Você está na página 1de 5

AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN

Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1

Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz.

Bahan:

Pelbagai gambar kereta, baju, lain-lain.

Aktiviti Murid:

Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. Aktiviti ini
dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan.

Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2

Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan


kenyataan atau di buku skrap kelas.

Bahan:

- Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh dimakan, benda
yang tidak boleh dimakan, pakaian, dan alat tulis-menulis.

Aktiviti Guru/Murid:

1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup.

2. Murid menyebut “benda hidup” atau “benda bukan hidup” sebagai respons terhadap
kad benda yang diimbaskan oleh guru.

3. Guru member murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan
mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain.

4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk
tertentu.
AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN

Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1

Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam
perbezaan bunyinya.

Bahan:

Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu.

Aktiviti Guru/Murid:

1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, paku,


tempurung, batang kayu, meja dan batu.
2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya.
3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama ada bunyi
benda itu sama atau tidak.
4. Murid menyanyi lagu “Mari Bergembira” dengan meniru nyanyian daripada pita
rakaman atau nyanyian atau nyanyian guru sendiri.
Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2

- Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air


mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan
ombak.

Bahan:

- Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang,
angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Beberapa gambar carta yang
dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan.

Aktiviti Guru/Murid:

1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman.


2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan jenis
bunyi itu.
3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan.
AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA

Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1

Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain.

Bahan:

- Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas.

Aktiviti Guru/Murid:

1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh.
2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model
yang disukainya.
3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2

Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke
bawah untuk membolehkan membentuk huruf.

Bahan:

Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model tiang
bendera, bola, manik, cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan
atau arah yang dibuat dengan garisan putus-putus.

Aktiviti Murid:

1. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan
sebagainya.
2. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengan tangan kanan
dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan sebaliknya.
Teknik memegang cawan dipelbagaikan.
3. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.

Você também pode gostar