Você está na página 1de 4

Contoh media yang dapat digunakan dalam pengajaran

tajuk Kesihatan Diri adalah seperti video mengenai cara-cara


penjagaan kebersihan gigi serta cara-cara memberus gigi yang
betul. Tayangan video ini akan membolehkan murid-murid lebih
memahami dan nampak dengan jelas cara perlakuan memberus
gigi yang betul.
Bahan sumber yang dapat digunakan dalam pengajaran
tajuk Kesihatan Diri adalah bahan maujud seperti model berus
gigi, model ubat gigi, model sabun mandi dan model syampu
rambut. Model-model ini boleh digunakan semasa sesi main
peranan di mana beberapa orang murid dipanggil ke depan untuk
membuat demonstrasi memberus gigi, menyampu rambut dan
menyabun badan dengan betul.
Menggunakan Media dan Bahan
Bagi pengajaran tajuk Kesihatan Diri, guru perlulah
mengkaji bahan sumber seperti model berus gigi, model ubat
gigi, model sabun mandi dan model syampu rambut sama ada
masih berada dalam keadaan elok atau sebaliknya sebelum
digunakan. Selepas itu, guru perlu menyediakan bahan yang
betul, lengkap dan cukup untuk digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, rancang penggunaan
model-model tersebut, sebagai contoh model tersebut digunakan
dalam sesi main peranan. Guru perlu menyediakan persekitaran
yang sesuai dengan menyusun model tersebut agar mudah
dicapai dalam sesi main peranan. Penggunaan model-model
tersebut perlulah secara optimum dalam sesi main peranan.
Memerlukan Penglibatan Pelajar
Dalam pengajaran tajuk Kesihatan Diri, penggunaan bahan
sumber seperti model-model berus gigi, ubat gigi, sabun mandi
dan syampu rambut dalam sesi main peranan akan dapat
membantu meningkatkan serta mengekalkan penglibatan pelajar
dalam pembelajran. Hal ini seterusnya dapat menigkatkan
perubahan tingkah laku yang diharapkan iaitu murid-murid dapat
mempraktikkan cara memberus gigi serta penggunaan sabun
mandi dan sympu badan dengan cara yang betul.

Penggunaan video semasa sesi induksi mengenai tajuk


Kesihatan Diri adalah sangat sesuai. Tayangan video dapat
membolehkan murid-murid nampak dengan jelas sesuatu
pembejaran, dapat diulang tayang seberapa kali yang mahu serta
dapat menjana idea murid-murid. Dalam tajuk Kesihatan Diri,
guru boleh menayangkan pelbagai video berkenaan dengan tajuk
seperti video budak menggosok gigi, video masalah gigi
berlubang atau video cara menjaga kebersihan rambut. Media
bercetak seperti poster juga sesuai digunakan semasa sesi
induksi tajuk Kesihatan Diri dengan menayangkan poster
berkenaan masalah-masalah yang timbul akibat pengabaian
kesihatan diri.
Contoh penglibatan murid-murid dalam pembelajaran tajuk
Kesihatan Diri adalah seperti sesi main peranan iaitu demonstrasi
cara-cara menggosok gigi dan lakonan budak berjumpa doctor
akibat gigi berlubang. Selain itu, boleh diadakan sesi
pemerhatian video berkenaan kesihatan diri serta sesi
perbincangan selepas selesai proses pengajaran dan
pembelajaran.
Guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan sesuai, menarik serta efektif. Bagi
mencapai tujuan ini, aktiviti yang melibatkan murid perlulah
bersifat baru, menarik serta melibatkan semua orang murid. Perlu
dipastikan bahawa isi yang disampaikan adalah ringkas tetapi
padat. Jangan biarkan isi yang ingin disampaikan adalah meleret
kerana hal ini akan membuat murid- murid berasa bosan.
Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian
Selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran subjek
Pendidikan Kesihatan yang bertajuk Kesihatan Diri, guru perlulah
melakukan sesi refleksi bersama dengan murid-murid. Guru
boleh mengajukan beberapa soalan kepada murid-murid bagi
mengetahui apa yang telah diperolehi oleh murid-murid daripada
sesi pengajaran dan pembelajran yang telah dijalankan. Sesi
refelsi ini juga dapat membantu guru menilai kelemahan yang
terdapat dalam pengajarannya.
REFLEKSI
Daripada tugasan kerja kursus Teknologi dalam Pengajaran
dan Pembelajaran yang telah saya terima dan selesaikan, saya
telah memperoleh pelbagai pengetahuan mengenai kebaikan
model reka bentuk pengajaran ASSURE. Antaranya, sebelum
memulakan sesuatu sesi pengajaran, seseorang guru perlu
terlebih dahulu menganalisis murid-muridnya. Perkara inilah yang
sering terlupa atau terabaikan oleh guru-guru disekolah pada
masa sekarang. Langkah menganalisis pelajar adalah sangat
penting kerana dari situ seseorang guru dapat mengetahui tahap
keupayaan seseorang muridnya serta ciri-ciri yang terdapat pada
dirinya. Hal ini seterusnya dapat membantu guru merancang
cara-cara atau strategi-strategi pengajaran yang lebih berkesan
kepada murid-muridnya agar tiada seorang pun daripada murid-
muridnya yang tercicir daripada beroleh ilmu.
Selain daripada itu, saya juga beroleh sedikit pengetahuan
mengenai kepentingan penggunaan bahan sumber dalam proses
pengajaran dan pembelajran. Model reka bentuk pengajran
ASSURE amat menekankan penggunaan bahan sumber dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana bahan
sumber dapat menjadikan sesuatu proses pengajaran guru
menjadi lebih menarik, berkesan dan memberi kelainan agar
murid-murid tidak berasa bosan.
Sesungguhnya, keenam-enam langkah yang terdapat
dalam model ASSURE adalah sangat penting bagi dijalankan
oleh guru dalam setiap pengajaran hariannya di dalam kelas.
Bagi saya, penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE
adalah lebih baik berbanding model-model yang lain kerana
ianya lebih lengkap dan bersistematik. Diharapkan agar apabila
saya menjadi seorang guru kelak, saya dapat mempraktikkan
penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE di sekolah.
Sebagai kesimpulannya, setiap guru perlulah mengguna dan
mempraktikkan model reka bentuk pengajaran ASSURE apabila
mengajar di kelas.

BIBLIOGRAFI
Buku :
Smaldino, S.E. & Russell, J.D., Heinich, R. & Molenda, M.
Instructional Technology and
Media for Learning, edisi ke-8., Pearson Prentice Hall, New Jersey,
2005.

Você também pode gostar