertemuan Baling itu, British telah mengadakan rundingan London dengan pihak yang berkuasa Malaya. Hasil-hasil
rundingan itu membuktikan bahawa British telah membuat sesetengah tolak ansur kepada pihak yang berkuasa Malaya,
tetapi Malaya tidakpun mendapat kemerdekaan, Malaya masih tetap sebagai tanah jajahan British. Mesti ditegaskan bahawa
tolak ansur itu telah dibuat oleh British juga kerana menerima tekanan-tekanan dari gerakan kemerdekaan rakyat negeri
kita dan perjuangan parti kami. Apa yang lebih penting lagi ialah British masih mempunyai satu niat jahat yang baru iaiatu
mencuba dengan menerusi sesetengah tolak ansur itu untuk mengumpan sebahagian anasir-anasir atasan Malaya supaya
bekerjasama dengannya untuk meneruskan peperangan bagi mencapai tipu daya niat jahatnya “menggunakan orang-orang
Malaya melawan orang-orang Malaya”.

PKM yang bertanggungjawab untuk menyedarkan rakyat seluruh negeri, menuntut kepada rakyat seluruh negeri supaya
mengambil pengertian yang waras kepada tipu daya kaum kolonial British yang jahat itu. Boleh dipastikan, jika sekiranya
tipu daya British itu berhasil dan peperangan di Malaya terus menerus berkepanjangan, maka bukan saja segala bangsa-
bangsa yang berpersaudaraan di negeri kita akan saling membunuh dan kesengsaraan rakyat di negeri kita akan semakin
bertambah-tambah, tetapi juga ada kemungkinan bagi kaum kolonial menggunakan kelanjutan peperangan dan perpecahan
di dalam Malaya untuk mengetatkan lagi penguasaannya kepada Malaya, melambatkan kemerdekaan Malaya, bahkan
menghampakan sama sekali segala penyerahannya kepada Malaya dahulu.

Oleh itu, PKM berpendapat bahawa kewajipan mustahak bagi segala bangsa, segala lapisan dan segala parti dan
perkumpulan-perkumpulan di negeri kita sekarang ini ialah untuk mencegah perpecahan, meneguhkan perpaduan,
meleburkan tipu daya yang jahat dan bisa dari British iaitu tipu daya “menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-
orang Malaya” dan berjuang untuk kemerdekaan, demokrasi dan keamanan negeri kita.

PKM berpendapat bahawa kemerdekaan, demokrasi dan keamanan Malaya adalah saling berkaitan dan tak boleh dibelah
bagi. Parti kami sedang dan akan berjuang terus menerus dengan tidak sayang menggunakan segala tenaga untuk
memulihkan keamanan. Parti kami menyatakan sekali lagi dengan tegasnya bahawa sebarang percubaan untuk memaksa
parti kami menyerah diri itu semestinya akan gagal, tetapi kalau pihak yang berkuasa Malaya sanggup menamatkan
peperangan dengan bersendikan syarat-syarat yang adil dan menasabah sebagaimana yang kami sebutkan di atas itu,
maka kami adalah mengalu-alukan supaya rundingan-rundingan diadakan semula.

Dengan ikhlasnya kami menasihati lagi kepada pihak yang berkuasa Malaya bahawa orang-orang yang menumpahkan taat
setianya kepada usaha kemerdekaan negeri kita hendaklah dan tidak pula susah dengan penuh kesanggupan meninggalkan
sikap yang dipertahankan oleh British untuk memaksa pihak kami menyerah diri itu, dan mengadakan semula rundingan-
rundingan dengan parti kami di bawah syarat-syarat yang adil dan menasabah, kalau tetap berpegang kepada haluan yang
salah untuk memaksa orang-orang komunis menyerah diri sehingga peperangan tak dapat ditamatkan dan keamanan tak
dapat dipulihkan dengan segera, nescaya akan jatuh ke dalam perangkap British dan merosakkan usaha kemerdekaan
negeri kita, bahkan tidak akan dapat terelakkan daripada tanggungjawab meneruskan peperangan, tidak syak lagi, bahawa
di dalam keadaan yang demikian itu pihak kami akan terpaksa meneruskan penentangan bersenjata yang semestinya bagi
membela kepentingan kemerdekaan bangsa dan tanah air.

