Você está na página 1de 4

SYARAT KEANGGOTAAN SYURA

Majlis syura merupakan tempat rujukan dan tempat perundingan khalifah ataupun pemimpin
Islam dengan orang-orang yang arif tentang undang-undang Allah s.w.t. Ahli-ahlinya mestilah
mengikuti keputusan syura serta menyebarkan kepada rakyat. Keanggotaannya tidak tetap dan ia
bergantung kepada keperluan semasa dan kepentingan isu-isu yang dibincangkan. Syarat
keanggotaan syura ialah seperti berikut:

i. Bersifat adil.
ii. Tahap keilmuan yang tinggi dalam bidang tertentu.
iii. Mempunyai kecerdikan dan boleh memberikan pandangan kerana ia merupakan asas
dalam sesuatu perbincangan.
iv. Memepunyai pengalaman yang tinggi dalam bidang tertentu.
v. Mempunyai iktisas yang tinggi

Kaedah syura amat rapat dengan demokrasi tetapi ia bukanlah bersifat kebebasan mutlak
sebagaimana demokrasi Barat kini yang telah wujud sejak zaman Yunani Kuno lagi. Ia memberi
kekuasaan dan kedaulatan penuh kepada manusia untuk mencorak kehidupan tanpa agama dan
wahyu daripada Tuhan. Sebagaimana yang dikatakan oleh Abraham Lincoln, ‘By the people, to
the people for the people.’

Al-Quran menyatakan dengan jelas bahawa pemimpin Islam wajib mengadakan syura dengan
orang yang mempunyai pengetahuan atau orang Islam yang dapat memberi pandangan yang
baik. Firman Allah s.w.t. iaitu:

      


    

Maksudnya: “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan
menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna, dan urusan
mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka, dan mereka pula mendermakan
sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya.”
(Surah as-Syuraa: 38)

[M/S 107-108]
BIDANG SYURA

Pelaksanaan syura membolehkan setiap anggota di dalam kepimpinan Islam melibatkan diri
dalam proses membuat keputusan. Pada masa yang sama, syura berfungsi sebagai tempat
menyelia tindak-tanduk pemimpin agar sentiasa tidak terkeluar daripada matlamat urusan
jemaah. Bidang kegiatan syura adalah seperti berikut:

a) Hal pentadbiran dan pengurusan hendaklah dikendalikan oleh ppemimpin.


b) Urusan yang memerlukan keputusan yang pantas dan segera hendaklah ditangani oleh
pemimpin dan dibentangkan kepda jemaah melalui mesyuarat.
c) Ahli atau wakil mereka hendaklah mampu memeriksa dan mempersoalkan tindakan
pemimpin secara bebas tanpa sebarang perasaan malu.
d) Dasar-dasar yang hendak diambil, objektif jangka panjang dan keputusan yang penting
mestilah dibuat oleh wakil yang dipilih dalam sesuatu proses yang benar. Perkara ini
tidak boleh diserahkan kepada pemimpin sahaja.

[M/S 108-109]
PERANAN MAJLIS SYURA

i. Melakukan Pemilihan Ketua Negara.

Pemilihan ketua yang sebenar tidak pernah dihuraikan oleh Rasulullah s.w.t. Maka syura
boleh bertindak di dalam menggerakkan proses pemilihan ketua seperti pengundian,
pilihanraya dan sebagainya.

ii. Mendekatkan Rakyat Dengan Pemerintah.

Oleh kerana syura melibatkan golongan selain pemerintah seperti ahli akademik, ekonomi
dan sebagainya, maka ia membawa masyarakat lebih dekat dengan pemerintah. Hal ini akan
mengharmonikan hubungan antara rakyat dan pemerintah.

iii. Menegakkan Dan Menyebarkan Agama Islam.

Pelbagai cara boleh digunakan di dalam menegakkan agama Islam. Di sini syura boleh
digunakan untuk merealisasikan dakwah Islamiah daripada pelbagai aspek kehidupan
bernegara. Oleh kerana di sini berkumpulnya pihak rakyat dan pemerintah, secara tidak
lansung perbincangan akan menjadi lebih terbuka tentang bagaimana sebaran islam boleh
dilakukan.

Syura juga boleh menyelamatkan para pemimpin daripada lembah dosa, terutamanya dalam
melaksanakan sesuatu hukum. Hal ini disebabkan jika pemimpin menggunakan keputusan
sendiri, ia dibimbangi akan dipengaruhi oleh faktor-faktor luar yang terkeluar daripada
pemahaman perundangan yang sebenar.

iv. Sebagai Penasihat Dalam Kepimpinan Islam.

Syura berperanan sebagai penasihat kerana melaluinya segala keputusan yang dibuat tidak
aka nada penentangan terhadap sesuatu usul yang hendak dilaksanakan kelak. Hal ini
disebabkan keputusan itu dicapai oleh semua ahli dengan melihat segala sudut aspek yang
berkaitan dengannya. Syura juga dapat meneyelesaikan masalah dalam pentadbiran malah
menjadi medan perbincangan strategi dan pengkhususan kerja dalam sesebuah kepimpinan
Islam.
v. Membentuk Akhlak Yang Mulia Dalam Kepimpinan.

Syura merupakan konsep permesyuaratan yang mementingkan penglibatan ramai di dalam


suasana yang harmoni. Ahli-ahli di dalamnya hendaklah menghormati setiap usul atau
pandangan yang disampaikan. Secara tidak lansung, syura Berjaya membentuk akhlak yang
mulia di kalangan ahli majlis syura dalam suatu kepimpinan. Maka akan lahirlah mereka
yang berfikiran terbuka, menghormati pendapat orang lain sama ada melalui perkataan atau
perbuatan. Dengan lahirnya nilai-nilai murni ini, maka sesebuah kepimpinan dapat dibentuk
dengan cemerlang.

Abu Urwah menjelaskan tindakan pemimpin terhadap keputusan syura adalah seperti berikut:

a) Jikalau keputusan itu adalah berkenaan dengan syariah,yang berasaskan nas yang terang,
pemimpin tiada pilihan yang lain melainkan menerima sahaja.
b) Jika keputusan berdasarkan syariat yang bersifat khilaf, pemimpin terpaksa menggunakan
kebijaksaannya untuk memilih pendapat yang disokong oleh dalil-dalil yang kuat yang
dikemukakan oleh mujtahid-mujtahid di kalangan ahli syura.
c) Bagi kesemua persoalan mendatang seperti peperangan, politik atau perhubungan luar
dan sebagainya, pemimpin boleh membuat pilihan antara pendapat terbaik dan terdekat
sekali dengan yang betul dan paling sesuai sesudah permesyuaratan tanpa melihat kepada
pendapat terbanyak.

[M/S 109-111]

Hassan Ahmad, Institusi Islam, Universiti Malaysia Pahang, 2008

Você também pode gostar