Você está na página 1de 6

PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH DAN DISIPLIN MURID

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KULIM 2011

BIL AKTIVITI/PROGRAM TARIKH TINDAKAN /CATATAN

1 Program Kepimpinan Pengawas 12.02.2011 Su Disiplin/Su UBK

2 Program 2 bulan 1 budaya ( JALINAN KASIH )


Guru UBK, Guru Disiplin
1. Beratur/tertib Jan-Feb
2. Sifar Ponteng /Lewat Mac – April Semua Guru
3. Program 4S Mei- Jun
4. Sekolahku Sayang Julai-Ogos

3 Ceramah Disiplin( Mencari Juara) 22.02.2011 Semua Murid Tahap 2

4 Ceramah Kesihatan Diri 01.03.2011 Murid Perempuan


Tahap 2

5 Program Insan Berakhlak Mulia 10.05.2011 Murid Salah laku disiplin

6 Bulan Antidadah Ogos Guru UBK


Guru PPDa

7 Kaunseling Individu dan Kelompok Sepanjang Tahun Guru UBK

NZS11-
PROGRAM 2 BULAN 1 BUDAYA

Budaya positif di sesebuah sekolah merupakan suatu perkara yang penting bagi memupuk suasana yang
harmoni di sekolah. Tanpa budaya yang positif, sekolah akan menjadi terumbang-ambing dan
menyebabkan suasana tidak harmoni berlaku.
Tidak dinafikan penerapan budaya yang positif secara tidak langsung akan dapat membantu pihak
sekolah dalam menangani masalah disiplin di kalangan pelajar.Maka dengan itu, kempen 2 bulan 1
budaya~ JALINAN KASIH ~ diwujudkan bagi menimbulkan suasana positif di kalangan warga SKSK.
Kempen JALINAN KASIH ini adalah seperti berikut:

BUDAYA SOPAN DAN TERTIB


Jalinan Kasih yang wujud antara pelajar dengan pihak pengurusan sekolah dan guru melalui program ini
member ruang untuk mengukuhkan Budaya Adab Sopan. Adalah sukar untuk mengubah budaya kasar
dan tidak tahu menghormati orang lain kepada budaya yang mementingkan budi bahasa dan adab
sopan.Pelajar perlu sentiasa ditegur dan didik agar beratur dengan tertib setiap kali bergerak ke bilik-
bilik khas , kantin maupun ketika waktu pulang dari sekolah. Pemantauan dan kerjasama semua guru
akan dapat merealisasikan hasrat ini.

SIFAR PONTENG
Program Jalinan Kasih diharapkan dapat memberi banyak ruang untuk menyemai, menanam dan
mengukuhkan nilai-nilai murni kepada pelajar.Kempen ponteng sifar/lewat perlu dilaksanakan dengan
berkesan. Nama-nama pelajar yang tidak hadir serta bilangan hari yang tidak hadir akan diumumkan
semasa Perhimpunan Rasmi hari Ahad.Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang sering lewat perlu
diumumkan nama mereka seperti pelajar yang ponteng tadi.

BUDAYA 4S
(Salam,Sapa,Senyum,Smart)

Salam
Iaitu memberi salam bagi pelajar islam bila berjumpa dengan guru-guru atau sesama rakan pelajar Islam.
Selain itu Salam Sejahtera bagi pelajar bukan Islam bila berjumpa dengan guru atau rakan –rakan bukan
Islam. Kebaikan memberi salam dikalangan warga SKSK akan dapat mengeratkan hubungan dan menjadi
suasana lebih mesra dan ceria dikalangan warga SKSK.

Sapa
Iaitu bertanya khabar bila berjumpa,seperti” apa khabar cikgu”Cikgu Sihat? Awak bagaimana hari ini?
Dan sebagainya. Amalan memberi sapa ini akan dapat merapatkan hubungan di antara warga sekolah di
antara cikgu dengan murid, cikgu dengan cikgu, pelajar dengan pelajar,dan antara guru,pelajar dengan
pekerja.

-NZS11-
Senyum
Iaitu member senyuman dengan ikhlas serta bermanis muka.

SMART
Iaitu pelajar akan diterapkan dengan budaya bersih dan kemas. Pelajar-pelajar mestilan berpakaian
kemas, rambut pendek, kuku dipotong, baju yang lengkap dengan name taq,lencana sekolah dan
memakai tali leher.

Diharapkan seluruh warga SKSK dapat memgamalkan 4S bagi membantu pihak sekolah mencapai visi
sekolah iaitu cemerlang dari segi kurikulum,kokurikulum dan sahsiah menjelang 2012.

SEKOLAHKU SAYANG

Bermaksud membudayakan amalan bermuafakat dan sentiasa menjaga kebersihan sekolah terutama
bagi pelajar-pelajar daripada latar belakang keluarga yang tidak mengutamakan nilai-nilai tersebut.
Pelajar perlu dipupuk dengan budaya penyayang dan cintakan sekolah. Pelajar akan sama-sama
menjaga kebersihan dan keindahan kelas mereka, tandas, kawasan persekitaran dan tidak merosakan
atau mencuri harta benda sekolah. Hukuman dan denda akan di kenakan kepada pelajar yang
melakukan kesalahan membuang sampah di merata-rata tempat serta merosakan harta benda sekolah.
Kekerapan memberi tunjuk ajar dan pengiktirafan kepada pelajar akan mewujudkan kesan positif
kepada pelajar dan juga sekolah.

Adalah diharapkan agar program JALINAN KASIH ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Komitmen yang jitu dari semua pihak amatlah diharapkan . Semoga dengan kegigihan dan keikhlasan
pihak sekolah serta guru-guru akan memberi yang terbaik kepada pelajar –pelajar yang memerlukan
bantuan untuk dibangunkan .Insyaallah modal insan yang bertapak di SK Sri Kulim akan dididik dan
dicemerlangkan. Bagi golongan pelajar yang tidak dapat dicemerlangkan dari segi akademik mereka
mereka akan menamatkan persekolahan berbekalkan ilmu dan kemahiran serta nilai-nilai murni yang
membantu mereka melalui rencah kehidupan agar menjadi insan yang berguna dan tidak mudah
kecundang ke arah unsur-unsur negatif Insyaallah.

-nzs11-
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KULIM
09000,KULIM
KEDAH DARUL AMAN

PROGRAM
2 BULAN SATU BUDAYA

anjuran
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SKSK
BUTIRAN PROGRAM
~ JALINAN KASIH~

a) Dilaksanakan mengikut tarikh-tarikh berikut:

1. BUDAYA TERTIB DAN SOPAN~


03.01.2011- 30.02.2011

2. SIFAR PONTENG / LEWAT


01.03.2011- 30.04.2011

3. PROGRAM 4S
01.05.2011- 30.06.2011

4. SEKOLAHKU SAYANG
01.07.2011- 30.08.2011

b) Perlaksanaan

bi) Perasmian untuk setiap budaya akan diadakan pada setiap hari Ahad
awal bulan.

bii) Guru bertugas perlu menyebut dan memperingatkan murid2 tentang


budaya yang cuba diterapkan pada bulan tersebut di perhimpunan pagi.

biii)Pengiktirafan akan diberikan pada murid-murid yang mengamalkan


budaya-budaya tersebut.

bvi)Pengawas akan dipertanggungjawabkan untuk memantau murid-murid


dan mencatat nama murid yang dirasakana layak untuk mendapat
penilaian.Manakala pengawas akan dinilai oleh guru pengawas.

bv) Penglibatan dan kerjasama daripada semua guru akan membantu


menjayakan setiap program yang akan dibudayakan.

Você também pode gostar