Saudara-saudara di seluruh negeri! Bersatu padulah lebih erat lagi, mencegah perpecahan, meleburkan niat jahat British
“menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-orang Malaya” dan berjuang dengan sekeras-kerasnya untuk
kemerdekaan, demokrasi dan keamanan negeri kita! Kita pasti mencapai kemenangan asal saja kita bersama-sama
berusaha.

Jawatankuasa Pusat

Parti Komunis Malaya

5 Mac 1956

* dokumen surat kenyataan PKM ini disiarkan atas kerjasama Muzium Sejarah, Kampung Perdamaian Sukhirin. ~ Adrastos

Selepas menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, PKM sekali lagi mengeluarkan Manifesto bertarikh 1 September
1957 menyeru Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengadakan perundingan untuk menamatkan peperangan. 

Akan tetapi, sayangnya Tunku Abdul Rahman menolak untuk mengadakan perundingan.

MANIFESTO PARTI KOMUNIS MALAYA


(1 September 1957)

Persekutuan Tanah Melayu telahpun dengan megahnya mengisytiharkan kemerdekaan. Ini adalah lembaran baru dalam
sejarah Malaya. Ini bukanlah kurniaan dari sesiapa bahkan adalah buah hasil dari perjuangan yang panjang tempohnya
serta susah payah dari berbagai-bagai kaum, berbagai-bagai golongan, berbagai-bagai parti politik dan oleh orang-orang
perseorangan. Parti Komunis Malaya telah membayar harga yang mahal dan memberi sebesar-besar sumbangan terhadap
perjuangan yang mulia itu untuk kemerdekaan bangsa. Dalam hal ini, Parti Komunis Malaya berserta dengan rakyat seluruh
negara pun merayakan dengan meriah juga atas lahirnya kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu itu.

Umum mengetahui bahawa, lahirnya Persekutuan Tanah Melayu itu hanyalah langkah yang pertama dari kemenangan
dalam usaha kemerdekaan negara kita, dan masih jauh lagi daripada kemerdekaan yang sepenuhnya. Warisan penjajahan
masih mendalam lagi di lapangan politik, iktisad, ketenteraan dan kebudayaan negara kita. Tugas besar dan berat yang
bersifat jangka panjang masih terbentang di hadapan kita, iaitu terus berjuang untuk mewujudkan Malaya baru yang
merdeka penuh, bebas dan demokratik serta aman dan makmur. Untuk melaksanakan tugas yang besar ini, bukanlah saling
berbunuh-bunuhan dan perkelahian dalam negeri, bahkan sebaliknya perlulah adanya perpaduan, persamaan dan saling
tolong menolong di kalangan rakyat dari segala kaum di dalam negara kita; bukanlah memberi untung kepada si penjajah,
malahan ialah menamatkan peperangan bagi melaksanakan keamanan dalam negeri; bukanlah melanjutkan darurat dan
menyekat kebebasan rakyat, malahan mengamalkan demokrasi dan menggerakkan tenaga raksasa rakyat. Dengan
terlaksananya perpaduan kebangsaan, kebebasan dan demokrasi serta keamanan dalam negeri itulah syarat yang pokok
bagi menciptakan Malaya baru yang merdeka penuh.

Negara kita sedang menghadapi dua persimpangan jalan. Satu di antaranya ialah melalui perpaduan bangsa, menamatkan
peperangan dan mengamalkan demokrasi, yang akhirnya kelak akan terdiri sebuah Malaya baru yang merdeka penuh,
bebas dan demokratik, aman dan makmur dari usaha bersama oleh rakyat segala kaum di dalam negeri kita; yang satu lagi
ialah membiarkan si penjajah melaga-lagakan kaum-kaum Melayu, Tionghua dan India, meneruskan peperangan dan
darurat dan menyekat kebebasan rakyat. Akibat dari jalan ini berertilah terus memelihara hak-hak istimewa si penjajah di
dalam negeri kita, sementara itu maka Malaya akan tetap diperhamba dan tidak akan dapat memelihara kemerdekaan dan
hak kedaulatan dalam hal ehwal luar negeri, dan di dalam negeri pula, Malaya akan berada dalam keadaan berbunuh-
bunuhan, kemiskinan dan kemunduran.

