Você está na página 1de 10

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KHATAM AL-QURAN

MODEL TASMIK

1. PENDAHULUAN
Model Tasmik telah dicadang dan mendapat respon yang baik daripada
pelbagai peringkat pengurusan Kementerian Pelajaran dan daripada
pelbagai pihak lain. Panduan ini bertujuan menjelaskan mengenai Model
Tasmik Khatam Al-Quran dan cara pelaksanaannya. Penjelasan dalam
panduan ini menyentuh tentang takrif, objektif, kumpulan sasar, strategi
pelaksanaan, agihan, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.

2. TAKRIF
Model Tasmik Khatam al-Quran ialah satu program membimbing dan
merekod perkembangan Iqra’ dan bacaan al-Quran murid secara individu
berdasarkan program yang diatur bagi membolehkan murid khatam al-Quran
semasa berada di Sekolah Rendah dan dilaksanakan di luar jadual waktu.

3. OBJEKTIF
3.1 Murid dapat membaca al Quran dengan bertajwid.
3.2 Murid dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk apabila tamat
tahun 6 (sekolah rendah)

4. KUMPULAN SASAR
Semua murid beragama Islam sekolah rendah.

5. STRATEGI PELAKSANAAN
5.1 Semua murid hendaklah menggunakan buku Iqra’ yang diluluskan
oleh Kementerian dan al-Quran Rasm Uthmani.
5.2 Setiap murid perlu mempunyai Guru Tasmik yang dilantik oleh pihak
sekolah.
5.3 Guru tasmik terdiri daripada guru j-QAF. Pihak sekolah boleh melantik
guru Pendidikan Islam dan guru akademik yang berkebolehan

1
al-Quran untuk terlibat dalam program ini. Murid yang telah khatam
al-Quran juga boleh menjadi pembantu kepada guru Tasmik.
5.4 Guru Tasmik hendaklah membimbing bacaan dan merekod bacaan
murid dalam Buku Rekod Bacaan al-Quran setiap kali ditasmik.
5.5 Murid yang masih tidak dapat menguasai Iqra’ dan bacaan al-Quran
perlu dibimbing secara berterusan menggunakan kaedah dan aktiviti
yang sesuai seperti Kem Literasi al-Quran, kelas tambahan dan
sebagainya oleh guru j-QAF dan Guru Pendidikan Islam
5.6 Guru j-QAF hendaklah menilai dan mengesahkan pencapaian murid
sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam Buku Rekod Bacaan al-
Quran yang disediakan oleh guru.
5.7 Guru j-QAF hendaklah memastikan murid-murid mendapat bimbingan
dari Guru Tasmik sebelum penilaian dilaksanakan.
5.8 Murid dikehendaki membaca al-Quran berdasarkan agihan muka
surat yang dicadangkan dalam agihan rancangan tahunan bacaan
individu di Lampiran A.
5.9 Murid-murid yang cemerlang boleh meneruskan bacaan tanpa terikat
dengan agihan juzuk yang dicadangkan.
5.10 Bagi melaksanakan agihan yang dicadangkan, murid digalakkan
membaca al-Quran setiap hari supaya mereka dapat memberi
tumpuan kepada kualiti bacaan. Ini penting terutama bagi murid yang
belum menguasai bacaan.
5.11 Murid boleh membaca dan mentasmik bacaan al-Quran pada masa-
masa yang sesuai (luar jadual waktu) seperti:
a. Waktu petang bagi sesi pagi
b. Waktu pagi bagi sesi petang
c. Waktu Kokurikulum
5.12 Pihak sekolah hendaklah membuat penilaian dan menyediakan
laporan kepada JPN.

2
6. AGIHAN TUGAS

6.1 Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam, Penolong Pengarah


Kurikulum, Penyelia Pendidikan Islam Negeri, Pegawai j-QAF dan
Penyelia Pelajaran Daerah bertanggungjawab memastikan program
j-QAF berjalan seperti yang dijadualkan.

6.2 Guru Besar bertanggungjawab


a. menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah;
b. mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan program
j-QAF;
c. mengeluarkan surat pelantikan kepada guru pembimbing;
d. memberi taklimat kepada guru pembimbing murid yang terlibat;
e. memastikan program j-QAF ini dapat dilaksanakan dengan
sempurna;
f. memantau perlaksanaan Model Tasmik; dan
g. mengesahkan laporan yang dibuat oleh guru dan dihantar
ke JPN. Laporan pencapaian murid dibuat menggunakan format
pelaporan Analisa Pencapaian Murid yang disediakan oleh BPI.

