Você está na página 1de 25

TARBIYATUL RUH

PEMBERSIHAN
RUH DAN JIWA
DISEDIAKAN OLEH:

MEGAT ADLAN SUFRI

E10A
Firman Allah s.w.t : as-Syams :7-10

7. Demi jiwa manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan


kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya);

8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya


kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; -

9. Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan jiwanya - Yang sedia


bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

10. dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan jiwanya - Yang


sedia bersih - itu kotor dan terbenam kebersihannya (dengan sebab
kekotoran maksiat).
KONSEP TARBIYATUL RUH

-Iltizam dengan amalan-amalan ibadah

-Sentiasa gemar melakukan ibadah

-Merasa nikmat lazat dan kepuasan jiwa dengan ibadah tersebut

-Mengatasi perkara-perkara yang menghalang menuju daripada


menuju keredhaan Allah
KESAN BERAMAL DENGAN KONSEP
TARBIYATUL RUH
BAGI INDIVIDU:
Membentuk jiwa, hati dan akal yang mencerminkan
kerohaniah seorang muslim
Melahirkan daya Islam yang murni dalam kehidupan peribadi
keluarga, masyarakat, aktiviti harian dan alam sekitar
Sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan Allah kerana
ibadah terjaga dan dilaksanakan dengan tulus lagi ikhlas

BAGI MASYARAKAT DAN NEGARA:


Menjana kekuatan ummah dengan menguatkan asas bagi
setiap muslim iaitu kekuatan ibadah
PRA-SYARAT SEBELUM MENGHAYATI TARBIYATUL
RUH
Memahami konsep ibadah dalam Islam
Memahami definisi wajib, sunat, harus, makruh dan haram
Mengetahui dengan jelas cara-cara mengerjakan ibadah,
syarat-syarat, rukun, adab dan larangan
PERLAKSANAAN TARBIYAH
KAEDAH UMUM:
-Menunaikan segala amalan fardhu
-Meninggalkan segala yang haram
-Meninggalkan perkara yang syubhat
-Mendekati amalan sunat
-Menjauhi perkara yang makruh
-Memilih perkara-perkara yang harus
AMALAN-AMALAN UTAMA DALAM TARBIYAH
ROHANIAH KE ARAH PEMBERSIHAN JIWA
SOLAT
Bermaksud:"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari
perbuatan keji dan munkar".

(Al-Ankabuut: 54)

-Menunaikan solat fardhu ( 5 waktu )


-Solat fardhu diiringi solat sunat rawatib ( yang muakkad ) iaitu
2 rakaat sebelum subuh, dua rakaat sebelum dan sesudah zuhur,
dua rakaat selepas maghrib dan isyak
-Meningkatkan pahala ibadat solat dengan berzikir seperti tahlil
( La ilaha illallah ) dan tasbih ( subhanallah )
-Dipertingkatkan dengan sujud ( tilawah dan syukur )
ZAKAT
-Ikhlas dalam menunaikan zakat ( bukan kerana
dipaksa )
- Sentiasa berusaha mencari harta supaya dapat
menunaikan zakat
- Menginfaqkan harta ke jalan Allah ( bersedeqah,
hadiah, dan lain-lain )
-Menunaikan nazar ( sekiranya bernazar )
TAZKIYATUN NAFSI

( Surah Az-Zalzalah ayat 6-8 )

"Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur


masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan)
amal-amal mereka".

" Maka sesiapa berbuat kebajikan sebesar zarah, nescaya akan


dilihatkan (dalam suratan amalnya)".

"Dan sesiapa berbuat kejahatan sebesar zarah, nescaya akan


dilihatnya (dalam suratan amalnya)".
- Menahan kemahuan syahwat dengan mendidik
supaya tunduk dengan petunjuk akal dan wahyu

-Cara-cara:
Sentiasa menjauhkan diri dari larangan Allah ( disko,
tempat maksiat)
Sentiasa berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah
sebagai pegangan dan prinsip hidup
BANYAK MENGINGATI MATI

(Al-Hasyr: 65)

Bermaksud : " Dan (Ingatlah), aku tidak menciptakan jin dan


manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat kepadaku".

