Você está na página 1de 5

Apabila kita sesat dalam hutan, factor yang paling penting ialah melawan untuk terus

hidup dan kemahuan untuk beriktiar. Tidak ramai dari kita yang tahu apakah
kemampuan kita sebenarnya sebab jarang sekali diri kita diletakkan dalam suatu
keadaan yang melampai had maxima kemampuan pizikal dan mental kita. Keperluan
pertama untuk ikhtiar hidup adalah dari kemampuan mental. Daya pengerak dalam
ikhtiar hidup adalah ketahanan mental ia itu kemahuan untuk terus hidup. 
 
Persiapan mental adalah juga penting. Kita selalu ingat sesuatu malapetaka itu tidak
mungkin akan terjadi pada diri kita – kita kata ianya hanya akan terjadi pada orang lain.
Cuba tanya orang yang mendapat kemalangan kereta – adakah pernah mereka terfikir
yang ianya akan terjadi pada mereka? Kebanyakkan akan kata ianya akan berlaku pada
orang lain dan tidak terfikir yang ianya akan berlaku kepadanya. Kita perlu sedar,
keperluan untuk berikhtiar hidup didalam hutan semasa membuat latihan atau semasa
pengembaraan mungkin akan berlaku pada diri kita. Oleh itu kita hendaklah SENTIASA
BERSEDIA untuk menghadapinya. Anda boleh bersedia untuknya dengan menyedari
tentang masalah mental yang perlu diatasi, dengan memahami undang asas untuk
berikhtiar hidup, dan setiasa membawa kit ikhtiar hidup semasa membuat latihan di
pedalaman hutan, atau semasa menaiki pesawat terbang atau kapal di laut. 
 

KETAKUTAN 
 
Antara kebanyakkan kepayahan-kepayahan yang anda akan hadapi, perasaan takut
adalah halangan yang paling tinggi. Ketakutan kita akan berkurangan apabila keadaan
yang mencemaskan itu telah menjadi normal. Ada berbagai cara yang boleh kita
lakukan untuk mengatasi perasaan takut ini. Ketakutan yang paling penting adalah
seperti berikut: 
 
 
a. Takut terhadap perkara-perkara yang tidak di ketahui, 
b. Takut disebabkan ketidak selesaan, 
c. Takut disebabkan kelemahan diri sendiri. 
 
Ketakutan terhadap perkara-perkara yang tidak di ketahui boleh diatasi dengan mudah
anda ikuti latihan ikhtiar hidup dengan sepenuhnya dan membiasakan diri didalam
hutan. 
 
Ketakutan yang disebabkan oleh tidak selesa juga boleh diatasi dengan cara yang
sama. Mempelajari cara-cara membuat perlindungan dan pondok rehat dari bahan-
bahan asli akan memastikan anda dapat tidur malam dengan selesa. 
 
Ketakutan disebabkan kelemahan diri sendiri berpunca dari kurangnya keyakinan
terhadap pengetahuan kita dan ianya lebih sukar diatasi dari kedua-dua jenis ketakutan
diatas. Kita harus mengambil kesempatan untuk mempelajari apa sahaja yang boleh
tentang alam sekitar kita terutamanya tentang hutan kita. Kita juga akan mempunyai
keyakinan yang tak ternilai tentang diri kita jika kita cergas secara pisikal setiap masa.
Kita mesti sentiasa memberitahu diri kita bahawa “ apa orang lain telah lakukan – saya
juga boleh” 
 

UNDANG – UNDANG ASAS IKHTIAR HIDUP 


 
Berikut adalah undang-undang asas yang harus di ikuti jika anda hendak memberi
peluang kepada diri anda untuk berikhtiar hidup: 
 
a. Simpan Tenaga anda.
Semasa bergerak rehat sepuluh minit setiap sejam perjalanan. Jangan membuat
perkara yang memenatkan kecuali anda terpaksa melakukannya. 
b. Elakkan keletihan.
Orang kata, Rom tidak di bina dalam sehari. Jangan cuba berjalan sepanjang malam
dan siang. Jangan memikul barang yang berat jika boleh dielakkan. 
c. Dapatkan tidur yang cukup.
Walaupun jika anda tidak boleh tidur pada mulanya, cuba baring dan rehat, tenangkan
diri dan lapangkan fikiran. 
d. Elakkan dari merasa risau.
Adalah biasa untuk risau; tetapi ianya tidak mendatangkan apa-apa kebaikan langsong.
Fikirkan apakah masalah anda, cari jalan yang terbaik yang anda mampu lakukan,
fikirkan langkah keselamatan yang terbaik dari segala bahaya yang mungkin dihadapi
dan hentikan kerisauan.
e. Berhenti awal di siang hari untuk membuat khemah anda.
Anda memerlukan masa untuk memilih tapak perkhemahan yang selamat. Ianya juga
mengambil masa yang lama untuk memburu atau mencari makanan. 