6.3 Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab


a. bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat
sekolah;
b. mengadakan mesyuarat dan perbincangan bagi menentukan Guru
Tasmik;
c. bekerjasama dengan Guru Pendidikan Islam menyediakan
keperluan pelaksanaan program j-QAF; dan
d. menyemak laporan yang dibuat oleh guru mata pelajaran.
6.4 Guru j-QAF bertanggungjawab
a. mengumpul data guru tasmik al-Quran;
b. menentukan Guru Tasmik untuk semua murid yang terlibat
dengan projek ini;

3
c. menjadi penilai serta membuat pengesahan dalam rekod bacaan
al-Quran murid seminggu sekali;
d. menentukan pencapaian murid dan dicatatkan dalam Buku Rekod
Bacaan al-Quran;
e. memaklumkan sebarang masalah murid dan Guru Tasmik kepada
jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah;
f. membuat laporan dengan mengisi borang pencapaian al-Quran
seperti lampiran; dan
g. memantau pelaksanaan Tasmik dijalankan.
6.5 Guru Tasmik bertanggungjawab;
a. membimbing murid sehingga khatam al-Quran;
b. mencatat setiap kali bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan
al-Quran;
c. mengenalpasti kelemahan dan membuat pemulihan; dan
d. mengambil langkah-langkah menyelesaikan masalah yang
timbul.

7. PENILAIAN
Seperti yang dinyatakan dalam model Khatam al-Quran, penilaian
menyeluruh pencapaian murid hendaklah dibuat dengan
menggunakan borang yang disediakan. Laporan yang dinyatakan
dalam borang-borang berkenaan mengandungi pencapaian murid
yang merangkumi kedua-dua model. Ini kerana pencapaian murid
untuk kedua-dua model ini direkodkan dalam Buku Rekod Bacaan al-
Quran dan borang tersebut menggunakan maklumat dari buku ini.

4
‫‪Lampiran A‬‬

‫‪1‬‬ ‫اضيهن رانخغن ميغضوان تسميع تاهون‬

‫اية‬ ‫اونيت اقرأ ‪ /‬سورة هالمن ‪ /‬اية‬


‫مثبوت دان ممباخ حروف هجاءية‬
‫توغضل برباريس ساتو دأتس (‬ ‫‪1–6‬‬ ‫‪1‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪1‬‬
‫ا‪-‬خ )‬
‫مثبوت دان ممباخ حروف هجاءية‬
‫توغضل برباريس ساتو دأتس‬ ‫‪7 -14‬‬ ‫‪1‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪2‬‬
‫( د‪ -‬ض )‬
‫مثبوت دان ممباخ حروف هجاءية‬
‫توغضل برباريس ساتو دأتس (‬ ‫‪15 -21‬‬ ‫‪1‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪3‬‬
‫ط‪ -‬ك )‬
‫مثبوت دان ممباخ حروف هجاءية‬
‫توغضل برباريس ساتو دأتس (‬ ‫‪22 – 27‬‬ ‫‪1‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪4‬‬
‫ل‪ -‬ي )‬
‫كلمة يغ مغاندوغي ‪ 2,3‬دان ‪4‬‬
‫حروف برسامنوغ برباريس‬ ‫‪1 – 13‬‬ ‫‪2‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪5‬‬

‫دأتس‪.‬‬
‫كلمة يغ مغاندوغي حروف مد‬ ‫‪14 - 30‬‬ ‫‪2‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪6‬‬
‫دان تندا مد‬

‫حروف دان كلمة برباريس ساتو‬ ‫‪1–5‬‬ ‫‪3‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪7‬‬


‫دباوه دباخ فينديق اتاو فنجغ‪.‬‬

‫‪5‬‬
‫اية‬ ‫اونيت اقرأ ‪ /‬سورة هالمن ‪ /‬اية‬
‫حروف دان كلمة برباريس ساتو‬ ‫‪6 – 13‬‬ ‫‪3‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪7‬‬
‫دباوه دباخ فينديق اتاو فنجغ‪.‬‬
‫حروف دان كلمة برباريس هادفن‬ ‫‪14 – 30‬‬ ‫‪3‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪8‬‬
‫دباخ فينديق دان فنجغ‬

‫باخاءن تنوين‬ ‫‪1–6‬‬ ‫‪4‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪9‬‬

‫باخاءن فنجغ (لين)‬ ‫‪7 – 10‬‬ ‫‪4‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪10‬‬

‫باخاءن نون سكينه دان ميم سكينه‬ ‫‪11 – 15‬‬ ‫‪4‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪11‬‬

‫باخاءن قلقله‬ ‫‪16 – 17‬‬ ‫‪4‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪12‬‬

‫باخاءن حروف‪ ۲‬سكينه‬ ‫‪18 – 20‬‬ ‫‪4‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪13‬‬

