Você está na página 1de 2

AKB48(atau akihabara48) adalah satu kumpulan idola remaja perempuan yang

diterbitkan oleh Akimoto Yasushi.

Sebagaimana nama kumpulan ini, AKB48 buat masa ini mempunyai keanggotaan
seramai 48 ahli yang dibahagikan kepada 3 Team (kumpulan): Team A, Team K dan
Team B dengan setiap satunya mempunyai 16 anggota.

Kumpulan ini mempunyai teater mereka sendiri di Akihabara (satu kawasan di Tokyo)
dimana mereka membuat satu persembahan pada hari bekerja dan dua persembahan pada
hari Sabtu dan Ahad. Tiket berharga 2000 yen untuk lelaki, 1000 yen untuk wanita dan
kanak-kanak. Untuk Himawari-gumi, tiket persembahan ditetapkan pada harga 3000 yen
untuk lelaki, 2000 yen untuk wanita dan kanak-kanak.

Setakat ini, Akihabara48 telah mengeluarkan lapan album single - dua dibawah label
indie, dan enam lagi dibawah label DefSTAR Records - tiga unit single, enam album,
enam DVD dan empat buku foto (photobook).

Anggota kumpulan Oshima Yuko, Kojima Haruna, Ono Erena, Noro Kayo, Minegishi
Minami, Maeda Atsuko dan Kasai Tomomo telah berlakon dalam filem Densen Uta
dengan aktor Matsuda Ryuhei. Goi Michiko menyanyikan lagu tema 'Boku no Hana'
untuk filem ini.

Baru-baru ini, 18 anggota baru telah dimasukkan ke dalam satu kumpulan baru yang
dikenali sebagai AKB48 SEED, dengan kesemua mereka menjalani latihan dan muncul
di latar dengan berkemungkinan dapat berpeluang menganggotai kumpulan utama.

Walaupun mereka tidak bekerja bersama sehingga sekarang, Team A dan Team K
bersama empat lagi anggota AKB48 SEED akhirnya bersama membuat persembahan dan
dikenali sebagai Himawari-gumi. Kumpulan ini hanya sementara, dan setiap ahli masih
dikenali sebahagian dari kumpulan asal mereka.

Sejarah
Pada bulan Julai 2005, Akimoto Yasushi mengadakan satu ujibakat untuk satu kumpulan
idola perempuan berdasarkan teater. Daripada 7,924 yang mendaftar, 45 telah berjaya
dalam pusingan pertama. Akhirnya hanya 24 orang sahaja yang terpilih untuk
menganggotai kumpulan. Pada bulan Disember 2005, kumpulan ini telah muncul buat
pertama kalinya di dalam teater mereka dengan hanya 20 orang, yang kemudiannya
dikenali sebagai Team A. Pada Januari 2006, Shinoda Mariko menggotai kumpulan ini
dan menjadikan dia anggota terbaru Team A. Uemura Ayako dan Usami Yuki
kemudiannya keluar (graduated) pada tahun yang sama.

Pada Disember 2005, ujibakat baru telah diumumkan dan telah dijalankan dengan
kerjasama syarikat telekomunikasi Jepun NTT DoCoMo. Ia merupakan ujibakat pertama
dimana setiap peserta dikehendaki menghantar video penyertaan mereka melalui telefon
bimbit. 19 dari 11,892 penyertaan telah dipilih untuk menyertai AKB48, tetapi hanya 18
sahaja yang telah menyertai kumpulan ini yang dikenali sebagai Team K pada April
2006.

Pada Oktober 2006, satu lagi ujibakat telah diadakan untuk mewujudkan Team B dan 18
anggota baru telah dimasukkan pada Disember 2006.

AKB48 muncul dengan album single pertama mereka Sakura no Hanabiratachi pada
Februari 2006 yang mencatat tangga #10 dalam carta Oricon dan 22,011 unit telah terjual
dalam minggu pertama - sesuatu yang amat mengejutkan bagi satu kumpulan dibawah
label bebas. Pada Ogos 2006 mereka menandatangani kontrak dengan DefSTAR
Records, satu label sebahagian daripada Sony Music Entertainment. Single pertama
mereka dibawah DefSTAR Records, Aitakatta. telah dikeluarkan pada 25 Oktober 2006
dan mencapai tangga #12 carta Oricon.

Pada bulan Disember 2006, satu perubahan telah dilakukan keatas ketiga-tiga kumpulan,
Urano Kazumi, Watanabe Shiho, dan Hirajima Natsumi dari Team A telah dimasukkan
kedalam Team B. Ori Ayumi telah keluar (graduated), tetapi muncul bersama unit
Crayon Friends from AKB48 selepas keluar.

Pada 31 Januari 2007, single keempat AKB48 (kedua dibawah DefSTAR Records)
Seifuku ga Jama wo Suru telah dikeluarkan dan mencapai tangga ke 7 Oricon iaitu yang
tertinggi setakat ini. Terdapat spekulasi menyatakan lirik dan video muzik
menggambarkan "enjo kosai" - iaitu pelacuran bawah umur secara rela, tetapi ini tidak
pernah dinyatakan kesahihannya. Single yang seterusnya, Keibetsu Shiteita Aijou,
menggambarkan tema pembulian melalui lirik dan video muzik.

Pada April 2007, Team B telah dimasukkan ke dalam laman web rasmi AKB48, dengan
kekurangan sebanyak lima anggota. Ini menyebabkan kesemua anggotanya turun dari 53
ke 48, yang menggambarkan nama kumpulan itu sendiri.

Imai Yu, Hoshino Michiru dan Takada Ayana telah keluar (graduated) lebih kurang pada
waktu yang sama pada Jun 2007. Walaubagaimanapun, Takada telah muncul dalam video
muzik single keenam BINGO!, yang dikeluarkan pada 18 Julai 2007.

Você também pode gostar