Você está na página 1de 19

SAYANG AYAH

Oleh: Omar Mamat


SINOPSIS
Cikgu Bustam meminta para pelajarnya menyediakan
sebuah karangan yang bertajuk “SAYA SAYANG AYAH”.
Angamah, salah seorang murid tahun Enam Kenanga
tidak dapat menyiapkan karangan seperti dikehendaki
oleh Cikgu Bustam. Dia keliru dengan sikap ayahnya
yang bengis dan sering memukulnya. Keganasan
ayahnya selama ini tidak pernah diceritakan kepada
orang lain. Walau bagaimanapun, kesengsaraan yang
dialaminya itu berakhir apabila ayah tiri Angamah
meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerja.
Peristiwa ini menyerlahkan kasih sayang Angamah
terhadap ayah tirinya yang sering menyeksanya itu
apabila dia menjerit ungkapan “SAYA SAYANG AYAH”.
PERSOALAN
1. Tanggungjawab seorang guru dan ibu bapa.
2. Kepentingan pendidikan.
3. Keganasan dalam keluarga.
4. Kemiskinan yang membelenggu kehidupan.
WATAK UTAMA
Angamah

 seorang kanak-kanak berbangsa India


 sering dipukul oleh ayah tirinya.
 anak sulung dalam keluarga
 hidup dalam ketakutan dan kesedihan
 belajar dalam Tahun Enam Kenanga
 bijak dalam pelajaran bertanggungjawab
WATAK SAMPINGAN
Cikgu bustam
 berusia dalam lingkungan empat puluhan
 guru kelas dan Bahasa Melayu Angamah
 penyayang dan bertanggungjawab
 prihatin terhadap masalah Angamah
 disayangi oleh murid-muridnya

guru besar
 bertanggungjawab
 mudah diajak berunding
 bersimpati nasib Angamah
 baik hati
WATAK SAMPINGAN
ayah
 ayah tiri Angamah.
 berbadan sasa dan berwajah bengis
 bekerja sebagai buruh binaan
 garang dan sering memukul Angamah
 tiada belas kasihan
 pemabuk
WATAK SAMPINGAN
emak
 ibu kandung Angamah.
 tiada sifat keibuan
 telah berpisah dengan ayah Angamah dan
berkahwin lain
 bekerja demi membantu suami
 meminta Angamah menjaga adik-adiknya
WATAK SAMPINGAN
dahlan
 Ketua Kelas Enam Kenanga
 bertanggungjawab
 patuh kepada arahan guru
 bersimpati nasib Angamah

jamiliah, judith dan anwar


 rakan sekelas Angamah
 berbangga dengan ibu bapa masingmasing
 patuh kepada arahan guru
 bersimpati nasib Angamah
PLOT
 Permulaan :
-Cikgu Bustam menyuruh murid-muridnya dan menulis
karangan yang bertajuk ‘Saya Sayang Ayah‘

-Angamah mendiamkan diri apabila diajukan soalan tentang


perasaannya terhadap ‘ayah’
PLOT
 Perkembangan :
- Angamah gelisah kerana dia tidak tahu menulis karangan
seperti yang dikehendaki oleh Cikgu Bustam
-Ingatannya melayang kepada peristiwa ayahnya sering
memukul Angamah.
- Ketua Kelas Angamah memungut buku karangan .
- Angamah tidak menghantar buku dan dipanggil oleh
Cikgu Bustam.
- Angamah datang ke sekolah dengan tangan yang bengkak.
-Cikgu Bustam membawa Angamah berjumpa guru besar
untuk mengetahui puncanya.
LATAR TEMPAT
Bilik darjah Tahun Enam Kenanga
• tempat Angamah menerima ilmu dari Cigku Bustam
• tempat di mana Angamah diminta oleh Cikgu Bustam
menyatakan perasaan kasih terhadap ayahnya

Rumah Angamah
• tempat Angamah selalu didera oleh ayahnya

Bilik guru
• Cikgu Bustam memanggil Angamah untuk bertanyakan sebab
mengapakah tangannya bengkak