Rakyat dari segala kaum di dalam negara kita ini mestilah giat berjuang untuk melaksanakan jalan yang pertama tadi.

Dalam masa yang lampau dan juga dewasa ini, Parti Komunis Malaya telahpun berjuang terus menerus berganding bahu
dengan segala kaum di dalam negara kita untuk mencapai kemerdekaan yang penuh, demokrasi, keamanan dan
kemakmuran bagi Malaya. Bertalian dengan maksud ini maka kami khususnya mengajukan usul pokok seperti berikut di
bawah ini, yang bersendikan atas semangat MANIFESTO PARTI KOMUNIS MALAYA yang telah disiarkan pada tanggal 22,
bulan Disember 1955, dan kami dengan ikhlasnya berharap bahawa rakyat segala bangsa di dalam negara kita mahu
diterimanya dan mendesak pemerintah supaya dijalankan:

--- Memperkukuhkan dan menyelamatkan kedudukan kemerdekaan negara kita:

Menjalankan dasar luar yang merdeka menentukan haluan sendiri. Aman dan tidak memihak, mengadakan perhubungan
diplomatik dengan segala negara. Menentang perang, mempertahankan perdamaian dan jangan mencampuri sebarang
ikatan ketenteraan, bersatu dan bekerjasama dengan negara-negara Asia – Afrika; mendorong percantuman Singapura
dengan Persekutuan Tanah Melayu.

---Menggalakkan perpaduan dan saling bantu membantu di antara orang-orang Melayu, Tionghua dan India serta lain-
lainnya. Dengan bangsa Melayu sebagai terasnya, memelihara hak-hak dan kepentingan yang selayaknya bagi segala
bangsa di dalam negeri ini.

---Menjamin hak-hak demokrasi dan kebebasan rakyat, membebaskan orang-orang salah politik yang cinta tanah air di
seluruh negara; segala parti-parti politik dan badan-badan pertubuhan rakyat yang menumpukan taat setianya kepada ibu
pertiwi – Persekutuan Tanah Melayu, haruslah memperoleh kedudukan yang halal.

---Memelihara dan memperkembang perindustrian kebangsaan, pertanian dan perusahaan, memaju dan memperkembang
kebudayaan, menjalankan pelajaran yang meliputi, dan memperbaiki kehidupan rakyat.

---Menamatkan peperangan, membatalkan Undang-undang Darurat, dan mewujudkan perdamaian dalam negeri.

Harus dijelaskan, bahawa dewasa ini menamatkan peperangan, menamatkan darurat dan mewujudkan keamanan dalam
negeri adalah tugas yang paling mendesak bagi rakyat segala bangsa di seluruh negeri ini. Jika peperangan ini tidak
ditamatkan dan darurat tidak diakhiri, maka rakyat dari segala bangsa di negeri kita ini tidak akan mungkin dapt hidup
bersama dalam damai, dan negara kita akan terus menderita bencana penjajahan, dan cita-cita suci untuk pembangunan
ibu pertiwi kita pun akan menjadi hampa layang.

