Você está na página 1de 27

AGAMA SIKH

AGAMA SIKH:
 Agama Sikh boleh juga dikenali sebagai Sikhisme
 adalah sebuah agama monoteistik yang diasaskan
mengikut ajaran Guru Nanak dan sembilan orang guru
lain di Punjab, India pada abad ke-15
 agama kelima terbesar di dunia, dengan lebih daripada
23 juta penganut.
 Sikhisme berasal daripada perkataan Sikh, yang datang
daripada kata dasar śiṣya dalam bahasa Sanskrit, yang
bermakna "murid" atau "pelajar", atau śikṣa yang
bermaksud "arahan".
 Kepercayaan utama orang Sikh adalah keyakinan dalam
Waheguru
 menggalakkan meditasi yang berdisiplin di bawah nama
dan mesej Tuhan, untuk memperoleh keselamatan
 menggambarkan Tuhan melalui konsep yang tidak
mengandungi antropomofisme (pemberian sifat manusia
kepada dewa-dewa).
SEJARAH AGAMA SIKH
 Agama Sikh bermula di Sultanpur, berhampiran
Amritsar di wilayah Punjab, India
 Pengasasnya ialah Guru Nanak

 Selepas beliau meninggal dunia, penggantinya juga


diberi pangkat guru.
 Sebanyak sepuluh guru telah mengambil alih tempat
beliau dan secara perlahan-lahan berkembang
 Rangkaian ini berakhir pada tahun 1708 selepas
kematian Gobind Singh yang tidak meninggalkan
pengganti manusia tetapi meninggalkan satu himpunan
skrip suci yang dipanggil Adi Granth
 Skrip ini kemudian diberi nama Guru Granth Sahib.
 Gobind Singh juga telah menubuhkan sebuah persatuan
“Persaudaraan Khalsa Sikh" dan memulakan pemakaian
seragam untuk lelaki Sikh yang taat kepada agamanya
yang diberi gelaran "Lima K".
 Lima K atau panj kakaar/kakke ini perlu dipakai sepanjang
masa kerana diarahkan pakai oleh mahaguru Sikh yang ke-10,
Guru Gobind Sngh Ji. Guru Gobind Singh telah mewajibkan 5
K dipakai pada tahun 1699 di Anandapur Sahib. Hari itu
dinamakan Vasakhi.
 Lima K ini termasuklah:

 kesh (rambut yang tidak dipotong)

 kanga (sikat)

 kara (gelang ditangan kanan)

 kirpan (pisau kecil yang tidaklah begitu tajam)

 kachha (seluar dalam pendek)

 Tempat sembahyang agama Sikh dipanggil Gurdwara.


Gurdwara Emas di Amritsar, India merupakan tempat suci bagi
penganut Sikh
ADAT ISTIADAT PENGANUT SIKH

 Pemberian hadiah merupakan amalan biasa untuk


menyambut kelahiran bayi
 Pemberian nama merupakan upacara penting dan ia
dikenali sebagai Naamkaran.
 Disini bayi yang baru lahir itu akan diberikan nama
selepas Granthi membaca Ardas.
 Nama akhir untuk penganut Sikh adalah sama dan
berbeza mengikut jantina iaitu Singh bagi lelaki,
manakala perempuan dipanggil Kaur
 Apabila seorang remaja lelaki mencapai umur 11 tahun,
beliau akan menjalani upacara Dastar Bandhni
AGAMA
BUDDHA
SEJARAH AGAMA BUDDHA
 sebuah agama yang diasaskan oleh Siddharta Gautama
 unsur kebudayaan India ditambah dengan unsur-unsur
kebudayaan Yunani, Asia Tengah, Asia Timur, dan
Asia Tenggara.
 Sejarah agama Buddha juga ditandai dengan
perkembangan banyak aliran dan mazhab, serta
perpecahan-perpecahan.
 Yang utama di antaranya adalah aliran tradisional
Theravada , Mahayana, dan Vajrayana (Bajrayana) yang
sejarahnya ditandai dengan masa pasang dan surut.
PERKEMBANGAN AGAMA BUDDHA
PADA TAHAP AWAL
 Agama Buddha kelihatannya hanya sebuah fenomena kecil saja
pada awalnya, dan sejarah peristiwa-peristiwa yang membentuk
agama ini tidaklah banyak tercatat.
 Maharaja Asoka dari Empayar Maurya (273–232 SM) masuk
agama Buddha setelah menaklukkan wilayah Kalingga
(sekarang Orissa) di India timur secara berdarah
 Kerana menyesali perbuatannya yang keji, maharaja ini lalu
memutuskan untuk meninggalkan kekerasan dan menyebarkan
ajaran Buddha dengan membangun stupa-stupa dan tiang-tiang
di mana ia menghimbau untuk menghormati segala makhluk
hidup dan mengajak orang-orang untuk mentaati Dharma
 Asoka juga membina jalan raya dan rumah sakit,
rumah persinggahan, universiti, dan sistem pengairan di
seluruh negara.
 Baginda juga memperlakukan sebuah orang taklukannya
dengan sama, tanpa mengira agama, politik, atau kasta mereka
KEPERCAYAAN PENGANUT AGAMA BUDDHA

