Você está na página 1de 18

Analisis Soalan Karangan Berpandu 2005-2010(Jun)

2005(N) Gejala vandalisme


2006(J) Sijil Pelajaran Malaysia
2006(N) Semangat patriotik, PLKN dan tokoh yang berjasa
2007(J) Aktiviti masa lapang
2007(N) Tanggungjawab menjaga kebersihan
2008(J) Kegiatan dalam bidang pertanian
2008(N) Punca-punca pencemaran sungai
2009(J) Bantuan kepada mangsa banjir
2009(N) Aktiviti badan beruniform serta faedah-faedahnya
2010(J) Punca pencemaran udara
2010(N)  ? ? ?

………………………

iri-ciri pendahuluan karangan


• Pendahuluan karangan seboleh-bolehnya menggambarkan tajuk
perbincangan dan keseluruhan isi yang hendak dibincangkan
dalam perenggan isi karangan.

• Pembaca akan membuat kesimpulan awal tentang apa-apa


yang ditulis setelah membaca pendahuluan. Sehubungan dengan
itu, anda sekurang-kurangnya mesti berupaya untuk mengetahui
dan menulis beberapa jenis perenggan pendahuluan.

Terdapat 7 jenis perenggan pendahuluan :

Secara umumnya, perenggan pendahuluan terbahagi kepada :


a. Pendahuluan jenis definisi.
b. Pendahuluan jenis pendapat.
c. Pendahuluan jenis situasi/suasana.
d. Pendahuluan jenis persoalan.
d. Pendahuluan jenis peribahasa.
e. Pendahuluan jenis puisi.
f. Pendahuluan jenis sejarah.

Pengenalan perenggan isi

Bahagian isi atau badan karangan terdiri daripada beberapa


perenggan atau paragraf. Setiap paragraf mempunyai fungsi
tersendiri tentang tajuk atau tugasan soalan.

• Perenggan merupakan satu kumpulan kalimat yang disusun


secara logis dan sistematik.

• Setiap paragraf mengandungi makna, pesan, fikiran ataupun


satu persoalan pokok dan selaras dengan persoalan pokok yang
dibawa oleh keseluruhan karangan berkenaan.

• Sesuatu paragraf dihasilkan daripada sejumlah ayat yang


berkaitan antara satu sama lain.

• Paragraf juga merupakan satu kesatuan pemikiran sama ada


untuk menggambarkan pengalaman,
pendapat, pandangan serta imaginasi.
Secara umumnya, perenggan isi terbahagi kepada 3 bentuk.
Walaubagaimanapun, untuk penulisan karangan pelajar tingkatan
empat dan lima, penulisan karangan biasanya menggunakan
perenggan 4 unsur.
a. Perenggan Deduktif
b. Perenggan Induktif
c. Perenggan Gabungan/perenggan 4 unsur.

Ciri-ciri perenggan 4 unsur.

Setiap paragraf hendaklah mengandungi 4 unsur ;


a. Ayat topik/isi utama.
• Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.
• Gunakan ayat yang mudah.

b. Huraian (ayat huraian)


• Pengembangan isi berdasarkan isi utama.
• Boleh merangkumi aspek persoalan bagaimana dan mengapa. •
Menggunakan penanda
wacana yang sesuai.
• Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik.

c. Contoh (ayat contoh)


• Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk data statistik,
pendapat orang yang sangat
dikenali ramai dan dihormati, dan penemuan atau kajian sains.

d. Kesimpulan (ayat penegas)


• Penutup kepada perenggan dan menegaskan

Contoh Perenggan 4 Unsur

Contoh 1

Skop soalan : Punca kesesakan jalan raya


 
Punca selanjutnya yang menyebabkan berlakunya kesesakan
jalan raya ialah disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya yang
tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Kebanyakan mereka
terutamanya pemandu kenderaan memandu kenderaan mereka
dengan mengikut hati sendiri tanpa mematuhi undang-undang
jalan raya dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.
Pengguna jalan raya seperti ini menganggap jalan raya hak
mereka sendiri. Tindakan yang dilakukan oleh mereka ini telah
mengundang berlakunya kesesakan di jalan-jalan raya. Keadaan
ini menyebabkan mereka melakukan pelbagai kesalahan jalan
raya seperti memotong barisan kenderaan, melanggar lampu
isyarat merah, memotong di garisan berkembar, dan berhenti
di petak kuning. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sikap
pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab mengundang
berlakunya kesesakan di jalan raya.

Rujukan (sila rujuk perkataan berwarna):


Biru : Ayat utama/ayat topik 
Coklat :Ayat Huraian
Merun :Ayat contoh
Jingga :Ayat penegas

Contoh 2

Soalan karangan :
Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah
menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini.
Pada pendapat anda, bagaimanakah kita hendak membendung
masalah ini daripada menjadi semakin buruk?

Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam


kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga. Institusi
keluarga merupakan elemen yang rapat dengan remaja.
Sehubungan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku
membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan
menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga juga hendaklah
mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah
merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga. sebarang bentuk
pertengkaran hendaklah dihindarkan, sebaliknya ketua keluarga
mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina
kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan
makanbersama. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhilah Kamsah
menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting
bagimengatasi masalah sosial dalamkalangan remaja. Sejajar
dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka,
adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan
yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat
dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan
institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung
masalah sosial remaja.

Rujukan (Sila rujuk perkataan berwarna) :


Biru : Ayat topik
Coklat : Ayat huraian
Merun : Ayat contoh
Jingga : Ayat penegas

Contoh 3

Soalan Karangan :
Sambutan bulan kemerdekaan, sekolah anda telah menganjurkan
pidato kemerdekaan. Anda berminat untuk menyertai pidato
tersebut.
Tajuk pidato tersebut ialah cara-cara memupuk semangat
patriotik dalam kalangan pelajar.
Tuliskan pidato tersebut selengkapnya.
Contoh perenggan 4 unsur.

Antara langkah yang boleh dijalankan untuk memupuk semangat


patriotik dalam kalangan pelajar adalah dengan mengajar mata
pelajaran Sejarah di sekolah. Hal ini demikian kerana dengan
adanya mata pelajaran Sejarah, semangat patriotik dapat
disebarkan secara menyeluruh dengan lebih mendalam mengenai
sejarah negara kita.Sebagai contoh, pelajar dapat mengetahui
peristiwa-peristiwa penting semasa negara hendak mencapai
kemerdekaan dan menyelami pelbagai kesengsaraan yang
dialami oleh pejuang-pejuang negara dalam usaha untuk
mencapai kemerdekaan. Dengan ini, semangat patriotik dapat
diterapkan dalam diri setiap pelajar untuk mempertahankan
kebebasan yang telah kita perolehi pada hari ini apabila
mengetahui betapa tingginya nilai kemerdekaan sesebuah
negara. Bak kata pepatah Melayu, 'tak kenal, maka tak cinta'.
Selain itu, dengan mempelajari mata pelajaran Sejarah, pelajar
juga dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang tokoh-
tokoh terkemuka yang telah banyakberjasa kepada negara. Hal
ini akan membangkitkan semangat untuk mencontohi jasa-jasa
yang telah ditaburkan. Aspek ini dapat dilihat dalam diri pelajar
seperti pelajar akan mempunyai semangat yang lebih kental dan
tidak mudah goyah dalam menegakkan sesuatu perkara
demi keadilan negara. Oleh itu, mempelajari mata pelajaran
Sejarah amat penting bagi melahirkan pelajar yang berjiwa
patriotik dan mempunyai semangat cinta akan tanah air.
kemerdekaan.

Rujukan (sila rujuk perkataan berwarna ) :


Biru : Ayat topik/ayat utama
Coklat : Ayat huraian
Merun : Ayat contoh
Jingga : Ayat penegas

Perenggan penutup .

• Sesebuah karangan dianggap tidak lengkap jika tiada penutup


atau kesimpulan.
• Penutup merupakan kesimpulan terhadap pendapat yang telah
dikemukakan.
• Pelajar perlu berhati-hati apabila menulis perenggan penutup
kerana sikap dan pandangan pelajar terhadap tajuk dapat
dibayangkan.
• Penutup karangan mesti mempunyai kesimpulan yang lembut
tetapi berkesan.
• Pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi yang telah
dikemukakan untuk bahagian penutup ini.

 
Rujukan :

 
1. Bahan hasilan Guru Cemerlang Daerah Muar iaitu Pn. Noraini
dari SMP SAB Muar dan Cik
    Fatimah Daud dari Sek. Men. Sains Muar.
2. Buku rujukan

……………………………………..

DIMENSI KELUARGA 

TAHUN 
SOALAN

2004 (N) Anda akan mewakili sekolah anda dalam satu


pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah ” Keluarga
Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni ”

Tulis syarahan itu selengkapnya.

2005 (J) Ada pihak yang berpendapat bahawa masalah


keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada
kegagalan institusi keluarga.

Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

2005 (N) Keluarga memainkan peranan penting dalam


mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu pendidikan anak-
anak sebenarnya bermula di rumah.

Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam


pembentukan sahsiah anak-anak.

2006 (J) Peranan ibu bapa, sokongan ahli keluarga dan usaha diri
sendiri banyak mempengaruhi kejayaan seseorang pada masa
depan. 