KIT IKHTIAR HIDUP (SURVIVAL KIT) 


 
Kit Ikhtiar Hidup ini mengandongi tiga bahagian asas: Bahagian ubatan, bahagian
makanan dan bahagian kegunaan am. Kit Ikhtiar hidup dicadangkan mengandungi
barang-barang berikut: 
 
a. Ubat-Ubatan 
 
(i). 1 X Peket Tablet Piriton (Ubat gatal dan kesakitan dari gigitan serangga) 
 
(ii). 1 X peket Tablet Anti Malaria (untuk di makan sebiji seminggu sekali ) 
 
(iii). 1 X Peket Codeine (1-2 biji di makan untuk sakit/pening kepala) 
 
(iv). 1 X Peket Ubat Cirit birit 
 
(v). 1 X Tiub krem luka 
 
(vi). Flavin 
 
(vii). 1 X Gulung pembalut luka. 
 
( Masukan ubat-ubatan ini didalam satu beg plastic yang berasingan) 
 
 
b. Makanan. 
 
(i). 1 X Peket Holicks talets 
 
(ii) 1 X Peket Gula Gula Glucose. 
 
(iii). Beberapa peket perencah sup atau kuib sup ayam atau daging. 
 
 
c. Barangan Kegunaan Am. 
 
(i). 5 meter tali 
 
(ii). 5 ela Tali pancing 
 
(iii). 3 mata kail saiz yang berbeza (di masukan dalam kota mancis yang berisi mancis) 
 
(iv). 1 X pemetik api. 
 
(v). 1 X Batang lilin kecil 
 
(vi). 1 X Kit penapisan air 
 
(vii) 1 X Cermin Kecil 
 
(viii). 1 X pisau kecil yang tajam besarung. 
 
(ix). 1 X compass kecil 
 
(x). 1 X gergaji dawai 
 
(xi) 1 X mata Gergaji Besi yang pendek 
 
(xii). Beberapa beg plastic sederhana tebal yang boleh simpan air/ buat pelampong/
balut luka/ buat bumbung kecil masa hujan jika hendak menyalakan api. 
 
 
PERHUBUNGAN DENGAN ORANG ASLI 
 
Apabila bertembung denga orang asli, kita haru berhati-hati. Sekiranya anda boleh berh
ubung dengan mereka, maka peluang untuk anda terus hidup adalah cerah. Mereka
boleh membantu anda dengan makanan, tempat berteduh, ubatan tempatan, petunjuk
jalan dan keselamatan. Walaubagaimanapun, anda mesti faham bahawa adapt mereka
berbeza dari adat anda. Bagi Orang Asli yang hidup di pendalaman hutan, mereka
mempunyai pengetahuan yang sedikit tentang kehidupan di luar hutan. Pantang larang
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan mereka. 
 

Berikut adalah perkara-perkara Yang Harus Di Buat dan Yang Tidak Harus dibuat dalam
keadaan yan biasa apabila berhubung dengan orang asli. Terdapat 70,000 Orang Asli di
Semenanjung Malaysia dan pantang larang mereka adalah seperti berikut: 
 
a. Yang Harus Dibuat 
 
(i). Sentiasa bersopan-santun
 
(iii). Sentiasa berhubung dengan Orang Asli melalui Ketua nya (Penghulu/Tok Batin) 
 
(iv). Sentiasa beri upah sebaik saja kerja telah selesai dibuat. 
 
(v). Sentiasa minta izin jika hendak mengunakan barang kepunyaan Orang Asli. 
 
 
b. Yang Tidak Harus Di Buat 
 
(i) Jangan ketawa adat atau tabiat mereka. 
 
(ii) Jangan tenong kepada kaum perempuan mereka atau pergi berdekatan tempat
mereka mandi. 
  
(iii) Jangan menolak makanan yang diberi oleh orang Asli melainkan Agama anda tidak
benarkannya. 
 
(iv) Jangan munkir janji kerana perjanjian adalah penting bagi mereka. 
 
(v) Jangan menjerit atau hilang kesabaran dengan Orang Asli.
(vi) Jangan sesekali sebut Orang Asli sebagai “Sakai”. 

(vii) Jangan tanya nama seorang Orang Asli terus kepadanya. Sentiasa melalui pihak
ketiga. 
 
(x) Jangan mengubati Orang Asli yang sakit sebelum menanya dia tentang Pantang
nya. Jika dia ada patang, minta izin dari Tok Batin/Penghulunya terlebih dahulu. 
 
(xi) Jangan mengunakan cermin muka di tepi sungai. 
 
(xii) Jangan buang air atau kencing di tiang rumah. 
 
(xiii) Jangan sentuh orang asli di kepala mereka. 
 
(xiv) Jangan sebut-sebut harimau dan gajah semasa berjalan dalam hutan dengan
Orang Asli. 
 

Você também pode gostar