Você está na página 1de 11

PROGRAM DAN PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

I)Program Pembangunan Insan

Yayasan Sabah telah menyediakan pelbagai program demi kepentingan


masyarakat. Terdapat beberapa program yang dijalankan oleh Yayasan sabah seperti
program pembangunan Insan, pendidikan, projek sosial, dan pembangunan sumber
manusia.

Matlamat dalam pembangunan insan adalah untuk meenyediakan rangka dan


arah untuk usaha yayasan sabah masa kini dan masa akan datang dengan memberi
tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan insan meliputi tiga bidang keperluan
seperti ekonomi, pendidikan dan juga sosial. Modal pembangunan insan mula
diwujudkan pada tahun 1988 iaitu merupakan satu konsep pembinaan masyarakat
dinamik dan berdikari untuk mengepalai kemajuan dan pembangunan sosio ekonomi
Sabah. Oleh itu menjadi tanggungjawab utama organisasi Yayasan sabah untuk
membina masyarakat yang dinamik, produktiviti dalam ekonomi, berdikari, hidup
berharmoni, kreatif, mempunyai motivasi yang tinggi dan yang paling penting boleh
memenuhi kehendak dan aspirasi mereka serta mengatasi kekurangan yang mereka
hadapi. Yayasan sabah juga memainkan peranan sebagai pemimpin , pemangkin, serta
sebagai menyediakan derma . Keutamaan yayasan sabah adalah untuk membantu
usaha kerajaan dalam kontek kemajuan , integrasi kebangsaan dan juga demi
kemajuan penduduk sabah.

Konsep pembangunan insan yang diperkenalkan adalah berdasarkan keadaan


dimana masyarakat terlalu bergantung kepada kerajaaan. Pergantungan masyarakat
yang melebihI daripada yang sepatutnya menyebabkan beberapa masalah timbul dari
aspek ekonomi, politik dan sosial. Dahulu konsep yayasan sabah lebih menumpukan
kepada memberi sumbangan dan menyediakan lebih banyak peluang dan kemudahan
pendidikan kepada rakyat sabah disamping membantu dalam aktiiviti kerajaan.
Sumbangannya berbentuk bantuan kewangan dan bantuan perkhidmatan seperti
bantuan perkhidmatan dan kebajikan.
Pembanguan insan yang dilaksanakan oleh Yayasan mempunyai objektif seperti
meninggikan produktiviti dan kadar pendapatan rakyat terutama dikalangan penduduk
miskin luar Bandar. Ia juga bertujuan untuk membasmi buta huruf dikalangan
masyarakat luar Bandar yang seringkali tercicir dalam mendapatkan pendidikan. Selain
itu juga, merangsang aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi
dikawasan luar Bandar dan memperkembangkan sumber-sumber tempatan dan
memeperbanyakkan penggunaan keatas sumber-sumber tempatan di daerah-daerah
luar Bandar. Objektif yang lain adalah untuk mewujudkan peluang pekerjaan di luar
Bandar. Apa yang dapat dilihat adalah objektif sepenuhnya bagi yayasan sabah adalah
memfokuskan kepada penduduk luar Bandar.

Bagi mencapai objektif yang telah dikemukakan, terdapat langkah-langkah yang


perlu dilakukan iaitu dengan menubuhkan dan menjalankan operasi dengan kawalan
dan pengurusan yang efektif misalnya meletakkan jentera yang ditempatkan dikawasan
luar Bandar untuk melatih para penduduk dengan memberi pengetahuan dan juga
mengajar mereka kemahiran-kemahiran dalam bidang- bidang tertentu. Selain itu
pusat pelbagaiguna pembangunan insan yang terdapat di beberapa kampung adalah
untuk bertindak sebagai pusat sumber baagi mendapatkan maklumat dan juga
teknologi yang berkenaan disamping mengadakan latihan dan aktiviti-aktiviti sosial

Langkah yang boleh diambil juga adalah dengan mengambil beberapa


sukarelawan masyarakat yang terlatih untuk melakukan tugas di luar Bandar dan
melaksanakakan program pembangunan insan. Selain itu, menyalurkan idea-idea serta
pengetahuan-pengetahuan yang diperolehi dalam bidang teknologi kepada penduduk
luar Bandar.