Firman Allah s.w.t : Qaaf : 22 


"Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada Dalam
keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka Kami hapuskan
kelalaian Yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari
ini menjadi tajam (dapat menyaksikan Dengan jelasnya perkara-
perkara hari akhirat)".
- Sentiasa ingat bahawa setiap yang hidup pasti akan
mati.
- Sentiasa mengambil kisah-kisah umat terdahulu
sebagai tauladan ( Kisah umat Nabi Nuh )
- Menyedari kelemahan diri bagi memperbanyakkan
ibadat sebagai persediaan hari akhirat.
MENUNAIKAN PUASA
- Puasa wajib ( puasa Ramadhan dan puasa Nazar )
- Ditambah dengan puasa sunat ( Puasa 6 hari bulan
syawal, Puasa hari Isnin dan Khamis, Puasa pada hari
putih iaitu pada hari 13,14 dan 15 setiap bulan )
MENUNAIKAN HAJI
- Berusaha mengumpulkan harta dan memelihara
kesihatan supaya dapat menunaikan haji
- Memasang niat untuk keluar menunaikan fardhu haji
bagi yang masih belum menunaikan haji
MEMBACA AL-QURAN
- Belajar untuk membaca ayat-ayat Al-Quran dengan
betul
- Membaca Al-Quran dengan adab-adab yang
ditetapkan
( bertaranum, bersih dari hadas, pakaian yang suci,
bertajwid dan lain-lain. )
- Membaca Al-Quran dengan tadabbur ( memerhati
dengan mengkaji dan menyelidik )
BERZIKIR, BERWIRID DAN BERDOA
- Doa itu senjata mukmin
- Berzikir dengan memuji dan mengingati Allah bukan
sahaja selepas solat, tetapi pada setiap saat kita
bernafas di atas muka bumi ini.
MEMIKIRKAN NIKMAT-NIKMAT YANG
DIKURNIAKAN ALLAH S.W.T
- Rasulullah S.A.W menggalakkan umatnya agar
sentiasa memikirkan nikmat Allah untuk melahirkan
rasa kesyukuran dalam diri setiap muslim.
- Antara perkara yang perlu kita syukuri ialah nikmat
sebagai seorang mukmin dan muslim, nikmat
keamanan negara dan tempat tinggal, nikmat
berkeluarga, dan nikmat kehidupan ( masih dapat
meneruskan hidup )
MURAQABAH, MUHASABAH, MUJAHADAH, DAN MU’ATABAH

- Muraqabah: merasakan kehadiran dan keagungan Allah sentiasa bersama


kita di setiap waktu
- Muhasabah: berfikir, kenang, menilai diri sendiri
- Mujahadah: melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu
- Mu’atabah: mencela diri sendiri
- Cara-cara :
Sentiasa merasakan diri kita dalam pengawasan Allah
Hitung kekurangan diri dan perbaiki kekurangan tersebut
Melihat ‘aib sendiri sebelum melihat ‘aib orang lain.
Meletakkan Taqwa di atas syahwat dan hawa nafsu.
Mengadakan muhasabah dalam bentuk pertanyaan.
Muhasabah secara tegur menegur sesama rakan-rakan.
AMAR MA’RUF DAN NAHI MUNGKAR
- Mencegah kemungkaran dengan tenaga yang ada,
sama ada melalui kudrat dan kuasa yang ada, lisan
mahupun hati.
- Berdakwah kepada keluarga, rakan-rakan dan
masyarakat agar kebenaran dan peringatan yang
terkandung dalam dakwah dapat disebarkan.
- Mengadakan program yang berunsurkan islam seperti
ceramah agama dan usrah.
MENJAGA PERHUBUNGAN SESAMA SAUDARA
SEISLAM DAN MASYARAKAT
- Menyediakan diri dan jamaah untuk khidmat masyarakat.
- Sentiasa bergaul dengan masyarakat ( dengan berhemah dan
sabar)
- Bertolak ansur dan bersabar dalam setiap urusan dan interaksi
untuk menjamin perpaduan ummah dan mengelakkan
pergaduhan yang mampu merosakkan hubungan silaturrahim.
- Bersopan santun bukan sahaja sesama orang Islam, tetapi
orang yang bukan Islam juga (melambangkan imej yang baik
untuk Islam)
MENGETAHUI PINTU PENYUSUPAN SYAITAN
KE DALAM DIRI MANUSIA
- Syaitan masuk ke dalam diri manusia melalui sifat-
sifat yang terkeji seperti marah, hasad, syahwat,
kekenyangan, suka berhias pada alat perabot dan
rumah, ta’sub kepada suatu fahaman, mengajak orang
awam berfikir kepada sesuatu yang di luar fahaman
mereka,buruk sangka dan lain-lain.
- Oleh itu, elakkan sifat-sifat yang keji untuk menyekat
syaitan daripada masuk ke dalam diri.
MENGELAKKAN PENYAKIT HATI
- Mencegahnya dengan membaca Al-Quran
- Jika dipercayai ditimpa penyakit hati, cara-cara
penyelesaian :
• Berjumpa Tuan Guru yang arif tentang penyakit hati
dan meminta nasihat dan bantuannya.
• Muhasabah diri untuk melihat kelemahan diri agar
akhlak dapat diperbaiki.
• Meminta bantuan rakan-rakan dan keluarga untuk
sentiasa memberi peringatan apabila melakukan
sesuatu kesalahan atau menonjolkan akhlak yang
buruk.
KESAN-KESAN TARBIYATUL RUH DAN
TAZKIYATUN NAFSI

• INDIVIDU:
- Terhindar daripada penyakit hati dan sifat-sifat yang
tercela seperti hasad, dan bongkak.
- Lahir sifat-sifat yang terpuji seperti ikhlas dan zuhud.
- Terpelihara lidah dari kejahatan-kejahatannya seperti
percakapan yang sia-sia dan berlebihan, mencaci maki dan
bertengkar.
• MASYARAKAT DAN KELUARGA:
- Hubungan silaturrahim sesama ahli masyarakat dan keluarga
bertambah kuat kerana akhlak mulia terbentuk dalam diri setiap
individu.

• NEGARA DAN AGAMA:


- Menjamin perpaduan ummah dan kekuatan sesuatu negara
Islam serta mampu membawa suatu anjakan paradigma yang
menjamin keutuhan umat Islam dari semua aspek.
- Agama Islam lebih dihormati dan disegani kerana berjaya
menunjukkan gaya hidup yang jitu dan unggul hasil
pembersihan jiwa dan pembentukan akhlak orang Islam.

Você também pode gostar