 agama Buddha telah dipaparkan sebagai tiga aliran utama,


iaitu Theravāda (Bahasa Sanskrit: Sthaviravāda), Mahāyāna
, and Vajrayāna
 Buddhisme bukanlah satu agama kerana ianya bukan sistem
kepercayaan dan pemujaan yang menumpukan taat setia
kepada Tuhan yang sakti.
 la adalah suatu pelajaran yang membimbing seseorang
penganut ke arah pencapaian Kearifan Agung dan
pembebasan dari segala kejahatan melalui hidup dan
pemikiran yang suci
 kepercayaan secara membabi buta diketepikan dan
digantikan dengan keyakinan yang berdasarkan kepada
pengetahuan.
 bersembahyang untuk memperoleh cita-cita duniawi serta
kepentingan diri adalah bertentangan dengan Buddhisme
 Buddhisme menegaskan meditasi sebagai cara untuk
mencapai disiplin diri, pengawalan diri, penyucian dan
pencerahan.
 Tidak terdapat Tuhan Pencipta yang patut dipatuhi dan
ditakuti oleh penganutnya dalam Buddha
 Buddha telah meningkatkan status manusia dengan tidak
mengajarkan kewibawaan Tuhan kepada manusia.
 Buddhisme mengajar bahawa setiap orang dapat
menyelamatkan diri tanpa bergantung kepada Tuhan atau
orang tengah seperti paderi-paderi
AGAMA
KRISTIAN
 Agama Kristian adalah sebuah agama monotheis yang
berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Yesus dari
Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya
para pengikutnya dalam Perjanjian Baru
 Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam
Alkitab Ibrani dengan agama Yahudi, dan kerana sebab
ini, ia juga digelar sebuah agama usulan Abraham
 Penganut Kristian atau Nasrani, mengikuti ajaran Yesus
Kristus (Yehoshua ‫ יהושע‬dalam bahasa Ibrani). Yesus
dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih‘.
 Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran
yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun
dahulu:
 Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan
lebih dari 1 bilion penganut yang telah dibaptis),
 Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),

 Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti


Anglikanisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili, and
Pentekostalisme)
KATOLIK ROMA
 Gereja Katolik Roma merupakan mazhab Kristian yang
terbesar di dunia, terdiri daripada mereka yang mengakui
kuasa uskup Rom (iaitu Paus), dalam perkara yang
berkaitan dengan ajaran Kristian
 Gereja Roman Katolik menganggap mereka sebagai
pewaris yang sah kepada kekuasaan yang diturunkan
oleh Jesus Christ kepada 12 orang pengikut HawariNya (
Apostles).
 Gereja ini mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam
pembangunan kebudayaan masyarakat Eropah dalam
pengenalan nilai-nilai kehidupan barat kepada tamadun
lain terutama ketika era penjajahan
 Katolik Barat Tradisional mempunyai tujuh sakramen.
 sakramen yang diakui oleh Gereja Roman Katolik adalah
seperti berikut:
 Pembaptisan

 Penguatan

 Ekaristi

 Pengakuan Dosa

 Pengurapan orang sakit

 Imamat

 Perkahwinan
KRISTIAN ORTODOKS
 salah satu mazhab dalam agama Kristian.
 Istilah "Ortodoks" diterjemahkan daripada perkataan Greek
yang bermaksud "mempercayai dengan betul" atau
"memuliakan Tuhan dengan betul"
 Penganut Kristian Ortodoks melakukan ibadat mengikut
ritual dari pengaruh gereja Byzantine
 Selama 1,000 selepas agama Kristian diasaskan, lima
wilayah iaitu Jerusalem, Alexandria, Antioch, Rome dan
Konstantinople mengikuti ajaran Kristian yang sama
 Perkembangan politik dan jatuhnya Empayar Rom di barat
kepada bangsa german mengakibatnya terputusnya
komunikasi antara Gereja di Rome dan Gereja di timur
(Jerusalem, Alexandria, Antioch dan Konstantinople).
 Pada tahun 1054, utusan Paus Rome ke Konstantinople
mengucilkan (excommunicate) Gereja Konstantinople
yang dibalas oleh Gereja Konstantinople dengan
tindakan serupa
 Kedua-dua Gereja mendakwa mereka di pihak yang
benar dan berlakulah perpisahan dalam agama Kristian
dengan kedua-dua Gereja memisahkan diri mereka.
KRISTIAN PROTESTAN
 Protestan merupakan satu cabang Kristian yang tidak berpuas
hati dengan Gereja Roman Katolik yang semakin cenderung
kepada keduniaan
 Nama agama ini berasal dari perkataan Inggeris "Protest" yang
bermaksud membangkang
 Pencetus reformasi ini ialah Martin Luther, seorang paderi
Augustinia dan profesor di Universiti Wittenberg, yang
menyeru pembukaan debat berkenaan penjualan "indulgences"
dimana taubat seorang itu diterima sekiranya dia melakukan
sesuatu untuk menebus dosanya.
 Penjualan ini digunakan secara berleluasa sewaktu Perang Salib
untuk menggalak rakyat Kristian menentang tentera Islam.
 John Calvin merupakan penyokong kuat fahaman Lutheran dan
merupakan tonggak utama dalam mempengaruhi beberapa
kumpulan di Switzerland, Scotland, Hungary, Jerman dan
beberapa tempat lain
 Walaupun penganut Protestan percaya kepada Yesus Kristus
sebagai anak Yahwe, mereka dan juga penganut Kristian
Ortodoks tidak mengiktiraf kuasa biskop Rom (iaitu Paus),
dalam perkara yang berkait dengan ajaran agama Kristian.
PERBEZAAN AGAMA ISLAM DAN
KRISTIAN

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini


perihal Maryam, tatkala ia memencilkan diri dari keluarganya di
sebuah tempat di sebelah timur.
  
Ia menjawab: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah Ia telah memberikan
kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.
  
Tidaklah layak bagi Allah mempunyai anak Maha Sucilah Ia. Apabila Ia
menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya:
"Jadilah engkau", lalu jadilah ia.

Você também pode gostar