Você está na página 1de 19

Kreativiti Seni dalam Pendidikan

Oleh
Nor Anuwar Bin Hamat
anuakrai@ipkb.edu.my.
Jabatan Kajian Sosial

Pengenalan
Matlamat pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) bukanlah bertujuan untuk melahirkan pelajar
sebagai pelukis atau pereka semata-mata, sebaliknya ia bertujuan untuk melahirkan masyarakat berbudya khususnya
mempunyai imaginatif, kreatif, berdaya reka, berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetik. Dalam kontek
pendidikan bersepadu mata pelajaran Pendidikan Seni Visual bertujuan untuk membolehkan pelajar menyedari,
memahami dan menghargai peranan seni sebagai satu keperluan dalam urusan hidup, hubungan dengan kejadian
alam, kaitan dengan perkembangan sains dan teknologi, aplikasinya dalam industri pembuatan dan rekaan,
sumbangannya dalam bidang keusahawanan dan ekonomi negara, peluangnya dalam kerjaya serta kesannya terhadap
budaya kebangsaan, bidang komunikasi, reakrasi, alam persekitaran dan kehidupan sehari-harian.
Seni dalam pendidikan merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu seni, muzik dan pergerakan. Seni
menekankan unsur warna, muzik menekankan penggunaan irama manakala gerakan lebih kepada penggunaan
ruang. Unsur warna, irama dan pergerakan digabungkan untuk menghasilkan satu suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menarik. Hal ini akan mendorong guru dan pelajar lebih kreatif. Seni dapat merangsang deria dan
minda pelajar, membantu pelajar meningkatkan pemahaman dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan. Kanak-kanak akan meneroka warna, irama dan pergerakan untuk mendapat pengalaman baharu yang akan
meningkatkan kreativiti mereka. Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada guru-guru untuk mengesan
kepekaaan deria kanak-kanak dengan irama, warna dan ruang melalui penerokaan, pengalaman dan ekspresi. Seni
Dalam Pendidikan dilaksanakan di sekolah rendah dengan menghubungkaitkan mata pelajaran PSV dengan mata
pelajaran lain.

Matlamat
Seni dalam pendidikan dapat membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia juga bermatlamat untuk menyediakan
guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual,
muzik, dan pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bidang mata pelajaran lain.

Pengenalan Kepada Warna, Irama Dan Pergerakan


Warna, irama dan ruang merupakan unsur yang terdapat dalam persekitaran kehidupan harian kanak-kanak. Melalui
unsur-unsur ini pelajar akan lebih seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Mereka
digalakkan untuk meneroka dan mencuba sesuatu yang baharu dengan bimbingan guru.

Warna merupakan satu unsur seni yang terdapat dalam mata pelajaran PSV. Warna terdiri daripada warna
asas, warna sekunder dan warna tertier. Semua warna ini wujud dalam persekitaran kita. Contohnya, warna daun,
wana pelangi, warna bangunan dan sebgainya. Warna memberikan kesan kepada menusia melalui personaliti,
psikologi dan budaya. Warna panas seperti warna merah meggambarkan emosi marah, semangat berani dan juga
keceriaan. Warna sejuk seperti warna hijau memberikan kesan emosi yang segar dan nyaman. Ia juga
mengambarkan emosi sedih dan sayu.

Irama merujuk kepada sesuatu bunyi atau retak berulang. Biasanya irama boleh dinikmati apabila kita
mendengar muzik. Dalam kehidupan, kita sering temui pelbagai irama. Contohnya, bunyi tapak kasut orang
berjalan, bunyi degupan jantung, bunyi kereta api dan sebagainya. Kanak-kanak juga selalu menghasilkan irama
dalam permainan mereka seperti bertepuk, berkawad, mengetuk meja dan sebagainya. Dalam Pendidikan Seni
Visual, irama dikaitkan dengan susunan sesuatu corak yang berulang-ulang, susunan sekata yang menampakan
pergerakan.

Kanak-kanak mula memahami dan mempelajari sesuatu kemahiran dalam irama semasa mereka
menjalankan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak, dan sebagainya. Irama
dapat merangsang minda kanak-kanak untuk memberikan lebih tumpuan terhadap aktiviti yang dijalankan, dapat
menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti dengan bersemangat dan meningkatkan potensi dan
keseronokan mereka. Kanak-kanak merasa seronok melakukan aktiviti seperti menari dan melompat sambil
mengikut irama muzik. Mereka akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif apabila mereka bertindak
balas dengan irama yang dimainkan.

Gambar 1 : Murid-murid sedang membuat catatan

Ruang ialah kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau jarak antara dua objek. Kita
memerlukan ruang untuk bergerak dan melakukan aktiviti. Kita juga perlu menggunakan ruang dengan bijak untuk
mendapat keselesaan dan keselamatan.

Menurut Haward Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia ‘visual
spatial’ dengan lebih tepat. Kecerdasan juga termasuk menjadi lebih peka terhadap warna, garisan, ruang, bentuk,
rupa dan yang berkaitan dengannya. Bilik darjah perlu disusun atur dengan baik untuk memastikan terdapat ruang
yang cukup untuk guru dan pelajar melakukan aktiviti dengan selamat dan selesa. Ini dapat membantu meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Hubungan seni, muzik dan pergerakan adalah sebagaimana rajah di
bawah.

Rajah 1: Seni Dalam Pendidikan

Seni
(Warna)

Seni Dalam

Pendidikan

Muzik (Irama) Pergerakan (Ruang)

Pelaksanaan Seni Dalam Pendidikan Di Sekolah


Kenneth M Langsing (1973) dalam bukunya Art, Artists and Art Education menyatakan aktiviti pendidikan seni
boleh menjadi satu cabang komunikasi. Kebolehan guru memberi penerangan dan penggunaan kaedah yang betul
dapat memenuhi keperluan komunikasi pelajar. Guru wajar memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru perlu mahir mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan
kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan
dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka pelbagai
sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran. Ia juga mengajar
murid menangani sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran serta emosi secara proaktif.

Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana aktif. Menurut ahli psikologi kognitif dan ahli teori
konstruktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh pengetahuan secara pasif. Mereka membina pengatahuan secara
aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan. Kanak-kanak akan mendapat pengalaman baharu
melalui aktiviti meneroka, mengeksprimen, dan mengolah objek atau bahan. Teori konstruktivisme berhubung rapat
dengan perkembangan kreatif dan keperluan untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, melalui aktiviti seni kanak-kanak boleh meluahkan idea secara bebas dan kreatif.

Rajah 2 : Pelaksanaan Seni dalam pendidikan di sekolah


(Kanak-Kanak Memperoleh Pengalaman)

Membina konsep

Persepsi Pemahaman

Pelaksanaan
seni dalam
Penemuan Kemahiran
pendidikan di
SekolahProses

Pengetahuan Proses

Hasil

Haward Gardner dalam Teori Keceedasan Manusia (1983), mengesyorkan bahawa terdapat sekurang-
kurangnya tujuh jenis kecerdasan. Kebanyakan pengajaran memberi penekanan kepada kecerdasan linguistik dan
logik matematik sahaja. Kecerdasan lain kurang dirangsang. Manusia belajar melalui berbagai cara untuk mencapai
kecemerlangan. Mereka akan mengunakan beberapa jenis kecerdasan secara bergabung. Teori ini menyokong
pelaksanaan peroses pengajaran dan pembelajaran kreatif berkonsepkan Seni dalam pendidikan.

Pelaksanaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah merentasi semua mata pelajaran. Guru mata
pelajaran perlu kreatif dan melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Aktiviti perlu
dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Guru perlu
menggalakan murid-murid mengunakan kelebihan diri mereka, menyediakan aktiviti pembelajaran yang pelbagai
untuk memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai pelbagai gaya belajar. Pelajar perlu diberi peluang
mencuba idea, menggunakan teknik atau pendekatan baharu, dan mewujudkan persekitaran yang menginspirasikan.

Tiga unsur utama iaitu warna, irama dan ruang perlu digabungkan dengan baik untuk menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang kreatif. Guru perlu tahu menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-
elemen irama dan menggunakan ruang yang sesuai bagi merangsang minda pelajar semasa proses pengajaran dan
pembalajaran. Pelajar akan melibatkan diri secara aktif dan rasa seronok melakukan aktiviti yang dijalankan. Mereka
tidak terikat dengan kaedah pengajaran tradisional yang berpusatkan guru.
Gambar 2 : Kanak-kanak sedang melakukan aktiviti

Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan menghubungkitkan mata
pelajaran tertentu dengan unsur warna, irama dan pergerakan. Contohnya pengajaran mata pelajaran Sains di bawah
tajuk haiwan, iaitu haiwan peliharaan dan haiwan liar. Guru boleh membawa pelajar melawat Taman Sains di
sekolah untuk melihat sendiri jenis-jenis haiwan yang dipelihara. Pelajar boleh memerhati, membuat catatan
mengenai ciri-ciri binatang yang diperhatikan, sama ada dari segi bentuk tubuh badan, warna, saiz dan sebagainya.
Demikian juga, pelajar boleh melukis rupa bentuk binatang tersebut. Pelajar diberi peluang untuk melukis dan
mewarna haiwan pilih mereka. Mereka boleh menggunakan maklumat hasil daripada pemerhatian yang dilakukan.
Guru boleh memberikan bimbingan kepada pelajar yangbermasalah. Murid-murid bebas menggunakan kreativiti
mereka memilih dan mencampur warna untuk mendapat hasil yang menarik. Pelajar juga dapat menggunakan daya
ingatan dan imaginasi mereka dalam menghasilkan lukisan. Cara ini akan meningkatkan daya kreativiti mereka.

Apabila pelajar selesai menjalankan kajian, mereka boleh membentangkan hasil kajiannya. Pembentangan
boleh dilakukan dalam kumpulan. Setiap kumpulan boleh memanfaatkan setiap ruang yang ada. Mereka boleh
menggunakan kreativiti sendiri semasa melakukan pembentangan di kelas.

Gambar 3: Murid-murid sedang mewarna.

Langkah seterusnya ialah setiap kumpulan akan membuat persembahan seperti menari dan menyanyi
lagu yang berkaitan dengan haiwan yang mereka kaji. Mereka juga boleh meniru pergerakan haiwan, bunyi haiwan
dan sebagainya. Mereka boleh berbincang dengan ahli kumpulan untuk memghasilkan bentuk persembahan yang
sesuai dan menarik. Setiap Kumpulan boleh mencipta sendiri irama yang akan mengiringi persembahan mereka.
Mereka boleh menggunakan alatan yang ada di sekitar mereka. Mereka juga boleh meneroka bunyi-bunyian yang
akan dihasilkan dengan menggunakan kertas, plastik yang dironyokkan, bunyi tapak kasut, bunyi batang penyapu
yang dilagakan, bertepuk dan juga menghasilkan bunyi dengan mulut. Pelajar digalakan mencuba dan menggunakan
pelbagai alatan dan bahan semasa mengadakan persembahan. Mereka akan rasa seronok menjalani aktiviti hasil
kreativiti mereka sendiri.
Dari segi penggunaan ruang pula, pelajar digalakan menggunakan ruang dengan baik. Mereka boleh
memilih ruang yang sesuai dengan bentuk persembahan. Sekiranya ruang tidak mencukupi, pelajar boleh mengubah
susunan kerusi dan meja. Pengalaman ini banyak membantu pelajar dalam meningkatkan kreativiti mereka.

