Você está na página 1de 12

Analisis data ruang

Dalam analisis spatial dibuat, kreteria-kreteria menjadi sumber utama dalam


menghuraikan dan membuat analis data bagi kawasan kajian yang akan dipilih. Kreteria in
dipilih berdasarkan kepada keperluan terhadap pemilihan bagi kawasan pembangunan Taman
Tema. Terdapat 6 kreteria yang telah dikenalpasti untuk digunakan dalam analisis ruang bagi
kawasan Taman Tema. Antara kreteria tersebut adalah :

1. Pembangunan taman tema hanya dibenarkan dalam zon pelancongan dan rekreasi.
2. Jarak dari pusat bandar adalah 5 km
3. Jarak dari petempatan utama minimum 1 km
4. Jarak dari lebuhraya utama minimum 5 km
5. Bukan dalam Kawasan Tadahan Air
6. Keluasan minimum Taman Tema ialah 40 hektar (100 ekar)

Setelah kreteria ditentukan, penghasilan data akan diperolehi melalui jalan kerja yang
dilakukan dengan menggunakan perisian aplikasi ArchView 3.3. Perisian ini memainkan
peranan penting dalam menentukan pemilihan kawasan yang boleh dibangunkan Taman
Tema di negeri Pulau Pinang. Di akhir proses analisis, data yang diperolehi akan
menghasilkan kawasan yang memenuhi kesemua kreteria yang telah ditetapakan.

Analisis 1 : Jenis pemilihan kreteria

1. Pembangunan taman tema hanya dibenarkan dalam zon pelancongan dan


rekreasi.
Kreteria utama adalah zon bagi kawasan Taman Tema hanya dibenarkan dalam kawasan zon
pelancongan dan rekreasi sahaja. Di Pulau Pinang, terdapat beberapa kawasan yang telah
dizonkan menjadi kawasan pelancongan dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang.
Zon-zon tersebut terdiri daripada zon

Gambarajah 1: zon pelancongan yang terdapat di Pulau Pinang berdasarkan RSN

2. Jarak dari pusat bandar minimum 5 km


Dalam pemilihan tapak Taman Tema, keperluan jarak kawasan daripada bandar adalah sejauh
5 kilometer minimum. Dalam kajian yang dibuat, bandar-bandar terlebih dahulu di kenal pasti
di Pulau Pinang. Antara bandar yang terdapat di Pulau Pinang adalah bandar Batu Feringgi,
Tanjung Bungah, Tanjong Tokong, Bukit Bendera, Georgetown, Jelutong, Gelugor , Balik
Pulau, Bayan Lepas dan Ayer Itam. Dalam kreteria ini, bagi kawasan yang berada dalam
kawasan radius tidak akan dipilih sebagai kawasan yang boleh dibangunkan Taman Tema.
Kawasan yang berada diluar kawasan radius kebarangkalian akan dipilih.

Gambarajah 2: Radius 5 kilometer dari pusat bandar yang terdapat di Pulau Pinang

3. Jarak dari pusat petempatan utama minimum 1 km


Pemilihan kawasan Taman Tema hendaklah sekurang-kurang mempunyai radius 1 kilometer
dari kedudukan pusat petempatan utama di Pulau Pinang. Kawasan pusat petempatan utama
dikenalpasti melalui data yang diperolehi daripada Geoportal Pulau Pinang. Dalam proses
analisis yang dibuat, radius petempatan ditentukan mengikut kawasan pusat petempatan
utama yang terdapat di Pulau Pinang. Gambarrajah dibawah menunjukan hasil radius yang
telah dibuat.
Gambarajah 3: Radius 1 kilometer dari pusat petempatan utama di Pulau Pinang

4. Jarak dari
lebuhraya
utama
minimum 5
km
Bagi jarak pemilihan
kawasan Taman Tema dengan
lebuhraya akan ditentukan
melalui kedudukan lebuhraya yang
jaraknya 5 kilometer daripada jalan tersebut. Kawasan yang berada dalam lingkungan radius 5
kilometer dari lebuhraya tersebut tidak akan dipilih sebagai kawasan pilihan. Di Pulau Pinang
hanya terdapat 1 sahaja lebuhraya di pulau iaitu Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu adalah
sepanjang 17.84 kilometer.

