Você está na página 1de 2

Pasaran sektor pertanian di Negeri Terengganu

Negeri Terengganu mempunyai skop pasaran dalam sektor pertanian yang sangat luas
berikutan jumlah penduduk yang dimilikinya. Jumlah penduduk yang ramai akan
mempengaruhi keberkesanan pasaran sesebuah aktiviti ekonomi. Di mana, penduduk yang
ramai akan meningkatkan jumlah permintaan bagi sesuatu barang dan perkhidmatan, dan
yang paling utama ialah sumber makanan. Pasaran produk sektor pertanian di Negeri
Terengganu mendapat perhatian semua pihak dan memainkan peranan utama berbanding
pasaran untuk sektor lain.

1. Jagung Hibrid

Pasaran pertanian di negeri Terengganu sememangnya sangat luas, dan negeri


Terengganu juga dijangka akan menjadi negeri pengeluar jagung utama di Malaysia
dalam menghasilkan tanaman jagung hibrid. Dengan penyertaan seramai 544 petani
dan 15 buah kampung di Hulu Terengganu. Projek tersebut dijalankan secara dua
peringkat dengan peringkat permulaan disertai oleh 144 petani yang mengusahakan
tanaman jagung berkenaan sejak Oktober tahun lepas, melibatkan kawasan seluas
50.5 hektar

Di peringkat kedua pula, projek yang mendapat kerjasama dari Terengganu Agrotech
Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC) dan Pejabat Pertanian Daerah Hulu
Terengganu itu melibatkan kawasan lain seluas 200 hektar yang melibatkan 400
peserta.

Projek ini mampu memberi pendapatan lumayan kepada peserta sekali gus membantu
program pembasmian kemiskinan oleh kerajaan kerana pesertanya terdiri daripada
kalangan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Benih jagung hibrid diperkenalkan kepada para petani di kawasan itu kerana ia
mampu mengeluarkan hasil pertanian memuaskan selain berkualiti tinggi iaitu
berbiji penuh serta tahan penyakit. Tanaman di kawasan seluas 0.4 hektar boleh
menghasilkan sekurangkurangnya 10,000 tongkol jagung jika dibandingkan benih
biasa iaitu kira-kira 7,000 tongkol sahaja.

2. Tanaman Makanan
Pembangunan sesebuah kawasan pertanian adalah berasaskan kepada kesesuaian
tanah dan agroiklim bagi komoditi yang berpotensi dalam mendapat tempat di
pasaran. Di Negeri Terengganu, tanaman makanan yang diberi fokus utama antaranya
ialah padi, limau, tembikai, nenas, dan labu manis.
Jenis tanaman makanan tersebut adalah jenis tanaman yang mempunyai potensi dan
nilai pasaran yang besar bagi Negeri Terengganu dan turut mempengaruhi kedudukan
negeri Terengganu. Dengan itu, pembangunan dalam sektor pertanian terutamanya
bagi jenis tanaman tersebut diberi lebih perhatian dan peruntukkan. Sebagai contoh,
pembangunan di bidang pembangunan dan penyelidikan (R&D), pelbagai kajian yang
dilakukan untuk menghasilkan tanaman makanan yang berkualiti tinggi dan
mempunyai risiko kerosakan yang sangat kecil. Selain itu, terdapat lebih banyak
kawasan penanaman baru yang dibuka khas untuk menanam tanaman makanan yang
difokuskan. Ini bertujuan untuk meningkatkan jumlah penghasilan output pertanian.
Fokus yang utama diberikan kepada projek tanaman ini kerana pasarannya yang
sangat memberangsangkan di negeri Terengganu.
Bagi tanaman limau, keluasan tanaman akan ditingkatkan dari 1800 hektar kepada
3000 hektar dan akan dijadikan sebagai tanaman sinonim dengan Negeri Terengganu.
Bagi tanaman tembikai, nenas, dan labu manis petani digalakkan menanam secara
berskala besar untuk tujuan memenuhi kehendak pasaran dan pemprosesan.

3. Tanaman Industri
Bagi tanaman industri, komoditi utama seperti kelapa sawit dan getah diberi tumpuan
dan fokus utama. Pasaran untuk komoditi tanaman industri tersebut memberi jaminan
kepada Negeri Terengganu. Untuk memastikan pasaran tanaman industri sentiasa
terjamin di kedudukannya, pembangunan dan tumpuan diberi sepenuh perhatian
kepada peningkatan daya pengeluaran dengan menggunakan teknologi tinggi dan
moden serta aspek pengurusan yang mantap. Pembukaan kawasan baru hanya akan
diberi keutamaan kepada syarikat milik Kerajaan dan badan- badan yang telah
diluluskan oleh Kerajaan Negeri sahaja kerana ia melibatkan pasaran dalam negeri.
Pada 2009, pengeluaran untuk komoditi kelapa sawit ialah sebanyak 820,671.38 tan
metrik. Peningkatan sebanyak 69 peratus berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak
258, 483.12 tan metrik. Bagi komoditi getah pula, pada tahun 2009 sebanyak
91, 927.48 tan metrik berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak 8,089.60 tan metrik.
Pengeluaran komoditi getah meningkat hampir seratus peratus iaitu 91 peratus.
Tanaman industri ini diberi focus utama kerana, kedudukan ekonomi negeri
Terengganu bergantung kepada pasaran tanaman industri ini.

Você também pode gostar