Você está na página 1de 7

AL UZLAH (MEMENCILKAN ATAU

MENGASINGKAN DIRI)BHG 1
Ditulis oleh Ustaz Mohamad Rozali Jamil al-Hafiz pada Mei 12th, 2010

Penyakit yang sering menimpa para amilin ialah al uzlah(memencilkan atau mengasingkan
diri).Oleh yang demikian para amilin hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh
membersihkan diri mereka dari penyakit ini.Untuk kita memahami dengan terperinci dan
mengenal pasti penyakit ini maka perbincangan akan mencakupi perkara berikut:

PENGERTIAN AL UZLAH ATAU TAFARRUD

Al Uzlah dari sudut bahasa:ialah menjauh atau menyisihkan.Mengikut kamus lisan


arab()Meminggir sesuatu,atau mengenepikan maka dipinggirkan ia.

Firman Allah S.W.T:

َ‫س ْم ِع لَ َم ْعزُولُون‬
َّ ‫إِنَّ ُه ْم َع ِن ال‬

Sesungguhnya mereka benar-benar dijauhkan daripada mendengar Al Quran itu.


(assyua”ra”)

Maka ayat di atas ialah apabila para jin dipanah dengan bintang Neraka,mereka dihalang
daripada mendengar beriya darin langit seperti yang difirmankan oleh Allah dalam
menceritakan tentang kenyataan jin tadi iaitu:

Firman Allah S.W.T:

‫صدًا‬
َ ‫ش َهابًا َر‬ ْ َ‫س ْم ِع فَ َمنْ ي‬
ِ ُ‫ستَ ِم ِع اآْل َنَ يَ ِج ْد لَه‬ ِ َ‫ َوأَنَّا ُكنَّا نَ ْق ُع ُد ِم ْن َها َمق‬ 
َّ ‫اع َد لِل‬

dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk
mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barangsiapa yang (mencoba)
mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk
membakarnya)(surah jin :9)

Kenyataan jin ini menjelaskan yang mereka dihalang dari mendengar berita-berita dari langit.

Al Uzlah dari segi istilah para daie:

Ialah mengutamakan penghidupan secara berseorangan dengan meninggalkan penghidupan


secara berjamaah.Cara yang demikian menjagikan seseorang amylin merasai sudah cukup
untuknya mendirikan islam dalam dirinya sendiri,tanpa memperdulikan orang lain ,sekalipun
orang lain menghadapi kebinasaan atau kehilangan,atau seseorang itu cuba menegakkan
islam dalam diri sendiri.Kemudian secara berseorangan ,ia berusaha sedaya upaya untuk
menegakkannya di kalangan orang ramai tanpa meminta pertolongan dan sokongan para
amylin lain yang sama-sama berada di medan perjuangan.

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA AL UZLAH ATAU AL TAFARRUD


Terdapat beberapa sebab yang menjadikan seseorang itu bersikap al uzlah(mengasingkan
diri),diantaranya:

1-Berpegang dengan sebahagian dari nas-nas syarie yang mengalakkan seseorang itu
beruzlah ,tanpa mengambil kira nas syarie yang lain yang mengalakkan kepada hidup
berjamaah.

Memang terdapat sebahagian nas syarie yang memuji perbuatan uzlah bahkan ianya
mengalakkan.Sabda Rasulullah S.a.w:

ْ ‫ش ُك أَنْ يَ ُكونَ َخ ْي ُر َما ِل اَ ْل ُم‬


‫ يَفِ ُّر بِ ِدينِ ِه ِمنْ اَ ْلفِتَ ِن‬،‫سلِ ِم َغنَ ًما يَتبع بِها ِ شعف اَ ْل ِجبَا ِل َو َم َواقِ َع اَ ْلقَ ْط ِر‬ ِ ‫يُو‬

Bermaksud :Akan berlaku di mana sebaik-baik harta orang islam ialah kambing yang ia
mengekorinya ke puncak bukit dan di tempat mengalirnya air sebagai laluan bagi
mengelakkan agamanya dari fitnah.

Maksud hadis di atas samalah dengan apa yang pernah dijawab oleh nabi s.a.w. kepada
soalan yang dikemukakan pada baginda.