Bilik Guru Besar


• hal Angamah dibawa ke pengetahuan guru besar

Hospital
• ayah Angamah dibawa ke hospital setelah ditimpa kemalangan
LATAR MASA
 berlangsung lebih kurang tiga hari

 bermula pada suatu hari di dalam kelas tahun Enam


Kenanga ketika cikgu Bustam menyuruh murid-muridnya
menyiapkan sebuah karangan.

berakhir pada suatu hari ketika mayat ayah Angamah


dibawa pulang ke rumah
LATAR MASYARAKAT
masyarakat yang bertanggungjawab terhadap
manusia di sekelilingnya
- sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh Cikgu Bustam
ketika membantu Angamah apabila mengetahui yang Angamah

sentiasa didera

masyarakat pelajar yang patuh akan arahan dan


teguran guru mereka
- murid-murid tahun enam Kenanga yang patuh pada arahan
guru mereka Cikgu Bustam

segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab


walaupun terhadap ahli keluarganya sendiri
- Sikap ibu dan ayah Angamah yang sentiasa meletakkan beban

menjaga adik-adiknya yang masih kecil sehingga terpaksa


GAYA BAHASA
Gaya bahasa yang digunakan mudah difahami. Terdapat
penggunaan bahasa kiasan yang memperkayakan lagi gaya bahasa
cerpen ini.

 Simile
1. Ayah macam dirasuk syaitan
2. Jalur biru yang lurus itu seperti berombak
3. Suara yang bagaikan halilintar

 Personifikasi
1. Suara guru itu menyentuh cuping telinga
2. Kelas jadi hidup
3. Wajah cikgu Bustam menari-nari di ruang matanya
4. Matahari telah condong ke darat
5. bola matanya beralih ke arah jalan
6. tali pinggang sebesar dua jari hinggap ke punggungnya
7. seorang anak gadis yang sedang meniti ke alam remaja
GAYA BAHASA
Hiperbola
1. Tengking ayah bagaikan halilintar.
2. Bergema hingga dirasakan hampir memecahkan anak
telinganya.
3. Ayah memandang dengan bola mata yang berapi.

Perulangan
1. Saya sayang ayah.
2. Dia tidak mahu.

Sinkof
1. nangis
2. tak
3. nak
GAYA BAHASA
Simpulan bahasa
1. kurus melidi
2. ekor kuda

 metafora
1. bola mata
2. ayah selaku payung dalam rumahtangga
3. malam yang semakin larut
NILAI MURNI
1. Kasih sayang
- Kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya
- Angamah tidak berdendam walaupun sering didera oleh ayahnya
- Angamah mengenang jasa ayah tirinya membesarkannya

2. Bertanggungjawab
- Cikgu Bustam menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan
menghulurkan bantuan kepada Angamah sebaik sahaja mengetahui
bahawa anak muridnya itu sering menjadi mangsa dera ayahnya.

3. Bersimpati
- Warga sekolah yang bersimpati dengan nasib malang yang
menimpa Angamah
NILAI MURNI
4. Patuh
- Angamah patuh pada arahan ibunya agar menjaga adik-
adiknya yang masih kecil di rumah sepanjang masa ibu dan
bapanya keluar bekerja walaupun terpaksa ponteng sekolah

5. Baik hati
- Angamah yang cukup mulia hatinya kerana tidak menaruh
dendam terhadap ayahnya yang sering memukul dan
memarahinya tanpa sebab.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah sentiasa sayang dan berbaik sesama kita

2. Kita harus bertanggungjawab dalam setiap perkara yang kita


lakukan dalam hidup ini.

3. Kita harus sentiasa patuh akan nasihat dan kata-kata ibu bapa.

4. Kita mesti prihatin dan bersimpati serta bersedia untuk menolong


mereka yang memerlukan bantuan.

5. Ibu bapa merupakan orang yang harus melaksanakan amanah dan


tanggungjawab mereka terhadap anak-anak dengan melindungi
dan menumpahkan kasih-sayang kepada anak-anak.

Você também pode gostar