Você está na página 1de 73

PENDIDIKAN ISLAM

MANUSIA DAN PENCIPTAANYA

NAMA : MUHAMMAD AKMAL AFIQ BIN ZUBIR


KELAS : E10A
AYAT-AYAT YANG
MENERANGKAN TENTANG
MANUSIA
SURAH AN NAHLI AYAT 36

 Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-


tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru
mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah
Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul
itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula
yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu
di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan
umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
SURAH AN ZAARIAT AYAT 57

Aku tidak sekali-kali menghendaki


sebarang rezeki pemberian dari mereka,
dan Aku tidak menghendaki supaya
mereka memberi makan kepadaKu.
Ringkasan Ayat-Ayat
1. Kita sebagai manusia perlulah beriman kepada rasul
dan bertaqwa kepada Allah
2. Kita sebagai manusia juga perlu berusaha mencari
kebaikan didunia ini dan menjauhi segala keburukan
yang bolah membawa kepada kehancuran.
3. Allah tidak meminta sebarang benda kepada
manusia malah dia yang memberikan segala nikmat
dan rezeki kepada manusia.
UNSUR-UNSUR PENCIPTAAN
MANUSIA
 Allah mencipta manusia daripada 2 unsur :

 1)Unsur Jasmani
-penciptaan manusia melalui tanah

 2) Unsur Rohani
-Roh manusia
AYAT-AYAT AL-QURAN
MELALUI UNSUR
JASMANI DAN ROHANI
SURAH AL-FURQAN AYAT 54

Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari


air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan
penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya
tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang
dikehendakiNya)
SURAH AR-RUM AYAT 20

 Dan di antara tanda-tanda yang


membuktikan kekuasaanNya
(menghidupkan kamu semula), bahawa Ia
menciptakan kamu dari tanah; setelah
sempurna sahaja peringkat-peringkat
kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang
hidup bertebaran di muka bumi.
SURAH AL SAFFAAT AYAT 11

 (Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai


Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya
semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar
hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain yang Kami
telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka
dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula).
SURAH AL-HIJR AYAT 28

 Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika


Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak menciptakan
manusia dari tanah liat yang kering, yang
berasal dari tanah kental yang berubah
warna dan baunya.
SURAH AR RAHMAN AYAT 14

Ia menciptakan manusia
(lembaga Adam) dari tanah liat
kering seperti tembikar,
Ringkasan Ayat-Ayat
1. Allah berkuasa mencipta apa jua yang diinginkan-Nya .

2. Diantara bukti kekuasaannya , Dia mampu mencipta manusia daripada tanah .

3. Manusia dicipta melalui berperingkat-peringkat sebelum sempurna menjadi


manusia.

4. Manusia pada mulanya diciptakan oleh Allah daripada tanah liat yang kering
yang kental yang mampu berubah warna dan baunya.

5. Kemudian ditiupkan roh kedalam jasad manusia maka sempurnalah seseorang


itu.
PENCIPTAAN ADAM
TURAB

AIR TIN

ADAM
HAMAIN
AL ARDH
MASNUN

SOLSOL
KESIMPULAN DARIPADA
PENCIPTAAN ADAM
 Manusia dicipta melalui beberapa unsur iaitu air, turab (Tanah), Tin (pati
tanah), Hasmain Masnun (Tanah yang panas dan berbau ) , Solsol ( Tanah
yang keras seperti tembikar ), Al-Ardh ( Tanah Bumi ) .

 Hal ini menunjukkan , Allah telah mencipta manusia dengan sebaik-baiknya


iaitu manusia yang sebenarnya ialah sebaik-baik makhluk.

 Oleh hal yang demikian , manusia perlulah bersyukur atas penciptaanNya


dan brusaha untuk bertaqwa kepadanya dengan penuh ikhlas dan berusaha
meninggalkan segala larangannya.
ADAM DAN PERISTIWA-
PERISTIWA PENTING
Al-Hijr

 [26]
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah
liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan
baunya.
[27]
Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya
menyerap ke liang bulu roma.
[28]
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang
kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
[29]
"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan
padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud
Ringkasan Ayat
 Manusia dicipta daripada tanah manakala jin pula
diciptakan daripada
api.
 Darjat manusia dianggap tinggi oleh Allah kerana Dia
menciptakan manusia dengan tangannya sendiri dan
manusia dianggap sebagai Khalifah dimuka bumi.
REAKSI PARA MALAIKAT
DAN IBLIS TERHADAP
PEMILIHAN MANUSIA
SEBAGAI KHALIFAH DI
MUKA BUMI ALLAH
Al-Baqarah ayat 30