‫ {ثم مؤمن في شعب من‬:‫ ثم من ؟ قال‬:‫ قال‬،}‫ {مؤمن يجاهد بنفسه وبماله في سبيل هللا تعالى‬:‫أي الناس أفضل؟ قال‬
‫ ويدع الناس من شره‬،‫الشعاب يعبد هللا‬

Bermaksud :Yang mana satukah sebaik-baik manusia?Baginda menjawab:lelaki yang


berjuang di jalan Allah dengan harta dan dirinya .Orang  itu bertanya:Lepas itu siapa pula?
Baginda menjawab: seseorang yang beriman yang tinggal terpencil di lereng-lereng bukit
dengan menyembah Allah sebagai tuhannya dan meninggalkan manusia dari kejahatannya.

Maksud hadis yang sama telah diriwayat oleh huzaifah bin al yaman di mana baginda pernah
bersabda:

‫ ولو أن تعض على أصل الشجرة حتى يدركك الموت وأنت على ذلك‬،‫ فاعتزل تلك الفرق كلها‬ 

Bermaksud:Jauhkan diri kamu dari puak-puak itu kesemuannya sekalipun kamu terpaksa
memgigit perdu kayu dengan gigi sehinggalah kamu mati dalam keadaan begitu

Baginda Rasulullah s.a.w:

‫من خير معاش الناس لهم رجل ممسك عنان فرسه في سبيل هللا يطير على متنه كلما سمع هيعة أو فزعة طار‬
‫عليه يبتغي القتل والموت مظانه أو رجل في غنيمة في رأس شعفة من هذه الشعف أو بطن واد من هذه األودية يقيم‬
‫الصالة ويؤتي الزكاة ويعبد ربه حتى يأتيه اليقين ليس من الناس إال في خير‬

Bermaksud:Di antara penghidupan yang baik bagi manusia ialah lelaki yang memegang tali
kengkang kuda dalam berjuang di jalan Allah ,kemudian ia memecut di atas belakang
kudanya ,apabila mendengar suara tempikkan yang memberangsangkan dengan harapan
untuk membunuh atau dibunuh,atau lelaki yang tinggal bersama-sama kambingnya di antara
puncak-puncak bukit atau di lembah ini dengan mendirikan sembahyang ,mengeluarkan
zakat dan menyembah Allah sehingga datang kepadanya mati dan kedudukkannya di
kalangan manusia sentiasa dalam keadaan baik.
Disamping nas-nas di atas terdapat beberapa nas syarie lain pula menyeru manusia bergerak
di bawah panji-panji jamaah dan hidup bersama-sama jammah seperti difirmankan oleh Allah
s.w.t.

ِ ‫وتَ َعا َونُوا َعلَى ا ْلبِ ِّر َوالتَّ ْق َوى َواَل تَ َعا َونُوا َعلَى اإْل ِ ْث ِم َوا ْل ُع ْد َو‬
‫ان‬

Bermaksud:

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan
tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pergaduhan(surah al maidah 2).

Firma Allah s.w.t:

‫ص ُموا بِ َح ْب ِل هَّللا ِ َج ِمي ًعا َواَل تَفَ َّرقُوا‬


ِ َ‫َوا ْعت‬

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai
berai(surah al Imran 103)

Firman Allah s.w.t:

‫وص‬
ٌ ‫ص‬ُ ‫صفًّا َكأَنَّ ُه ْم بُ ْنيَانٌ َم ْر‬ َ ‫إِنَّ هَّللا َ يُ ِح ُّب الَّ ِذينَ يُقَاتِلُونَ فِي‬
َ ‫سبِيلِ ِه‬

Bermaksud: Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam


barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh(surah
as sof 4).

Nabi s.a.w. juga bersabda:

‫ من أراد بحبوحة الجنة فليلزم‬، ‫ و هو من االثنين أبعد‬، ‫ فإن الشيطان مع الواحد‬، ‫عليكم بالجماعة و إياكم و الفرقة‬
‫الجماعة‬

Bermaksud:Hendaklah kamu semua elakkan dari perpecahan dan kamu semua hendaklah
bersama jammah.Sesungguhnya syaitan akan bersama dengan seorang yang berseorangan
dan menjauhkan diri daripada orang yang berdua.Dan sesiapa inginkan hidup di tengah
syurga maka ia hendaklah bersama jammah.

