Você está na página 1de 111

i

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SALAH LAKU PELAJAR DAN


HUBUNGANNYA DENGAN PERSONALITI PELAJAR

SHARIFAH RAUDZAH BINTI SYED JUNID

Laporan projek ini dikemukakan


Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Bimbingan dan Kaunseling)

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOVEMBER 2007
"Sayaakui karyaini adalahhasilkerjasayasendirikecualinukilanftn ringkaszifi
yangtiap-tiapsatunyatelahsayajelaskansumbernya"

Tandatangan
Nama Penulis
Tarikh 1 NOVEMBER2OO7
111

"Saya akui bahawa sayatelah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Sarjana
Pendidikan'

Tandatangan
Nama Penyelia DR.MOHDTAruDIN
PROFESOR
IIAJI NINGGAL
TARIKH 1NOVEMBER2OO7
iv

DEDIKASI

Kepada suamiku yang dikasihi,


Syed Alwee bin Syed Din terima kasih yang tidak terhingga kerana
membenarkan saya meneruskan pengajian dalam Kursus Sarjana Pendidikan
(Bimbingan dan Kaunseling). Terima kasih juga kerana kesabaranmu dan
memahamiku. Segala pengorbanan, sokongan dan dorongan yang diberikan amat
dihargai. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasamu dan semoga
Allah S.W.T. sentiasa mempermudahkan segala urusanmu. Doa sentiasa
mengiringi agar hidup kita sekeluarga sentiasa diberkatiNya dan bahagia hingga
ke akhir hayat.

Kepada satu-satunya anakku yang amat disayangi,


Sharifah Nargis binti Syed Alwee, terima kasih kerana kesabaran dan
memahami keadaan Ummi yang sibuk dengan pengajian dan ketahuilah bahawa
Ummi amat menyayangimu. Ummi sentiasa berdoa semoga anak Ummi menjadi
anak yang solehah serta berjaya dalam segala lapangan serta bahagia hidup di
dunia dan akhirat.

Kepada dua orang saudaraku,


Satu-satunya kakak yang ku kasihi, Sharifah Nahidah (selaku pengganti
arwah emak) terima kasih di atas segalanya. Juga kepada abangku Syed Sa’aid
yang paling rapat denganku yang banyak membantu di saat aku memerlukan.
Semoga kalian berdua sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah S.W.T.

Kepada rakan-rakan seperjuangan


Semoga segala kesusahan dan pengorbanan yang ditempuhi bersama-sama
selama berkursus (separuh masa) di UTM ini akan dirahmati dan diredhai Allah
S.W.T. Segala dorongan, tunjuk ajar dan pengorbanan kalian amat dihargai.

Kepada rakan-rakan sekerja


Terutama En. Mohd Faisal Ramadani, Pengurus Takaful Malaysia
Cawangan Pasir Gudang, terima kasih kerana memberi peluang dan
membenarkan saya menyambung pengajian sambil bekerja separuh masa. Begitu
juga dengan rakan-rakan yang lain, segala pertolongan dan kerjasama yang
diberikan amat dihargai. Semoga Allah S.W.T. mempermudahkan segala urusan
kalian.
v

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin
dan limpah kurniaNya, akhirnya saya berjaya menyiapkan tesis ini sebagai
memenuhi syarat untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan
dan Kaunseling).

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima


kasih kepada yang dihormati Profesor Dr. Mohd Tajudin bin Haji Ninggal selaku
penyelia kajian pendidikan ini di atas segala nasihat, bimbingan, sokongan,
dorongan dan tunjuk ajar yang berterusan tanpa jemu sehingga kajian ini dapat
disiapkan dengan sebaik-baiknya dan menepati syarat yang ditetapkan. Jasamu
dikenang selama-lamanya. Hanya Allah S.W.T sahajalah yang dapat
membalasnya.

Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada
pensyarah-pensyarah Universiti Teknologi Malaysia yang tidak jemu-jemu
menyumbangkan ilmu pengetahuan dan memberikan sokongan. Penghargaan juga
diberikan kepada Pengetua SMK Taman Rinting 2, Guru-guru Penolong Kanan,
Guru-guru Kaunselor dan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung
atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini. Semoga segala
bantuan yang dihulurkan dirahmati Allah S.W.T.
vi

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti kewujudan perbezaan yang signifikan antara
profil personaliti pelajar terhadap salah laku pelajar (ponteng kelas dan sekolah,
gangsterisme, vandalisme, budaya melepak dan pergaduhan antara pelajar) berdasarkan
tahap pendidikan ibu bapa, demografi bangsa dan hubungan antara punca salah laku
pelajar yang dipengaruhi oleh sikap ibu bapa dengan profil personaliti pelajar. Selain
yang tersebut di atas, matlamat kajian juga adalah untuk mengenalpasti hubungan antara
punca salah laku pelajar yang dipengaruhi oleh rakan sebaya dan iklim sekolah dengan
profil personaliti pelajar. Reka bentuk kajian yang dipilih untuk kajian ini ialah ‘eks-pos-
fakto’ iaitu melihat punca dan perlakuan masa kini berdasarkan peristiwa yang telah pun
berlaku dan bersifat kuantitatif. Di antara soal selidik dan alat ukur yang digunakan ialah
Profil Personaliti TAJMA. Kajian telah dijalankan di empat buah Sekolah Menengah
Kebangsaan yang terletak dalam kawasan perumahan berhampiran di Taman Rinting,
Taman Megah Ria dan Taman Kota Puteri yang mana sekolah-sekolah ini di bawah
pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang (Zon D), kawasan Masai, Johor
Bahru. Penyelidikan ini juga melibatkan 230 orang responden daripada Tingkatan 4 yang
terdiri daripada pelbagai bangsa serta mempunyai rekod salah laku di sekolah masing-
masing. Daripada hasil kajian, secara keseluruhannya semua faktor di atas tidak
mempunyai perbezaan yang signifikan. Walau bagaimanapun terdapat hanya dua trait
profil personaliti yang mempunyai hubungan signifikan dengan punca salah laku pelajar
yang dipengaruhi oleh rakan sebaya iaitu Trait Asertif (aras Signifikan 0.01) dan Trait
Jati Diri (aras signifikan 0.00). Penyelidik juga telah mengutarakan beberapa cadangan
untuk kajian yang akan dilakukan pada masa hadapan.
vii

ABSTRACT

The purposes of this research were to identify the significant differences between the
profiles of the students with mischievous act based on the parents’ education levels, races
and the relationship between parental factors that influenced the personality of the students.
In addition, this research also was conducted to identify the factors influenced by their
friends and the surroundings of the school with their personality profiles. The research design
used was ‘ex-post-facto’. A set of questionnaires and TAJMA Personality Profile were used
to identify contributing factors toward mischievous behaviors. The research was conducted at
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Megah Ria, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota Puteri and Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Kota Puteri 2 under the administration of Pejabat Pendidikan Daerah Pasir
Gudang (Zon D) in Masai, Johor Bahru. Two hundred and thirty Form Four students from
these schools were involved in this study. The findings of this research indicated that there
were no significance difference between their personality profiles and mischievous acts.
However, there seemed to be a correlation between students Mischievous Behaviors which
were influenced by their peers in relation to the Personality Traits. The two traits were
Asertive Trait (Significant Level 0.01) and Resiliency Trait (Significant Level 0.00). Finally,
some recommendations for future researches have been put forward in this thesis.
viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii & iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii – xii
SENARAI JADUAL xiii - xv
SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 10
1.7 Kepentingan Kajian 11
1.8 Batasan Kajian 12
1.9 Definisi Istilah 12
1.9.1 Personaliti Pelajar 12
1.9.2 Salah Laku Pelajar 13
1.9.3 Peranan Ibu Bapa 13
ix

1.9.4 Pengaruh Rakan Sebaya 14


1.9.5 Sikap Guru 14
1.9.6 Ponteng 14
1.9.7 Budaya Melepak 15
1.9.8 Gangsterisme 15
1.9.9 Vandalisme 15
1.9.10 Pergaduhan Antara Pelajar 16
1.9.11 Pendidikan Tidak Formal 16

