Você está na página 1de 1

Konvensyen Pendidikan Nasional (KONPEN) 2008

2- 4 Jun 2008
Tajuk:
Program Terapi Seni (Art Therapy) di Sekolah Pendidikan Khas
Melbourne , Australia : satu pengalaman
Oleh
Fairuz bt Abdul Haleem Shah
(Pembentang Kertas Kerja)

Penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman klinikal penulis sebagai


pelatih terapi seni di Sekolah Pendidikan Khas Croxton, Melbourne
,Australia bagi memenuhi syarat pengajian Art Therapy di La Trobe
University, Melbourne pada tahun 2007. Murid yang terlibat adalah
berumur di antara 5 hingga 18 tahun yang mempunyai permasalahan
pembelajaran seperti sindrom down, autistik, perkembangan lewat,
kecacatan fizikal. Semasa di sana penulis telah mereka bentuk program
terapi seni bagi murid di sekolah tersebut menggunakan pendekatan
humanistik atau berpusatkan kepada murid mengikut perkembangan
emosi, intelek, kemahiran motor mereka. Bentuk terapi yang
dilaksanakan adalah berbentuk individu dan kumpulan seperti kumpulan
terapi seni umum, kumpulan sosial , dan kumpulan terapi permainan
seni .Teknik terapi seni yang digunakan adalah lukisan bebas,lukisan
bertema, lukisan berkumpulan, mandala, kolaj, tanah liat. Hasil daripada
pengalaman ini penulis mendapati terapi seni dapat membantu murid
yang mempunyai permasalahan pembelajaran sebagai satu kaedah
rehabilitasi yang boleh membantu meningkatkan koordinasi emosi ,
intelek dan kemahiran motor, meningkat kemahiran sosial, kemahiran
penuturan, kreativiti, menggalakkan ekspresi diri secara positif,
membentuk konsep kendiri positif di kalangan rakan sebaya dan juga
terapi diri. Penulisan ini juga membincangkan konsep terapi seni , faedah
terapi seni , isu merentasi budaya, etika semasa melaksanakan program
terapi seni dalam konteks pendidikan khas di sekolah tersebut.

Você também pode gostar