Você está na página 1de 4

ELEKTROD.

 Elektrod merupakan logam penambah dalam kimpalan arka .Ianya disalut dengan
bahan lakur yang mana campurannya terdiri daripada beberapa jenis bahan tertentu
dan mempunyai pelbagai fungsi ketika kerja kimpalan dilakukan.

Penghasilan Elektrod

 Elektrod kimpalan arka pelindung (SMAW) adalah sejenis elektrod bersalut lakur
yang habis guna (consumable) yang terdiri dari berbagai jenis bergantung pada jenis
logam teras dan juga kandungan salutan elektrod berkenaan.

Kandungan Pancalogam Teras Elektrod

 Kandungan logam teras elektrod adalah terdiri dari pancalogam yang bergantung
kepada ciri-ciri penggunaan elektrod berkenaan.

 Jenis pancalogam bagi teras elektrod adalah mangan, silicon, sulphur, fosforus dan
karbon.

Jenis Salutan Elektrod

 Bahan campuran salutan elektrod terdiri dari beberapa bahan yang bergantung kepada
ciri-ciri penggunaan elektrod.

 Antara bahan-bahan campuran yang terdapat pada salutan elektrod ialah serbok besi,
oksida-titania, sodium silikat, potassium, asbestos, ferros-manganese.
 Salutan elektrod terbahagi kepada tiga iaitu:

i. Salutan nipis (tidak bersalut).

ii. Salutan sederhana.

iii. Salutan tebal.

Fungsi Salutan Elektrod

i. Menghasilkan gas pelindung.


ii. Menghasilkan jeremang penutup kumai
iii. Menstabilkan arka
iv. Mengandungi campuran untuk ciri-ciri khas penggunaannya.

Salutan elektrod juga boleh dikategorikan kepada 3jenis iaitu:

i. Rutile
ii. Selulos
iii. Serbuk besi.

Elektrod dikelaskan mengikut sistem yang ditentukan oleh sistem piawaian yang diterima
pakai di sesebuah negara. Di Malaysia piawaian yang biasa digunakan ialah AWS (American
Welding Society) atau ASTM (American Standard for Testing Materials). Sebagai contoh
terdapat tiga spesifikasi bagi elektrod Keluli Lembut. Iaitu:

- AWS A5.1 – 55 T
- ASTM A233 – 55 T
- CSA W48.1 – 1952 (kanada)

Elektrod boleh dikodkan mengikut sistem penomboran seperti E6013, E6011, E6010, E7018
dan sebagainya. Setiap huruf dan nombor mempunyai pengertian tertentu. Sebagai contoh
E6013 / MS6013:
Abjad/angka Huraian
E Bermaksud elektrod.
MS Bermaksud Mild Steel (keluli lembut)
60 Daya kekuatan tensil/tegangan/rengangan.
Contoh : 60 000 p.s.i
1 Kedudukan mengimpal :-
1 – Semua kedudukan
2 – Semua kedudukan kecuali menegak
3 – Rata dan menegak bagi kimpal kembi
4 – Rata sahaja
3 Sifat – sifat khas seperti jenis salutan, jenis arus dan kekutuban, penusukan dan
sebagainya :-
0 – Kekutuban
1 – Jenis sanga
2 – Jenis arka
3 – Penusukan
Elektrod juga boleh dikelaskan mengikut :

- Cepat penuh ( E6024, E6027)


- Kelajuan tinggi (E6012, E6013)
- Cepat beku (E6010, E6011)
Terdapat juga elektrod yang menggunakan kod warna oleh pengeluarnya. Kod warna yang
digunakan menerangkan tentang kekuatan tensil, kedudukan mengimpal dan juga pilihan
arus.
Contoh: E 7024

Elektrod dikategorikan kepada tujuh kumpulan, iaitu:

- Keluli lembut
- Keluli ‘low alloy’
- Keluli tahan karat
- Pengerasan permukaan
- Nikel dan pancalogam nikel
- Aluminium dan pancalogam aluminium
- Kuprum dan pancalogam kuprum

Você também pode gostar