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 17
2.2 Salah Laku Pelajar 17
2.2.1 Peranan Ibu Bapa 20
2.2.2 Pengaruh Rakan Sebaya 23
2.2.3 Iklim Sekolah & Sikap Guru 25
2.3 Pendekatan Teori Tingkah Laku 28
2.4 Personaliti Pelajar 31
2.4.1 Teori Trait 34
2.4.2 Teori Psikodinamik Sigmund Freud 35
2.4.3 Pendekatan Sosial Eric Erikson 37
2.5 Krisis Identiti 40

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 43
3.2 Reka Bentuk Kajian 43
3.3 Lokasi Kajian 44
x

3.4 Sampel Kajian 44


3.5 Instrumen Kajian 45
3.6 Prosedur Kajian 47
3.7 Analisis Data 48

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 50
4.2 Latar Belakang Responden 51
4.2.1 Jantina 51
4.2.2 Umur 51
4.2.3 Bangsa 52
4.2.4 Aliran 52
4.2.5 Bil. Adik Beradik 53
4.2.6 Pendapatan Ibu Bapa 53
4.2.7 Pekerjaan Bapa / Penjaga 54
4.2.8 Pekerjaan Ibu 55
4.2.9 Tahap Pendidikan Bapa 55
4.2.10 Tahap Pendidikan Ibu 56
4.3 Salah Laku Pelajar 57
4.3.1 Jenis Salah Laku Pelajar 57
4.3.2 Kekerapan Salah Laku Pelajar 58
4.4 Analisis Diskriptif Punca Salah Laku
Pelajar 60
4.4.1 Punca Salah Laku Pelajar Dari
Segi Faktor Sikap Ibu Bapa 60
xi

4.4.2 Punca Salah Laku Pelajar Dari


Segi Faktor Rakan Sebaya 64

4.4.3 Punca Salah Laku Pelajar Dari


Segi Faktor Iklim Sekolah dan
Sikap Guru 68

4.4.4. Analisis Tahap Punca Salah Laku


Pelajar Dari Segi Faktor Sikap
Ibu Bapa, Rakan Sebaya dan
Iklim Sekolah dan Sikap Guru 72

4.5 Analisis Diskriptif Profil Personaliti Pelajar 73

4.5.1 Profil Personaliti Pelajar 73

4.5.2 Perbezaan Yang Signifikan Antara


Profil Personaliti Pelajar Terhadap
Salah Laku Pelajar (Ponteng Kelas
Dan Sekolah, Gangsterisme,
Vandalisme, Budaya Melepak Dan
Pergaduhan Antara Pelajar)
Berdasarkan Tahap Pendidikan Ibu Bapa 75

4.5.3 Hubungan Antara Punca Salah Laku


Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh Sikap
Ibu Bapa Dengan Profil Personaliti Pelajar 80

4.5.4 Hubungan Antara Punca Salah Laku


Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh Rakan
Sebaya Dengan Profil Personaliti Pelajar 81

4.5.5 Hubungan Antara Punca Salah Laku


Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh Iklim
Sekoah Dengan Profil Personaliti Pelajar 82

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 83
5.2 Hipotesis Kajian yang diuji 84

5.3 Keputusan Pengujian Hipotesis 85


xii

5.3.1 Keputusan kajian perbandingan


personaliti pelajar bedasarkan tahap
pendidikan ibu bapa 85

5.3.2 Keputusan kajian perbandingan


personaliti pelajar berdasarkan
demografi bangsa 86

5.3.3 Keputusan kajian perbandingan


punca salah laku pelajar yang
dipengaruhi sikap ibu bapa dengan
profil personaliti pelajar 86

5.3.4 Keputusan kajian perbandingan


punca salah laku pelajar yang
dipengaruhi sikap rakan sebaya
dengan profil personaliti pelajar 86

5.3.5 Keputusan kajian perbandingan


punca salah laku pelajar yang
dipengaruhi iklim sekolah dengan
profil personaliti pelajar 87

5.4 Cadangan Tindakan 87

5.5 Cadangan kajian lanjutan 89

5.6 Kesimpulan 90

BIBLIOGRAFI 92
LAMPIRAN 1 95
LAMPIRAN 2 96
LAMPIRAN 3 97
xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT


Jadual 3.1 Bilangan Sekolah dan Responden yang terlibat
Dalam Kajian 45

Jadual 3.2 Penskoran Skala 5 mata 46

Jadual 3.3 Ringkasan Statistik 49

Jadual 4.1 Taburan Kekerapan dan Jantina Peratusan Responden


Mengikut Jantina 51

Jadual 4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Mengikut Umur 51

Jadual 4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut


Bangsa 52

Jadual 4.4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut


Aliran 52

Jadual 4.5 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut


Bilangan Adik Beradik 53

Jadual 4.6 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut


Pendapatan Ibu Bapa 53

Jadual 4.7 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut


Pekerjaan Bapa / Penjaga 54

Jadual 4.8 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut


Pekerjaan Ibu 55

Jadual 4.9 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut


Tahap Pendidikan Bapa 55

Jadual 4.10 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut


Tahap Pendidikan Ibu 56
Jadual 4.11 Taburan Responden Mengikut Jenis Salah Laku 57
xiv

Jadual 4.12 Taburan Responden Mengikut Kekerapan Salah Laku 58


Jadual 4.13 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan
Piawai bagi Punca Salah Laku Pelajar dari segi Faktor
Sikap Ibu Bapa 60

Jadual 4.14 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan


Piawai bagi Punca Salah Laku Pelajar dari segi Faktor
Rakan Sebaya 64

Jadual 4.15 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan


Piawai bagi Punca Salah Laku Pelajar dari segi Faktor
Iklim Sekolah dan Sikap Guru 68

Jadual 4.16 Taburan Tahap Punca Salah Laku Pelajar dari segi Faktor
Sikap Ibu Bapa, Rakan Sebaya dan Iklim Sekolah &
Sikap Guru 72

Jadual 4.17 Taburan Kecenderungan Responden Mengikut Ujian


Personaliti 73

Jadual 4.18 Analisis Anova Sehala Antara Profil Personaliti Pelajar


Terhadap Salah laku Pelajar berdasarkan Pendidikan Bapa 75

Jadual 4.19 Profil Personaliti Pelajar Terhadap Salah Laku Pelajar


berdasarkan Pendidikan Bapa 76

Jadual 4.20 Analisis Anova Sehala Antara Profil Personaliti Pelajar


Terhadap Salah Laku Pelajar berdasarkan Pendidikan Ibu 77

Jadual 4.21 Profil Personaliti Pelajar Terhadap Salah Laku Pelajar


berdasarkan Pendidikan Ibu 78
xv

Jadual 4.22 Analisis Anova Sehala Antara profil personaliti pelajar


terhadap salah laku pelajar (ponteng kelas dan sekolah,
gangsterisme, vandalisme, budaya melepak dan pergaduhan
antara pelajar) berdasarkan demografi bangsa 79

Jadual 4.23 Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi
Oleh Sikap Ibu Bapa Dengan Profil Personaliti Pelajar 80

Jadual 4.24 Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi
Oleh Rakan Sebaya Dengan Profil Personaliti Pelajar 81

Jadual 4.25 Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi
Oleh Iklim Sekoah Dengan Profil Personaliti Pelajar 82
xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

1. Surat Kelulusan Untuk Menjalankan Kajian


Di Sekolah DiBawah Kementerian Pelajaran Malaysia 95

2. Surat Pengesahan Status Pelajar Daripada Universiti


Teknologi Malaysia 96

3. Borang Soal Selidik Yang Digunakan Dalam Kajian 97


1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Di alam persekolahan, seorang individu terutamanya pelajar berusaha


membentuk identitinya sebagai persediaan menghadapi cabaran dunia dewasanya.
Biasanya golongan pelajar ini adalah golongan remaja yang ingin membina
pembentukan personaliti secara matang, berakhlak mulia, berfikiran positif,
cemerlang dan menjadi manusia yang berguna. Secara umumnya pembentukan
personaliti pelajar ini banyak dibantu oleh sistem pendidikan formal seperti
mempelajari sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru di sekolah.

