Você está na página 1de 16

AIZAM BT ISMAIL

740518-07-5474

KANDUNGAN MUKA SURAT

 Soalan tugasan 2

 Penghargaan 3

 Pengenalan 4-5

 Sekolah Bestari 5-6

 Ciri-ciri Pedagogi Bestari 6-7

 Strategi Pembelajaran Bestari 8

 Langkah –langkah Pengajaran Strategi Mediatif 8-9


dalam P&P Bahasa Melayu

 Kesimpulan 10

 Rujukan 11 - 12

 Lampiran 13

Penmbestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 1


AIZAM BT ISMAIL
740518-07-5474

SOALAN TUGASAN

Sebagai seorang GURU, anda diminta menyediakan modul pengajaran bestari Bahasa
Melayu menggunakan salah satu daripada tiga strategi iaitu strategi generatif atau strategi
kontekstual atau strategi mediatif. Sediakan satu persembahan dalam bentuk MS Powerpoint
bagaimana anda akan melaksanakan tugasan ini. Jelaskan serba sedikit tentang prosedur
pelaksanaan strategi tersebut dan berikan contoh-contoh dalam persembahan anda.

1. Huraikan cirri-ciri pedagogi bestari yang perlu diterapkan dalam pengajaran tersebut.

2. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi melaksanakan strategi tersebut?

3. Bagaimanakah perisian kursus bersifat interaktif dapat membantu pengajaran di sekolah


bestari? Berikan contoh yang berkaitan bagi satu tajuk (misalnya Penjodoh Bilangan,
Peribahasa, Penggolongan Kata, Pengimbuhan dan sebagainya) dalam subjek bahasa
melayu.

Penmbestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 2


AIZAM BT ISMAIL
740518-07-5474

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah taufik serta hidayahNya,
saya dapat menyelesaikan tugasan Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa
Melayu ini dengan jayanya. Usaha kecil ini diharap dapat menyumbangkan sedikit ilmu
dalam era perkembangan dunia pendidikan dan ilmu yang pesat lagi mencabar.
Jutaan penghargaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing En. ShamsulBahrim
Bin Hashim, pensyarah Bahasa Melayu saya yang sedia berkongsi ilmu seterusnya
membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Juga ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan kerana menyumbangkan idea serta sanggup berkongsi bahan dan rujukan. Setinggi-
tinggi kasih sekalung budi buat suami dan anak-anak tersayang yang memahami,
memberikan dorongan dan semangat untuk menyiapkan tugasan ini.
Semoga segala jasa baik anda mendapat keberkatan Allah SWT. Saya memohon
kemaafan seandainya terdapat kesilapan atau kekurangan dalam tugasan ini.Sesungguhnya
segala yang baik itu anugerah Yang Maha Kuasa dan kekurangan itu daripada kelemahan
saya sendiri.

Sekian terima kasih.

Penmbestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 3


AIZAM BT ISMAIL
740518-07-5474

PENGENALAN

Dalam menghadapi alaf baru yang melonjak-lonjak dalam bidang ekonomi, politik
dan sosial, tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan di mana dasar-dasar pendidikan negara
sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan selaras dengan hasrat negara untuk mencapai
matlamat wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai
melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan
kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi.
Di samping itu, falsafah pendidikan negara berhasrat untuk membentuk
perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan
individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari yang
lengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di samping
menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru.
Pengubahsuian sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi amalan dan
budaya di sekolah rendah dan menengah. Sistem pendidikan masa kini perlu berubah dari
pembelajaran yang hanya menekankan hafalan kepada pembelajaran merangsangkan
pemikiran dan kreativiti, mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar
serta memastikan semua pelajar berpeluang untuk membina konsep kendiri. Di samping itu,
ibu bapa dan masyarakat perlu memainkan peranan yang aktif untuk merealisasikan halatuju
perubahan dalam sistem pendidikan negara.
Tahun 2000 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi
turut berganding bahu menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk
tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya penggunaan
komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan
disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat
secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya
tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan.
Justeru itu, profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan
menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk
pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung
kepada sejauh manakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi

Penmbestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 4


AIZAM BT ISMAIL
740518-07-5474

dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang pelajar yang
berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup
dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada
Tuhan seperti mana yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara.

