Você está na página 1de 4

Sekilas di Muzium Geologi.

Apa itu Geologi?

Dari segi makna nya, “Geo” bermakna batu-batuan manakala “logi” pula bermaksud
kajian. Oleh itu, geologi membawa maksud kajian mengenai batu-batuan. Menurut Andrew
Alden dalam laman webnya, geologi bermaksud kajian mengenai bumi, bentuknya,
kandungannya, proses dan sejarah. Kandungan bumi itu merangkumi mineral, batu-batuan dan
fosil. Geologi (dari bahasa Greek γη- (ge-, "bumi") dan λογος (logos, "kata", "sebab")
merupakan sains dan kajian mengenai bumi; komposisi, struktur, bentuk fizikal, sejarah dan
proses pembentukannya.

Ahli geologi telah membantu dalam menentukan umur Bumi yang dianggarkan sekitar
4.5 billion (4.5x109) tahun, dan menentukan bahwa kerak bumi terpecah menjadi plat tektonik
yang bergerak di atas mantel yang setengah cair (astenosfera) melalui proses yang sering
disebut tektonik plat. Ahli geologi membantu mencari dan mengatur sumber daya alam yang
ada di bumi, seperti petroleum, batu arang, dan juga logam seperti besi, tembaga, dan uranium
serta mineral lainnya yang memiliki nilai ekonomi, seperti asbestos, perlit, mika, fosfat, zeolit,
tanah liat, pumis, kuartz, dan silika, dan juga elemen lainnya seperti belerang, klorin, dan
helium.

Geologi merupakan satu bidang kajian mengenai bumi secara keseluruhannya termasuk
asalmulanya , binaannya (struktur) , kandungannya ( bahan-bahan yang membentuk ),
sejarahnya ( termasuk perkembangan hidupan ) dan tabii proses-proses yang bertindak ke
atasnya sehinga membentuk keadaan yang dapat dilihat pada hari ini . Matlamat kajian geologi
ialah untuk memahami dan mengenali bahan-bahan dan fenomena alam yang menjadi tempat
kehidupan manusia, agar semua ini dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan hidup.

Geologi adalah ilmu yang membicara mengenai asalmula, kandungan, perkembangan


dan perubahan yang berlaku terhadap sistem bumi melalui masa. Kajian Geologi menggunakan
pendekatan berbentuk sejarah dan tafsiran . Kajian Geologi merangkumi aspek litosfera ,
hidrosfera , atmosfera dan biosfera . Gelogi juga menggunakan prinsip-prinsip , hukum-hukum
dan pengetahuan dalam sains lain seperti fizik,kimia, matematik dan biologi . Pendekatannya
lebih bersifat bersepadu . Geologi boleh bersifat tulen dan gunaan . Perkembangan bidang
Geologi selaras dengan perkembangan industri .
Geologi memainkan peranan penting dalam penjelajahan sumber bumi seperti
petroleum , gas, bijih , mineral industri , dan sumber tenaga lain. Geologi juga akan memainkan
peranan penting dalam pemuliharaan sekitaran , pengurusan sumber tabii , aspek geoteknik
dan kejuruteraan , dan penjelajahan terutama dalam penjelajahan petroleum, gas , mineral
bijih , dan mineral industri . Dalam sktor pembangunan ahli geologi berkhidmat dalam bidang
geologi kejuruteraan dan geoteknik . Ahli geologi juga diperlukan dalam sektor pemuliharaan
sekitaran dan hidrologi.

Geologi adalah disiplin yang luas dan dapat dibahagikan kepada 2 bidang iaitu Geologi
Fizik dan Geologi Sejarah . Geologi Fizik menumpukan kepada bahan bumi termasuk mineral
dan batuan . Mineral jika dirujuk dalam bidang pemakanan ialah zat (khasiat) seperti kalsium
dan besi dan merupakan unsur kimia manakala dari sudut geologi pula mineral ditakrifkan
sebagai sebatian kimia yang wujud secara tabii (natural) dalam bentuk hablur contohnya
susunan atom tertentu . Mineral merupakan sebatian kimia yang membentuk batuan
(bahagian/komponen utama bumi) . Kebanyakkan mineral terdiri daripada sebatian asli,
oksida,hidroksida, sulfida,sulfat,halida,karbonat , fosfat ,silikat atau lain-lain.Mantel misalannya
terdiri daripada silika,oksigen , magnesium dan besi manakala teras(core) pula terdiri daripada
besi, nikel dan sulfur.mineral seperti besi,tembaga, emas, arang batu, minyak , gas asli , batu
permata berharga pula menjadi sumber ekonomi dan kekayaan.