Berikan komen anda tentang pernyataan di atas.

2006 (N) Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup


setiap manusia. Jasa mereka kepada kita tidak ternilai harganya.
Sempena sambutan Hari Keluarga, anda diminta untuk
menyampaikan ceramah bertajuk ”Menghargai Jasa Ibu Bapa”

Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

2007 (J) Keluarga anda mengadakan majlis rumah terbuka


bersempena dengan sambutan hari perayaan. Ramai saudara,
rakan dan jiran mengunjungi majlis tersebut.

Jelaskan kebaikan-kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka.

2007 (N) Pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu banyak


membawa kebaikan kepada keluarga dan negara.

Jelaskan kebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari


seminggu

2008 (J) Hubungan baik antara ahli keluarga dapat menjamin


kebahagiaan sesebuah keluarga.

Bincangkan.

2008 (N) Setiap orang ingin akan kawasan petempatan yang


terancang untuk tinggal bersama-sama keluarga tersayang. 
Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda
sekeluarga. 
 …………………………

AHUN dan SOALAN

2004 (N) Anda mempunyai tokoh sanjungan kerana pencapaian


cemerlang tokoh tersebut dalam bidang yang diceburinya. Tokoh
sanjungan ini menjadi pendorong untuk anda mencapai kejayaan
dalam kehidupan.

Nyatakan tokoh sanjungan anda itu dan jelaskan sebab-sebab


kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada anda untuk mencapai
kecemerlangan.

2005 (J) Anda akan menyertai pertandingan syarahan sempena


Kempen Budi bahasa dan Nilai-Nilai Murni. Tajuk syarahan yang
anda pilih ialah ” Budi Bahasa Amalan Mulia”

Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.

2005 (N) Pencapaian beberapa jenis sukan di negara kita perlu


ditingkatkan. Sehubungan itu, Kementerian Belia dan Sukan juga
persatuan sukan perlu mengatur strategi bagi mengembalikan
kegemilangan mutu sukan negara.

Tulis rencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh


pihak berkenaan bagi meningkatkan mutu sukan negara.

2006 (J) Masyarakat berperanan penting bagi mengukuhkan


perpaduan dalam kalangan rakyat di negara kita. 
Jelaskan aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh
masyarakat untuk menjayakan hasrat tersebut.

2006 (N) Industri pertanian memberikan sumbangan yang


semakin penting dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi
Malaysia.

Berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak dalam


memajukan industri pertanian di negara kita

2007 (J) Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjayakan


kempen antimerokok yang telah dilancarkan oleh kerajaan.
Sebagai rakyat yang prihatin, anda ingin menulis sebuah rencana
dalam akhbar tempatan. 
Tajuk rencana itu ialah ’ Kesan Buruk Tabiat Merokok Terhadap
Kesihatan ’.

Tulis rencana itu selengkapnya.

2007 (N) Kerajaan telah menubuhkan banyak institusi pendidikan


berasaskan kemahiran seperti Kolej Komuniti, institut Latihan
Perindustrian dan Pusat Giat Mara. Antara tujuannya termasuklah
untuk melatih golongan belia supaya lebih bersedia dalam
menghadapi alam pekerjaan.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

2008 (J) Anda mewakili sekolah dalam pertandingan pidato


peringkat negeri. Tajuk pidato ialah ’Dadah Membawa Padah’.

Tulis teks pidato itu selengkapnya.

2008 (N) Penyakit demam denggi yang berpunca daripada


nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan
negara. 

Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit


ini dan langkah-langkah bagi menanganinya. 
 
……………………..

ANALISIS SOALAN KARANGAN UMUM - TAJUK 4 (ANTARABANGSA)


TAHUN SOALAN
2004 (N) Dunia hari ini penuh dengan persaingan. Untuk mendapatkan pekerjaan, kelulusan akademik sema
mata tidak cukup. Banyak faktor lain yang perlu dikuasai untuk membolehkan seseorang itu berj
dalam kerjaya yang akan diceburi sesuai dengan perkembangan dunia tanpa sempadan.
Tulis sebuah rencana tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar un
menghadapi persaingan kerja pada masa akan datang.
2005 (J) Hubungan baik antara Malaysia dengan negara-negara jiran wajar dipelihara.
Bincangkan.
2005 (N) Pada masa ini, persengketaan dan peperangan masih berlaku di beberapa tempat. Hal ini te
menjejaskan keharmonian sosial dan perkembangan ekonomi dunia.
Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.
2006 (J) Malaysia mementingkan kesejahteraan dan keamanan dunia sejagat. Oleh sebab itu, kita tid
menyokong sebarang bentuk keganasan dan peperangan sebagai jalan penyelesaian sesu
masalah.
Huraikan peranan yang wajar dimainkan oleh negara kita untuk terus mengekalkan kesejahteraan d
keamanan du
 
2006 (N) Masalah jerebu yang berlaku dirantau ini dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama deng
negara-negara jiran.
Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran un
menangani masalah tersebut.
2007 (J) Anda mengambil bahagian dalam pertandingan bahas di peringkat daerah. Tajuk perbahasan itu ia
’ Kemasukan Pekerja Asing Membawa Kebaikan Kepada Negara’.
Tulis hujah-hujah anda sebagai pencadang dalam pertandingan itu.
 
