Você está na página 1de 9

Sistem akhlak

dalam Islam
Pendahuluan
 Permasalahan akhlak adalah merupakan permasalahan besar yang
dihadapi oleh semua umat Islam didunia, kerana akhlak adalah
merupakan tonggak pembangunan sesuatu Ummah.
 Di pandang dari sudut realiti masyarakat dunia hari ini, ternyata
sekali bahawa dunia sedang menghadapi keruntuhan akhlak yang
amat tenat.
 Nilai-nilai kemanusiaan, kebaikan telah dan sedang tergugat.
 Neraca yang digunakan oleh masyarakat dan individu dalam menilai
sesuatu yang baik buruk tidak lagi menurut lunas-lunas yang
sepatutnya, malah kebanyakkannya adalah menurut runtunan hawa
nafsu yang dilahirkan oleh fahaman-fahaman yang bersifat
kebendaan.
Definisi akhlak
• Bahasa
Tabiat , perangai dan kebiasaan

Istilah
Serumpun nilai-nilai dan sifat-sifat yang sebati didalam
diri seseorang
Mengapa akhlak itu penting????
 Ia mempengaruhi tindak tanduk dan gerak langkah seseorang. Baik
buruknya perlakuan seseorang bergantung pada nilai akhlak
mereka.

 Untuk meningkatkan insaniah insan sehingga ketahap sesuatu


ummah insaniah yang benar-benar tinggi dan berkualiti.

 Untuk membuat penilaian yang tepat terhadap sesuatu perbuatan.


Salah atau benarnya penilaian yang dilakukan oleh seseorang
adalah bergantung rapat dengan buruk atau baiknya nilai-nilai
akhlak yang terdapat pada dirinya.

 Untuk keharmonian, kesejahteraan, kedamaian, keamanan dan


kebahagiaan semua anggota dalam masyarakat dari pelbagai
lapisan dan darjat satu kedudukan.
Kedudukan akhlak dalam Islam
Akhlak mendapat kedudukan yang tinggi dalam Islam, ini dapat dilihat dari
beberapa sebab:

 Islam telah menjadikan akhlak sebagai alasan kenapa agama Islam diturunkan
 Sabda Rasulullah: Aku diutus hanyalah semata-mata untuk menyempurnakan akhlak-akhlak
yang mulia.

 Islam menganggap orang yang paling tinggi darjat keimanan ialah mereka yang paling
mulia akhlaknya.
 Hadis: Telah dikatakan Ya Rasulullah, mukmin manakah paling afdhal imannya, Rasulullah
s.a.w bersabda , orang yang paling baik akhlaknya antara mereka.

 Islam menganggap bahawa akhlak yang baik adalah merupakan amalan utama dapat
memberatkan neraca amal baik di akhirat kelak
 Hadis: Perkara yang lebih berat diletakkan dalam neraca hari akhirat ialah takwa kepada
Allah dan akhlak yang baik.

 Dalam ajaran Islam dinyatakan bahawa mereka yang berjaya memenangi kasih
sayang Rasulullah dan mendapat sesuatu kedudukan yang hampir dengan Rasulullah
di akhirat kelak ialah mereka yang baik akhlaknya
 Hadis: Yang paling aku kasihi diantara kamu dan yang paling dekat kedudukannya padaku di
akhirat adalah orang yang paling baik akhlaknya diantara kamu
 Islam telah mentakrifkan “Addin” dengan akhlak yang baik.
 Dalam hadis telah dinyatakan bahawa telah bertanya kepada Rasulullah
s.a.w: Apakah Addin itu ? Sabda Rasulullah, akhlak yang baik.
Ini bererti bahawa akhlak itu dianggap sebagai rukun Islam samalah keadaannya
dengan wukuf di pandang Arafah dalam bulan Haji berdasarkan kepada
 sabda Rasulullah: Haji itu (amal haji) ialah wukuf di Padang Arafah, Wukuf di
padang Arafah adalah dianggap sebagai salah satu rukun amal haji, demikian
juga keadaannya pada akhlak.

 Dalam ajaran Islam juga dinyatakan bahawa akhlak adalah merupakan syarat
untuk membebaskan diri dari azab neraka dan memenangi syurga.
 Dalam hadis Rasulullah s.a.w. telah dinyatakan bahawa telah berkata kepada
Rasulullah: Engkau sipulanah sentiasa berpuasa di siang hari dan bangun
malam untuk sembahyang sunat tetapi beliau jahat akhlaknya, beliau sentiasa
menyakiti jirannya.
 Rasulullah bersabda: Tiada kebaikan padanya, dia tergolong dalam golongan
ahli neraka.
 Jelas sekali dalam hadis ini bahawa ibadah puasa sunat dan sembahyang sunat
di malam hari tidak dapat menebus dan menutup akhlak yang jahat, seperti yang
berlaku kepada perempuan yang diceritakan dalam hadis di atas.
Jalan pembentukan akhlak
 Ilmu, yakni mengetahui jenis-jenis akhlak yang mulia dan keji. Tanpa ilmu Muslim tidak
dapat membezakan antara akhlak yang baik dan buruk.

 Mengetahui betapa pentingnya akhlak tersebut pada diri kerana permasalahan akhlak
berhubung terus dengan masalah iman dan takwa dan mengetahui apakah keburukan
yang akan diterima akibat dari akhlak yang buruk dan keji.

 Menyemadikan nilai-nilai akhlak yang mulia dalam ingatan sehingga sentiasa


berwaspada dan berhati-hati dalam tindakannya. Melupai nilai-nilai akhlak mulia ini
membuat seseorang itu melakukan akhlak yang keji.

 Melakukan amal-amal yang dapat mendorong kepada akhlak yang baik disamping
dapat memudahkan jiwa menerima akhlak yang mulia.

 Menunaikan ibadah fardu sunat, kerana ibadat-ibadat ini dapat menyucikan diri.

 Bergaul dengan orang-orang mukmin yang berakhlak mulia, pergaulan ini akan dapat
menular sifat-sifat mereka yang mulia itu sedikit demi sedikit.
 Melatih diri menerima nasihat orang. Pada hakikatnya orang yang memberi
nasihat berhak menerima terima kasih kita, kerana kita selalunya berterima kasih
kepada orang yang menyelamatkan kita dari bahaya. Samalah situasinya
dengan orang yang memberi nasihat yang menyelamatkan kita dari bahaya
keburukan akhlak yang kita lakukan.

 Melakukan perbuatan yang bertentangan dengan tuntutan sifat-sifat keji.


Misalnya, untuk mengubati sifat hasad dengki boleh dilakukan dengan
beristigfar, sifat takbur dapat diubati dengan bercampur gaul dengan golongan
miskin dan muhrim.

 Melatih diri melakukan sesuatu sifat yang dikehendaki (sifat-sifat baik) hinggalah
sifat tersebut menjadi sebati dengan diri.

 Meninggalkan suasana yang telah rosak akhlaknya dan mencampuri suasana


atau jamaah yang soleh.
Penutup
 Akhlak amat penting dalam penghidupan manusia memandangkan
besarnya pengaruh akhlak kepada tindak tanduk manusia, sehingga
pada ketika nilai-nilai akhlak yang terdapat pada diri seseorang itu
bertindak menjadi penilai kepada sesuatu perbuatan.

 Akhlak mendapat kedudukan yang tinggi pada pandangan Islam.

 Akhlak dapat dicapai dan dibentuk melalui daya usaha manusia


sendiri.

 Akhlak menunjukkan perangai dan tabiat seseorang.

Você também pode gostar