Você está na página 1de 1

Apakah Sebenarnya CPR?

CPR ialah singkatan kepada Cardio-Pulmonary Resuscitation. Cardio bermakna jantung, pulmonary
beerti paru-paru, manakala Resuscitation pula bemakna pemulihan. Jadi bolehlah kita terjemahkan CPR
kedalam bahasa melyu sebagai Pemulihan Jantung dan paru-paru.

Kepada siapakah sebenarnya CPR ini dijalankan?

Daripada namanya, anda bolek mengagak CPR dijalankan keatas orang yang tidak bernafas dan
jantungnya berhenti berdenyut. Ada banyak keadaan seseoeang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak
berdenyut, terutamanya ketika serangan jantung (heart attack). Selain itu, lemas diair, lemas asap,
renjatan eletrik dan keracunan juga boleh menyebabkan pernafasan berhenti dan jantung berhenti
berdenyut.

Apakah teori disebalik CPR?

Bagi orang yang tidak bernafas, kita boleh hembuskan nafas kita kedalam paru-parunya melalui mulut
untuk membekalkan oksigen. Walaupun dalam udara hembusan oksigen kita berkurangan (kira-kira
16%) berbanding dengan oksigen yang ada diudara (21%) ia masih cukup untuk kegunaan si pesakit.
Jantung bertugas mengepam darah ke seluruh anggota badan, serta membekalkan oksigen dan nutrien
kepada sel-sel. Bagi orang yang berhenti jantungnya berdenyut, kita boleh meneruskan tugas
pengepaman ini dari luar, iaitu dengan menekan dada si pesakit, jantung dibawah dada akan tertekan
dan memaksa darah dalam jantung beredar.

Daripada teori itu, anda tahu CPR bukanlah satu rawatan, ianya sebenarnya hanyalah kaedah
sementara memberikan bantuan pernafasan dan pengepaman darah. Ia tidaklah memulihkan penyakit
jantung (

Você também pode gostar