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada


Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang
hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah
Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu
orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan
darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa
bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan
berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang
kamu tidak mengetahuinya"
Al-Baqarah Ayat 31

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan


segala nama benda-benda dan gunanya,
kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu
Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama
benda-benda ini semuanya jika kamu golongan
yang benar".
Al Baqarah ayat 32


Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau
(Ya Allah)! Kami tidak mempunyai
pengetahuan selain dari apa yang Engkau
ajarkan kepada kami; sesungguhnya
Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi
Maha Bijaksana".
Al baqarah Ayat 33

Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda


ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan
nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah
Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui
segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu
nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?
Al Baqarah ayat 34

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat:


"Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka
sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan
dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
AL A’RAF ayat 12

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada


sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik
daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang
dia Engkau jadikan dari tanah."
Al-A’raf ayat 12

Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga


ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong
di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah,
sesungguhnya engkau dari golongan yang hina
Ringkasan Ayat
 Allah ingin menjadikan Nabi Adam sebagai khalifah di muka
bumi ini.
 Malaikat tunduk dan patuh kepada perintah Allah lalu sujud
kepada Nabi Adam.
 Manakala Iblis dengan takbur dan sombong ingkar kepada
perintah Allah dan enggan sujud kepada Nabi Adam kerana
mengakui dirinya lebih hebat.
 Lalu Allah telah melaknat Iblis dan mencampak menghalau
Iblis keluar dari syurga.
PERISTIWA ADAM DI SYURGA
CABARANNYA DAN
KESUDAHANNYA SEHINGGA
TERKELUAR DARI SYURGA
DAN DITEMPATKAN DI BUMI
Al-Hijr ayat 34

Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarlah


engkau daripadanya, kerana sesungguhnya
engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu
makhluk yang) diusir.
Al-Hijr ayat 35

"Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat


terus-menerus hingga ke hari kiamat".
Al-Hijr Ayat 36

 Iblis berkata:" Wahai Tuhanku! Jika demikian,


berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka
dibangitkan (hari kiamat)"
Al-Hijr Ayat 37

 Allah berfirman: "Dengan permohonanmu itu,


maka sesungguhnya engkau dari golongan yang
diberi tempoh.
Al-Hijr ayat 38

 "Hingga ke hari - masa yang termaklum".


Al-Hijr ayat 39

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah


menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku
akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada
Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan
menyesatkan mereka semuanya
Al-Hijr ayat 40

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam


itu hamba-hambaMu yang dibersihkan
dari sebarang syirik"
Al-a’raf 16

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai


Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka)
demi sesungguhnya aku akan mengambil
tempat menghalangi mereka (dari menjalani)
jalanMu yang lurus;
Al-a’raf 17

Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan


mereka serta dari belakang mereka, dan dari
kanan mereka serta dari kiri mereka; dan
Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka
bersyukur
Al-a’raf 18

 Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari


Syurga sebagai makhluk yang terhina serta
terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka
yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi
neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang
derhaka) semuanya;
Al-a’raf 19

"Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di


dalam Syurga serta makanlah dari makanannya
sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan
janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu
menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari
orang-orang yang zalim".
Al-a’raf 20

Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka


berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan
aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan)
mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu
daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak
suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-
orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)"
Al-a’raf 21

 Dan ia bersumpah kepada keduanya


(dengan berkata): "Sesungguhnya aku
adalah dari mereka yang memberi
nasihat kepada kamu berdua"
Al-Baqarah Ayat 27

(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian


Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara
yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula
membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu
ialah orang-orang yang rugi.
Ringkasan ayat-ayat
 Iblis telah dihalau oleh Allah dari syurga kerana mengingkari perintahnya.
 Sebelum dicampak keluar dari syurga , Iblis meminta kepada Allah agar
hayatnya dipanjangkan sehingga Hari Kiamat.
 Iblis juga berjanji akan menyesatkan semua anak Adam agar bersama
dengannya di neraka kelak.
 Semasa Nabi Adam dan Hawa tinggal di dalam syurga , Allah telah
memberi satu larangan kepada mereka iaitu menjauhi dari pokok iaitu
pokok Khuldi.Mereka dilarang memakan buah dari pokok tersebut.
 Tetapi Syaitan cuba menghasut mereka untuk memakan buah tersebut .
 Nabi Adam dan Hawa kedua-duanya terpedaya dengan hasutan syaitan
dan memakan buah dari pokok tersebut.
 Sesungguhnya orang yang melakukan kerosakan dan melanggari perintah
Allah merupakan orang yang paling rugi.
PROSES KEJADIAN
ZURIAT ADAM
SURAH AL SAJADAH AYAT 7-8

Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan


sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian
manusia berasal dari tanah

Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia


itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang
sedikit dipandang orang;
SURAH AL-TARIQ AYAT 5-7

(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah


manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.Ia diciptakan dari
air (mani) yang memancut (ke dalam rahim)Yang keluar dari
"tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan
SURAH AL-NAJM AYAT 32

(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang


keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya,
maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih
mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah,
dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian
dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa
kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-
orang yang bertaqwa. (
SURAH AL MUKMINUN AYAT 12-14

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari
tanah;Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang
kukuh;Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami
ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu
menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging.
Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat
keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta
Ringkasan Ayat
 Allah telah mencipta makhluknya dengan sebaik-baiknya iaitu bermula
dengan ciptaan manusia daripada tanah.

 Kejadian manusia bermula dengan setitis air mani .Daripada air mani
kemudian membentuk daging.Daripada daging menjadi beberapa tulang
dan tulang-tulang tersebut dibaluti daging.Sehingga lah proses tersebut
selesai maka sempurnalah kita sebagai manusia.

 Allah lebih mengetahui apa yang kita lakukan dan kerana Ia Maha
Mengetahui .

 Kita perlulah segera bertaubat kepada Allah setelah melakukan dosa sama
ada sengaja atau tidak sengaja kera Ia Maha Pengampun.
PERBANDINGAN KEJADIAN
ZURIAT ADAM DENGAN SAINS
 Proses kejadian manusia mempunyai beberapa peringkat iaitu :
 PERINGKAT PERTAMA :
 NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau
minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani.
 Peringkat Kedua
 ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung
minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang
sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar
makin).
 Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna
segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata
kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi
oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
-sesuatu yang bergantung atau melekat
-pacat atau lintah
-suatu buku atau ketulan darah
 PERINGKAT KETIGA :

 MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku


pada minggu keempat.

 Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf


tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu
sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam
di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya
sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk
perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih
banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan
pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu
sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
 PERINGKAT KEEMPAT :
 IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan
ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-
otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka
tersebut
 Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada
tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk.
Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke
hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ
pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain
terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu
juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya
telah sempurna dan lengkap.
 PERINGKAT KELIMA :
 NASY’AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang
minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap
ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan
ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-
kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri
menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam
kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah
wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya
pada ukuran bayi sahaja.
 PERINGKAT KEENAM :
 NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam
menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang
berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku
selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh
termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak
di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah
proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai
hubungan dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang
disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A’raf : 172. Dengan ini
entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat
dan kejadian insan disisi Allah SWT.
KEPERLUAN JASMANI DI
DALAM DIRI MANUSIA
 Keperluan Jasmani ialah keperluan asas manusia yang wajib
dipenuhi Maka sesuatu hukum asalnya haram pun dihalalkan
oleh Allah SWT untuk orang-orang yang memerlukannya
kerana apabila keperluan asasnya tidak dipenuhi, akan
menyebabkan binasa Maka siapa sahaja yang dalam keadaan
terpaksa, tanpa unsur kesengajaan dan penentangan, maka
tiada dosa baginya.
 Sebagai contoh , konteks keharaman bangkai, darah, khinzir
dan mencuri .
MENGAPA MANUSIA DISEBUT
INSAN ?

Manusia secara bahasa disebut insan yang dari bahasa


arabnya yang berasal daripada kata nasiya yang bererti lupa

Jika lihat dari kata dasar al-uns bererti jinak.

Kata insan dipakai untuk menyebut manusia kerana manusia


memiliki sifat lupa dan jinak yang bererti manusia selalu
menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru disekitarnya.
FAKTOR YANG MELETAKKAN
STATUS MANUSIA DIMULIAKAN
Manusia dianggap mulia kerana mereka telah dikurniakan akal
fikiran.Jika dibandingkan dengan haiwan , manusia mampu berfikir
kerana mempunyai akal manakala haiwan cuma dikurniakan hawa nafsu.