Gambarajah 4: Radius 5 kilometer dari Lebuhraya Dr Lim Chong Eu

5. Bukan dalam Kawasan Tadahan Air


Kawasan tadahan air merupakan kawasan terpelihara dan semestinya tiada pembangunan
dibenarkan dalam kawasan tersebut. Dalam kreteria pemilihan kawasan Taman Tema,
kawasan tadahan air merupakan kawasan yang tidak akan dipilih dalam menentukan kawasan
bagi Taman Tema. Di Pulau Pinang hanya terdapat 1 kawasan sahaja yang telah di wartakan
sebagai kawasan tadahan air iaitu di kawasan balik pulau. Kawasan tadahan air boelh dilihat
seperti gambarajah di bawah.

Gambarajah 5: Kawasan tadahan air yang terdapat di Pulau Pinang

6. Keluasan minimum Taman Tema ialah 40 hektar (100 ekar)


Keperluan minimum bagi pembangunan kawasan Taman Tema adalah seluas 40 hektar atau
100 ekar. Proses penentuan keluasan kawasan merupakan proses terakhir dan pemilihan
kawasan dibuat berdasarkan keluasan minimum yang diperolehi setelah kesemua kreteria
pemilihan kawasan Taman Tema di buat.
Analisis kedua : Persilangan kreteria
Setelah analisis pertama kreteria ditentukan, analisis seterusnya merupakan analisis
persilangan antara kreteria. Persilangan kreteria dibuat untuk menganalisis kawasan yang
bekemungkinan mempunyai potensi dipilih sebagai kawasan pilihan bagi pembangunan
Taman Tema.

Persilangan 1 :

Persilangan

+
Radius 5 kilometer dari pusat bandar

Persilangan 2 :

Persilangan

+
Radius 1 kilometer pusat petempatan
Radius 5 kilometer dari lebuhraya
utama

Hasil Persilangan

Analisis ketiga : Persilangan antara persilangan 1 dengan persilangan 2


Analisis ketiga merupakan persilangan yang akan dibuat antara persilangan yang telah
diperolehi hasil analisis kedua.

Persilangan

+
Persilangan 1 Persilangan 2

Hasil Persilangan

Analisis keempat : Hasil persilangan analisis ketiga dengan kawasan tadahan air

Analisis seterusnya merupakan analisis yang dibuat antara hasil persilangan ketiga dengan
kawasan tadahan air yang terdapat di Pulau Pinang. Kawasan yang berada dalam lingkungan
kawasan tadahan air tidak akan dipilih sebagai kawasan pembangunan Taman Tema.

Persilangan

Hasil persilangan analisis ketiga Kawasan tadahan air


Analisis kelima : Penentuan kawasan yang memenuhi kesemua kreteria

Analisis ini merupakan analisis terakhir bagi menentukan kawasan yang memenihu keenam-
enam kreteria yang telah ditentukan. Analisis terakhir merupakan analisis luas kawasan
minimum bagi pembangunan taman tema adalah 40 hektar atau 100 ekar. Dalam analisis
terakhir ini, keluasan kawasan akan diambilkira dalam menetukan kawasan yang boleh
dibangunkan taman tema.
16486380.97 m² = 4073.873 ekar

2524790.23 m² = 623.889 ekar

1025048.90 m² = 253.295 ekar

11113027.05 m² = 2746.088 ekar

Pengiraan luas kawasan bagi menentukan kawasan yang memenuhi kesemua kreteria

Daripada pengiraan keluasan luas kawasan yang diperolehi mendapati kesemua kawasan
mempunyai keluasan yang lebih daripada 100 ekar. Hal nini menunjukkan bahawa kesemua
kawasan merupakan kawasan yang memenihu kesemua kreteria pemilihan kawasan Taman
Tema.

Kesimpulan

Setelah analisi kesemua kreteria dibuat, penemuan terakhir telah diperolehi bagi kawasan
yang memenuhi kesemua kreteria pemilihan kawasan Taman Tema di Pulau Pinang. Daripada
hasil akhir yang diperolehi dapatlah disimpulkan bahawa terdapat empat kawasan yang
memenuhi kesemua kreteria pemilihan tersebut. Kesemua kawasan ini terletak di kawasan
Balik Pulau.

2
3

Você também pode gostar