Você está na página 1de 9

Tajuk : Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam

Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang.

Nama Jurnal : Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No 1 & 2, 2006.

Muka surat : 203-225.

Pengarang : Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap, Hasrina Mustafa.

Tahun
diterbitkan : 2006.

Tempat
diterbitkan : Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya.

PENGENALAN

Artikel ini bertujuan untuk menilai sejauh mana penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Menerusi artikel ini
kita berpeluang meninjau sejauh mana kemantapan dan keberkesanan penggunaan komputer
serta kebolehan dan keupayaan yang ada pada guru dalam menjalankan pengajaran-
pembelajaran di sekolah menengah.

Artikel ini sesuai dibaca dan senang difahami oleh semua lapisan masyarakat
Malaysia terutama bagi golongan pendidik, pemimpin masyarakat dan tidak terkecuali para
penggubal kurikulum memandangkan terdapat beberapa program yang telah dijalankan
sendiri oleh Kementerian Pendidikan. Antaranya Program Komputer Dalam Pendidikan dan
Program Literasi Komputer. Selain dari itu, terdapat beberapa program usahasama juga telah
dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. Contohnya uahasama dengan Malaysian Institute of
Microelectronic System (MIMOS) dalam meningkatkan penggunaan komputer di dalam bilik
darjah.

Artikel ini amat sesuai dimuatkan di dalam jurnal Kajian Malaysia memandangkan
ianya berkaitan dengan kajian penggunaan komputer sekolah menengah di Malaysia. Ianya
amat sesuai untuk diulas dan dirujuk secara lebih mendalam kerana ia berkisar tentang hala
tuju penggunaan komputer serta penglibatan pelajar yang lebih komprehensif agar dapat
membantu meningkatkan minat serta menggalakkan inspirasi dan memotivasikan pelajar.

1
Ini bersesuaian dengan Falsah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang
seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.

Artikel ini diklasifikasikan sebagai emperikal kerana kesahihannya telah dibuktikan


dengan menggunakan kaedah tinjauan dan kaji selidik serta menggunakan Teori Resapan
Inovasi sebagai kerangka teori penyelidikan. Sampel yang digunakan melibatkan 184 guru
dari pelbagai latar belakang dari 3 buah sekolah yang berbeza manakala rekabentuk kajian
adalah berbentuk deskriktif dan kuantitatif. Perisian SPSS (Statistical Package for the Social
Sciences) digunakan dalam menganalisis data. Beberapa kaedah lain seperti statistik
deskriptif, statistik crosstsab, t-test sampel bebas, Anova satu hala dan kolerasi turut
digunakan untuk melihat hubungan dan perbezaan antara pembolehubah.

Selain Sampel kajian, penulis juga memasukkan pendapat para pengkaji terdahulu
sebagai sokongan kenyataan. Antaranya, Rogers(1983), Zainal(1998), Cheah Phaik
Kin(1999), Tricia Lim(1999) dan Afifah Hamdzah(2005).

2
ISI-ISI
Dalam “Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan
Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang”, Abdul Wahab Ismail Gani,
Kamaliah Hj. Siarap & Hasrina Mustafa menyatakan usaha untuk melahirkan generasi muda
yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa perlu
diseimbangi dengan tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sehubungan dengan itu, satu kajian dijalankan untuk mengenalpasti tahap penggunaan
komputer di sekolah dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Antara item yang dikaji
termasuklah faktor demografi seperti jantina, umur dan matapelajaran major yang diajar.
Faktor-faktor seperti tahap pengetahuan, sikap, personaliti, sokongan organisasi dan sifat-
sifat inovasi komputer (faedah relatif, kesepadanan, kerumitan, kebolehcubaan dan
keteramatan) juga dimasukkan sebagai asas kajian.

Secara keseluruhannya, faktor pengetahuan, sikap, sifat inovasi, personaliti guru dan
sokongan organisasi amat mempengaruhi penerimaan dan penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru. Justeru seorang pendidik mestilah
berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan tahap mereka supaya memenuhi kriteria yang
dinyatakan di atas. Walaubagaimanapun, kesungguhan dan sikap pelajar itu sendiri perlu ada
dalam mempelajari sesuatu topik yang hendak dipelajari.

