Você está na página 1de 3

Tajuk : Analisis Kesilapan Bahasa Dalam Karangan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua Oleh Pelajar-

pelajar Menengah 3 Di Sebuah Sekolah Menengah Singapura.

Rajah 1

Ayat Salah Ayat Betul


1. Tanpa ilmu, kita tidak bisa hidup senang di 1. Tanpa ilmu pengetahuan, kita tidak boleh
hari yang akan datang. hidup senang pada masa hadapan.
2. Zaman kini, benda-benda yang kita inginkan 2. Pada zaman ini, harga barang-barang yang kita
bukannya murah. inginkan semuanya mahal-mahal belaka.
3. Untuk saya, anak remaja masa kini haruslah 3. Pada pendapat saya, anak-anak remaja masa
bersikap bersabar untuk bekerja. kini tidak perlu bekerja dahulu dan harus
bersabar.
4. Jika kita mendapat pekerjaan yang tetap, kita 4. Jika kita mendapat pekerjaan yang tetap
dapat pendapatan yang tinggi, maknanya gaji dengan pendapatan yang tinggi, kita boleh
yang tinggi supaya kita boleh hidup senang. hidup senang.
5. Jikalau ilmu itu tidak penting bagi kamu dan 5. Jikalau seseorang itu menganggap ilmu itu
kamu tidak rajin belajar keputusan tidak penting dan malas belajar pula,
peperiksaan kamu tidak akan begitu keputusan peperiksaannya tentu tidak akan
memuaskan. memuaskan.
6. Pekerjaan-pekerjaan seperti doktor ataupun 6. Pelajar-pelajar yang lulus dengan cemerlang
pakar, mencari pelajar yang lulus dalam dalam peperiksaan akan lebih mudah
keputusan kamu. Bukan yang tidak lulus, yang mendapat pekerjaan yang baik berbanding
tidak tahu apa-apa yang diajari di sekolah. dengan pelajar-pelajar yang gagal dalam
peperiksaan mereka.
7. Cerita ini tentang mak cik saya yang bernama 7. Cerita ini adalah tentang makcik saya yang
Siti Hajah. bernama Siti Hajah.
8. Dia telah menunjukkan saya bahawa ilmu 8. Dia telah menunjukkan kepada saya bahawa
pelajaran itu amat penting untuk pelajaran itu amat penting untuk menjamin
menjaminkan masa hadapan. masa hadapan.
9. Dia membuktikan bahawa sekolah dan 9. Dia telah membuktikan bahawa pelajaran itu
pelajaran itu penting kerana dengan penting dan menjadi cemerlang dalam
mempelajari dengan cemerlang, dia dapat pelajarannya. Kini dia telah hidup senang
menyampai impian dia dan berhidup senang kerana berjaya mencapai impiannya dengan
dengan kerja yang dia gemari. mendapat pekerjaan yang digemari.

Rajah 2 : Morfologi

Ayat Salah A B C D
1. Tanpa ilmu, kita tidak bisa hidup
senang di hari yang akan
datang.
2. __ Zaman kini, benda-benda
yang kita inginkan bukannya
murah.
3. ___ Untuk saya, anak remaja
masa kini haruslah bersikap
bersabar untuk bekerja.
Ayat Salah A B C D
4. Cerita ini __ tentang mak cik
saya yang bernama Siti Hajah.
5. Dia telah menunjukkan __ saya
bahawa ilmu pelajaran itu amat
penting untuk menjaminkan
masa hadapan.
6. Dia membuktikan bahawa
sekolah dan pelajaran itu
penting kerana dengan
mempelajari dengan cemerlang,
dia dapat menyampai impian
dia dan berhidup senang
dengan kerja yang dia gemari.

Kata Kunci
A = Kata Sendi
B = Kata Pemeri
C = Kata Imbuhan
D = Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga

Ulasan 1: Kata Sendi


Ayat Salah: Tanpa ilmu, kita tidak bisa hidup senang di hari yang akan datang.
Dalam ayat di atas, penggunaan kata sendi ‘di’ adalah tidak tepat. Kata sendi ‘di’ harus ditukarkan kepada kata
sendi ‘pada’ kerana kata sendi ‘pada’ menunjukkan tempat dan masa sesuatu kata nama bagi menyatakan
perkaitan antara kata kerja dan kata nama yang berkaitan. Penggunaan kata sendi ‘pada’ adalah tepat untuk
ayat ini kerana ia menunjukkan masa berlakunya sesuatu perbuatan. Apabila ayat di atas diperbaiki, maka ayat
yang betul ialah:
Ayat Betul: Tanpa ilmu pengetahuan, kita tidak boleh hidup senang pada masa hadapan.

Ulasan 2: Kata Pemeri


Ayat Salah: Cerita ini tentang mak cik saya yang bernama Siti Hajah.
Ayat di atas merupakan penterjemahan literal daripada Bahasa Inggeris iaitu ‘ This story is about my aunt
whose name is Siti Hajah.’ Ayat ini diperbaiki dengan menambah kata pemeri ‘adalah’ di hadapan perkataan
‘tentang’. Kata pemeri ‘adalah’ menghubungkan subjek ayat dengan predikat ayat dengan memberi huraian
lanjut berkenaan subjek yang disebut sebelumnya. Apabila ayat di atas diperbaiki, maka ayat yang betul ialah:
Ayat Betul: Cerita ini adalah tentang makcik saya yang bernama Siti Hajah.
Rajah 3 : Sintaksis
Ayat Salah A B C D
1. Pekerjaan-pekerjaan seperti
doktor ataupun pakar, mencari
pelajar yang lulus dalam
keputusan kamu.
2. Dan dia juga ada memberitahu
bahawa sarapan pagi amat
utama kerana ia memberikan
tenaga dan minda cergas
apabila mempelajari di sekolah.
3. Dengan berikut dia membuat
saya percaya bahawa ilmu
pelajaran sekarang amat
penting untuk masa hadapan
saya yang akan datang.

Kata Kunci
A = Ayat Majmuk
B = Ayat Songsang
C = Ayat Kabur
D = Ayat Tergantung

Você também pode gostar