Rasulullah bersabda :

‫يد هللا مع الجماعة‬

Bermaksud: Tangan (kekuatan) Allah bersama jamaah

Nabi bersabsa lagi:

‫ فان من‬.‫ والجهاد فى سبيل هللا‬, ‫ و الهجرة‬, , ‫ و الطاعة‬, ‫بالجماعة و السمع‬: ‫انا امركم بخمس هللا تعالي امرني بهن‬
‫ و ان صام و صلي ؟‬: ‫فارق الجماعة قيد شبر فقد خلع ربقة االسالم من عنقه اال ان يراجع فقالوا يا رسوهللا‬
‫”و ان قام و صلي وزعم انه مسلم‬: ‫قال‬

Bermaksud:Aku menyuruh kamu dengan lima perkara di mana Allah menyuruh aku dengan
lima perkara tadi: Bersama jamaah,dengar dan patuh ,berhijrah dan berjihad di jalan
Allah.Maka sesungguhnya sesiapa yang keluar meninggalkan jamaah kadar sejengkal maka
ia telah mencabut ikatan islam dari tengkoknya sehinggalah ia kembali semula(bersama
jamaah).Mereka (sahabat)berkata:Wahai Rasulullah s.a.w. sekalipun orang itu
bersembahyabg dan berpuasa? Baginda bersabda. Sekalipun mereka bersembahyang dan
berpuasa dan beranggapan ianya seorang muslim.

Para amilin yang berpegang dengan nas-nas yang awal berkaitan dengan mengalakkan
beruzlah dan melupai atau sengaja melupakan hubungan dengan nas-nas lain yang menyeru
kepada pergaulan berjamaah dan hidup di dalam lingkungannya ,tidak dapat tidak akan
ditimpa penyakit al uzlah atau tafarrud.

2-Berpandu kepada perlakuan al uzlah yang pernah dilakukan oleh sebahagian


golongan salaf tanpa memahami tentang suasana yang mendorong mereka berbuat
demikian.

Kadangkala pelakuan al uzlah adalah dipengaruhi oleh perbuatan golongan salaf,di mana
golonga ini mengutamakan hidup beruzlah dari mencampuri dan bergaul dengan
jamaah.Cuba perihatikan perkataan nabi Ibrahim a.s. kepada kaumnya seperti yang disebut di
dalam al quran:

ِ ‫وأَ ْعتَ ِزلُ ُك ْم َو َما تَ ْدعُونَ ِمنْ د‬


ِ ‫ُون هَّللا‬

Dan aku akan menjauhkan diri darimu dan dari apa yang kamu seru selain Allah(surah
Maryam 48)

Adapun yang mendorong Nabi Ibrahim a.s. berbuat demikian adalah melaksanakan program
perubahan dan pemulihan.Apabila ia mendapati kaumnya masih bertegas untuk terus berada
di dalam kekufuran,di mana ianya begitu merbahaya dan dibimbangi akan berlaku fitnah
kepada agama,maka baginda terus menubggalkan mereka dan memencilkan diri.

Abu Zar dan Ibnu Umar juga beberapa orang sahabat yang bersama mereka pernah
memencilkan diri dari jamaah muslim.Mereka hidup bersendirian semasa berlakunya
fitnah(peperangan sesama mereka).Apa yang mendorong mereka berbuat demikian semata-
mata bertujuan untuk memelihara tangan mereka dari dicemari oleh darah orang yang tidak
berdosa di man Allah sendiri membersihkan darah-darah mereka itu Juga mereka tidak
mengetahui pihak mana yang betul dan mana yang salah.

Imam Malik bin Anas,Imam Dar al Hijrah (al Madinah)menghabiskan sisa hidupnya dalam
keadaan beruzlah dan jauh dari orang ramai.Alasan beliau berbuat demikian adalah bagi
mengelakkan diri dari bertembung dengan pihak berkuasa pada waktu itu demi
menyelamatkan darah orang-orang islam.

Sesungguhnya mana-mana amilin yang membaca tentang al uzlah yang oernah dilakukan
oleh tokoh-tokoh tadi,tanpa mengambil kira suasana dan keadaan yang mereka hadapi sudah
pasti akan mendorong melakukan perbuatan yang menyerupai mereka.Tindakan demikian
sudah tentu akan melibatkan diri mereka dengan beruzlah yang pasti jauh dari suasana
jamaah,Sekali pun perbuatan itu tidak ada tabrirnya(tidak aada justifikasinya)

3-Beranggapan bahawa hidup berjamaah akan menghilangkan kewibawaan individu dan


menjejaskan keperibadian.
Dalam masa yang sama ia juga melupai tentang manhaj al islam dalam mengimbangi di
antara kepentingan individu dan kepentingan jamaah.

