Você está na página 1de 6

Anak Derhaka

Tempat: Di rumah Mak Timah,Kampung Gajah Dua

Pelakon: Mak Timah dan Aminah

Situasi: Aminah masuk ke rumah lalu mencampak beg sekolahnya di atas lantai. Mak Timah pula
sedang menyapu lantai.

Aminah(mengeluh): Bosan betul jadi Minah! Hari-hari terpaksa pergi sekolah! Untuk apa? Tiada
bezanya pun,masih juga kita ni miskin!

Mak Timah: Minah,jangan cakap tu,nak. Tuhan memang menguji hamba-hambanya dengan pelbagai
ujian. Hanya manusia yang bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi sahaja yang akan
memperoleh kemenangan kelak.

Aminah: Sabar konon! Mana boleh Minah sabar lagi! Minah betul-betul dah lali dengan kehidupan
kita! Semuanya salah mak! Siapa suruh mak curang dengan ayah sampai ayah minta cerai? Kalau
mak tak buat hal,pasti kita sekarang ni hidup mewah kat Kuala Lumpur tu. Dahlah sekarang ni ayah
CEO syarikat yang ternama!

Mak Timah: Beristighfar Minah. Mak tahu,Minah tentu penat kan? Apa kata Minah pergi mandi dan
solat dulu? Nanti hati Minah pasti akan tenang.

Minah: Heh orang tua! Suka hati Minah lah sama ada nak mandi ke nak solat ke! Sekarang ni Minah
lapar! Bawakan makanan untuk Minah!

Mak Timah: Baiklah Minah.

Mak Timah menuju ke dapur dan membawa makanan anaknya.

Minah: Ubi keledek lagi??!!! Bosan,bosan,bosan! Hari –hari makan ubi keledek! Dahlah! Minah tak
tahan lagi duduk serumah dengan mak! Mulai sekarang,Minah bukan anak mak lagi! Hantarkan
Minah ke Kuala Lumpur! Minah nak tinggal dengan ayah!

Mak Timah(dengan muka yang sayu): Baiklah Minah,asalkan anak mak gembira,mak sanggup
lakukan apa sahaja.

Minah: Yelah tu!(menjeling Mak Timah)(Angkat lalu melanggar ibunya)

Tempat: Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Pelakon: Encik Razak,Aminah dan Puan Halimah

Aminah: Ayah! Minah rindu sangat dengan ayah. Akhirnya setelah bertahun-tahun,Minah dapat
tinggal bersama ayah.(Minah memeluk ayahnya)

Encik Razak: Ayah pun rindu dengan Minah. Mak Minah apa khabar? Dah kahwin ke belum dengan
kekasih dia tu?

Aminah: Minah tak kisahlah hal perempuan tua tu. Tak bermanfaat langsung nak berfikir tentang
dia. Dahlah curang,miskin pula tu. Dia bukan mak Minah lagi. Sekarang ni,dalam hidup Minah cuma
ada ayah.
Encik Razak: Baguslah tu Minah. Minah akan lebih bahagia kalau hidup bersama ayah.

Aminah(senyum): Yay! Minah rasa sungguh gembira! Ayah...(memanggil ayahnya untuk mendekati
dirinya lalu berbisik) ..Ayah,siapa perempuan di sebelah ayah tu?

Encik Razak: (ketawa tersekat-sekat) Perempuan ni mama baru Minah. Namanya Halimah. Cantik
kan mak Minah yang baru ni?

Puan Halimah: Apalah sayang ni,mengada-ngada je. Jadi,inilah Minah ye?

Aminah(tersenyum sipu-sipu): Ye.

Encik Razak: Baiklah,mari kita pergi. Pasti Minah letih kan? Malam nanti kita semua makan besar-
besaran ok?

Aminah(dengan gembira): Akhirnya! Tiada ubi keledek lagi!

Tempat: Di rumah Mak Timah,Kampung Gajah Dua

Pelakon: Mak Timah dan Puan Mastura

Mak Timah sedang menyiram pokok bunga di hadapan rumahnya. Puan Mastura datang
melawatnya.

Puan Mastura: Assalamualaikum.

Mak Timah: Waa’laikumusalam. Eh,Puan Mastura rupa-rupanya.

