Você está na página 1de 4

ADAT RESAM

http://malaysiana.pnm.my/01/01pgenln_adatresam.htm

ADAT RESAM MELAYU

Pentingnya adat masyarakat Melayu jelas terlihat dalam peribahasa yang berbunyi Biar
mati anak, jangan mati adat. Tata perlakuan dalam adat resam masyarakat Melayu
banyak dipengaruhi oleh adat yang diwarisi dari budaya Hindu yang disesuaikan
mengikut unsur-unsur Islam. Adat ini dapat dilihat pada tiga aspek kehidupan iaitu

ADAT KELAHIRAN

SEWAKTU MENGANDUNG

Pengenalan

Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan
suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah
dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu
setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu
banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia
merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.

Sewaktu Mengandung

 Melenggang Perut

Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara
Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara
ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia
dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk
membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal
bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.

Peralatan untuk upacara ini termasuk

 Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan


 Segantang beras 
 Sebiji kelapa
 Beberapa urat benang mentah
 Damar
 Minyak kelapa atau minyak urut
 Lilin
 Tepak sirih yang lengkap isinya
 Pengeras sebanyak RM1.25
Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita
hamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur. 

Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air


buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di kain
basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah
cermin kecil dibawa bersama. Wanita itu
didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki
kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian air
buyung dijiruskan ke badannya manakala telur
tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan
kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi
bersalin.
Upacara Adat Melenggang Perut
Setelah membersihkan badan, wanita itu
bercermin muka dengan harapan anak yang bakal
lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan
membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai
yang lain. Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan
mengurut ibu yang yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut.
Bidan mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya
perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung kakinya sebanyak tujuh kali. Adalah
dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke atas, anak yang
dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya. Akhirnya bidan akan
melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu. Mengikut
adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan peralatan
upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan
ibu yang menjalani upacara ini dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayai
adat ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu.

 Sewaktu Bersalin

Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga
berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan
sepuluh hari. Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh
hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga B
daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah a
pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi y
i
mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping itu juga, terdapat beberapa adat y
yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini. a
n
g
 Potong Tali Pusat b
a
r
Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu u
disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong l
dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu a
h
ringgit. Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali ir
pusat di perut bayi akan dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih d
yang telah dilayukan di atas bara api sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.  i
a
z
a
n
 Azan/Qamat k
a
n
Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi /
perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan d
i
q
a
m
a
t
k
a
n
melakukan upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan
berunsur keagamaan.

 Membelah Mulut

Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam
agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula
dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah
mencecap atau merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang
menggunakan emas yang dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru
lahir tersebut. Sewaktu menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun
demikian, adat ini sudah tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini.

 Berpantang

Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang
yang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan
mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung
selama empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang
berpantang selama seratus hari.

Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan


sebarang makanan mengikut kehendaknya atau
berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak
pergerakan. Antara makanan yang dilarang keras ialah
yang boleh mengakibatkan kegatalan diseluruh anggota
badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta
memakan ikan yang mempunyai sengat seperti ikan
keli, sembilang dan baung kerana ia boleh
menyebabkan bisa-bisa pada badan. Sebaliknya mereka
digalakkan memakan nasi dengan ikan haruan yang
dibakar atau direbus dan dibenarkan minum air suam
Ramuan asli untuk  atau susu.
wanita lepas bersalin

Selama berpantang
mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku.
Bertungku dipercayai dapat membantu perut wanita
bersalin kembali normal. Biasanya tungku diperbuat
dari batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian
tungku itu dibalut dengan kain yang dilapik dengan
beberapa helai daun yang tebal seperti daun lengkuas
yang dipercayai dapat mengimbangi kepanasan tungku
di samping berfungsi sebagai ubat. Tungku akan
dituam pada bahagian perut dan bahagian lain
Bengkung
bertujuan untuk mengatasi masalah kesakitan selepas
bersalin. Selesai bertungku, si ibu akan menyapu
perutnya dengan air limau yang dicampur dengan
kapur sebelum memakai bengkung. Amalan berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi
perut buncit atau pinggul yang turun selepas bersalin di samping memberi keselesaan
kepada wanita selepas bersalin.

Você também pode gostar