Walaupun begitu, pendidikan tidak formal juga banyak memberi kesan


dalam pembentukan personaliti pelajar kerana para pelajar bukan sahaja
menghabiskan masa mereka di sekolah tetapi juga menghabiskan masa di rumah,
di tempat-tempat tertentu seperti pusat membeli-belah dan bersama rakan sebaya.
Dengan ini tidak secara langsung memberi kesan kepada perkembangan
pembentukan personaliti pelajar itu sendiri.

Golongan pelajar ini sering mendapat pengiktirafan sebagai golongan


penting dalam masyarakat kerana peranan mereka dalam pembentukan generasi
yang akan datang. Keadaan ini disebabkan golongan pelajar merupakan aset
utama bagi membina generasi Malaysia yang mantap dan berkualiti. Seterusnya ia
2

merealisasikan impian Wawasan 2020. Namun begitu, masalah disiplin dan salah
laku pelajar ini sering menjadi tajuk hangat yang dibincangkan oleh pelbagai
pihak.

Media massa sama ada media cetak atau elektronik sentiasa memberi
liputan yang meluas terhadap isu ini. Saban hari kita akan disajikan dengan berita-
berita kemerosotan disiplin di kalangan pelajar.

Apa yang sangat membimbangkan kita masa kini ialah berhubung


keruntuhan akhlak pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam pelbagai salah
laku seperti ponteng, berkunjung ke pusat-pusat hiburan, berkhalwat,
penyalahgunaan dadah, menghidu gam, mengambil pil-pil khayal, berjudi, peras
ugut, bergaduh dan sebagainya. Perbuatan salah laku ini adakalanya menjadi
begitu serius yang berlawanan dengan apa yang sepatutnya diamalkan dan
dipelajari oleh seorang pelajar.

Sehubungan itu, penyelidik ingin mengkaji punca salah laku pelajar dan
ingin mengetahui sama ada wujudnya perhubungan antara punca salah laku
dengan profil personaliti pelajar. Akhirnya nanti dapatlah diketahui faktor-faktor
kelemahan pelajar, menggunakan bentuk-bentuk baru selain personaliti dalam
menangani masalah disiplin dan salah laku pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Falsafah Pendidikan Negara dicipta dengan harapan ia dapat dijadikan


panduan dan hala tuju sistem pendidikan negara. Kurikulum dan kokurikulumnya
sentiasa dikaji dan disusun semula agar bersesuaian dengan matlamat falsafah
pendidikan negara. Nilai-nilai murni diterapkan untuk melahirkan insan yang
3

sempurna dan berketrampilan serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek (Sufean Hussin, 1993).

Namun kegawatan krisis pembentukan personaliti dikalangan pelajar


semakin meningkat dan berada pada tahap yang membimbangkan dan akhirnya
meruntuhkan nilai sosial masyarakat itu sendiri. Hal ini disebabkan penerimaan
pengaruh dalam pembentukan personaliti pelajar sehingga pelajar tidak dapat
menolaknya kerana pengaruh yang kuat hasil pendidikan tidak formal yang
diterima oleh mereka.

Sementara pendidikan formal yang diterima oleh pelajar di sekolah pula


merupakan tempat perkumpulan pelajar daripada pelbagai latar belakang
masyarakat seperti bangsa, budaya, kepercayaan dan sosio ekonomi yang berbeza.
Keadaan ini menjadi penyumbang terhadap salah laku pelajar. Regulus (1995)
menyarankan bahawa penyesuaian budaya staf menentukan penyelesaian salah
laku tanpa kekerasan berdasarkan budaya pelajar. Budaya pelajar di sini
mencerminkan pengaruh rakan sebaya, kebebasan mutlak, penentuan identiti dan
sikap mempertahankan identiti perkauman dan personal.

Isu-isu yang berkaitan dengan masalah disiplin dan salah laku di kalangan
pelajar sekolah sering diperkatakan masa kini dan menjadi fokus pihak media.
Masalah salah laku yang melibatkan pelajar sekolah menengah begitu ketara dan
ini amat meresahkan ibu bapa serta masyarakat umum seluruhnya.

