Você está na página 1de 9

Apakah Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa

Melayu

Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu


1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej
1.1.1 Menggunakan laman web.

Terdapat beberapa pembekal maklumat yang


terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan
lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan
Google. Kesemua pembekal maklumat internet
memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu
bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan
grafik.

Untuk melayari internet dengan menggunakan


pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat
internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon
internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman
yang telah disetkan secara semula jadi. Contoh alamat
pembekal maklumat internet:
1. www.yahoo.com

2. www.yahoo.co.uk

3. www.yahoo.com.my

4. www.google.com

Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang


berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik
pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik
pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak
pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet.
Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube
dengan menaipkan www.youtube.com. Lihat contoh di
bawah.

Taipkan video yang hendak digunakan di dalam


kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang
diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut
dengan menggunakan youtube downloader. Youtube
down loader ini boleh dimuat turun secara percuma
daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan
youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang
diperlukan
Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet,
hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan
di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah.
Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan,
adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan
bahan yang diperoleh daripada internet.

Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan


bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan
berkenaan di dalam folder tajuk 1.

Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video,


grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan
ke dalam folder yang berkaitan.
Apa itu Enjin Carian? 

Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang


menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci
atau frasa. Apabila kita menaip kata kunci 'Malaysia'
pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan
mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci
yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila
kata kunci 'Malaysia' dijumpai, maka laman web yang
berkaitan dengan 'Malaysia' akan dipaparkan kepada
kita. 

Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian


adalah sama. Sesetengah enjin carian akan
mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah
enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan
sahaja. 

Umumnya, servis carian internet boleh


dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin pencari.
Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini,
sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah
enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah
direktori, bukan enjin pencari. Kekeliruan ini berlaku
mungkin disebabkan penggunaan butang 'search' yang
disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan
oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang
digunakan adalah sebuah enjin pencari. 

Apa yang membezakan antara enjin pencari


dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori
mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan
oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin
pencari pula disertakan melalui perisian robot yang
dipanggil 'spiders'. Spiders digunakan untuk mengumpul
maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web. 

Bagaimana Enjin Pencari Berfungsi? 

Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah


laman web, ia akan melakukan satu proses yang
dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses
ini spider akan mengumpul semua perkataan dan frasa
yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana
perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam
pangkalan data. Kaedah ini juga dikenali
sebagai indexing. 
Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin
carian dan memasukkan kata kunci tertentu, enjin
pencari akan memadankan soalan carian pengguna
dengan perkataan yang terdapat di dalam pangkalan
data. Apabila pasangan yang sama atau hampir sama
dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada
pengguna. 

Setiap enjin pencari juga mempunyai ciri dan


keupayaan yang berbeza antara satu sama yang lain.
Contohnya apabila kita menggunakan Alta Vista, kita
akan mendapat 208,503 tajuk dokumen web yang
berkaitan dengan maklumat yang ingin dicari, iaitu kata
kunci yang telah kita taipkan. Infoseek pula mencatat
48,558 dokumen manakala Web Crawler
( http://www.webcrawler/ ) kita akan diberi 4,877
dokumen yang berkaitan.

Di samping itu juga, terdapat lebih daripada 300


enjin pencari di dalam Internet dan ada yang besar dan
juga kecil. Ada yang hanya mencari sesuatu jenis
maklumat sahaja seperti alamat mel elektronik.

Berikut adalah contoh-contoh enjin carian internet: 


1) www.google.com/
2) www.msn.com/ 
3) www.altavista.com/
4) www.metacrawler.com/
5) http:/www.infoseek.com/
6) http://www.hotbot.com/
7) http://www.webcrawler
8) http:/www.lycos.com/
9) http:/www.mckinley.com/
10) http:/www.catcha.com.my/
11) http:/www.cari.com.my/
12) http:/mylisting.com/
13) http:/newmalaysia.com/
14) http:/www.yahoo.com/
15) http:/www.msn.com/
16) http://www.goto.com/
17) http://www.dogpile.com/
18)  http://www.excite.com 
19) http://www.magellan.com 

RUJUKAN:
1) http://www.ilmuit.com/tutorial/74
( 04/01/2011)
2) http://pjktmk.wordpress.com/2008/02/22/unit-8-
laman-web-tugasan-6/
(04/01/2011)
3) http://mirhalim.tripod.com/promosi.htm
(04/01/2011)
4) http://hanizanshaker.tripod.com/internet.htm
(04/01/2011)

Você também pode gostar