KEPUTUSAN

Sebelum kajian sebenar dilakukan, satu kajian rintis telah dilakukan dengan nilai
kebolehpercayaan Cronbach Alpha( a ) bagi setiap dimensi dengan julat 0.56 hingga 0.85
kepada pelajar yang memiliki ciri-ciri yang lebih kurang sama dengan responden sebenar.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah tinjauan berbentuk “cross-sectional” dimana
data diperoleh pada suatu masa tetapi berbeza jantina, bangsa dan peringkat pendidikan
dalam masa satu minggu. Teknik pensampelan juga digunakan iaitu teknik pensampelan
rawak berstrata yang dibahagikan kepada tiga subpopulasi dan seterusnya memilih sampel
dalam satu lingkungan strata secara pensampelan sistematik.

3
Instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik terhadap sains
yang diubah suai daripada Gogolin & Swartz(1992). Ia dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu latar belakang pelajar dan sikap terhadap sains menggunakan Skala Likert. Sikap
terhadap sains pula dibahagikan kepada enam dimensi iaitu a) persepsi terhadap guru sains b)
Kerisauan terhadap sains c) Kepentingan sains dalam masyarakat d) konsep kendiri dalam
sains e) keseronokan dalam sains dan f) motivasi dalam sains yang kesemuanya mengandungi
48 item.
Daripada analisis deskriptif yang dilakukan, didapati pelajar menunjukkan sikap yang
positif terhadap guru sains mereka, kerisauan yang rendah terhadap matapelajaran sains, amat
bersetuju bahawa sains penting dalam masyarakat, menunjukkan konsep kendiri yang baik
dalam menangani permasalahan dalam mata pelajaran sains, menunjukkan keseronokan yang
tinggi terhadap sains dan motivasi yang tinggi untuk mempelajari sains.

Dapat disimpulkan bahawa dapatan kajian menunjukkan dimensi sikap pelajar


terhadap konsep kendiri dalam sains dan motivasi dalam sains perlu diberi lebih perhatian
jika dibandingkan dengan dimensi sikap yang lain. Kedua-dua dimensi ini juga merupakan
peramal kepada penglibatan pelajar dalam bidang sains seterusnya di peringkat pendidikan
tinggi mahupun dalam kehidupan seharian sebagai ahli masyarakat.

SUMBANGAN KAJIAN

 Memberi indikator atau petunjuk kepada guru sains tentang pengajaran sains.
 Meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dan
seterusnya mewujudkan masyarakat celik sains.
 Menangkis tohmahan kerjaya sains tidak menghasilkan pendapatan yang lumayan.
 Mewujudkan suasana kesoronakan dalam pengajaran sains.
 Mempelbagaikan kaedah pengajaran sains.
 Guru sains perlu mengikut persepsi pelajar dan lebih peka menghadapi masalah
tugasan pelajar.
 Mewujudkan kesedaran pelajar tentang kerjaya professional berkaitan sains.
 Menggubal kurikulum sains dengan corak pengajaran dan program yang menarik
minat pelajar mempelajari sains luar dari bilik darjah.

4
 Menekankan kepada kemahiran kritikal bagi memupuk sikap saintifik.

ASAS KAJIAN

Kajian yang dibuat ini mengaitkan fenomena kekurangan penglibatan pelajar dalam
aliran sains diperingkat sekolah dan universiti. Penyelidik mengaitkan dengan pandangan
yang diutarakan oleh Razila(1998) iaitu pelajar menganggap bahawa matapelajaran sains
bukan sahaja membosankan tetapi terlalu abstrak.
Pengkaji juga mengaplikasi pandangan Harlen(1996), Literasi sains yang dimiliki
oleh seseorang digambarkan dengan kemampuan melihat dan mengkaji sesuatu secara
saintifik dan melihat sama ada penerangan mengenai sesuatu fenomena berasaskan bukti
ataupun sebaliknya. Pengkaji juga berpandukan kajian terdahulu seperti Akhbar(1997), yang
mendapati budaya pelajar di Malaysia menganggap bahawa bidang sains hanya dipelopori
oleh pelajar yang pandai. Pengkaji juga bersetuju dengan pandangan Hani(2001), yang
menyatakan kurangnya pengalaman budaya empirikal di kalangan warga Malaysia.