Secara keseluruhannya, pengajaran yang berkonsepkan seni dalam pendidikan dapat membantu pelajar
dalam meningkatkan keyakinan diri dengan cara memberikan peluang kepada pelajar membuat kajian, catatan,
pemerhatian, penerokaan dan sebagainya. Semua ini dapat membantu meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi,
di samping dapat merangsang deria pelajar untuk memahami pengajaran yang disampaikan dengan lebih berkesan.
Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokan dan kondusif.

Gambar 4 : Kanak-kanak menjalankan aktiviti di luar bilik darjah

Kreativiti
Kreativiti dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi atau mencipta sesuatu yang baharu. Ia satu kebolehan
menjana idea baharu dengan menggabung, mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Ada juga yang berpendapat
bahawa kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil baharu dalam budaya (Csikszentmihalyi, 2003) dan ia
dianggap gabungan unik dan berguna (Sternberg & Lubart, 2003) . Namun begitu, persoalan yang timbul ialah
bagaimana untuk menjadi kreatif ? Persoalan ini bukan sekadar dalam kalangan pelajar, malah juga pentadbir,
pengurus, pereka dan sebagainya (Nickerson, 2003).

Goldberg (2001) menyatakan bahawa paling asas untuk memberikan perhatian terhadap Pendidikan Seni
Visual di Sekolah Rendah ialah berkaitan isi kandungan pelajaran dengan proses kreativiti. Beliau menyatakan
Pendidikan Seni Visual mempunyai perkaitan dengan budaya pembelajaran. Seni dapat mengembangkan peluang
ekspresi diri kanak-kanak, kebebasan bersuara, membangunkan harga diri, mengalakan kerjasama dan keharmonian
kumpulan, memberikan kuasa pemikiran kepada guru-guru dan pelajar, dan menyatakan kebenaran dalam
kebudayaan bangsa.

Gambar 5 : Murid-murid manjalankan aktiviti dalam kumpulan


.
Ainon dan Abdullah (1996), menyatakan bahawa terdapat beberapa cara dan pendekatan mikro yang
digunakan untuk menjana idea kreatif.

i. Pendekatan lateral ialah kaedah penghasilan kreatif yang dipopularkan oleh Edward de Bono
yang menghasilkan idea luar biasa. Di sekolah, bidang mengambar, membuat bentuk dan rekaan
memberikan kebebasan kepada pelajar menerokai proses menerbitkan idea baharu.

ii. Kaedah proses kreatif projektif adalah merupakan pendekatan meramal. Dalam pendidikan
seni kanak-kanak akan didedahkan tentang cara membuat bentuk dan mencari idea reka cipta baharu.
Misalnya, reka cipta model kereta nasional pada tahun 2020.

iii. Kaedah konstruktif merupakan proses kreatif yang menekankan kepada pembaikan dan
membina idea yang telah ada dan diperbaharui.

iv. Kaedah imaginatif merupakan kaedah yang paling banyak dilakukan dalam Pendidikan Seni.
Imaginatif dapat dikesan melalui aktiviti menggambar seperti menggambarkan makhluk asing,
gambaran mimpi dan sebagainya. Kaedah imaginatif dapat menanam pemikiran kreatif dan futuristik
dalam minda kanak-kanak.

Kreativiti dapat dicungkil melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti melalui penggunaan warna
dapat merangsang minda pelajar lebih kreatif. Ketika menghasilkan karya catan misalnya, pelajar diberi peluang
mencuba pelbagai warna yang mereka fikir sesuai. Mereka bebas menggabungkan warna pilihan untuk
menghasilkan warna baharu yang sesuai dengan karya. Dengan cara ini, pelajar bebas meneroka, meluahkan
perasaan dan kreativiti.

Ketika menghasilkan kolaj, pelajar dapat menggunakan kertas warna dan meneroka penggunaan bahan
berwarna yang terdapat di sekitar mereka. Misalnya, keratan kertas majalah, cebisan kertas kotak, helaian daun
kering, serpihan kulit kayu dan sebagainya. Mereka akan menampal bahan-bahan pilihan untuk membentuk objek
imaginasi. Proses memindahkan idea, dari kotak fikiran ke bentuk visual, di atas kertas merupakan satu proses
artistik yang penuh kreativiti. Proses ini menggabungkan beberapa jenis deria rangsangan dan dapat merangsang
minda pelajar agar lebih kreatif dan berkesan.

Pelajar dapat mencuba, membuat eksprimen dan meneroka penggunaan bahan untuk menghasilkan karya.
Melalui Seni Dalam Pendidikan pelajar dapat menggunakan bahan-bahan di sekitar mereka untuk membentuk,
membuat binaan dan sebagainya. Mereka tidak terikat dengan bahan yang disediakan dalam bilik darjah.
Pembelajaran mereka meliputi ruang yang lebih luas dan mendorong mencapai tahap kepuasan belajar sebagaimana
diinfini.
Ikatan peraturan bilik darjah tradisional tidak sesuai lagi digunakan. Kini pelajar bebas bergerak dalam
kawasan yang difikirkan perlu dan selamat. Mereka tidak terkongkong di atas kerusi sahaja sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, pelajar perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh guru. Guru boleh
membawa pelajar keluar dari bilik darjah untuk membuat pemerhatian, catatan, penyelidikan, rakaman serta ujikaji.
Pelajar boleh menggunakan pengalaman sedia ada untuk digabungkan dengan pengalaman baharu untuk
mendapatkan hasil. Pengalaman ini dapat merangsang minda pelajar agar bertindak lebih kreatif, dan mengalami
suasana pembelajaran yang seronok.
Gambar 6: Guru sedang memberikan penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan

Penggunaan irama dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat menarik minat kanak-kanak untuk menyertai
aktiviti yang dijalankan. Pelajar lebih aktif melakukan aktiviti yang dirancang oleh guru. Pelajar juga berpeluang
mencipta aktiviti dan pergerakan sendiri. Biasanya kanak-kanak boleh memberikan reaksi secara spontan apabila
dirangsang oleh sesuatu irama muzik. Irama beleh dihasilkan dengan menggunakan alat muzik, alat audio dan juga
dihasilkan sendiri oleh guru dan pelajar melalui tepukan, hentakan kaki, mengetuk meja dan sebagainya.

