Você está na página 1de 5

1.0.

0 CEPER

1.1.0 Pengenalan
Ceper ialah sejenis permainan yang mengunakan penutup botol minuman, ia
merupakan salah satu permainan tradisional yang selalu dimainkan golongan
kanak-kanak. Permainan ini pada kebiasaanya akan melibatkan dua pemain dan
lebih. Cara pemainan ini ditentukan dengan mengira jumlah ceper yang berjaya
diperolehi.

Semasa menimbang ceper tersebut,contohnya satu ceper akan mewakili dua


puluh markah. Teknik permainan ini mestilah mengunakan geseran pada ceper
yang tersusun bertindih menegak. Permain hendaklah menjentik ceper yang
ditentukan pihak lawan supaya mengenai caper yang dikehendaki. Pemenang
akan ditentukan oleh bilangan jumlah ceper yang berjaya ditimbang dan akan
dikira mengikut markah.

Peraturan ini ditentukan apabila ceper yang bertindih dua dipangil ayam
maankala bertindih tiga dipangil jamban dan ceper yang bertindih empat dipangil
bunga.

1.2.0 Peraturan permainan Ceper

1.2.1 Prosedur am permainan


1. Permainan ini memerlukan lima keping penutup botol besi atau budak panggil
ceper lah senang. Dan sila ketuk sedikit untuk meberi keselesaan sewaktu
menimbang.

2. Permainan ini memerlukan lebih dari satu orang. Ini bermaksud lebih ramai
lebih seronok dan bermain seorang menunjukkan anda kurang teman bermain.
Ia juga boleh dimainkan secara individual atau berpasangan.
3. Pemain-pemain perlu menentukan giliran bermain dengan melakukan aksi
timbang-menimbang. Bilangan yang lebih besar akan diberi keistimewaan untuk
beraksi terlebih dahulu.

4. Pemain akan memutar susunan ceper untuk medapatkan serakan taburan


secara tidak tersusun dan setiap keping ceper dipastikan tidak bertindih antara
satu sama lain dan tidak terkena gangguan dari objek lain. *Jika ia berlaku
terdapat peraturan yang akan dikenakan.

5. Jika taburan itu memenuhi kriteria dari peraturan sebelum ini pemain boleh
meneruskan permainan dengan mengambil satu dari lima keping ceper yang
terserak.

6. Apabila pemilihan telah dilakukan. Pemain lain boleh menentukan pasangan


ceper yang perlu dijentik. Rujuk gambar pertama belah bawah.

7. Jika berjaya merintangi halangan itu. Pemain perlu menimbang ceper dengan
kemas. Setiap ceper yang berjaya ditimbang akan dikurniakan dua mata.
Sepuluh mata penuh jika berjaya menimbang dengan sempurna. Ingatan pada
jumlah mata amat penting. Jika pemain tersalah menyebut jumlah mata sebenar.
Mata akan ditolak keseluruhannya. Oleh yang demikian. terdapat anasir yang
menggunakan khidmat bank untuk menyimpan mata agar kerugian dapat
dikurangkan bla berlaku kecuaian. Biasa lah. 100 masuk bank.

8. Pemain perlu mengumpulkan jumlah mata mengikut syarat-syarat sebelum


bermain
1.3.0 Peralatan yang diperlukan

i) dua puluh biji tutup botol atau ceper.

1.4.0 Cara permainan

1.4.1 Timbang

i. Pemain perlu menimbang ceper dengan kemas. Setiap ceper yang


berjaya ditimbang akan dikurniakan dua mata. Sepuluh mata penuh
jika berjaya menimbang dengan sempurna.

1.4.2 Selerak

i. Pemain akan memutar susunan ceper untuk medapatkan serakan


taburan secara tidak tersusun dan setiap keping ceper dipastikan
tidak bertindih antara satu sama lain dan tidak terkena gangguan dari
objek lain.
ii. Jika taburan itu memenuhi kriteria dari peraturan sebelum ini pemain
boleh meneruskan permainan dengan mengambil satu dari lima
keping ceper yang terserak.
iii. Apabila pemilihan telah dilakukan. Pemain lain boleh menentukan
pasangan ceper yang perlu dijentik.

1.5.0 Pengiraan mata

i. Satu ceper yang dapat ditimbang dikira dua markah. 5 ceper untuk
10 markah.

1.6.0 KEADAAN DIMANA CEPER BERTINDIH

1.6.1 TINDIH DUA

i. Ayam : Situasi ceper bertindih dua. Maka permain diberi


kelonggaran untuk menarik keluar ceper tersebut.
1.6.2 TINDIH TIGA

i. Jamban : Situasi ceper bertindih tiga. Ini dipanggil Jangan


tanya. Aku pun tak tahu siapa punya kepala panggil
jamban. Perlu bermain mengikut susunan jamban

1.6.3 TINDIH EMPAT DAN LIMA

i. Keadaan ini jarang berlaku tetapi sekirannya berlaku maka setiap


ceper yang bertindih itu akan diambil oleh pihak lawan untuk
dilepaskan diudara satu persatu agar kempat-empat ceper
tersebut berselerak. Kemudian permainan diteruskan seperti
biasa.

1.7.0 Masa

i. Masa diperuntukkan untuk permainan ini adalah 30 minit.

Você também pode gostar