Parti Komunis Malaya, sejak dari hari tertubuhnya lagi adalah tenaga yang tegas dalam menentang penjajahan dan
bertekun kerana kemerdekaan Malaya. Dalam masa pendudukan Jepun, kita berserta dengan rakyat di negeri kita telah
melancarkan perjuangan bersenjata menentang Jepun. Sejak dari tahun 1948, Parti Komunis Malaya sekali lagi telah
dipaksa melancarkan perjuangan bersenjata menentang penjajah British selama 9 tahun. Peperangan yang seperti itu ialah
dipaksakan oleh penjajah British ke atas rakyat segala bangsa di negeri kita serta ke atas Parti Komunis Malaya. Parti
Komunis Malaya sejak dari dulu hingga sekarang, tidak putus-putusnya menentang perbuatan berbunuh-bunuhan di antara
rakyat dari segala bangsa di dalam negara kita. Parti Komunis Malaya telah tidak putus-putusnya menganjurkan perpaduan
di dalam negara kitaa, bersatu padu di antara orang-orang Melayu, Tionghua dan India serta lain-lainnya mengadakan
ikatan dari pelbagai golongan di dalam negara kita agar supaya berjuang bersama-sama untuk mencapai kemerdekaan
bangsa. Parti Komunis Malaya tidak mahu menyembunyikan kepercayaan dalam cita-cita komunizem, akan tetapi kami
sentiasa berpendapat bahawa tugas Malaya dewasa ini bukanlah melaksanakan komunizem dan sosializem, malahan adalah
mewujudkan kemerdekaan bangsa, demokrasi, kebebasan, keamanan dan kemakmuran.

Tanggal 22 bulan Disember tahun 1955, Parti Komunis Malaya telah mengeluarkan sebuah manifesto untuk
memperjuangkan kemerdekaan, demokrasi dan keamanan Malaya, dan telah menerangkan keinginan yang ikhlas untuk
menamatkan peperangan Malaya. Perundingan di Baling telah berlangsung pada hujung tahun tersebut. Semasa
perundingan tersebut, wakil dari parti kami, Chin Peng telah sekali lagi mengemukakan usul-usul yang menasabah bagi
menamatkan peperangan itu. Yang mendukacitakan ialah, bahawa perundingan itu tidak pun membuahkan hasil, kerana
masa itu Malaya belum merdeka lagi. Dari itu, maka peperangan pun berjalanlah terus-menerus.

Akan tetapi, kini Malaya sudah merdeka. Dari itu, Parti Komunis Malaya sekali lagi merayu sebagai berikut:

Tamatkanlah peperangan dengan segera, wujudkanlah keamanan di dalam negeri!

Untuk menghadapi tujuan ini, Parti Komunis Malaya sekali lagi mengeluarkan pernyatan sebagai berikut:

Kami mahu memberhentikan perjuangan bersenjata ini, menumpukan taat setia kami sebagaimana yang dilakukan oleh
rakyat-rakyat yang lain di dalam negeri kita terhadap ibu pertiwi - Persekutuan Tanah Melayu dan mengambil bahagian di
dalam segala rupa gerakan untuk kemerdekaan, demokrasi dan kemakmuran Malaya, bukanlah dengan cara perjuangan
bersenjata atau kekerasan, malahan dengan cara jalan demokrasi di dalam lingkungan batas-batas Perlembagaan. Adalah
kewajipan dan hak tiap-tiap warganegara mengambil bahagian di dalam gerakan seperti itu; tidaklah beralasan barang
sedikitpun merampas hak yang tersebut tadi dari seseorang warganegara, apatah lagi merampas hak tersebut tadi dari
sebahagian warganegara yang telahpun bersusah payah berjuang dan memberi pengorbanan yang gagah berani untuk
kemerdekaan tanah air.

Kami yakin bahawa peperangan ini boleh ditamatkan dan keamanan dalam negeri dapat diwujdukan. Adalah sangat
merbahaya kepada tiap-tiap bangsa, golongan, parti-parti politik dan orang-orang perseorangan di dalam negeri ini
sekiranya peperangan dan darurat akan diteruskan juga. Ini hanya berfaedah kepada si penjajah yang sangat-sangat suka
merintangi kemerdekaan, demokrasi, kebebasan, keamanan dan kemakmuran Malaya. Ini sama sekali tak dapat dibiarkan
oleh rakyat dari pelbagai bangsa di negara kita.

Bersatulah rakyat segala bangsa di dalam negara kita supaya berjuang untuk menamatkan peperangan, mewujudkan
keamanan dalam negeri dan menciptakan negara kita menjadi negara baru yang merdeka penuh, demokratik, bebas, aman
dan makmur.

Pada tanggal 1 September 1957

Jawatankuasa Pusat
Parti Komunis Malaya

~ Adrastos

Você também pode gostar