Pengkaji juga menggunakan instrumen yang menghasilkan satu skor untuk


menggambarkan sikap, gagal untuk membezakan aspek-aspek yang berkaitan dengan sikap
Gogolin dan Swartz(1992). Pengkaji juga merujuk kepada banyak kajian lepas yang dibuat
bersangkutan dengan sikap terhadap sains. Antaranya peringkat umur atau tingkatan, (Francis
dan Greer 1992), Jantina, (Siti Rahayah 1998; Francis dan Greer 1992), Kebolehan pelajar,
sosioekonomi, (Siti Rahayah 1998).

Pengkaji juga memasukkan dimensi sikap terhadap sains yang diasaskan oleh Fraser
(1982), yang kemudian direalisasikan sebagai “Test of Science Related Attitude” atau
dikenali sebagai TOSRA agar miskonsepsi yang sering kali menggagalkan kajian-kajian
sikap terhadap sains dan seumpamanya tidak berlaku.

Pengolahan kajian ini mengikut kaedah yang betul. Jurnal ini ditulis dengan
memasukkan semua elemen kaedah penulisan kajian iaitu pengenalan, tujuan, keputusan
analisis, rumusan dan perbincangan. Amat mudah untuk kita sebagai pembaca memahami
kajian ini. Perbezaan sikap terhadap sains mengikut peringkat pendidikan dianalisis dengan
menggunakan analisis ANOVA satu hala. Kaedah paparan jadual memudahkan pembaca

5
melihat perbandingan sikap terhadap sains mengikut kategori. Pengkaji turut menterjemahkan
item ke dalam bahasa melayu yang disemak oleh dua pakar bahasa agar kesahan muka (face
validity) dapat ditentukan. Pengkaji turut meninjau sikap terhadap sains bagi menyumbang ke
arah Misi Pendidikan Sains, Falsafah Pendidikan Negara dan cabaran keenam dalam cabaran
Strategik Wawasan 2020.

Walaubagaimanapun kajian yang dijalankan oleh ketiga-tiga pengkaji mempuyai


kelemahannya seperti mengambil sampel pelajar tertentu sahaja iaitu pelajar tingkatan dua
dan empat serta pelajar matrikulasi. Adalah lebih baik jika kajian ini melibatkan semua tahap
pelajar.
Tempoh masa kajian juga tidak ditentukan. Ia mungkin mengambil masa yang agak
lama dan mungkin mengganggu tugas guru dan pembelajaran harian subjek yang dikaji.
Menurut Hopkins(2008) kreativiti yang dicadangkan kepada guru yang akan membuat kajian
tindakan ialah sekurang-kurangnya kajian tidak sepatutnya mengganggu pengajaran mereka.

Masalah jantina perempuan yang melebihi jantina lelaki sebagai sampel kajian
menunjukkan bahawa sikap terhadap sains tidak dapat dinilai secara sama taraf antara lelaki
dan perempuan. Ini berdasarkan kajian (Francis dan Greer 1999; Weinburg dan Molly 1995),
pelajar lelaki lebih bersikap positif terhadap sains berbanding pelajar perempuan.

Selain daripada itu, sampel kajian ini memang sesuai digunakan untuk pelajar cerdik,
sebab pelajar-pelajar yang ditempatkan ke Pusat Matrikulasi adalah pelajar yang cemerlang
dalam keputusan SPM di dalam kesemua matapelajaran sains tulen. Ini bertepatan dengan
laporan Barrington dan Hendricks(1988), pelajar cerdik menunjukkan sikap terhadap sains
yang lebih positif.

ISU

Fenomena kekurangan penglibatan pelajar dalam aliran sains di peringkat sekolah dan
universiti serta kekurangan sumber tenaga manusia khususnya dalam bidang sains perlu
diambil perhatian oleh semua pihak terutamanya guru. Peminggiran matapelajaran sains
khususnya dalam kalangan pelajar peringkat menengah atas merupakan satu masalah yang

6
serius kepada sebuah negara yang pesat membangun. Ini kerana petunjuk sebuah negara atau
bangsa dinilai dari keupayaan menghasilkan sumber tenaga manusia yang mampu
menyumbang serta berdaya saing. Sejauh manakah sikap pelajar kita dalam menentukan hala
tuju mereka selanjutnya ?