Konsep pembangunan insan yang dijalankan telah melaksanakan tiga jenis


program iaitu program ditujukan kepada belia yang menggangur, ditujukan juga
kepada masyarakat luar Bandar dikawasan-kawasan yang terpilih serta memberi
teknikal dan vokasional kepimpinan dan latihan pengurusan kepada penduduk.
Projek perintis bagi Pembanguan Insan adalah proses pelaksanaan yang
memberikan tumpuan kepada masalah alam disekitar luar Bandar dan aktiviti ekonomi
yang berlainan iaitu pertanian pindah dan tetap, kawasan pantai perikanan dan juga
kawasan hutan (perhutanan masyarakat). Tumpuan adalah diberikan kepada aspek
peningkatan pengetahuan dan latihan kepada masyarakat setempat sebagai satu usaha
untuk menggembleng tenaga mereka.

Pencapaian yayasan sabah dalam pembangunan insan adalah terdapat 27


pusat yang beroperasi penuh. Selain itu, terdapat 405 belia Berjaya dalam menamatkan
kursus keusahawanan disamping sebanyak 98 projek Berjaya dilaksanakan oleh
golongan belia. Pencapaian yang lain adalah pembangunan insan yang dilaksanakan
mampu untuk menggalakkan penglibatan masyarakat kampong dalam aktiviti –aktiviti
yang dilaksanakan oleh mereka dan ini mampu meningkatkan taraf hidup mereka.

II) PROJEK SOSIAL

Yayasan sabah juga aktif dalam melakukan projek-projek sosial. Antara projek-
projek sosial yang telah dilaksanakan adalah seperti Perkhidmatan Doktor
Udara,perkhidmatan paramedik, perkhidmatan pendidikan kesihatan luar Bandar, skim
pembahagian bantuan am dan juga program pembahagian peralatan sekolah serta
pembahagian susu sekolah.

A)Perkhidmatan Doktor Udara

Perkhidmatan Doktor Udara mencerminkan Yayasan Sabah sebagai organisasi


sosial dalam memberikan bantuan perkhidmatan dan kebajian. Sumbangan yayasan
sabah dalam aktiviti-aktiviti sosial mampu meningkatkan mutu hidup rakyat sabah.
Perkhidmatan ini telah ditubuhkan pada mac 1975 yang bertujuan untuk meningkatkan
tahap kesihatan penduduk luar Bandar yang terpencil yang mengalami masalah
perhubungan dari aspek pengangkutan. Antara tugas yang dilaksanakan oleh
Perkhidmatan Doktor Udara adalah memeriksa dan merawat pesakit dan mereka yang
mengalami kecederaan. Selain itu juga, ia turut mengadakan aktiviti berbentuk
pencegahan dengan memperluaskan program imunisasi serta memberikan khidmat
nasihat mengenai pengawalan penyakit dan kecederaan dan menggalakkan amalan dan
sikap positif dan mengambil berat tentang penjagaan kesihatan. Bagi memastikan
lawatan Doktor Udara tidak terganggu, maka Yayasan sabah mempunyai sebuah
dispensary yang terletak di Ibupejabat Likas di mana pasukan ini mendapatkan bekalan
perubatan yang diperlukan.

B)PERKHIDMATAN PARAMEDIK

Perkhidmatan paramedik telah ditubuhkan pada Jun 1980 dan dirasmikan pada
Jun 1982 bagi membantu dan menokoktambah aktiviti Jabatan Perubatan Negeri dan
St.John Ambulans, serta member khidmat nasihat selaras dengan perkhidmatannya.
Selain itu, penubuhannya adalah bertujuan menyediakan perkhidamatan ambulans 24
jam yang cekap dan efisien di kawasan yang diliputi oleh Stesen Paramedik Kota
Kinabalu.