Irama boleh diaplikasikan dalam semua bidang mata pelajaran. Irama biasanya dimainkan untuk mengiringi
nyanyian dan juga tarian. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, irama digunakan untuk menbangkitkan mod
situasi tertentu. Contohnya pengajaran penulisan bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu yang bertemakan Sambutan
Hari Kemerdekaan. Aktiviti seperti nyanyian Lagu Kemerdekaan, berkawad seperti anggota tentera dan sebagainya
sangat sesuai diringi dengan irama muzik. Ini akan membangkitkan semangat patriotisme dalam diri mereka.
Berkenaan seni dalam pendidikan, pelajar digalakkan menghasilkan sendiri irama dan pergerakan. Pelajar boleh
menghasilkan alat muzik dengan menggunakan botol mineral yang disi dengan batu kecil. Pelajar boleh mencipta
pergerakan yang sesuai dengan irama yang dimainkan. Kreativiti akan dapat ditingkatkan apabila mereka
menghasilkan irama dan pergerakan melalui alat yang digunakan.

Penggunaan ruang secara terancang adalah sangat perlu supaya semua pelajar dapat menyertai aktiviti yang
dijalankan dengan lancar. Ruang kosong yang terdapat di bahagian hadapan dan belakang kelas perlu disusun
dengan baik bagi memudahkan guru dan pelajar menjalankan aktiviti dengan seronok dan selamat. Susunan perabut
termasuk kerusi dan meja perlu bersesuaian dengan suasana dan corak pembelajaran. Guru boleh menggunakan
ruang di luar bilik darjah untuk menjalankan aktiviti yang dirancangkan. Aspek keselamatan perlu diutamakan
semasa menjalankan aktiviti sama ada di dalam mahupun di luar kelas. Ruang yang secukupnya akan membantu
pelajar merancang aktiviti seperti pergarakan dan sebagainya dengan lebih kreatif. Pelajar dapat mencuba
berbagai-bagai pergerakan yang mereka fikir sesuai dengan irama dan juga mengikut lirik sesebuah lagu.

Kesimpulan
Seni dalam pendidikan dapat memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada guru-guru di sekolah bagi mewujudkan
idea-idea kreatif para pelajar. Guru dapat kenal pasti punca dapat mendorong dan merangsang pelajar memahami isi
pengajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan
bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai
keyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea dan
perasaan dalam aktiviti yang dijalankan. Oleh sebab itu, pihak sekolah sepatutnya tidak meminggirkan mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah, atau menggantikannya dengan mata pelajaran lain hanya kerana ingin
pencapaian tinggi dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Hal ini kerana seni dalam pendidikan
mampu merangsang minda pelajar agar lebih kreatif, berkeyakinan dan berdaya maju.
Rujukan
Csikszentmihalyi, M., “Implications of a Systems Perspective for the Study of Creativity” In Sternberg, R. J, (Eds.),
2003. Handbook of Creativity. Cambridge: University Press.

Mohd Azhar Abd Hamid, 2004. Kreativiti : Konsep, Teori dan Praktis. Skudai : Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia.

Sternberg, R.J. & Lubart, T. I. “The concept of creativity: Prospects and Paradigms” In Sternberg, R. J. (Eds.), 2003.
Handbook of Craetivity. Cambridge : University Press.

Syed Ahmad Jamal, 1992. Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Ali, 1989. Seni dan Seniman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak.

1.  Keinginan untuk bergerak.

     - Kanak-kanak suka mengambil peluang


       untuk bermain dan melibatkan diri
       dalam sebarang kegiatan fizikal

2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf

           - Kanak-kanak bukan sekadar ingin


            berjaya tetapi inginkan kejayaan itu
            dihargai

3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan  


    sebaya dan sebagai ahli dalam  masyarakat

    - Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima,


      disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang
      lain

4. Keinginan untuk bersaing

            - Kanak-kanak suka bersaing untuk


         memperlihatkan kemahiran dan
         kekuatan fizikal dan setara dengan
         rakan-rakan sebaya.

5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik.

   - Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal


     dan membentuk penampilan diri atau
     harga diri untuk menyesuaikan dirinya
     dalam masyarakat.

6. Keinginan untuk meneroka

       - Kanak-kanak gemar melibatkan diri


         dalam sesuatu kegiatan yang luar   
         biasa tetapi menyeronokkan.

7. Keinginan untuk pencapaian kreatif.

       - Kanak-kanak gemar mengalami


         perkara baru melalui aktiviti kreatif

8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan.

   - Kanak-kanak gemar aktiviti yang


     memberi peluang untuk meluahkan idea
     mengenai diri dan persekitaran mereka.

9. Keinginan untuk kefahaman.

       - Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin


mempelajari perkara baru.  Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran
serta interaksi mereka dengan persekitaran.

HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN

Pengenalan

Secara umumnya, seni adalah berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau
estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan rohani individu dan juga
masyarakat. Seni disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang
memerlukan kemahiran serta pengetahuan yang nyata (Martin, 1986 : 12). Hauser
dalam tulisannya, berpendapat bahawa seni adalah komunikasi (1959). Dari perspektif
pendidikan dapatlah dikaitkan bahawa bidang-bidang pendidikan juga memerlukan
estetika seni untuk diketengahkan bagi memudahkan penyampaian sesuatu maksud
agar lebih menarik dan mudah difahami. Maka dengan itu lahirlah apa yang dikatakan
Seni Dalam Pendidikan.

Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan kepada seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera,
seni teater, seni fotografi atau seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan
diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi,
imaginasi dan konsepsi mereka. Murid diberi peluang menggunakan pancaindera
mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam
pembelajaran mereka. Selain itu Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk
mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti mereka sesuai dengan
matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai
nilai jati diri yang tinggi.

Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang memberi pandangan menyokong bahawa Seni Dalam
Pendidikan akan memberi manafaat dari segi jangkamasa panjang dalam
membangunkan sahsiah dan jati diri individu.

Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar melalui


pembelajaran secara meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan
dapat mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif, kerana adanya unsur-unsur seni
dalam pendidikan dalam pembelajaran mereka. Herman (1991), di dalam “Quadrant
Concept” menyatakan bahawa seni dapat membantu pemikiran rasional dan intiutif
seseorang individu.

Howard Gardner (1953), menyatakan , sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau
pendekatan yang digunakan didalam sesuatu pengajaran, hanya murid-murid tertentu
sahaja yang boleh mendapatkan bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid
mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza.
Pendekatan yang berintegrasi dengan pelbagai jenis kecerdasan memudahkan
penerimaan murid kepada yang lebih kreatif.

A Kesan-Kesan Positif Seni Dalam Pendidikan

Berdasarkan pandangan daripada tokoh-tokoh yang tersebut di atas tadi dapatlah


dibuat kesimpulan bahawa Seni Dalam Pendidikan mempunyai kepentingan dalam
bidang pendidikan. Antara kebaikan atau kesan-kesan positif yang dapag diperolehi
dalam penggunaan Seni Dalam Pendidikan ialah :-

A. i Proses pengajaran akan menjadi lebih seronok. Ini disebabkan pengintegrasian


tiga mata pelajaran seni akan dapat menarik minat murid. Menurut Russel (1968),
matlamat guru sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk
membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, sensitif terhadap pergerakan,
bunyi, bentuk, tekstura dan irama. Murid-murid akan mengambil bahagian dalam
pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai kemahiran yang disediakan oleh guru.
Di samping itu juga mereka dapat melahirkan idea dan kreativiti mereka dengan
bebas.

Sebagai contoh, semasa mengajar sesuatu pengajaran yang pertama iaitu lagu
‘burung’, kanak-kanak akan membuat pergerakan seperti burung semasa menyanyi
lagu tersebut. Dalam melakukan aktiviti tersebut, kita akan dapat melihat berbagai
gaya yang dipersembahkan oleh murid, samada seperti terbang, berjalan, melompat,
makan atau sebagainya. Seterusnya kanak-kanak disuruh menghasilkan gambar atau
mewarnakan gambar burung. Semasa pembelajaran ini kanak-kanak akan dapat
membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya.
A. ii Membantu perkembangan intelek, sahsiah dan sosial murid-murid.
John Dewey (1919), menyatakan ,pendidikan adalah satu proses untuk
mengembangkan kecerdasan manusia, sekolah seharusnya memberi kanak-kanak
kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual iaitu kebebasan untuk
melatih kecerdasan melalui seni. Seni yang dimaksudkan adalah seni visual, seni muzik
dan seni pergerakan.

Keberkesanan fungsi mata pelajaran seni visual, seni muzik dan seni pergerakan boleh
diperhebatkan dengan menjadikannya sebagai medium untuk pengajaran secara
penerokaan, pengembangan kreativiti, proses-proses berfikir secara kritis dan kreatif
dalam penyelesaian masalah dan merangsang pembinaan keyakinan diri dan imej
kendiri yang utuh. Dengan adanya proses pembelajaran Seni Dalam Pendidikan murid
akan lebih mudah untuk menerima kemahiran pembelajaran yang diajar oleh guru
selari dengan perkembangan diri mereka seperti rajah 1 di bawah. Dalam kaedah
pengajaran inkuiri penemuan murid-murid diberi peluang meneroka dan mencari
sendiri jawapan kepada permasalahan. Peluang inilah yang digunakan oleh murid-
murid untuk melahirkan idea dan mendorong mereka menggunakan keupayaan akal
dan fizikal untuk menyelesaikan masalah. Secara langsung emosi mereka menjadi
berkembang dan begitu juga dengan sosial bila murid-murid ini berinteraksi sesama
rakan sebaya dan guru.

Rajah 1: Model Wholistik


Perkembangan Kanak-kanak

Falsafah perkembangan Dewey menekankan bahawa perkembangan emosi, jasmani


dan sosial seseorang individu melalui aktiviti-aktiviti bermain dan meneroka sendiri di
peringkat sekolah rendah merupakan pengalaman semula jadi yang banyak membantu
kanak-kanak dalam pembelajaran mata pelajaran-pembelajaran lain di sekolah.

A. iii Menjadikan guru lebih bermotivasi dan kreatif dalam merancang pengajarannya.
Dengan adanya SDP dalam kurikulum sekolah rendah, pengajaran dan pembelajaran
akan lebih menyeronokkan dan penglibatan murid juga adalah baik maka guru-guru
akan lebih bersemangat dan kreatif untuk merancang persediaan untuk pengajaran
mereka di mana pengajaran yang dirancang akan lebih mencabar serta mengutamakan
perkembangan intelek, emosi, psikomotor dan kematangan murid. Sekaligus ini
menjadi motivasi dan perangsang kepada guru untuk lebih banyak meneroka
kemahiran-kemahiran baru yang sesuai dengan pencapai murid-muridnya. Hasil
daripada persekitaran pembelajaran yang baik, guru juga akan dapat meningkat
profesionalisma dalam kerjaya mereka. Usaha untuk melahirkan masyarakat Malaysia
yang cemerlang, berilmu dan mantap dari segi sahsiah pada tahun 2020 pasti akan
berhasil.