Melalui akal fikiran manusia mampu berfikir dan membezakan perkara


yang baik dan buruk dan mampu mengeksploitasi ilmu dan ciptaan Allah
dimuka bumi ini.

Status manusia juga dimuliakan kerana manusia sebagai khalifah dimuka


bumi ini.Allah telah memberi tanggungjawab kepada manusia untuk
mengimarahkan muka bumi ini dengan sebaik-baiknya.
AKHIR KEHIDUPAN
MANUSIA
1. Kehidupan didunia merupakan permainan dan hiasan semata-mata. (Al-Hadid Ayat 20)

2. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati .(Al-Imran 185)

3. Sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan kedalam syurga bermaksud dia
telah berjaya melalui ujian dunia (Al-Imran 185)

4. Sesungguhnya sekiranya pada Hari Kiamat kelak sesiapa yang diperlihatkan neraka
kepadanya dan ia mengutamakan dunia semata-mata maka neraka lah tempatnya.Tetapi
bagi orang yang berjaya mengawal dirinya di dunia dan beramal kepada Allah maka
Syurgalah tempatnya.(Al-Naziat 34-41)

5. Kehidupan dunia dijadikan begitu indah pada pandangan orang kafir dan memandang
rendah orang yang beriman.Namun ,martabat orang beriman lebih tinggi disisi Allah. (Al-
Baqarah 212)

6. Allah memiliki segalanya dimuka bumi dan langit.Dan kecelakaan bagi orang yang kufur
dan ingkar kepadanya.Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat dan
terpesong daripada jalan Allah maka itulah orang-orang yang terjerumus dalam kesesatan.
 ( Ibrahim 2-3)
AL HADID AYAT 20

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang
berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang),
juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan,
dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya
itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur)
menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak
segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia
menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di
sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan
besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan
(ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang
terpedaya.
AL IMRAN AYAT 185

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan


bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan
disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang
dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka
sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa)
kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan
pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi
orang-orang yang terpedaya.
AL NAZIAT AYAT 34-41

 Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar,Iaitu hari manusia akan mengingati
apa yang telah diusahakannya.Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat
melihatnya, Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang
melampau (perbuatan derhakanya), -Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-
mata,Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya. Adapun orang yang
takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta
ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu,Maka sesungguhnya Syurgalah tempat
kediamannya
AL BAQARAH AYAT 212

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan


dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir,
sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah
kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang
bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada
mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah),
Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya
dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).
SURAH IBRAHIM AYAT 2-3

Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi; dan kecelakaan besar bagi
orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa
mereka kelak).Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi
manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka
itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.
DALIL-DALIL HIDUP SEBAGAI
UJIAN
SURAH AL-MULK AYAT 1-2

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai


pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatuDia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan
hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu:
siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa
(membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang
yang bertaubat);
SURAH MUHAMMAD AYAT 31

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang


yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang
adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang
yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat
mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu
CORAK UJIAN ALLAH
KEPADA MANUSIA
Perhiasan dunia

Kenikmatan Dunia

Godaan Syaitan

Godaan hawa nafsu

Kebaikan dan Keburukan

Ketakutan,kelaparan,kerugian harta dan anak

Anak dan harta

Pangkat dan darjat


Rumusan
 Untuk menjadi manusia yang sempurna pelbagai proses perlu dilalui. Setelah kita
menjadi manusia pelbagai ujian perlu dihadapi untuk menjadi manusia yang
sempurna imannya kepada Allah
 Manusia merupakan khalifah dimuka bumi ini dan amat disanjung tinggi oleh
semua makhluk , malah malaikat sendiri sujud kepada Adam atas perintah Allah
tetapi Iblis yang bongkak dan sombong enggan patuh kepada perintah Allah.
 Kita sebagai manusia perlu berusaha melawan hasutan syaitan dan iblis kerana
mereka akan terus berusaha untuk menyesatkan anak Adam hingga ke hari kiamat.
 Allah berkuasa menjadikan apa yang dimahukannya dan menarik semula dengan
apa yang telah Dia berikan kepada semua makhluk.
Rujukan
 Internet
 -http://gemainsaniah.blogspot.com
 -http://drmaza.com
 -http://fkejadianmanusia.blogspot.com
 -http://www.surah.my
 -http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/index.html
 -http://www3.pmo.gov.my
 -http://mahabbahislamiyah.blogspot.com

 Buku
 -Handbook Pendidikan Agama Islam 2010 Edition for students

Você também pode gostar