Tedapat beberapa perkhidmatan yang diberikan, antaranya ialah memberikan


pertolongan cemas di tempat kemalangan dan semasa dalam perjalanan ke pusat
rawatan; menyediakan perkidmatan pengangkutan kepada pesakit yang memerlukan;
memberikan bantuan pada waktu kecemasan atau darurat; dan memberikan
perkhidmatan tugas siap sedia semasa upacara-upacara tertentu.

Seterusnya, menggalakkan dan membantu dalam menganjurkan latihan untuk


‘first-aiders’ dengan kerjasama organisasi-organisasi lain. Selain itu, menokoktambah
perkhidmatan ambulans yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Perubatan dan
pertubuhan-pertubuhan sukarela. Perkhidmatan Paramedik juga berhasrat untuk
menyediakan latihan perkhidmatan dalam bidang kecemasan/kerja menyelamat dan
latihan lanjutan dalam teknik-teknik perubatan hingga ke taraf ‘para medical’.
Pengamal-Pengamal Perubatan Kecemasan boleh dilatih untuk membentuk “sebuah
Skuad Kecemasan” untuk memberi bantuan semasa berlakunya kemalangan besar atau
pun malapetaka dalam negeri.
Disamping itu, Perkhidmatan Paramedik juga membekalkan kelengkapan
pertolongan cemas dan membantu pemindahan orang ramai terutamanya di kem balak
apabila perlu. Beberapa rancangan perkhidmatan akan diperkenalkan seperti, ‘bantuan
dan menyelamat’ yang meliputi kawasan pergunungan dan dari pantai ke laut (“off-
shore”) serta gerakan penyelamat udara. Hasilnya, pengetahuan dan kemahiran di
kalangan pegawai Paramedik tentang penjagaan pesakit semasa pemindahan pesakit
atau yang malang ke hospital dapat disemai. Perkhidmatan Paramedik juga
bekerjasama rapat dengan hospital, Boba, Polis, Renjer Taman Lipur dan agensi-agensi
lainuntuk panggilan kecemasan.

C)BANTUAN AM

Dalam program skim pembahagian bantuan am, Yayasan sabah terlibat secara
langsung dalam bidang sosial dalam menyalurkan bantuan am kepada masyarakat
secara keseluruhannya terutama masyarakat yang mempunyai pendapatan yang
rendah dan penduduk yang miskin yang tinggal di luar Bandar. Tumpuan utama
Yayasan sabah dalam memberikan bantuan am meliputi pembahagian peralatan
sekolah kepada pelajar-pelajar luar Bandar. Projek seperti ini dibiayai oleh Kerajaan
Negeri. Projek ini juga mampu dalam meningkatkan taraf hidup sosioekonomi
masyarakat sabah serta membantu membina masyarakat yang lebih sihat ,cerdas,
bertanggungjawab dan juga membina masyarakat yang berguna terhadap bangsa dan
Negara.

D)PEMBAHAGIAN PERALATAN SEKOLAH

Dalam program pembahagian peralatan sekolah seperti kasut sekolah, pakaian


seragam dan alat-alat tulis adalah bertujuan untuk membantu ibubapa dalam
meringkankan bebanan dan perbelanjaan yang dihadapi oleh mereka dalam memberi
pendidikan kepada anak-anak mereka. Pembahagian seragam sekolah kepada pelajar
sekolah rendah telah dilancarkan pada bulan Februari 1979. Pakaian seragam ini
diagihkan pada setiap tahun dimana mereka menerima dua pasang seragam sekolah.
Dalam program pembahagian kasut sekolah telah dilancarkan pada bulan Februari 1981
Oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Mahathir Mohammad.
Pembahagian alat tulis telah dilancarkan pada Oktober 1979 dimana murid-murid
sekolah rendah menerima sedozen alat-alat tulis.

E) PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KESIHATAN LUAR BANDAR

Perkhidmatan ini bermula pada bulan September 1986 yang bertujuan untuk
mengadakan khidmat kesihatan berbentuk kesedaran, pencegahan dan penyembuhan
kepada kumpulan sasaran yang tinggal di luar kawasan Bandar sabah. Selain itu
membantu usaha jabatan Perkhidmatan Sabah untuk mengadakan khidmat kesihatan
yang diperlukan oleh kumpulan sasaran. Selain itu juga, merawat dan memeriksa
kepada mereka yang memerlukan disamping melaksanakan elemen-elemen penjagaan
kesihatan asas diperingkat kampung.

