Você está na página 1de 31

Ayat

Ada tiga bentuk ayat-ayat Melayu

 Ayat Tunggal
 Ayat Majmuk
 Ayat Kompleks

Ayat Tunggal
Ayat Tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek
dan satu predikat.
Predikat boleh terdiri daripada Kata Kerja, Kata
Nama/Kata Ganti Nama dan Kata Sifat.
Predikat: Kata Kerja

Contoh:
 Bapa menangkap ikan
 Halim menjadi polis
 Emak pergi ke pasar
(perkataan yang berhuruf condong ialah kata
kerjanya).
(Perkataan yang berhuruf tebal ialah Subjek).
Predikat: Kata Nama/Kata Ganti Nama

Contoh:
 Dia abang saya.
 Itu buku awak.
 Mereka murid-murid saya.
(perkataan yang berhuruf condong ialah Kata
Nama/Kata Ganti Nama.)
(Perkataan yang berhuruf tebal ialah Subjek.)
Predikat: Kata Sifat

Contoh:
 Budak itu tinggi.
 Kayu itu tebal.
 Mata kucing itu hijau.
(perkataan yang berhuruf condong ialah Kata
Sifat)
Ayat-ayat Tunggal yang boleh diluaskan
subjek, predikat atau kedua-duanya
sekali dipanggil Ayat Tunggal Lanjut.

- yang diluaskan subjeknya.


Contoh:
 Buku itu tebal.
 Buku biru itu tebal.
 Buku biru di atas meja itu tebal.
yang diluaskan predikatnya.
Contoh:
 Buku itu mahal.
 Buku itu mahal harganya.
 Buku itu tidak mahal harganya.
AYAT MAJMUK

 Dibina dengan mencantumkan dua ayat


tunggal atau lebih
 Percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut
cara tertentu sehingga menjadi ayat baharu
Contoh :

Farhan sedang membaca buku dan Haliza


sedang menulis karangan.
1a. Farhan sedang membaca buku.

1b. Haliza sedang menulis karangan.


Contoh :

2. Dafi rajin tetapi adiknya malas.


3. Guru sekolah saya tekun dan
berdedikasi.
4. Salmi membeli buku yang tebal.

5. Ayah mendapat berita bahawa


abang telah tamat latihan.

6. Anak itu menangis kerana ia lapar.


PEMBENTUKAN AYAT MAJMUK

 Terbentuk daripada tiga jenis utama, iaitu :


Ayat Majmuk Gabungan
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat Majmuk Campuran
1. AYAT MAJMUK GABUNGAN

 Terbentuk daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu


 Guna kata hubung seperti : dan, atau, tetapi,serta, lalu,
malahan, sambil, kemudian

syarat-syaratya;

setara sifatnya / sama taraf


boleh berdiri sendiri
disusun berturut-turut
boleh disambung tanpa kata hubung (nada suara
AYAT MAJMUK GABUNGAN
(sambungan)

setara sifatnya / sama taraf


boleh berdiri sendiri
disusun berturut-turut

7. Murid-murid berlari dan menyanyi.

8. Amirul kurus tetapi adiknya gemuk.

9. Encik hendak ke sekolah atau hendak ke pejabat?

boleh disambung tanpa kata hubung (nada suara

berfungsi sebagai penanda)


AYAT MAJMUK GABUNGAN
(sambungan)

boleh disambung tanpa kata hubung (nada suara


berfungsi sebagai penanda)

10. Ramli berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka.

11. Penari-penari itu sungguh lincah, melompat ke kiri,


melompat ke kanan.

dalam bentuk tulisan, ayat-ayat tersebut digabungkan dan


dipisahkan oleh tanda baca koma (,)
PEMBENTUKAN AYAT MAJMUK GABUNGAN

menggunakan kata hubung


dan, lalu, lagi, serta dan lain-lain

12. Saya minum teh dan Aminah makan nasi lemak.

13. Mereka bangun lalu turun ke serambi.

14. Ayahnya banyak pengalaman lagi besar pengaruhnya.

15. Fahrul bercakap dengan kuat serta menepuk-nepuk dadanya.

16. Mereka melompat-lompat sambil menjerit dengan kuat.


PEMBENTUKAN AYAT MAJMUK GABUNGAN

Ayat 12 hingga 16 melibatkan penggabungan kesemua bahagian ayat


menggunakan kata hubung

jika ayat-ayat digabungkan mempunyai unsur yang sama dan diulang,


maka bahagian-bahagian yang sama boleh digugurkan

Contoh :

17. (a) Amirul pandai bermain bola.


(b) Amirul pandai bermain hoki. hasilnya

(c) Amirul pandai bermain bola dan hoki.


