Você está na página 1de 2

Analisis sektor elektrik dan elektronik

Jenis perniagaan dalam bidang elektrik dan elektronik telah mula berkembang di negara kita
selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Selepas era ini terdapat pelbagai
kemajuan yang sangat ketara dalam sektor elektrik dan elektronik sebagai contohnya,
perkembangan dalam teknologi peti ais, televisyen, periuk nasi elektrik, pemanas air, penyaman
udara, radio, mesin basuh, dapur gas elektrik dan banyak lagi. Melalui perkembangan yang
semakin pesat ini membolehkan manusia menjalani kehidupan yang senang dan mudah tanpa
perlu bersusah payah.

Hasil daripada penyelidikan yang telah dilakukan oleh kumpulan kami di Tanjung Malim, kami
mendapati sektor perniagaan dalam bidang elektrik dan elektronik juga telah mengalami
perkembangan dengan pesatnya iaitu terdapat sebanyak 14 buah kedai elektrik dan elektronik.
Hal ini berlaku kerana, penduduk di Tanjung Malim telah diperkenalkan dengan barangan
elektrik ini melalui media massa seperti iklan di surat khabar, televisyen, radio dan melalui
pengedaran katalog dari rumah ke rumah. Oleh itu, sedikit demi sedikit penduduk Tanjung
Malim telah berjinak-jinak untuk membeli dan menggunakan barangan elektrik dan elektronik
ini sehinggalah permintaannya semakin meningkat.

Faktor utama yang menyebabkan permintaan ini semakin meningkat ialah, gaya hidup
masyarakat Tajung Malim yang semakin moden dalam arus penggunaan barangan elektrik dan
elektronik. Oleh itu kuasa beli peralatan ini semakin tinggi dari semasa ke semasa kerana, ia
memudahkan kerja harian di rumah seperti mencuci pakaian, memasak nasi dan air,
membersihkan rumah serta kemudahan menyimpan makanan basah. Selain itu, barangan elektrik
dan elektronik ini juga membuat kehidupan masyarakat bertambah selesa dengan penciptaan
teknologi penyaman udara, kipas, televisyen, radio, komputer dan alat permainan elektronik.

Selain itu, penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga menjadi faktor utama
dalam peningkatan bidang elektrik dan elektronik di Tanjung Malim. Hal ini sedemikian kerana,
para pelajar yang menuntut di UPSI amat memerlukan barangan elektrik dan elektronik bagi
memudahkan pengurusan hidup dan makanan yang baik sepanjang menjalankan pengajian.
Sebagai contohnya, para pelajar memerlukan barangan seperti periuk nasi dan pemanas air
elektrik serta pembakar roti untuk menyediakan makanan dan minuman. Selain itu, barangan lain
seperti seterika, laptop, mesin pencetak, mesin basuh dan peti ais juga diperlukan bagi keselesaan
hidup yang teratur walaupun berada jauh daripada penjagaan ibu bapa dan keluarga.

Kesimpulannya, bidang elektrik dan elektronik ini seharusnya terus berkembang maju selaras
dengan kemajuan teknologi bagi membantu kehidupan masyarakat ke arah yang lebih baik.
Melalui kemajuan ini, masyarakat terutamanya warga tua tidak perlu lagi bersusah payah untuk
menjalankan kerja-kerja berat di rumah seperti membasuh pakaian, memotong rumput dan
memasak kerana peralatan elektrik yang canggih ini membantu mereka dalam setiap tugas harian
di rumah.

Você também pode gostar