Dalam sesebuah institusi persekolahan, disiplin memainkan peranan


penting ke arah pembentukan sahsiah atau personaliti pelajar. Apabila menyebut
disiplin, kita perlu memahami dan mendalami apakah sebenarnya yang
dimaksudkan dengan ‘disiplin’. Disiplin adalah salah satu komponen penting
4

dalam sistem persekolahan yang berkait rapat berkenaan tatatertib, tatasusila,


keadaan, akhlak dan kesopanan. Ini sejajar dengan keadaan sistem pendidikan
yang semakin mencabar dalam menghadapi era millenium.

Namun, masalah pelanggaran disiplin di sekolah merupakan isu


masyarakat yang tidak henti-henti dibincangkan oleh semua lapisan masyarakat.
Kejadian melanggar disiplin di sekolah-sekolah itu bukanlah merupakan perkara
baru berlaku tetapi telah wujud dari dahulu dalam sistem pendidikan.
Bertambahnya pelanggaran disiplin di kalangan pelajar telah menimbulkan
pertanyaan umum tentang keberkesanan segala dasar dan peraturan yang
digunakan untuk peningkatan dan pengukuhan disiplin di sekolah.

Kemerosotan atau masalah disiplin pelajar merujuk kepada perbuatan


salah laku yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Kemerosotan disiplin pelajar juga dikenal pasti sebagai salah laku yang
bertentangan dengan apa yang ditetapkan sama ada dalam bilik darjah, di kawasan
sekolah atau merujuk kepada perhubungan pelajar dengan pelajar dan pelajar
dengan guru.

Antara kegiatan yang berunsur ganas yang kerap berlaku di sekolah


adalah seperti mencuri, bergaduh, peras ugut, malah percubaan merogol. Sekolah-
sekolah di dalam bandar terutamanya di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya
mencatatkan rekod gangsterisme yang lebih tinggi berbanding sekolah-sekolah di
kawasan luar bandar (Abd Jalil, 2000).

Menurut Mahadzir Mohd Khir, pelajar tingkatan dua dan tiga dikenal pasti
sebagai kumpulan yang paling ramai terlibat dalam gejala ponteng pada tahun
2000 (Utusan Malaysia, 2.4.2001). Bilangan yang terlibat dalam gejala itu
merangkumi 34,628 pelajar daripada keseluruhan lima juta pelajar di negara ini
5

termasuk sekolah rendah dan menengah. Daripada jumlah itu 90 peratus adalah
pelajar lelaki yang menghabiskan masa di tempat-tempat hiburan.

Salah satu pelanggaran peraturan disiplin yang dianggap serius dan


berleluasa ialah ponteng. Ponteng di sini merupakan ponteng kelas dan juga
ponteng sekolah. Jika keadaan ini berterusan maka masa depan generasi muda
tidak terjamin kerana pelajar akan hilang sikap bertanggungjawab, suka
berbohong dan berani memberontak. Kebanyakan pelajar yang ponteng sering
mengunjungi pusat-pusat hiburan di pusat membeli belah tanpa hala tuju dan
mudah terlibat dalam gejala tidak sihat yang lain. Ini mencerminkan pembentukan
personaliti pelajar yang tidak baik.

Selain ponteng, vandalisme merupakan kegiatan pelanggaran disiplin yang


sering berlaku di mana kegiatan merosakkan harta benda sekolah seperti
memecahkan kerusi dan meja, menconteng pada dinding bilik darjah dan tandas,
merosakkan kemudahan elektrik dan lampu, merosakkan taman bunga dan lain-
lain lagi dengan sengaja. Kegiatan seperti ini bukan sahaja menafikan peluang
pembelajaran kepada pelajar yang lain bahkan juga menjejaskan suasana
pembelajaran yang kondusif.

Gangsterisme atau budaya samseng turut mengancam keselamatan pelajar


di sekolah. Pergaduhan antara kelompok pelajar, peras ugut di kalangan pelajar,
menyertai kumpulan kongsi gelap, memungut wang perlindungan daripada pelajar
serta melawan dan mencederakan guru merupakan budaya samseng yang turut
membimbangkan masyarakat sekolah.

Budaya melepak pula paling digemari oleh pelajar berusia antara 15


hingga 21 tahun terutama mereka yang lebih suka menghabiskan masa dengan
cara yang tidak berfaedah dalam kumpulan di pusat-pusat membeli belah ataupun
6

di tempat-tempat tertentu berkumpul sambil mengusik orang yang lalu lalang,


merokok, tiada berbudi bahasa dan kurang sopan.