B Penghubungkaitan Pelbagai Bidang dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Penghubungkaitan membawa maksud menghubungkaitkan pelbagai bidang kemahiran


dan pengetahuan dari beberapa mata pelajaran dalam ssesuatu pengajaran dan
pembelajaran. Dengan adanya penghubungkaitan tersebut pembelajaran akan dapat
membantu percambahan pemikiran murid dengan mengaitkan isi pengajaran guru
dengan kehidupan seharian mereka. Pengajaran dan pembelajaran yang ada
penghubungkaitan ini akan menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif. Tujuan
penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan
lagi tahap kefahaman belajar murid-murid. Selain itu ia juga boleh membina serta
melatih minda murid-murid untuk menjadi lebih aktif dan kreatif sekaligus dapat
membantu pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang
diajar.

Sebagai contoh, guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual bertajuk ‘Haiwan’.
Sebelum murid-murid membuat aktiviti menggambar atau aktiviti membuat rekaan
dan corak yang berkaitan dengan haiwan, guru terlebih dulu mencungkil pengetahuan
sedia ada murid dengan bersoaljawab beberapa soalan yang mudah dan ringkas.
Antara aktviti yang boleh dijalankan ialah menamakan haiwan,mengajuk bunyi
haiwan, menyatakan cara pergerakan haiwan, mengelaskan kumpulan haiwan dan
sebagainya. Di sini elemen Sains dan seni pergerakan telah dihubungkaitkan. Untuk
mengaitkan dengan bahasa dan muzik, guru meminta murid menyanyi mana-mana lagu
yang ada kaitan dengan haiwan. Selain itu murid juga disuruh berpantun atau
membaca puisi berkenaan haiwan. Untuk mengaitkannya dengan mata pelajaran
Matematik, guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan penyelesaian
masalah (problem solving) yang ada kaitan dengan kehidupan seharian murid-murid.
Contohnya, “Di dalam bakul itu ada sepuluh ekor ikan, dua ekor telah dilarikan
kucing. Berapa ekor ikankah yang masih tinggal?’

Rajah 2 : Contoh Penghubungkaitan Mata pelajaran dalam Pelajaran Pendidikan Seni


Visual.

Dengan adanya penghubungkait tersebut murid-murid akan belajar beberapa


kemahiran dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat
memantapkan perkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran
berintegrasi seperti yang tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap
perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif mereka.
Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penghubungkaitan
(penggabungjalinan) ini lebih berkesan, guru-guru memainkan peranan yang paling
penting selain kesedian murid-murid sendiri.

B. i Peranan Guru dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran ini antaranya


adalah:-

i) Merancang persediaan mengajar yang dapat menarik minat murid. Antara perkara-
perkara yang perlu di ambil perhatian dalam penyediaan rancangan pengajaran ini
ialah berkenaan dengan topik, objektif pengajaran, isi pelajaran cara penyampaian isi
serta penilaian yang diguna untuk menguji murid. Dalam penyediaan isi pelajaran guru
perlulah menyediakan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang pemikiran murid-murid
dan aktiviti tersebut perlu penglibatan semua tanpa mengambil kira tahap kebolehan
mereka.
ii) Merancang dan memilih sumber bahan pengajaran dan pembelajaran serta bahan
bantu mengajar. Sumber bahan-bahan yang dipilih perlulah mesra pelajar iaitu mudah
digunakan oleh mereka. Bahan tersebut sudah semestinya menarik. Antara bahan yang
boleh digunakan ialah bahan elektronik seperti komputer, televisyen, radio, internet
dan sebagainya. Bahan bukan elektronik yang juga boleh digunakan seperti carta
bergambar dan sebagainya. Guru perlu menyediakan bahan yang bersesuaian dengan
tajuk yang hendak di ajar.
iii) Guru sebagai pemotivasi dan fasilitator murid-murid. Guru haruslah memberi
motivasi dan keyakinan kepada murid-murid untuk melahirkan idea dalam
pembelajaran mereka supaya dapat membentuk sikap positif dalam perkembangan
diri serta mempunyai nilai-nilai murni dalam hidup. Selain itu juga adalah fasilitator
atau pemudahcara semasa pembelajaran berjalan. Di mana guru membimbing serta
memberi tunjuk ajar jika diperlukan oleh murid-muridnya. Dengan itu guru perlulah
meningkatkan diri mereka dengan ilmu dan mempelbagaikan teknik-teknik
penyampaian serta membuat kajian tentang pencapaian murid-murid dari semasa ke
semasa.
iv) Pengurusan Kelas . Peranan guru di sini ialah membahagikan pelajar mengikut
tahap pencapaian akademik mereka. Dengan pembahagian ini ianya akan
memudahkan guru menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap akademik
murid-muridnya. Selain itu guru juga perlu memastikan suasana pembelajaran yang
teratur. Perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah:-
- kelas atau bilik yang selesa
- peredaran udara dan cahaya yang sesuai
- kelengkapan perabot, bahan dan peralatan yang mencukupi

B. ii Peranan Murid

Selain guru, murid-murid juga mempunyai peranan mereka sendiri untuk memastikan
pelaksanaan pengajaran penghubungkaitan ini berjaya. Mereka digalakkan melibatkan
diri dengan sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah
samada secara formal atau tidak formal. Dengan melibatkan diri secara aktif secara
tidak langsung akan dapat mempertingkatkan kemahiran belajar mereka dan mereka
juga dapat membuat penilaian kendiri tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri.
Murid-murid juga digalakkan untuk meneroka sendiri sesuatu kemahiran yang baru
dengan sentiasa merujuk kepada guru sekiranya menghadapi masalah pembelajaran.