Menyedari kelemahan ini adalah sepatutnya disemaikan minat di peringkat asas dan
ternyata kajian yang diperkenalkan ini boleh menjadi salah satu alat untuk menarik minat
pelajar dalam bidang sains di peringkat persekolahan.

Bagi merealisasikan keberkesanannya, mungkin perlu pengubahsuaian kepada


kaedah yang mampu menarik kembali minat pelajar berdasarkan tahap pendidikan.

KESIMPULAN

Sikap terhadap sains dalam kalangan pelajar sains dapat ditingkatkan apabila guru
mampu mengajar dengan baik serta lebih peka apabila pelajar menghadapi masalah dalam
menyelesaikan tugasan. Namun guru seharusnya memikirkan corak pengajaran yang dapat
meningkatkan lagi konsep kendiri pelajar dalam sains di semua peringkat pendidikan.

Program-program yang dirancang oleh Kementerian Sains dan Teknologi secara tidak
langsung menyumbang ke arah peningkatan sikap positif di kalangan masyarakat. Contohnya
kesedaran pelajar berhubung kerjaya professional yang berkaitan sains seperti perubatan dan
kejuruteraan yang diperkukuhkan lagi dengan era teknologi maklumat dan dunia tanpa
sempadan masa kini.

Di samping itu juga, pendidik serta penggubal kurikulum perlu mengambil


tanggungjawab dalam memikirkan program, corak pengajaran dan intervensi bagi
meningkatkan lagi motivasi pelajar serta mempelajari sains bukan hanya di dalam bilik darjah
malahan di luar bilik darjah agar pemupukan literasi sains dapat direalisasikan.

Kajian yang lebih menyeluruh dan sempurna perlu diadakan agar peluang dalam
bidang sains dapat diteruskan bukan hanya oleh pelajar pandai tetapi juga oleh pelajar kurang
pandai tetapi berminat. Ini sebagai persediaan melahirkan modal insan yang lebih berdaya
saing.

7
RUJUKAN :

Akhbar Ibrahim. (1997). Attrition to science and technology: The Malaysian Case.
Conference on Science and Technology Education. Kuala Lumpur.

Barrington, B. L & B. Hendrick. (1988). Attitudes Towards Science and Science Knowledge
of Intelectually Gifted and Average Students In Third, Seventh and Eleventh Grades.
Journal of Research Science Teaching 25(8): 676-687.

Francis, L. J. & J. E. Greer. (1999). Measuring Attitude Towards Science Among Secondary
School Student: The Affective Domain. Research In Science & Technology Education.
17(2): 219-226.

Fraser , B. J. (1982). How Strongly Are Attitude and Achivement Related ? School Science
Review 63: 557-559.

Gall, M., J. P. Gall & W. R. Borg. (2003). Education Research: An Introduction. Boston:
Longman.

Hani Ismail.(2001). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Menengah


Rendah Dalam Mata Pelajaran Sains, Kertas Projek Sarjana, Fakulti pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia..

Harlen, W. (1996). The Teaching of Science in Primary School, London: David Fulton.

Osborne, J., R. Driver & S. Simon. (1998). Atitudes to Science: Issue and Concern. School
Science Review 79(288): 27-46.

Razila Abd. Kadir.(1998). Pemilihan Aliran Sains di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat.
Latihan Ilmiah: Fakulti Pendidikan, UKM.

Siti Rahaya. (1988). Kajian Mengenai Sikap Terhadap Sains dan Pencapaian Dalam Mata
Pelajaran Sains Paduan Bagi Pelajar-Pelajar Tingkatan Tiga. Tesis Perdana, Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

8
Weinburg & Molly. (1995). Gender Differences in Student Attitudes Towards Science: A
Metaanalysis of The Literature From 1970-1991. Journal of Research in Science
Teaching 32(4): 387-398.

Você também pode gostar