Você está na página 1de 2

Amelia Yee: Selamat pagi guru Bahasa Melayu, Puan Zahara Ali, dan murid-murid sekalian.

Saya, Amelia Yee ialah pengerusi majlis forum pada pagi ini.Izinkan saya memperkenalkan ahli-
ahli panel saya – saudari Christina Oui, saudara LoserZf dan saudara YY Lai. Tajuk forum hari ini
ialah “Pencemaran Alam Sekitar”. Pencemaran alam sekitar bererti keadaan ataupun suasana
sekeliling mengalami perubahan sifat fizikal alam sekeliling daripada sesuatu yang cantik menjadi
sesuatu yang kotor, berdebu, berlumpur dan tidak terurus. Masalah pencemaran ini di negara kita
tidak pernah reda. Malah, masalah ini menjadi semakin teruk. Tidak keterlaluan jika dikatakan
bahawa masalah ini akan menjadi suatu krisis nasional sekiranya tiada langkah yang proaktif
dilaksanakan bagi membanteras pencemaran mulai sekarang. 

Christina Oui: Sedarsawasa ini, pencemeran alam sekitar sekian hari sekian bertambah serius.
Pencemaran alam sekitar telah membawa banyak kesan kepada insan, malah kepada flora dan
fauna. Pertamanya, pencemaran udara seperti jerebu banyak menjejaskan aktiviti harian kita. Di
kawasan yang mengalami jerebu dengan serius, penglihatan kita dihadkan. Kita hanya dapat
melihat objek dalam lingkungan 100m. Cuba bayangkan, semasa kita memandu, kita tidak dapat
melihat kenderaan yang berada di hadapan kita. Peluang berlaku kemalangan jalan raya akan
bertambah. Kadar kemalangan jalan raya akan meningkat dan seterusnya mengancam nyawa
kita.

Seterusnya, pencemaran seperti pencemaran air telah menyebabkan nyawa manusia dan
haiwan terancam dan bagai “telur di hujung tanduk”. Bahan toksik dan asid yang mengalir ke
dalam sungai menyebabkan kehidupan akuatik musnah dan bekalan sumber ikan menjadi
beracun. Apabila kita makan dan minum makanan dan air yang tercemar ini, kita akan turut
diracun dan nyawa kita akan tergugat. Selain itu, pembuangan sampah ke dalam sungai
menyebabkan sungai menjadi busuk dan keindahannya terjejas. Ini bukan sahaja mencemarkan
sumber air, malah membawa ketidakselesaan kepada penduduk yang mendiami di kawasan
tersebut.

YY Lai: Pencemaran alam sekitar bukanlah suatu fenomena baru. Malah, masalah yang
berpunca daripada kepesatan pembangunan negara ini kian hari kian meningkat dan makin rumit
untuk ditangani. Faktor utama yang menyebabkan pencemaran adalah pelepasan gas-gas toksik
daripada kilang dan kenderaan. Seperti negara kita yang menjadikan bidang perindustrian
sebagai bidang utama pencemaran udara serius di negara kita. Kilang-kilang seperti kilang
simen, besi dan lain-lain melepaskan gas yang beracun dalam proses pembuatan. Kini, setiap
orang mampu untuk memiliki kenderaan sendiri. Gas seperti karbon monoksida, karbon dioksida
dan gas-gas yang lain yang dilepaskan dari kenderaan menyebabkan pencemaran udara.

Selain itu, pembakaran secara terbuka akan mencemerkan kualiti udara. Pembakaran hutan
sering dijalankan tuntuk kegunaan pertanian pindah dan pembangunan tapak perumahan.
Sebagai contoh, negara Indonesia yang sering berlaku pembakaran hutan telah menyebabkan
jerebu berlaku. Untuk maklumam anda, fenomena hujan asid di Malaysia semakin serius dan
sampai ke tahap yang meruncingkan. Fenomena ini biasanya berlaku di kawasan perindustrian
sebab kawasan tersebut banyak melepaskan gas-gas beracun seperti karbon monoksida, karbon
dioksida, sulfur dioksida dan gas-gas lain. Semasa hujan, sulfur dioksida dalam udara mencair
dalam titisan hujan dan menjadi hujan asid. Bangunan yang sentiasa kena hujan asid akan
terhakis. Jika kulit seseorang dikena hujan asid, seseorang itu akan dijangkiti penyakit kulit.

LoserZf: Memang tidak dinafikan bahwa kegiatan manusia dalam mengejar pembangunan dan
kemajuan telah mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Negara-negara membangun seperti
Malaysia memerlukan pembangunan walaupun terpaksa mengorbankan alam sekitar pada kadar
yang berpatutuan. Pencemaran alam sekitar menjadi semakin menjadi serius dan kritikal di
negara kita. Bagi menangani maslah pencemaran alam sekitar, langkah-langkah efektif telah
diambil oelh pelbagai pihak.

Untuk membanteraskan kegiatan pencemaran alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan


undang-undang yang lebih tegas dan menjatuhkan hukuman yang lebih berat. Sebagai contoh,
seseorang yang didapati membakar secara terbuka akan ditangkap oleh pihak berkuasa akan
didenda sebanyak beribu-ribu ringgit Malaysia ataupun dipenjara tidak kurang daripada setahun.
Selain itu, kempen cintai alam sekitar hendaklah diadakan. Kempen-kempen tersebut berfungsi
untuk menyedari masyarakat tentang kepentingan dan kesan menjaga alam. Jika pemimpin-
pemimpin politik berceramah di depan masyarakat dan menjadi teladan kepada masyarakat,
kempen akan berlangsung dengbumi yang kita diami ini sentiasa selamat dan bebas dan lebih
efektif dan proaktif. Secara tidak langsung, kesedaran manusia terhadap alam sekitar dapat
ditingkatkan. 

Amelia Yee: Kesimpulannya, sekiranya kerajaan benar-benar serius dalam usaha membanteras
masalah pencemaran ini hingga akar umbi, langkah-langkah yang sungguh harus diambil demi
generasi akan datang. Tiada gunanya pelbagai akta digubal jika tiada keazaman untuk
menguatkuasakan akta-akta tersebut. Janganlah apabila ada pendedahan yang dibuat oleh
media massa, barulah berikthiar menyelesaikan masalah. Setiap orang harus sedar tentang
pentingnya menghargai alam sekitar dan perlunya usaha memeliharanya agar bumi yang kita
diami ini sentiasa selamat dan bebas daripada pencemaran. Sekian, terima kasih.

Você também pode gostar