C. Pendekatan Bertema

Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun atau dirancang mengikut


sesuatu konsep atau tema. Ianya merangkumi koleksi bahan, aktiviti, isi pelajaran
serta teknik penyampaian. Pendekatan bertema memberi peluang kepada guru untuk
menghubungkait mata pelajaran yang diajar dengan mata pelajaran lain.
Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran ini memberi
peluang kepada murid-murid untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang
mengekspresikan sesuatu tema yang telah dirancangkan. Dalam pemilihan dan
penentuan tema banyak perkara yang guru perlu ketahui agar pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang berkesan. Antara perkara tersebut ialah:-
tema yang dipilih hendaklah berasaskan kemahiran, pengalaman serta pengetahuan
sedia ada murid
tema yang dipilih berfokus kepada sesuatu isu. Contohnya isu-isu semasa.
 sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar mudah didapati dalam tema
yang dipilih
guru perlu mempunyai banyak pengetahuan dalam tema yang dipilih.
guru perlu memastikan tema pengajaran tersebut mempunyai pemeringkatan
aktiviti dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.

Pendekatan bertema juga dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk


mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan adanya pelbagai aktiviti yang
menyeronokkan. Ini disebabkan tema yang dipilih mempunyai beberapa kemahiran
seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik, berfikir, menyanyi
dan mengekspresi bakat (melukis).

C. i Terdapat banyak tema yang boleh digunakan oleh guru. Tema-tema tersebut
boleh dikategorikan dalam tiga jenis tema iaitu:-

A Tema persekitaran
B Tema Masyarakat
C Tema Komunikasi

Berikut merupakan satu contoh pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema.


Tema yang digunakan ialah tema persekitaran.

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia


Kelas : Tahun 4
Tema : Pengangkutan
Persekitaran : Persekitaran Teknologi

Di dalam pengajaran ini isi-isi pelajarannya dapat dikaitkan dengan mata pelajaran
lain seperti Sains, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Pendidikan Pergerakan
dan Kesihatan dan Kajian Tempatan dan Matematik. Di dalam pengajaran dan
pembelajaran ini murid-murid akan di dedahkan dengan beberapa perkara penting
seperti :-
- sejarah teknologi pengangkutan;
- kepentingan pengangkutan kepada manusia
- kesan-kesan teknologi pengangkutan terhadap alam sekitar, kesihatan manusia,
haiwan dan tumbuhan
- bentuk-bentuk pengangkutan
- pergerakan kenderaan
- perkaitan antara laju dan jarak menggunakan kenderaan

Tema persekitaran teknologi dipilih kerana ia telah membawa kemajuan dan


pembangunan kepada manusia . Teknologi juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan
telah memperkenalkan konsep globalisasi. Teknologi yang hebat dan hebat mampu
menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri dengan aktif
dalam aktiviti-aktivi pengajaran yang berjalan. Murid juga akan dapat meneroka
pergerakan kreatif, imej, bunyi serta meluahkan perasaan mereka secara bebas.

C.ii Pengintegrasian Matapelajaran

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) penegasan yang berkesan amatlah
dititik beratkan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjaya dan mencapai
objektifnya terutama sekali kepada murid-murid. Bagi memastikan hasrat kerajaan
dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara tercapai beberapa kaedah pengajaran
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah konsep integrasi.
Ianya meliputi semua bidang kemahiran ke arah penguasan ilmu pengetahuan,
kemahiran bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni untuk melahirkan modal insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Kerana keseimbangan ini
adalah asas kepada keharmonian negara. Antara aspek pengintegrasian yang boleh
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

(a) Penggabungjalinan
Ia adalah proses menyepadukan (penggunaan) pelbagai bidang kemahiran bagi
menjadikan suatu pelajaran itu integratif dan menyeluruh. Melalui strategi
penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu matapelajaran
disampaikan secara menyeluruh dan bersepadu dengan mengaitkannya dengan satu
mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Penggunaan strategi ini dapat
memberi peluang murid-murid menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan
isi pelajaran yang diajar. Ia juga boleh mengelakkan kebosanan dan menimbulkan
suasana pembelajaran yang lebih menarik. Untuk menjadikan proses
penggabungjalinan ini lebih berkesan, murid-murid hendaklah terlebih dahulu
menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar, bertutur, mengira, membaca
dan menulis secara mekanis. Tujuan menguasai kemahiran asas ini ialah untuk
menarik perhatian guru untuk memberi kefahaman dan penerangan yang lebih
bermakna kepada murid.

(b) Penyerapan
Dalam konteks KBSR, penyerapan bermaksud sebagai proses menyatupadukan isi
pengetahuan daripada mata pelajaran untuk dijadikan isi pelajaran bagi sesuatu mata
pelajaran yang diajar. Contohnya bahan atau kandungan isipelajaran daripada mata
pelajaran lain seperti Matematik, Seni Pergerakan, Sains, Pendidikan Muzik, Seni
Visual atau Kajian Tempatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam pelajaran
Bahasa Malaysia. Penyerapan pengajaran dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti dan
gerak kerja yang dijalankan oleh murid di sepanjang masa pengajaran dan
pembelajaran berjalan.

Bagi tema “Pengangkutan” yang dipilih terdapat beberapa aktiviti integrasi mata
pelajaran lain yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya
ialah dengan menayangkan jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di negara kita
serta beberapa penerangan tentang pengangkutan tersebut. Selepas itu murid diminta
melakukan beberapa aktiviti.

Pergerakan : (a) cara memandu kereta atau kapal terbang


(b) menunggang motosikal
(c) mengayuh perahu

Seni Visual : (a) membuat model kenderaan


(b) mewarna gambar

Pendidikan Muzik : (a) membunyikan bunyi kenderaan


(b) menyanyikan lagu yang ada kaitan dengan kenderaan.