SEKOLAH BESTARI

Sekolah Bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan
membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk
mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar – kuat atau
lemah, kaya atau miskin – mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai
mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan
membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.
Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan
teknologi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan
pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang direka oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum bersama Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Pada awal tahun 2003, proses instalasi untuk empat mata pelajaran
tersebut telah siap dilakukan kepada 92 buah sekolah yang telah senaraikan sebagai projek
rintis sekolah bestari. Tahun 2010 adalah merupakan tahun sasaran dimana semua sekolah
iaitu 10,000 buah sekolah rendah dan menengah, diseluruh negara ditransformasikan kepada
sekolah bestari. Pengwujudan Sekolah Bestari ini juga merupakan satu daripada tujuh
aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan
matlamat kerajaan Malaysia adalah menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan
pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari.
Di Sekolah Bestari, pembelajaran akan bercorak kearah kendiri mengikut kadar
individu, kesinambungan dan reflektif. Ini akan berlaku dengan adanya pembekalan teknologi
pelbagai media dan jaringan meliputi seluruh dunia. Sekolah bestari akan merubah
pembelajaran yang selama ini berpusatkan guru kepada yang berpusatkan pelajar. Kurikulum
di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan terbuka di mana ia dirancang supaya bermakna,
mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif, holistik, global, terbuka berdasarkan matlamat.

Penmbestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 5


AIZAM BT ISMAIL
740518-07-5474

Tujuan kurikulum Sekolah Bestari dibentuk adalah untuk membentuk pelajar mencapai
perkembangan yang seimbang.
Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di
sekolah yang dipilih menjadi sekolah bestari akan diberi latihan dalam perkhidmatan,
khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui
penggunaan teknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar
dan pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawah
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah aliran dalam perkembangan
pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah
Bestari ini merupakan satu-satunya sekolah yang dapat melahirkan pelajar-pelajar yang
cerdik dan berpengetahuan dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi
cabaran-cabaran Wawasan Negara.

CIRI-CIRI PEDAGOGI SEKOLAH BESTARI

 Pengurusan pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu pembelajaran melalui


pengalaman.

 Partisipatif iaitu menggalakkkan penglibatan pelajar secara aktif dalam setiap aktiviti
yang dijalankan.

 Kolabaratif iaitu segala maklumat dikongsi secara bersama.

 pembelajaran sebagai satu proses yang holistic melibatkan aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek serta sosial (JERIS).

 Mengintegrasikan elemen pembelajaran bestari seperti Gaya pembelajaran dan


Kecerdasan Pelbagai.

 Sesuaikan dengan gaya pembelajaran untuk meningkatkan penacapaian pelajar.

Penmbestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 6


AIZAM BT ISMAIL
740518-07-5474

 Proses pembelajaran aktif dan konstruktif iaitu pelajar membina pengertian sendiri
daripada input yang diterima.

 Pelbagai teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) digunakan seperti
kaedah stesen, bersifat indidvidu, berfikrah, inkuiri, kontekstual dan sebagainya.

 Berpusatkan pelajar iaitu pembelajaran masteri seperti Akses Kendiri (PAK), Kadar
Kendiri (PKK) dan Terarah Kendiri (PTK).

 Membudayakan ilmu dan berfikiran kritis dan kreatif.

 Berasaskan guru, rangkaian serta perisian iaitu pendekatan, strategi serta teknik yang
pelbagai.

 Mengamalkan pemikiran kritis iaitu aras tinggi atau high order thinking skill (HOTS).

 Pembelajaran secara individu, berpasangan serta berkumpulan dengan bimbingan


fasilitator, bahan elektronik dan bukan elektronik.

 Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan pembelajaran.

 Pelbagai kaedah dan strategi P&P yang digunakan seperti berfikrah, inkuiri,
kontekstual dan sebagainya.

 Bersifat global.

Penmbestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 7


AIZAM BT ISMAIL
740518-07-5474

STRATEGI PEMBELAJARAN BESTARI

Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bestari bergantung kepada


pemilihan strategi yang sesuai. Pedagogi Bestari mengutamakan pembelajaran berasaskan
aktiviti dan berpusatkan murid. Murid memainkan peranan penting dan melibatkan diri secara
aktif. Di dalam bilik darjah, guru hanya sebgai fasilitator yang membimbing murid
melaksanakan aktiviti sama ada secara kumpulan atau individu. Dalam proses P&P, lebih
banyak masa diperuntukkkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Kaedah kumpulan, inkuiri
penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan
serta sumbang saran diutamakan semasa mengggunakan strategi pemusatan murid. Salah satu
strategi pembelajaran bestari ialah strategi mediatif.
Strategi mediatif ialah satu proses mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk
menyelesaikan maslah, membuat keputusan, membuat andaian, membuat inferens
serta hipotesis. Strategi ini memberikan peluang kepada murid untuk menentukan secara
sistematik konsep yang diajar dengan mengklasifikasikan dan membuat kategori.
Melalui strategi mediatif, guru tidak menyampaikan maklumat secara langsung kepada
murid. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pengantara. Murid akan diberi
bimbingan untuk mempelajari bagaimana mengaplikasikan pengetahuan untuk
menyelesaikan masalah.