III) PENDIDIKAN

Matlamat utama Yayasan Sabah dalam bidang pendidikan adalah untuk


meningkatkan peluang-peluang dan juga kemudahan-kemudahan pendidikan untuk
bagi masyarakat sabah keadaan ini bagi memudahkan masyarakat sabah untuk
menimbal ilmu dan juga memiliki ilmu pengetahuan dalam apa-apa bidang sekalipun
bagi memahirkan masyarakat sabah dalam bidang perkerjaan terutamanya supaya
mereka boleh diterima untuk berkerja didalam sesebuah organisasi yang wujud.

Program pendidikan yang telah dijalankan oleh Yayasan sabah melibatkan


pendidikan dari pra-sekolah hinggalah kepada peringkat universiti selain daripada itu
juga Yayasan Sabah juga turut melaksanakan program yang lengkap yang merangkumi
pinjaman pengajian dan juga pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar yang ingin
melanjutkan pengajian keperingkat yang lebih tinggi, biasiswa telah diberikan kepada
pelajar-pelajar yang terdapat disabah dan juga disemenanjung Malaysia. Program
biasiswa telah dimulakan pada tahun 1967 dimana jumlah biasiswa yang telah
dikeluarkan adalah sebanyak M$137.24 juta bagi kesemua pelajar-pelajar yang terdapat
disabah dan juga dinegeri-negeri lain di Malaysia selain daripada itu juga jumlah
perbelanjaan ini juga turut melibatkan biasiswa bagi pelajar-pelajar yang melanjutkan
pengajian ke institusi pengajian tinggi samaada dimalaysia ataupun diluar Negara.

Pada kebiasaannya biasiswa yang dikeluarkan oleh Yayasan Sabah secara


keseluruhannya akan diberikan kepada pelajar seluruh sabah tetapi biasanya biasiswa
ini diberikan kepada pelajar yang dating daripada luar bandar, biasiswa ini pada
kebiasaanya pada setiap tahun akan diperbaharui tetapi ianya diperbaharui dengan
syarat setiap pelajar haruslah lulus dalam peperiksaan yang diduduki pada tahun yang
sebelumnya, selain daripada itu juga sekiranya terdapat pelajar-pelajar yang ingin
melanjutkan pengajian keperingkat yang lebih tinggi seperti pengajian keperingkat Ph.D
bagi memenuhi keperluan tenaga kerja umumnya dimalaysia dan khususnya disabah
maka Yayasan Sabah akan mempertimbangkan pembiayarannya.

Biasiswa yang telah ditawarkan oleh yayasan sabah ini adalah selaras dengan
Enakmen Yayasan Sabah dibawah Seksyen 3(d), iaitu dengan memberi dan juga
menguruskan pemberian biasiswa daripada badan-badan lain ataupun daripada
bantuan-bantuan pembelajaran daripada pihak yang lain bagi rakyat Sabah ataupun
juga kepada wargenegara malaysia yang terdapat di sabah sekiranya ianya perlu, pada
tahun 1968 sebanyak 1231 biasiswa telah dikeluarkan kepada rakyat sabah supaya
rakyat sabah boleh mengikuti kursus-kursus diploma yang telah ditawarkan oleh
universiti-universiti tempatan yang ada disabah dan juga diluar negeri dan juga
melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah yang disediakan dimaktab-maktab. Tetapi
pelajar pula telah digalakan untuk mengambil kursus-kursus yang ditawarkan secara
tempatan dan juga di Negara ASEAN keadaan ini adalah bagi mengurangkan
perbelanjaan keatas seorang pelajar dan sekiranya perbelanjaan keatas seorang pelajar
adalah rendah maka yayasan dapat menanggung lebih ramai pelajar lagi bagi
meneruskan pengajian keperingkat yang lebih tinggi.