Selain daripada itu murid-murid juga diminta untuk membandingkan saiz kenderaan
(Matematik), menyatakan kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam
perkembangan pengangkutan (Sains), dan menerang secara ringkas tentang sejarah
pengangkutan (Kajian Tempatan)

Di dalam aktiviti pengintegrasian ini kemahiran utama yang diajar kepada murid-murid
ialah kemahiran:
Lisan - menyoal untuk mendapatkan maklumat
- bercerita secara ringkas tentang kenderaan/pengangkutan
Bacaan - membaca petikan yang disediakan
- mencari maklumat yang terdapat dalam multimedia
Tulisan - menulis maklumat
- menjawab soalan

C. iii : Bagaimana aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?

Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan murid-muridnya dapat


mengikuti dan seterusnya dapat menerima isi pengajaran yang disampaikan dengan
semaksima mungkin. Maka dengan itu aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran
murid menjurus kepada sesuatu yang boleh mencabar tahap kebolehan mereka.
Aktiviti seperti pergerakan dilakukan supaya kanak-kanak akan mendapat lebih
kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, imbangan
berat badan dan daya. Semasa melakukan aktiviti tersebut kanak-kanak akan dapat
memperkembangkan konsep pembentukan kendiri dari segi emosi sosial, fizikal,
rohani dan nilai-nilai murni. Dengan adanya aktiviti ini perkembangan psikomotor
murid menjadi lebih meningkat dan sekaligus membantu mereka menggunakan
kesemua deria yang ada pada mereka untuk memudahkan penerimaan ilmu
pengetahuan.

Untuk aktiviti yang berkaitan dengan Seni Visual, murid-murid membuat model
kenderaan dan mewarna hasil kerja mereka. Aktiviti ini dapat mengembangkan daya
imaginasi murid-murid dan penajaman daya intuisi mereka. Murid-murid juga dapat
berinteraksi dengan bebas sesama rakan sebaya. Mereka mencari pengetahuan dan
memanipulasi benda-benda menjadi sesuatu yang boleh dijadikan alat permainan
mereka. Murid-murid juga akan dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan
interaktif dalam proses pembelajaran meraka. Dalam aktiviti nyanyian guru dapat
membimbing murid kemahiran lisan mereka. Ia juga dapat membantu murid
meluahkan perasaan berlandaskan pengetahuan dan pengalaman verbal dan bukan
verbal samada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan
tema yang diberi. Ini menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran
lebih menyeronokkan.

Dapatlah disimpulkan bahawa aktiviti-aktiviti integrasi dalam pengajaran adalah


sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang diperolehi daripada mata pelajaran lain
dapat membantu penguasaan kemahiran fokus yang dikehendaki dalam objektif
pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan
individu secara seimbang, harmonis dan bersepadu.

C. IV Penggunaan Bahan Dalam Proses Pengajaran

Pemilihan bahan pengajaran juga adalah sebahagian dari tugas guru dalam merancang
pengajarannya. Penggunaan bahan bantu mengajar mengajar adalah sangat penting
kerana ianya dapat membantu murid lebih memahami dan apa yang mereka fahami itu
akan kekal dalam ingatan mereka. Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya termasuklah pengetahuan
dan nilai-nilai murni. Bahan juga boleh dikategorikan sebagai media pendidikan.
Kesemua alat dan bahan, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran
yang berkaitan akan dapat merangsang dan mewujudkan iklim pembelajaran yang
kondusif dan berkesan. Ia juga penting sebagai media komunikasi, sumber pengalaman
dan unsure yang boleh mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Bahan-bahan
yang digunakan dalam pengajaran ini ialah:-

Bil Bahan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


1 Bahan elektronik
- komputer, tayangan klip
video, Internet
Penerangan semasa set induksi.
Mencari maklumat
2 Bahan bukan elektronik
- carta gambar
- lembaran kerja
- teka silangkata
- surat khabar lama
Mencari maklumat tentang pengangkutan
Aktiviti pengayaan
Aktiviti melukis dan mewarna gambar

3 Bahan maujud
- kereta, motosikal dan basikal

Membina ayat dan kemahiran membaca dan menulis.

Rajah 3 : Bahan pengajaran dan pembelajaran


Dalam pengajaran bertema yang dicadangkan ini bahan pengajaran yang digunakan
ialah klip video yang ditayangkan menggunakan komputer dan LCD. Maklumat-
maklumat pengajaran disampaikan melalui tayangan berkenaan keadaan sebenar serta
peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan pengangkutan di negara kita. Tujuannya
ialah supaya murid-murid mendapat maklumat yang lebih jelas jika diterangkan
dengan contoh-contoh yang memerlukan bahan audio dan visual. Contohnya;

1) menerangkan jenis-jenis pengangkutan (air, udara dan darat)


2) menunjuk dan membezakan kepantasan pergerakkan kenderaan
3) menerangkan bunyi kenderaan
4) menerangkan bentuk-bentuk kenderaan

Penerangan guru dengan diiringi bahan-bahan tersebut dapat memperkembangkan


corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami sesuatu dengan jelas.
Internet juga digunakan sebagai pendedahan dunia IT kepada murid. Guru
membimbing murid meneroka alam maya untuk mencari maklumat. Peluang ini akan
dapat menimbulkan rasa ingin tahu murid

Penggunaan bahan-bahan pengajaran seperti yang terdapat dalam Rajah 3 di atas


dapat membantu murid meneroka dan mengaitkan pengetahuan dengan pengalaman
dan pembelajaran dari mata pelajaran lain seperti Sains dan kajian Tempatan. Di
samping itu ia juga dapat memupuk nilai-nilai murni dan pemikiran positif murid-
murid.

Rujukan:

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni


Visual 2000. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka

Omar Zakaria, Shaifol Bahary dan Hassan Ahmad. (2006). HBEF2303 Teknologi
Maklumat dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Salmah Ayob. (1993). Aktiviti-aktiviti Pergerakan Kreatif Panduan Pengajar. Petaling


Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Salmah Ayob. (1996). Strategi, Teknik dan Perancangan Pendidikan Pergerakan.


Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.
Zulkifli Yaakop, Mohd Jamal Ismail. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Você também pode gostar