Puan Mastura: Mas nak tahu lah,betul ke Minah tu pergi ke KL sebab nak tinggal dengan ayah dia?

Mak Timah: Ye. Tak apalah Mas,Timah redha dengan ketentuan Tuhan,mungkin kalau Minah duduk
kat KL tu hidup dia akan lebih diberkati.

Puan Mastura: Mas kesian dengan Timah,tau. Sudahlah suami Timah tuduh Timah curang,pastu dia
minta cerai. Sekarang ni,satu-satunya anak Timah meninggalkan Timah. Mas memang kagum dengan
kesabaran Timah dalam menghadapi dugaan-dugaan ini.

Mak Timah: Bukankah kesabaran itu separuh dari iman? Timah hanya mampu bersabar kerana
Timah tahu ada hikmah di sebalik semuanya. InsyaAllah,semua ini merupakan yang terbaik untuk
Minah dan Timah.

Puan Mastura: InsyaAllah. Mari Mas tolong Timah siram bunga tu. Timah rehat je lah.Timah ni terlalu
kuat bekerja,nanti Timah sakit pula.

Mak Timah: Tak usah. Timah memang suka menyiram bunga-bunga ni. Timah tahu menjaga
kesihatan Timah. Mas jangan risau ok? Semuanya akan baik-baik sahaja.

Mak Timah menyiram bunganya lalu diserang sakit jantung.

Puan Mastura: Timah? Apahal Timah?

Mak Timah rebah.

Puan Mastura: Tolong!


Tempat: Rumah Encik Razak

Pelakon: Aminah,Encik Razak dan Puan Halimah

Aminah: Wah! Cantiknya rumah ni!!!

Encik Razak: Sekarang ni,semuanya menjadi milik Minah. Ayah juga ada sebuah bilik khas untuk
Minah. Ikut ayah jom.

Encik Razak bersama Puan Halimah membawa anaknya masuk ke bilik tersebut. Anaknya ternyata
terpegun dengan kecantikan bilik tersebut.

Puan Halimah: Cantik kan bilik anak mama?

Aminah: Wah! Cantiknya. Minah rasa sungguh bahagia !

Puan Halimah: Baguslah tu Minah. Asalkan anak mama bahagia,mama bahagia juga.

Encik Razak: Akhirnya,keluarga kita sudah sempurna kan sayang?

Puan Halimah : Betul tu,sayang.

Masa: Lima tahun kemudian

Tempat: Di lorong yang gelap

Pelakon: Aminah dan Rosyam

Aminah duduk di sebelah Rosyam.

Aminah: Syam,syam tahu tak Minah sayang dengan Syam?

Rosyam: Syam dah lama tahu,Syam pun sayang dengan Minah.

Aminah: Dah lama dah Minah tak rasa disayangi.

Rosyam: Maksud Minah?

Aminah: Dulu,masa Minah pindah KL,Minah ingat semuanya akan berjalan dengan baik,pastu Minah
dapat tahu yang mak tiri Minah tu ada lelaki lain. Bapa Minah pula selalu takda kat rumah.Lima
tahun ni,Minah rasa sungguh sunyi.

Rosyam: Kenapa Minah tak balik je ke rumah mak kandung Minah?

Aminah: Malaslah nak cakap pasal perempuan tua tu. Beri Minah pil tu,malam ni kita hayal puas-
puas!

Tempat: Rumah Encik Razak

Pelakon: Puan Halimah dan Aminah

Puan Halimah: Heh anak sial! Akhirnya kau pulang juga ye!! Asyik-asyik nak habiskan duit mak bapak
kau je. (Mencubit telinga Aminah) Mesti kau pergi lepak dengan si Rosyam tu lagi kan? Bila lagi kau
nak jadi anak yang baik hah?
Aminah: Anak yang baik?! Macam mana nak jadi anak yang baik! Mama pun macam perempuan
murahan. Kalau ayah takda kat rumah,mama jadi liar. Apa nama teman lelaki mama tu,Encik Hakim?
Jangan nak ajar Minah lah mama! Mama bukan ibu yang baik pun.

Puan Halimah(menampar pipi Aminah): Kurang ajar! Sekarang ni juga,kau berambus dari rumah ni.
Kalau ayah kau tanya aku mana kau,aku cakap kau sudah MATI! Berambus!!