LANGKAH –LANGKAH PENGAJARAN STRATEGI MEDIATIF DALAM P&P


BAHASA MELAYU

Langkah 1
 Guru menayangkan CD-ROM mengenai planet dan cakrawala.
 Guru bersoal jawab tentang gambar yang ditayangkan iaitu :
i) Apakah yang anda dapat saksikan melalui gambar tersebut ?
ii) Bagaimana terbentuknya planet dan cakrawala ?
iii) Siapa yang terlibat dalam mengkaji planet dan cakrawala ?
iv) Bila terbentuknya planet dan cakrawala ?

Penmbestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 8


AIZAM BT ISMAIL
740518-07-5474

Langkah 2
 Murid dibahagikan kepada lima orang dalam satu kumpulan.
 Guru memberi tugas kepada kepada setiap kumpulan untuk mencari maklumat
tambahan daripada laman web yang disenaraikan.
i) http://www.geocities.com/capecanaveral/3576/ ( Bahasa Indonesia )
ii) nasa.gov ( Bahasa Inggeris )
iii) seds.org/bil/inp ( Bahasa Inggeris )
iv) planet 9.com ( Bahasa Inggeris )
v) teletre.com/pnm ( Bahasa Inggeris )

Langkah 3
 Seorang pencatat dilantik dalam kumpulan untuk mencatat maklumat yang diperolehi.
 Hasil maklumat yang dicari dicatat atas kertas sebak dan dipamerkan di dinding
kelasa dengan diberi nama ‘ Galeri Planet Dan Cakrawala’.
 Wakil kumpulan akan menerangkan kepada kelas maklumat yang telah diperolehi.

Langkah 4
 Murid dibimbing untuk mengemukakan soalan semasa sesi pembentangan dilakukan.
 Ketua kumpulan akan dibantu oleh ahli kumpulan lain untuk menjawab soalan.

Langkah 5
 Murid membaca petikan yang diedarkan oleh guru dengan sebutan dan intonasi yang
betul.
 Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan.

Langkah 6
 Guru menunjukkan contoh kata nama dalam persembahan powerpoint.
 Murid menyenaraikan kata nama yang terdapat dalam petikan.
 Murid membina ayat berdasarkan kata nama tersebut.

Penmbestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 9


AIZAM BT ISMAIL
740518-07-5474

KESIMPULAN

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah pembudayaan


penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan lagi kualiti P&P, keberkesanan
pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru. Kurikulum Bestari digubal
berdasarkan FPK untuk melahirkan murid yang holistik dan menyediakan zaman maklumat
kepada kanak-kanak. Elemen-elemen Pembelajaran Bestari merujuk kepada cirri-ciri murid,
kemahiran generik, strategi P&P serta pendekatan pembelajaran. Ciri-ciri pedagogi yang
mengutamakan aktiviti dan berpusatkan pelajar sesuai dengan gaya pembelajaran untuk
meningkatkan pencapaian murid yang holistik.
Bahan interaktif dan media konvensional yang diintegrasikan dengan media
berteknologi tinggi berasaskan computer dan software dapat meningkatkan potensi murid.
Pengajaran Bestari menekankan kepada keupayaan akal manusia untuk berfikir bagi
membangunkan ilmu dan ummah.Di antara strategi pengajaran dan pembelajaran bestari
ialah strategi mediatif. Strategi mediatif ialah satu proses mengaplikasikan pengetahuan sedia
ada untuk menyelesaikan maslah, membuat keputusan , membuat andaian, membuat inferens
serta hipotesis. Strategi ini memberi peluang kepada murid untuk menentukan secara
sistematik konsep yang diajar dengan mengklasifikasikan serta membuat kategori. Melaui
strategi mediatif, guru tidak menyampaikan maklumat secara langsung kepada murid tetapi
menggalakkan murid memberi pendapat melalui perbincangan terbuka (Open-ended
Discussion ) dan pencapaian konsep atau Concept Attainment (CA).

Penmbestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 10


AIZAM BT ISMAIL
740518-07-5474

RUJUKAN

Abdul Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik.
Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Abdul Fatah Hassan. (1994). Kecemerlangan minda dalam pembelajaran keseluruhan otak
dan daya berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Habibah Elias & Ruhil Hj. Mahyuddin. (1990). Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamaluddin Harun dan Dr. Zaidatun Tahir. (2003). Multimedia dalam pendidikan. Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distributors.