Kadang kala sebab yang mendorong seseorang amilin itu kepada perlakuan uzlah ialah
kerana ia beranggapan dengan peryertaan dalam jamaah ,maka kewibawaan dirinya akan
hilang dan ketokohannya juga terjejas.Dia akan jadi pak turut,kalau orang ramai baik dia
akan baik sebaliknya kalau mereka jahat dia akaan jahat dan dia melupai pertimbangaan
tenteng kepentingan individu dan kepentingan jamaah.

Manhaj islam sebenarnya berperanan menyeru setiap individu agar berada di dalam jamaah
da ia hendaklah terus berada di bawah naungan jamaah,seperti yang telah diterangkan
sebelum ini.Selain dari itu hendaklah ditegaskan kepada setiap anggota jamaah bahawa
mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas setiap tindakan yang dilakukannya
sendiri.Ayat berikut hendaklah dinyatakan kepada mereka:

‫َواَل تَ ِز ُر َوا ِز َرةٌ ِو ْز َر أُ ْخ َرى‬

Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain(surah fathir 18)

ٌ‫سبَتْ َر ِهينَة‬ ٍ ‫ُك ُّل نَ ْف‬


َ ‫س ِب َما َك‬

Tiap-tiap diri bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya,(surah muddathir 38)

‫ش ْيئًا‬ ٍ ‫س عَنْ نَ ْف‬


َ ‫س‬ ٌ ‫اَل ت َْج ِزي نَ ْف‬

seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikitpun(surah al baqarah 48)

َ ‫ َولَ ْو أَ ْلقَى َم َعا ِذ‬ ٌ‫صي َرة‬


ُ‫يره‬ ِ ‫سانُ َعلَى نَ ْف‬
ِ َ‫س ِه ب‬ َ ‫بَ ِل اإْل ِ ْن‬

Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendirimeskipun dia mengemukakan alasan-
alasannya.(surah al qiamah 14-15)

‫َي ٌء َولَ ْو َكانَ َذا قُ ْربَى‬


ْ ‫َوإِنْ تَ ْد ُع ُم ْثقَلَةٌ إِلَى ِح ْملِ َها اَل يُ ْح َم ْل ِم ْنهُ ش‬

Dan jika seseorang yang berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul dosanya itu
tiadalah akan dipikulkan untuknya sedikitpun meskipun (yang dipanggilnya itu) kaum
kerabatnya(surah al fathir 18)

Oleh yang demikian anggota jamaah adalah berkewajipan memberi nasihat kepada setiap
jamaah dengan mengikut lunas-lunas,adab dan tatasusila tanpa mengambil kira setinggi mana
pun kedudukan ahli yang dinasihati itu.Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:

‫ وألئمة المسلمين وعامتهم‬، ‫ ولرسوله‬، ‫ ولكتابه‬، ‫ هلل‬: ‫ لمن يا رسول هللا ؟ قال‬: ‫ قلنا‬، ‫الدين النصيحة‬

Bermaksud:Agama itu nasehat.” Kami bertanya, “Untuk siapa wahai Rosulullah?” Beliau
menjawab, “Bagi Allah, kitabNya, dan rosulNya, dan bagi para pemimpin Islam, dan bagi
muslimin umumnya.

Dalam Hadis yang lain baginda s.a.w bersabda:


‫المؤمن مرآة المؤمن و المؤمن أخو المؤمن يكف عليه ضيعته و يحوطه من ورائه‬

Orang mukmin laksana cermin bagi mukmin yang lain (untuk membetulkan diri)orang
mukmin adalah saudara bagi orang mukmin ,ia menjaga saudaranya dari kehilangan dan
orang mukmin dijaga oleh rakan di belakangnya.

Para sahabat telah pun hidup bersama-sama Rasulullah s.a.w dan selepas kewafatan
baginda ,mereka telah hidup bersama-sama mereka.Sungguhpun demikian ,kita tidak pernah
mendapati walau  seorang pun dari mereka yang terjejas kewibawaannya kerana berada
bersama jamaah. Apa yang kita lihat mereka sentiasa menghayati dan beramal dengan
nasihat,syura,amar makruf dan nahi mungkar.Pernah diantara mereka berkata pada
Umar:”Sekiranya kami mendapati engkau melakukan penyelewengan ,maka kami akan
betulkan engkau dengan pedang ini,”

Dengan cara dakwah yang demikian akan terbinalah entiti yang unggul dalam diri setiap
muslim yang berketerampilan dan jelas sempadan serta panduan yang akan diikuti.Maka pada
masa itu perasaannya akan sentiasa berada di dalam keadaan sedar dan berjaga-jaga atas apa
yang menyentuhnya sekalipun jauh.Sesungguhnya anggapan sedemikian dan kelalaian
tentang hakikat tadi pasti akan mngheret seseorang amilin kepada beruzlah,yang sudah
semestinya ia dihinggapi oleh wabak yang begitu merbahaya.