Aminah(menangis tersedu-sedu): Mama jahat! Mama kejam! Minah pun dah tak tahan hidup
dengan mama lagi!

Tempat: Di hadapan rumah Rosyam

Pelakon: Rosyam dan Aminah

Rosyam: Apa?Minah dihalau dari rumah?

Aminah(menangis): Ya. Minah sekarang ni dah takda tempat nak tinggal. Minah boleh kan tinggal
dengan Syam?

Rosyam: Bukan masalah Syam! Lagipun,mulai hari ini Minah bukan lagi kekasih Syam.

Aminah: Kenapa Syam? Apa salah Minah?

Rosyam: Minah memang tak faham-faham ke sampai sekarang? Syam bersama Minah kerana duit
Minah. Bukan kerana cinta. Muka Syam nak setia dalam percintaan? Nak harapkan Syam untuk sara
hidup Minah? Jangan buat Syam ketawa lah.

Aminah: Sampai hati Syam buat macam ni kat Minah!!

Rosyam: Dahlah,Syam tak nak tengok muka Minah lagi.(menolak Aminah)

Aminah menangis.Aminah berjalan tanpa hala tujuan.

Tempat: Di hadapan stesen bas

Masa: Sekitar 2 pagi

Terdapat sebuah bangku panjang.Aminah duduk di bangku tersebut.

Aminah: Malangnya nasib aku. Semua orang pergi meninggalkan aku. (menangis) Mak! Minah rindu
dengan mak!

Aminah menangis lalu tertidur.

Masa: Awal pagi

Puan Mastura: Minah,minah?(Puan Mastura cuba untuk membangunkan Minah)

Aminah(terbangun): Mak Cik Mastura??

Puan Mastura: Besarnya Minah! Makin cantik pula tu! Minah buat apa sini?

Aminah: (menangis)(lalu memeluk Puan Mastura) Puan Mastura,Minah rasa sungguh sengsara!
Minah rasa hilang arah tujuan. Minah rasa sungguh sunyi.
Puan Mastura: Apa maksud Minah?

Aminah: Minah dihalau dari rumah. Lepas itu,kekasih Minah tinggalkan Minah. Ayah Minah pula
selalu tak balik rumah. Minah buntu. Minah rindu dengan mak kandung Minah!

Puan Mastura: Sabar Minah. Apa kata Minah balik bersama mak cik ke kampung Gajah Dua? Nanti
dapatlah Minah lawat mak Minah. Mak cik sebenarnya ke Kuala Lumpur memang bertujuan nak cari
Minah. Tak sangka pula berjumpa di stesen bas.

Aminah menangis.

Aminah: Minah rindu dengan mak. Rindu sangat-sangat.

Puan Mastura: (memeluk Aminah) Nanti Minah akan jumpa dia. Jangan terkejut tau Minah. Minah
mesti sabar dan redha.

Aminah: Apa maksud mak cik?

Puan Mastura: Nanti Minah akan tahu. Mari,kita pergi beli tiket.

Tempat : Kampung Gajah Dua

Pelakon: Aminah,penduduk kampung dan Puan Mastura

Penduduk kampung melihat Aminah dengan perasaan yang jengkel.

Mak Siti: Eh,bukankah itu Aminah anak Kak Timah?(berbisik)

Mak Ujang:Yelah. Anak derhaka tu pulang ke kampungnya juga akhirnya. Sayangnya semuanya
sudah terlambat.

Aminah gembira. Akhirnya dia sudah kembali ke kampungnya. Dia kini berada di hadapan rumahnya.

Aminah: Assalamua’laikum,Assalamua’laikum..Assalamua’laikum?

Tiada jawapan.

Puan Mastura menepuk bahu Aminah.

Puan Mastura: Tiada gunanya lagi Minah. Mak Minah dah kembali kepada Allah lima tahun yang lalu.
Sehari selepas Minah pergi Kuala Lumpur. Mak Minah diserang sakit jantung. Mak cik cuba
menelefon Minah tapi tak berjaya.

Aminah berlari ke tanah perkuburan yang berdekatan. (mencari-cari kubur ibunya)

Aminah: Mak,maafkan Minah. Minah anak derhaka. Maafkan Minah banyak-banyak.

Você também pode gostar