PEMBENTUKAN AYAT MAJMUK GABUNGAN

18. (a) Anjing itu menggigit kakinya.


hasilnya
(b) Anjing itu lari.
(c) Anjing itu menggigit kakinya, lalu lari.

ayat-ayat yang digabungkan adalah daripada jenis yang sama


boleh terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya tetapi
ayat-ayat tersebut tidak boleh dicampuradukkan
Contoh :

19. Zamri rajin belajar tetapi adiknya malas. ada


hubungan
makna
20. Pergilah masuk ke bilik dan tidur ! (gramatis)

21. Bolehkah anda datang esok dan menyelesaikan kerja itu ?

AYAT-AYAT DI BAWAH TIDAK GRAMATIS

22. * Zamri rajin belajar dan tidur !


tiada
23. * Pergilah masuk ke bilik dan sungai itu cetek. hubungan
makna
23. * Bolehkah anda datang esok tetapi adiknya malas. (tidak
gramatis)
24. * Emak menjahit baju dan kucing itu gemuk.
JENIS GABUNGAN

1. GABUNGAN YANG SUSUNAN FAKTA-FAKTANYA BERTURUTAN,


YAKNI SATU DEMI SATU (dan, lalu, serta, sambil dan lain-lain)

25. Heliza memandang saya sambil tersenyum.

26. Pendapat beliau amat cetek, tambahan pula disampaikan


dengan cara yang tidak menarik.

27. Wanita itu baik orangnya, malahan jarang-jarang sekali ia


menyakiti hati saya.
28. Mula-mula saya disuruh duduk, kemudian diajak berbincang,
akhirnya dibawa masuk bertemu dengan majikannya.

29. Pertama saya tidak berwang, kedua saya kurang berminat dalam
hal ini dan ketiga saya sekarang terlalu sibuk dengan urusan pejabat.
JENIS GABUNGAN

2. GABUNGAN YANG SUSUNAN MEMBERIKAN MAKSUD


PERTENTANGAN FAKTA DALAM AYAT-AYAT YANG
DIGABUNGKAN (tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal dan lain-lain)

30. Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat sama sekali.

31. Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas.

32. Zahid belajar bersungguh-sungguh tetapi dia masih tidak berpuas hati
dengan keputusan peperiksaannya.

33. Kain yang dibelinya terlalu mahal, padahal ada yang lebih murah.
2. AYAT MAJMUK PANCANGAN

terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan ayat-ayat itu tidak sama

ada satu ayat induk (ayat utama) dan satu atau beberapa ayat kecil lain
yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian
daripada ayat induk itu

ada tiga jenis ayat yang dipancangkan

Ayat Relatif

Ayat Komplemen

Ayat Keterangan
2. AYAT MAJMUK PANCANGAN

2.1 Ayat Relatif

ayat yang dikenal dengan penggunaan perkataan yang

34. Izzati membeli baju yang berwarna merah.

35. Budak yang sedang membaca majalah itu anak saya.

36. Baju yang dijahit oleh emak Liza itu sudah koyak.
2. AYAT MAJMUK PANCANGAN

2.1 Ayat Relatif

34. (a) Izzati membeli baju. Ayat Induk

(b) Baju itu berwarna merah. Ayat Kecil

Izzati membeli baju + Baju itu berwarna merah

Izzati membeli baju + baju itu berwarna merah

Izzati membeli baju yang berwarna merah


2. AYAT MAJMUK PANCANGAN

2.1 Ayat Relatif

35. (a) Budak itu anak saya. Ayat Induk

(b) Budak itu sedang membaca majalah. Ayat Kecil

Budak itu anak saya + Budak itu sedang membaca majalah.

Budak itu + budak itu sedang membaca majalah + anak saya.

Budak yang sedang membaca majalah itu anak saya.


2. AYAT MAJMUK PANCANGAN

2.2 Ayat Komplemen

36. Asmadi menerangkan bahawa murid itu sakit.

(a) Asmadi menerangkan sesuatu. Ayat Induk

(b) Murid itu sakit. Ayat Komplemen

kata komplemen : bahawa


2. AYAT MAJMUK PANCANGAN

2.2 Ayat Komplemen


37. Untuk Alimin melakukannya sangat sukar.

(a) Alimin melakukannya. Ayat Induk

(b) Perkara itu sangat sukar. Ayat Komplemen

kata komplemen : untuk


2. AYAT MAJMUK PANCANGAN

2.2 Ayat Komplemen

38. Penduduk-penduduk Kampung Cendana menyedari bahawa nasib


mereka terancam.

(a) Penduduk-penduduk Kampung Cendana Ayat Induk


menyedari (sesuatu).

(b) Nasib mereka terancam. Ayat Komplemen

kata komplemen : bahawa


Ayat Keterangan

 Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk


yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu
ayat kecil atau lebih berfungsi sebagai
keterangan kepada predikat.
Contoh:
 Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja
dahulu.
 Anak itu menangis kerana ia lapar.
Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang


mengandungi lebih daripada satu jenis ayat,
iaitu terdiri daripada campuran ayat tunggal
dengan ayat majmuk.
 Contoh:

Ahmad sedang membaca buku, tetapi kawan-


kawannya yang sudah letih lesu telah lama
tidur.
Ayat Majmuk Pasif

 Ayat Aktif: Beliau memandang saya ketika


beliau berdiri di situ.
 Ayat Pasif: Saya dipandang oleh beliau ketika
beliau berdiri di situ.
 Ayat Aktif: Mereka menonton wayang yang
lucu itu.
 Ayat Pasif: Wayang yang lucu itu ditonton oleh
mereka.
Latihan

Você também pode gostar