Pada tahun 1968 yayasan sabah telah mengeluarkan sebanyak 2834 pinjaman
pelajaran telah pun ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan pinjaman bagi
melanjutkan pengajiannya keperingkat yang lebih tinggi jumlah perbelanjaan pinjaman
yang telah dikeluarkan adalah sebanyak M$66.5 juta, pinjaman yang telah diberikan
oleh yayasan sabah adalah sama dengan pinjaman-pinjaman yang telah dibuat oleh
bank-bank yang lain dimana pinjaman yang telah di luluskan oleh yayasan sabah
haruslah dibayar balik setelah pelajar-pelajar yang membuat pinjaman tamat
pengajiannya setelah pelajar-pelajar membuat bayaran balik terhadap pinjaman yang
telah dibuat maka bayaran pinjaman ini akan diletakkan dibawah tabung pusingan yang
terdapat di yayasan sabah dimana bayaran balik pinjaman yang telah dibuat akan
digunakan bagi menaja lebih ramai pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran
lagi.

Bagi pelajar-pelajar yang telah habis belajar di university tempatan ataupun luar
Negara yang belum mendapat perkerjaan yayasan sabah akan membantu mereka
untuk mendapatkan perkerjaan yang sesuai dengan kursus yang telah diambik di
universiti melalaui Jabatan Panduan dan juga Kaunseling yang telah diwujudkan.
Jabatan Panduan dan juga Kaunseling daripada tahun 1981 hingga kepada tahun 1990
telah memberikan khidmata nasihatnya kepada 55392 klien, dimana ianya telah
dibahagikan kepada dua iaitu satu seminar ataupun bengkel dimana ianya terdiri
daripada 1906 orang dan yang kedua pula ialah ditempatkan dalam perkerjaan dan
juga latihan amali iaitu seramai 365 orang, selain daripada itu juga terdapat sebahagian
daripadanya telah berkerja dengan yayasan sabah dan juga jabatan-jabatan kerajaan
bagi mencurahkan pengetahuan dan juga pengalaman yang telah diperolehi oleh
mereka daripada peluang yang telah diberikan oleh yayasan sabah.

Selain daripada itu juga bagi pelajar-pelajar yang miskin bantuan kewangan akan
diberikan oleh yayasan bagi memudahkan pelajar-pelajar untuk membeli buku teks
untuk melakukan rujukan, membuat pembayaran yuran peperiksaan, dan juga untuk
elaun saraan hidup dan juga tambang penerbangan. Yayasan Sabah juga telah
menyediakan bantuan kewangan kepada badan-dbadan amal yang wujud dan
memerlukan bantuan, aktiviti-aktiviti kebudayaan yang telah diadakan, projek-projek
sosial yang telah dijalankan oleh sekolah dan juga berbagai-bagai institusi pengajian
tinggi sxelain daripada itu juga yayasan sabah juga turut memberikan bantuan-
bantuan kepada sekolah-sekolah bagi memperbaiki kemudahan-kemudahan yang ada
seperti perpustakaan dan juga makmal-makmal.

Dalam bidang pendidikan juga yayasan sabah telah turut menyediakan kampus
cawangan dimana kampus cawangan ini telah dibina selaras dengan objektif yang ada
untuk meningkatkan pendidikan dan juga kemudahan belajr bagi pelajar-pelajar dan
juga bagi menyediakan kemudahan pembelajaran selain daripada itu juga yayasan
sabah juga turut mendorong penubuhan-penubuhan instutusi pengajian tinggi di Sabah
dimana dua institusi telah ditubuhkan iaitu Institusi Teknologi MARA (YS-ITM) dan juga
Universiti Kebangsaan Malaysia, Sabah(UKMS). YS-ITM telah ditubuhkan pada Ogos
1973 pembentukannya adalah berdasarkan kepada keperluan bagi lebih ramai lagi
daripada bumiputera yang telah terlatih pada peringkat yang separa iktisas, iktisas, dan
juga peringkat pengurusan dan juga sebagai satu pusat sumber bagi pembangunan
intelek disekitar kawasan sabah, YS-ITM memiliki dua jenis fasa yang utama dimana
fasa yang pertama ialah fasa yang meliputi kursus-kursus yang telah ditawarkan iaitu
kursus stenografi, perakaunan, pengajian perniaagan, pentadbiran awam, dan juga dua
kursus persediaan iaitu pra-perdagangan dan juga pra_sains manakala bagi fasa yang
kedua telah dibina hasil daripada peruntukan yang telah diperolehi daripada kerajaan
persekutuan dimana ianya dapat menampung seramai 2000 orang bilangan penuntut,
ITm merupakan sebuah kampus yang telah bertanggungjawad dalam menyediakan dan
juga membekalkan tenaga pengajar, penginapan, dan juga lain-lain jenis tambahan
pembangunan juga kos bagi pengendalian pentadbiran yang telah dilakukan oleh
kampus.

