Você está na página 1de 4

Artikel ini boleh diulang siar.

Kepada mana-mana syarikat yang mempunyai bnyak cawangan, anda


digalakkan untuk mengulang siar artikel ini untuk memudahkan semua pemain mendapat maklumat dan
manfaat dari atikel yang dikeluarkan. Percuma, tak perlu bayar royalti pun. Hehe..

Anda pemain yang baru mendaftar? Atau pemain yang hanya ada 10% wellness ketika ini? Atau,
barangkali, sebelum anda membeli artikel ini, anda terpaksa berfikir banyak kali, adakah berbaloi
menggunakan myr yang ada untuk membeli artikel ini? Jika anda tergolong di dalam kumpulan yang
saya maksudkan, maka artikel ini akan cuba membantu anda untuk mendapat kehidupan yang selesa di
dalam dunia anno ini. Maka, tidak silap untuk anda memiliki artikel ini.

Baiklah, kita terus kepada topik perbincangan di dalam artikel ini. Tapi, terlebih dahulu, saya telah
menyediakan satu kira-kira mudah bagi menunjukkan pendapatan anda pada setiap hari. Dengan
berdasarkan wellness 10% yang dimiliki oleh anda. [ya! Artikel ini khusus untuk panduan rakyat
termiskin]

Bonus complete profile : [myr1.50]

bonus permanent slave : saya anggarkan 3 orang [myr0.45]

bonus direct slave : saya anggarkan 5 orang [myr0.25] [lebih lagi jika anda suka fight dan mengumpul
direct slave sebelum claim bonus]

Gaji harian : saya anggarkan pada minimum myr3.00 [myr 2.40] bergantung pada peluang kerja yang ada

Bonus super worker [kadar semasa myr50.00 setiap 5 hari] : [myr5]

maka, jika dihitung pendapatan harian anda, jumlahnya hanya myr4.60. [abaikan dahulu pendapatan
dari bonus worker]

Maka, dalam masa sebulan, jumlah basic pendapatan anda adalah sebanyak myr138. Dan ini jumlah
yang anda terima jika anda tidak membelanjakan sesen pun pendapatan itu. [lihat saja, anda terpaksa
pula membeli artikel untuk mengetahui peluang ini]. Baiklah. Saya anggarkan dengan penambahan
bonus super worker [5 hari sekali bekerja], maka, pendapatan bulanan anda lebih kurang myr150.
Bersamaan lebih kurang 6-7 gold.
Okeh, Jika artikel ini berenti hanya setakat ini, pasti anda tidak akan mendapat manfaat apa-apa. Ini
kerana saya baru menerangkan basic pendapatan anda sahaja. Jadi, saya akan terangkan pula, apa yang
perlu anda lakukan untuk meningkatkan diri anda di dalam dunia anno. Saya akan terangkan mengikut
point. Bagi memudahkan pembacaan.

Pertama : Pastikan anda claim bonus setiap hari. Ya! Jangan lepaska peluang wang percuma untuk anda.
Sebagai golongan paling sukar menambah pendapatan, wang percuma yang diberikan oleh kerajaan
wajib diambil sepenuhnya. Sebaiknya, tetapkan satu waktu yang sama untuk anda claim bonus.

Kedua : Memandangkan wellness anda cuma 10%, maka, pastikan anda tidak miss sehari pun waktu
bekerja. Ya! Jangan miss walau sehari. Kerana, melalui bekerja, anda akan mendapat bonus super
worker. Dan, jika anda tidak tahu, bekerja akan meningkatkan economic score anda. Dan dengan
penambahan economic score ini, [cerita pasal economic score, boleh dibuat di artikel lain], produktiviti
anda akan bertambah setiap hari walaupun wellness anda kekal pada 10%. Kerana, bayaran gaji adalah
berpandukan productiviti. Dan dengan penambahan economic score, maksimum pendapatan anda jika
hanya berterusan kekal pada wellness 10% adalah 40% daripada gaji yang ditawarkan. Menarik bukan?