4-Kealpaan untuk memahami tentang tabiat bebanan apabila bersama jamaah dan
bergaul dengan orang ramai.

Kadangkala punca mendorong sesorang itu melakukan Uzlah adalah kerana kegagalan
memahami tabiat atau nature bebanan yang perlu ditanggung apabila melibatkan diri dalam
jamaah dan bergaul dengan orang ramai.Sebenarnya bebanan begitu banyak dan besar.Ianya
melibatkan seleruh kehidupan insan dari mula penglibatan hinggalah ke hari akhirnya tanpa
kesudahan.

Kebiasaannya bebanan yang ditanggung itu adalah bercanggah dengan kemahuan


sendiri.Sekiranya para amilin gagal membuat perhitungan tentang perkara ini,dia akan
mengabaikan dirinya dari tazkiyyah,tarbiyyah dan mujahadah.Ekoran dari itu ,dirinya akan
dikuasai oleh perasaan hawa nafsu.Dengan berlalunya hari,ia akan menjadi semakin lemah
dan tidak mampu lagi untuk memikul bebanan tadi.Maka pada masa itu,ia akan cuba mencari
jalan penyelesaian .Dalam mencari penyelesaian tadi ia tidak berjumpa sebarang jalan dan
apa yang dijumpai ialah Uzlah.

5-Membuat ukuran bahawa bergaul dengan orang ramai akan menganggu tumpuan
beribadat ,pada hal ia tidak memahami pengertian ibadat yang sebenar.

Kadang kala dorongan kepada al uzlah ialah berpunca dari ukuran yang diletakkan
dihadapannya atau dihadapan orang lain bahawa bergaul dengan orang ramai akan
menganggu tumpuan untuk beribadat seperti solat,puasa,membaca al quran
,berdoa,berzikir,tafakur dan lain-lain lagi.Pendirian yang demikian mengambarkan dia tidak
memahami pengertian ibadat yang sebenar .Pengertian ibadat yang sebenar ialah seperti mana
yang ditegaskan oleh ibnu taimiyyah .

Ibadat merupakan nama jami’ yang mecakupi semua perlakuan yang disukai dan diredhai
oleh Allah dari perkataan dan perbuatan,sama ada yang zahir atau yang batin.Maka
sembahyang ,zakat,puasa dan haji adalah ibadat.Doa,istifar,zikir dan membaca al quran
adalah ibadat.Bercakap benar,menunaikan amanah,berbuat baik kepada ibubapa dan
menyambung silaturrahim adalah ibadat.Menunaikan janji adalah ibadat,menyeru kepada
kebaikkan dan menyuruh kepada yang ma’aruf,mencegah kemungkaran dan berjihad
menentang kufar dan golongan munafiqqin adalah ibadat.Berbuat baik kepada jiran ,anak
yatim,orang-orang miskin,orang yang bermusafir,khadam atau pekerja,mengasihi orang yang
lemah dan tidak berupaya,bertimbang rasa kepada binatang adalah ibadat.Begitulah juga
halnya mencinyai Allah dan Rasulnya,takutkan Allah,menyerahkan diri kepadanya,ikhlas di
dalam agama kerana Allah,bersabar dalam menerima hukuman Allah ,redha keatas apa yang
ditentukan oleh Allah ,bertawakal kepada Allah ,sentiasa mengharapkan rahmat Allah,takut
kepada Allah dan lain-lain yang seumpamanya itu adalah ibadat.

Pengertian ibadah yang dinyatkan oleh syekih islam ibnu taimiyyah itu telah diperkukuh
dengan al quran dan al sunnah.

6-Merenungi ke atas berbagai rupa seksaan dan penderitaan yang menimpa para
amilin agama Allah sepanjang sejarah dan melupai tentang sikap dan pendirian
mereka.

7=Mendampingi rakan Islam  yang memilih alUzlah dan bersendirian sebagai cara
hidup.

8-Berbilang pertubuhan dab jamaah yang bekerja untuk agama Allah.

9-Kealpaan tentang kesan yang timbul hasil dari perbuatan al-Uzlah sana ada yang
berkaitan dengan amilin atau amal islami.

Bersambung………………

Terjemahan dari kitab dr sayyid muhammad noh bertajuk “Rintangan Dalam Perjalanan”

Você também pode gostar