‫باخاءن حروف‪ ۲‬سكينه‬ ‫‪21 – 30‬‬ ‫‪4‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪13‬‬

‫حروف اليف تيدق اد فد باخاءنث‬ ‫‪1–2‬‬ ‫‪5‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪14‬‬

‫‪6‬‬
‫اية‬ ‫اونيت اقرأ ‪ /‬سورة هالمن ‪ /‬اية‬

‫وقف حروف اخري دباخ سكون‬ ‫‪3–5‬‬ ‫‪5‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪14‬‬

‫وقف فد حروف تنوين برباريس دوا‬


‫‪6‬‬ ‫‪5‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪15‬‬
‫دأتس‬

‫وقف فد تا مربوطه‬ ‫‪7–8‬‬ ‫‪5‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪15‬‬

‫تندا باخاءن فنجغ لبيه دوا حركة‬ ‫‪9‬‬ ‫‪5‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪16‬‬

‫نون دان ميم شدة‬ ‫‪10 – 11‬‬ ‫‪5‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪16‬‬

‫اليف الم اد فد باخاءن دان اليف‬ ‫‪12 – 13‬‬ ‫‪5‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪17‬‬
‫الم تيدق اد فد باخاءن‬

‫حروف الءين برتندا تشديد‬ ‫‪14 – 19‬‬ ‫‪5‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪17‬‬

‫ميم سكينه برتمو "ب"‪R‬‬ ‫‪20‬‬ ‫‪5‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪18‬‬

‫باخاءن كلمه هللا دباخ تبل دان‬ ‫‪21 – 23‬‬ ‫‪5‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪18‬‬
‫نيفيس‬

‫‪7‬‬
‫اية‬ ‫اونيت اقرأ ‪ /‬سورة هالمن ‪ /‬اية‬

‫نون سكينه دان تنوين برتمو " ل‬ ‫‪24 – 26‬‬ ‫‪5‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪19‬‬
‫" دان " ر "‬

‫باخاءن فنجغ انم حركة فد تندا "‬ ‫‪27 – 30‬‬ ‫‪5‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪20‬‬
‫"‬

‫نون سكينه دان تنوين برتمو‬ ‫‪1–6‬‬ ‫‪6‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪21‬‬


‫حروف "و" دان "ي"‬

‫نون سكينه دان تنوين برتمو‬ ‫‪7 – 10‬‬ ‫‪6‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪22‬‬
‫حروف "ب"‪R‬‬

‫اخفاء حقيقي‬ ‫‪11 – 18‬‬ ‫‪6‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪23‬‬

‫تندا وقف‬ ‫‪19 – 20‬‬ ‫‪6‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪24‬‬

‫وقف فد كلمة ترتنتو‬ ‫‪21 – 26‬‬ ‫‪6‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪25‬‬

‫باخاءن حروف دأول‬ ‫‪27‬‬ ‫‪6‬‬ ‫اقرأ‬ ‫‪26‬‬

‫حفظن‬ ‫‪1-4‬‬ ‫اية‬ ‫الفاتحة‬ ‫‪27‬‬

‫‪8‬‬
‫اية‬ ‫اونيت اقرأ ‪ /‬سورة هالمن ‪ /‬اية‬

‫حفظن‬ ‫‪5-7‬‬ ‫اية‬ ‫الفاتحة‬ ‫‪28‬‬

‫باخاءن دان حفظن‬ ‫‪1-7‬‬ ‫اية‬ ‫الفاتحة‬ ‫‪29‬‬

‫حفظن‬ ‫‪1-3‬‬ ‫اية‬ ‫الناس‬ ‫‪30‬‬

‫حفظن‬ ‫‪1-6‬‬ ‫اية‬ ‫الناس‬ ‫‪31‬‬

‫حفظن‬ ‫‪1-3‬‬ ‫اية‬ ‫الفلق‬ ‫‪32‬‬

‫حفظن‬ ‫‪1-6‬‬ ‫اية‬ ‫الفلق‬ ‫‪33‬‬

‫حفظن‬ ‫‪1-4‬‬ ‫اية‬ ‫االخالص‬ ‫‪34‬‬

‫حفظن‬ ‫‪1-4‬‬ ‫اية‬ ‫االخالص‬ ‫‪35‬‬

‫حفظن‬ ‫‪1–7‬‬ ‫الفاحتة‬ ‫‪36‬‬

‫‪1–5‬‬ ‫الفلق‬
‫‪1–6‬‬ ‫الناس‬
‫‪1–4‬‬

‫‪9‬‬
‫اية‬ ‫اونيت اقرأ ‪ /‬سورة هالمن ‪ /‬اية‬
‫االخالص‬

‫‪10‬‬

Você também pode gostar