Ketiga : Hentikan perbelanjaan anda untuk sebulan yang pertama! Ya. Barangkali, banyak kampeni yang
akan menghentam saya apabila kenyataan ini dikeluarkan. [tapi, barangkali, jualan laksa kampni laksa
house juga akan merudum jika teknik ini diikuti]. Tapi, inilah rahsianya. Kenapa saya katakan begini? Ini
kerana, sebarang perbelanjaan kecil-kecilan anda hanya akan menghabiskan wang anda tanpa memberi
banyak signifikan kepada wellness anda. Jalan yang terbaik adalah kumpul dahulu duit anda untuk
sebulan, dan dengan jumlah yang banyak, anda akan berbelanja dengan lebih berhemah.

Saya berikan contoh. Andai anda mengumpul hampir myr150 sebulan. Maka, di penghujung bulan, anda
akan mempunyai kuasa membeli yang sangat tinggi berbanding perbelanjaan harian. Dengan pembelian
sekurang-kurangnya 2 atau 3 pakaian 1 star, 10 hari pertama bulan hadapan, anda tidak perlu risau
sangat berkaitan wellness anda. Malah, dengan lebihan duit pada penghujung bulan, anda boleh
membeli stok makanan yang lebih bagi mengekalkan wellness anda nanti.

Keempat : Sebagai rakyat termiskin, sebelum anda memulakan sesuatu job, sebaiknya, cuba negotiate
dengan owner kampeni. Adakah dia boleh memberikan gaji yang lebih tinggi. Barangkali kenaikan 10-20
sen tidak aka membebankan sangat kampeni. Tambahan pula, ada khabar angin menyebut, wage tax
akan dikurangkan. Maka, lebihan cukai tadi boleh dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk gaji yang
lebih.
Kelima : Cara yang paling mudah adalah dengan topup akaun anda. Tak perlu menggunakan euro. Cukup
dengan sedikit bayaran RM, pemain-pemain lain yang ada menjual myr boleh membuat pemindahan
wang kepada anda. Pada kadar semasa, rm5 yang anda belanjakan untuk permainan ini, anda akan
mendapat myr250. Wah! Banyak tu. Dengan pembelian myr ini, anda akan memperoleh lebihan myr
yang boleh digunakan untuk melengkapkan diri anda dengan wellness berganda. Cuba message pemain-
pemain lama dan tanyakan samada mereka ada menjual myr. Untung-untung, anda dapat membeli
dengan kadar yang istimewa.

Ini empat cara yang paling mudah untuk membantu kehidupan anda. Barangkali, ramai yang tidak
bersetuju. Dan mungkin juga, ramai yang bersetuju. Tapi, apa yang penting, mungkin sebulan yang akan
datang, kita akan melihat penurunan dari segi pergerakan wang. Penjualan barangan menurun. Dan
mungkin kesan-kesan lain.

Tapi, dengan peningkatan wellness dan taraf kehidupan rakyat kepada tahap yang lebih baik, maka,
negara akan menjadi lebih maju selepas ini. Seperti kata pepatah,

berakit-rakit ke hulu. Berenang-renang ke tepian

bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau kemusykilan. Message saya, [sorsurus] dan saya akan
cuba membantu anda. Atau barangkali, anda mempunyai idea untuk diketengahkan tetapi tidak
mempunyai kampeni magazine untuk menyampaikan idea anda. Anda boleh hubungi saya dan saya
akan cuba mengetengahkan idea itu sekiranya dirasakan boleh membantu meningkatkan lagi kemajuan
negara.

Terima kasih kerana membaca sehingga habis. Pohon vote artikel ini jika anda rasa ia memberi manfaat
kepada anda. Dan jika boleh, komen dan kritik sebaiknya.

Terima kasih!
Nota : saya ulangi, kepada syarikat majalah lain, anda digalakkan untuk mencedok artikel ini dan diulang
siar. Berikanlah manfaat yang ada di dalam artikel ini untuk rakyat yang lain juga.

Você também pode gostar