Você está na página 1de 2

SEJARAH PERSATUAN WANITA

JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH (PEWANIS)1


OLEH: JEBON JANAUN2

PeWaniS:
Wanita Penggerak Pendidikan

Sejak tahun 1990 hingga tahun 2000 ketika Jabatan Pelajaran Negeri Sabah di bawah
Y.Bhg. Datuk Seri Panglima Dr. Haji Hasbollah bin Hj. Mohd. Taha dan Datuk Kamal
D.E. Quadra, mantan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, kakitangan wanita Jabatan
Pelajaran Negeri Sabah hanya mengikuti aktiviti PUSPANITA Negeri Sabah yang
diketuai Datin Hjh. Salmah Abdullah dan Datin Rahimah Ahmad.

Pada tahun 2003, Allahyarham Datuk Dr. Hamdan Hj. Mohammed, Pengarah Jabatan
Pelajaran Negeri Sabah pada ketika itu bersama dengan isterinya, Yang Berbahagia
Datin Rohani Nordin telah mencadangkan kakitangan wanita di Jabatan Pelajaran
Negeri Sabah menubuhkan Persatuan sendiri tanpa berada di bawah mana-mana
persatuan lain agar ia dapat memperjuangkan keperluan pegawai dan staf wanita yang
bertugas di ibu pejabat Pelajaran Negeri, PPD, dan juga sekolah bagi membantu
memartabatkan dan mencemerlangkan lagi mutu perkhidmatan kaum wanita dengan
peningkatan dan laluan kerjaya melalui latihan dan seminar keilmuan termasuklah
memperjuangkan keperluan hak-hak wanita di Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.
Sayangnya, Datuk Dr. Hamdan bin Hj. Mohammed telah meninggal dunia sebelum
Perlembagaan Persatuan ini dibentangkan.

1
Artikel ini diadaptasi daripada brosur PeWaniS
2
Bertugas di Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah sebagai Penolong Pengarah Pelajaran.
Bagi meneruskan hasrat murni Allahyarham Datuk Dr. Hamdan bin Hj. Mohamed,
Y.Bhg. Datuk Hj. Amin bin Arif yang menjawat jawatan Pengarah Pelajaran Negeri
Sabah pada tahun 2004 telah meneruskan perjuangan tersebut. Perlembagaan
PeWaniS telah dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri
Sabah dan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Negeri Sabah di Hotel Sara, Wilayah
Persekutuan Labuan pada Disember 2004 dan telah dipersetujui dan proses pemurnian
telah dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa Penaja bagi mendapatkan kelulusan Pendaftar
Pertubuhan (ROS), Negeri Sabah. Perlembagaan PeWaniS telah diluluskan oleh ROS
pada 12 April 2006 dengan nombor pendaftaran 0367-06-SBH.

Penasihat pertama PeWaniS ialah Y.Bhg. Datuk Hj. Amin bin Arif dan Pengerusi
pertama PeWaniS ialah Y.Bhg. Datin Hjh. Nik Faridah Nik Mustapha. Pada tahun 2007,
Y.Bhg. Datuk Normah binti Gagoh telah dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Negeri
Sabah dan secara automatiknya Datuk Normah binti Gagoh telah menjawat jawatan
sebagai Pengerusi PeWaniS sehingga beliau bersara pilihan pada 11 Januari 2010.
Mulai 12 Januari 2010, Y.Bhg. Datuk Dr. Hj. Muhiddin bin Yusin, Pengarah Pelajaran
Negeri Sabah yang baru secara automatiknya ialah Penasihat PeWaniS dan isteri
beliau Datin Nurul Umayra Chong merupakan Pengerusi PeWaniS yang ketiga.

PeWaniS:
Wanita Penggerak Pendidikan

Alamat surat-menyurat:
Persatuan Wanita Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (PeWaniS)
D/A Pejabat Pengarah Pelajaran Negeri Sabah
Tingkat 7, Rumah Persekutuan,
88604 Kota Kinabalu
No. Tel: 088-252224
No. Faks: 088-234828

Você também pode gostar