Manakala UKMS pula merupakan sebuah kampus yang telah ditubuhkan bagi
mengendalikan kursus matrikulasi setahun yang telah ditubuhkan bagi menyediakan
pelajar-pelajar yang masuk ke matrikulasi bagi mengikuti kursus dibidang sains ataupun
perubatan. Tetapi ianya telah dijadikan sebuah kampus university yang penuh setelah
kursus sains yang telah diperkenalkan pada tahun 1976.
Selain daripada itu juga telah dibina oleh yayasan selain daripada memberikan
biasiswa dan juga pinjamam terdapat banyak asrama yang telah ditubuhkan dibawah
pengendalian yayasan sabah antaranya ialah asrama yang telah dibina antaranya ialah
asrama yang telah dibina di Pitas yang telah dibina pada tahun 1991 yang memakan
perbelanjaan sebanyak M$8.1 juta, Asrama Kinabalu di Universiti Malaya yang telah
ditubuhkan pada tahun 1987 yang menelan perbelanjaan sebanyak M$12 juta dan
terdapat banyak lagi dimana dianggarkan terdapat sebanyak 13 buah jenis asrama
yang telah ditubuhkan dimana setiapa daripada asrama yang telah dibina dapat
menampung seramai 600 orang pelajar dimana asrama ini juga merangkumi 12 unit
tempat kediaman, ruang besar, pejabat pentadbiran, bilik belajar, dewan makan, ruang
pelawat dan juga kawasan untuk beriadah.

Pusat Perkembangan Kanak-kanak juga turut ditubuhkan dibawah yayasan sabah


dimana pusat ini telah merangkumi Unit Latihan Perguruan Prasekolah, Unit Prasekolah
dan sekolah rendah dan juga Unit Penyelidikan dan Perancangan, bagi Unit Prasekolah
telah dibahagikan kepada dua iaitu Tadika dan juga Taska. Tujuan utama bagi Tadika
yang telah ditubuhkan adalah untuk membentuk satu teras pencapaian pembelajaran
dan juga perkembangan kanak-kanak pada peringkat yang awal, selain daripada itu
juga tujuan adalah untuk mengembangkan satu kaedah dan juga pendekatan dalam
menjalankan dan juga mengendalikan pusat prasekolah. Tadika telah mengunakan
kaedah bermain sambil belajar bagi mendidik pelajar-pelajarnya.

Manakala bagi Unit Latihan Perguruan Prasekolah pula telah menyediakan


pelbagai jenis kursus dan juga bengkel bagi aktiviti prasekolah diaman ianya telah
diadakan pada pada masa cuti penggal persekolahan diamana ianya telah dilaksanakan
sebagai satu latihan dalam perkhidmatan yang telah dilakukan di seluruh Sabah dan
juga seluruh Malaysia, selain daripada itu pula Unit Penyelidikan dan juga Perancangan
telah dilaksanakan pada tiga unit yang kecil iaitu Latihan Perguruan Prasekolah,
Perkembangan kanak-kanak dan juga Pusat Sumber, unit-junit ini telah dibentuk bagi
menjalankan program-program bagi menyediakan probram-program penyelidikan bagi
mengenali perkembang kanak dari semasa ke semasa dengan membawa pakar
penyelidikan daripada dalam dan juga daripada luar negeri.

Você também pode gostar