Penamaan mineral adalah berdasarkan :

 Warna – azurite(azure) , olivine(olive) , rhodonite(Greek rhodos = red) , albite


(Latin albus = white).

 Tempat/lokaliti – labradorite(Labrador) , andesine(the Andes),


muscovite(Muscovy, nama lama Moscow), turqoise(Turkey)

 Kegunaan – flourite(Latin fluere = flow ), memudahkan peleburan bijih),graphite


(Greek graphos = menulis, diguna sebagai pensil)

 Kandungan Kimia – cuprite(cooper),siderite(Greek sideros = besi/iron),


uranine(uranium), calcite(kalsium)

 Sifat – magnetite(magnetism), barite(Greek barys = berat)

 Nama orang- biotite(Jean Biot,ahli fizik Perancis), Siliman (Benjamin Siliman,ahli


kimia Amerika)

Geologi fizik juga membincangkan proses eksogen (di permukaan bumi) mengkaji
tentang air , glasier , gelombang dan angin (juga dikenali geomorfologi iaitu mengkaji proses
dan aktiviti yang berlaku di permukaan bumi. Geologi fizik juga merangkumi kajian proses
endrogen (di dalam bumi) dimana aktiviti gempa bumi , volkanisme dan mdan magnet dikaji
dengan lebih mendalam.
Bumi merupakan planet yang aktif (luaran dan dalaman) –air di permukaan bersama-
sama tektonik plat (plate tectonics) bertindak melakukan proses-proses tertentu secara
berterusan . Bukan hanya hakisan dan luluhawa yang mencorak rupa bentuk bumi malah aktiviti
igneus mengeluarkan bahan dari bahagian dalam bumi , mengalami pergerakan (berlaku
perlipatan dan retakan). Batuan dan mineral yang membentuk batuan merupakan komponen
utama membentuk bumi .Batuan terdiri daripada satu atau lebih mineral contonhnya batu kapur
(terdiri daripada kalsit), kebanyakan batuan terdiri daripada kombinasi pelbagai jenis mineral
contohnya granit (terdiri daripada feldspar dan kuarza bersama-sama mineral aksesori yang
lain). Tiga kumpulan batuan berdasarkan kepada proses pembentukannya ialah batuan Igneus
(hasil penyejukan magma),batuan Sedimen(hasil pengendapan dan pemampatan bahan-bahan
dari batuan lain –mengalami angkutan) dan batuan Metamorf(buatan hasil perubahan batuan
diakibatkan oleh suhu dan tekanan).

Disiplin kedua geologi adalah geologi sejarah pula mengkaji sejarah bumi dan
kehidupan dimana kajian adalah berpandukan fosil (makro dan mikro) yang terawet (preserved)
dalam batuan. Biasanya bahagian keras (rangka,kulit,gigi) digunakan sebagai asas dalam
menerangkan sejarah kehidupan.Kajian tentang fosil dipanggil paleontologi
(makropaleontologi)dan mikropaleontologi) . Fosil yang terawet baik sekiranya tidak termusnah
oleh proses-proses pemusnahan(contohnya hakisan dan luluhawa) .

Fosil boleh terawet dan dijumpai sebagai :

 Rangka asal

 Penggantian mineral contohnya kalsit , karbon

 Acuan – acuan luar dan acuan dalam.


Ringkasan perkembangan hidupan mengikut skala geologi :

 Hidupan Prakambrian – Hidupan yang dikenalpasti sebagai organisma satu sel.

 Hidupan Paleozoik – Invertebrata laut muncul pada Kambrian dan Ordovisi ,


berkembang pesat pada masa Paleozoik dan pupus di penghujung Paleozoik.
Sebahagian vertebrata ,pelbagai ikan , amfibia dan reptilia mengalami evolusi
semasa Paleozoik.

 Hidupan Mesozoik – merupakan hidupan yang terselamat semasa peristwa


kepupusan akhir Paleozoik , terus berkembang dan sebahagiannya pupus di
akhir Mesozoik. Masa berkembang dinosaur ,reptilia terbang dan reptilia laut
tetapi sebahagian besarnya pupus di akhir Mesozoik.

 Hidupan Senozoik – Merupakan hidupan yang terselamat dan mengalami evolusi


, terus berkembang sehingga hari ini; kebanyakkan invertebrata laut pada hari ini
merupakan hidupan yang berkembang masa Senozoik . Mamalia dan pelbagai
jenis burung juga berkembang pada masa Mesozoik dan terus menjadi dominan
masa Senozoik.

 Rekod terawal tumbuhan pada masa Silur berkembang terus sehingga


Kapur( akhir Mesozoik) , sebahagian besar digantikan dengan tumbuhan
berbunga (Flowering plant) yang terus berkembang dengan pesat sehingga kini.

Você também pode gostar