2007 (N) Kemiskinan masih menjadi masalah utama di kebanyakan negara, walaupun terdapat banyak neg
kaya di dunia.
Sarankan bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh negara-negara kaya untuk memba
negara-negara miskin.
2008 (J) Rakyat Malaysia yang berada di luar negara dapat memainkan peranan untuk mempromosik
negara kita dalam pelbagai aspek pada peringkat antarabangsa.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
2008 (N) Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa dapat
mengeratkan hubungan masyarakat dunia.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.


……………………

Analisis Soalan Karangan Umum


 
……………..

ENANDA WACANA
 
Bahagian 1
 
PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

· Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
penjuru dunia ini tentang isu …
· Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kit
telah ….
· Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020.
Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal
menghambat.
· Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita
acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan ole
rakyat kita sendiri.
· Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
· Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraika
dengan terperinci demi kebaikan bersama.
· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi
masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
· Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik
dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita
· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendap
yang menyatakan …….
· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik d
pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga k
akar umbi.

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

· Kita dapat menyaksikan betapa…


· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
· Lazimnya, dalam keadaan …
· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
· Pada hemat saya …
· Pada pandangan saya …
· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
· Sebagaimana yang kita ketahui
· Sebagaimana yang kita maklumi
· Sejak awal lagi
· Sejak kebelakangan ini
· Selain itu, pada masa ini juga
· Seperti yang telah dinyatakan
· Umum mengetahui bahawa
· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

· Bagi sesetengah orang …


· Begitu juga dengan …
· Begitu juga halnya dengan …
· Bertitik tolak daripada itu …
· Bukan itu sahaja …
· Dalam hal ini …
· Dalam konteks ini ..
· Dalam zaman yang serba canggih ini …
· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
· Dengan adanya …
· Dengan berbuat demikian …
· Dengan perkataan lain ..
· Disebabkan hal itu
· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
· Hal ini berlaku disebabkan
· Hal ini penting dalam
· Hal ini serupa dengan
· Hal yang serupa berlaku apabila
· Ini disebabkan
· Ini membuktikan bahawa
· Ini menggambarkan bahawa
· Ini secara tidak langsung akan
· Ini semua meninggalkan kesan kerana
· Ini tentu sekali membuatkan
· Jadi kita perlu
· Jadi kita hendaklah
· Keadaan ini tentunya
· Lantaran itu sehingga kini
· Kesemua ini menyumbang kepada
· Kita mengakui hakikat bahawa
· Kita sering menonton di kaca televisyen
· Kita sering membaca di dada-dada akhbar
· Memandangkan keadaan yang sedemikian
· Namun sejak kebelakangan ini
· Oleh itu, bolehlah dikatakan
· Secara logiknya masa yang
· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
· Keadaan ini seharusnya boleh
· Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
· Kendatipun demikian, kita masih
· Yang paling nyata ialah
· Yang perlu kita pastikan ialah

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

· Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak


· Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun ……
menunjukkan bahawa sebanyak …………

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

· Sebagai contohnya
· Biar kita lihat
· Biar kita ambil contoh
· Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
· Sebagai analoginya,
· Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

· Intihanya,
· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
· Konklusinya,
· Dengan ini diharapkan
· Bukan itu sahaja
· Mudah-mudahan perkara ini
· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni, insyallah perkara ini akan …
· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah b
hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseoran
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi
adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata,
maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang
06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Sur
al-Hajj:77
07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat
meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18
08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu
memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey Joh
Schwartz
10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar
perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan."
~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan)
11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasua
Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimili
~Profesor Diraja Ungku Aziz
12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan
penduduk langit.
16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilangl
harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan oran
yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka
merosakkan madu."
18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk
mengejar impian hari esok.
19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manu
yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersab
dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang
membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu
dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh
penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan
digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untu
berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR
23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yan
hilang sekali hilang akan terus hilang.
24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas denga
buah.
25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.
 
 
Bahagian 2

i) Penanda permulaan karangan


a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu


a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan


a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan


a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh


a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi


a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat


Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan
kepala(Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutup


a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza


a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa


a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa .......
 
…………………………

Você também pode gostar