Kursus pengajaran dan pembelajaran bestari melalui e-pembelajaran. UNITAR, BPG,


Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mohd Nasuha et. al, (1997). Kemahiran berfikir dan kemahiran belajar. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam


pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Shahabuddin Hashim, et. Al. (2003), Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan
berkesan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors.

Tuan Jah Tuan Yusof. (2009). HBML 2203 Pembestarian pembelajaran dan pengajaran
Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia.

Yahya Othman. (2008). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. PTS Profesional.

Penmbestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 11


AIZAM BT ISMAIL
740518-07-5474

School Education. Retrieved February 15, 2010 from http://ppk.kpm,my

Sekolah Bestari. Retrieved February 15, 2010 from http://www.hit.hijau.com.my

Penmbestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 12


AIZAM BT ISMAIL
740518-07-5474

Lampiran

Penmbestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 13


AIZAM BT ISMAIL
740518-07-5474

Rancangan Pengajaran Harian Bestari

Mata pelajaran : Bahasa Melayu


Tingkatan : 1 Bijak
Tarikh : 21 Februari 2010
Tema : Planetarium Negara
Tajuk : Planet dan cakrawala
Fokus Utama : Bidang Maklumat
1.2 Mendengar dan memahami
2.4 Membaca dan memahami kata dan frasa
Aras 1
ii. Membaca dan memahami kata dan frasa
Fokus Sampingan : Bidang Maklumat
3.10 Menulis ayat
3.13 Menulis pernyataan
Aras 1
ii. Menulis pernyataan
Masa : 40 Minit
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat:-
1. membina ayat sekurang-kurangnya lima ayat dengan betul;
2. menulis jawapan sekurang-kurangnya lima daripada tujuh
soalan kefahaman dengan baik; dan
3. menyatakan maklumat yang bermakna menerusi web yang
diberikan
Pengetahuan Sedia : Pelajar telah mengetahui sedikit sebanyak tentang planet dan
Ada cakrawala melalui mata pelajaran Sains.
Pelajar pernah menggunakan komputer.
Sistem Bahasa : Kosa kata
Kosa Kata : meraih, diterapkan, dipupuk, globalisasi, cenderung, berganjak,
galaksi, komet.
Pengisian : Ilmu : Planet dan cakrawala
Kurikulum Nilai : Keberanian, kerajinan
KBT : i. Kemahiran belajar cara belajar

Penmbestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 14


AIZAM BT ISMAIL
740518-07-5474

ii. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi


BBM : Komputer, Internet, LCD
Pendekatan : Pembelajaran Berpusatkan Pelajar.
Pembelajaran Berbantukan Teknologi.

Langkah-langkah Pembelajaran

Langkah Kandungan Aktiviti P&P Elemen Bestari

Set Induksi Tayangan CD- 1. Guru menayangkan CD- ROM ”Planet dan
( 3 Minit ) ROM ”Planet cakrawala kepada murid.
dan cakrawala” 2. Guru menyoal murid mengenai CD-ROM
tersebut.
 Contoh soalan:
 ”Apa yang anda faham tentang tayangan
tadi?”
 ”Apakah objek-objek yang ada di planet
dan cakrawala ?
 Pelajar memberikan respon terhadap
soalan.
Guru mengaitkan tayangan tersebut dengan isi
pelajaran hari ini

Langkah 1 Mencari 1. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.


( 20 Minit ) Maklumat 2. Murid mencari maklumat berdasarkan web
melalui web yang diberikan oleh guru.
yang diberikan *http://www.geocities.com/capecanaveral/3576
* nasa.gov

*seds.org/bil/inp
*planet9.com

Penmbestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 15


AIZAM BT ISMAIL
740518-07-5474

*teletre.com/pnm
3. Murid mencatat maklumat yang dicari dalam
kertas sebak.
4. Ketua kumpulan membentangkan hasil
maklumat yang diperolehi.

Langkah 3 a) Menjawab 1. Murid membaca petikan yang diberikan oleh


(14 Minit ) soalan guru.
pemahaman 2. Murid menjawab soalan pemahaman.
b) Mencari kata 3. Guru menunjukkan contoh kata nama dalam
nama powerpoint.
4. Murid mencari kata nama berdasarkan
petikan.
5. Murid membina ayat berdasarkan kata nama
tersebut.

Penutup Rumusan P&P 1) Guru merumuskan apa yang telah dipelajari.


( 3 Minit ) 2) Murid diminta merenung keajaiban tuhan
dalam mencipta alam dan cakrawala.

Penmbestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu 16

Você também pode gostar