1.3 Pernyataan Masalah

Personaliti berkait rapat dengan konsep kendiri iaitu cara individu itu
mengetahui tentang dirinya berkait dengan kebaikan dan kekurangannya serta
maklum balas daripada orang lain (Carl Rogers, 1951). Personaliti mempunyai
kaitan dengan persekitaran individu, di mana unsur penilaian dan fizikal
mempengaruhinya (Allport, 1961). Personaliti seseorang dapat dilihat daripada
tingkah laku yang tekal yang dapat diperhatikan dan dibaiki secara keseluruhan
oleh orang lain (Lindgren, 1976).

Cara didikan dan asuhan di rumah mempunyai perkaitan yang rapat


dengan masalah salah laku yang timbul. Sikap ibu bapa berupa penekanan dapat
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak daripada segi sahsiah atau personaliti
dan aspirasinya (Stodgil, 1970). Selain itu, setiap ibu bapa adalah lebih penting
daripada taraf sosio-ekonomi (W.C Miller, 1971:102).

Faktor kawalan ibu bapa dan persefahaman adalah faktor utama timbulnya
tingkah laku tidak baik. Dalam kebanyakan hal, kedua ibu bapa bekerja dan
mempunyai masa yang sedikit dengan anak-anak mereka. Anak-anak terbiar
bersendiri, jarang berkomunikasi, kurang perhatian dan kasih sayang daripada ibu
bapa. Kesibukan mereka menguruskan lain-lain hal sehingga tiada masa hendak
mengambil berat hal-hal pelajaran anak mereka (Jagdish Raj Sharma,
1982/83:86). Mereka jarang sekali berhubung dengan pihak sekolah kecuali
apabila timbul masalah disiplin akibat kelakuan buruk anak mereka, barulah
7

mereka tersedar dan menggelabah lalu menuding jari menyalahkan satu sama lain
antara ibu dan bapa serta pihak sekolah.

Sebenarnya ramai ibu bapa tidak berusaha memahami masalah yang


dihadapi oleh pelajar. Sering kali kita menyalahkan pelajar tanpa cuba
mengetahui masalah yang mereka hadapi. Cuba kita selami apakah faktor
penyebab yang menghalang pembentukan personaliti pelajar dengan baik dan
membantu mengatasinya.

Rakan sebaya pula mempunyai nilai-nilai yang tersendiri. Rakan sebaya


juga mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan sebaya di sekolah dapat
mempengaruhi disiplin seseorang pelajar. Sekiranya nilai-nilai rakan sebaya tidak
mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama, menepati masa,
menghormati guru dan mematuhi peraturan, maka begitulah sikap pelajar
berkenaan. Sebaliknya sifat-sifat sosial positif rakan sebaya juga menghasilkan
seseorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satu
masyarakat seperti sifat-sifat kepimpinan, bertimbang rasa dan bekerjasama.

Dalam beberapa keadaan, guru-guru sendiri dianggap menjadi penyebab


kepada kelakuan tidak baik pelajar. Ramai guru yang mengambil bidang
perguruan sebagai pilihan terakhir dan mereka tidak mempunyai minat tulen
hendak mengajar.Terdapat juga beberapa orang guru yang tidak cekap dan
menunjukkan sikap tidak acuh. Sumbangan mereka kepada pembentukan dan
pengawalan tatatertib yang baik di kalangan murid-murid boleh dikatakan tidak
ada sama sekali. Guru-guru seperti ini lebih suka mengambil jalan mudah dengan
menyerahkan pelajar kepada guru disiplin supaya diambil tindakan walaupun
hanya salah laku yang kecil atau remeh seperti berpakaian tidak kemas, tidur atau
makan dalam kelas. Walhal masalah itu boleh ditangani dengan bijak oleh guru
8

itu sendiri. Perkara seperti inilah yang menyebabkan pelajar menjadi bosan dan
berani melawan guru akhirnya berlakulah masalah disiplin yang lebih berat.

Selain itu, sikap pelajar itu sendiri juga menjadi penyumbang kepada
pembentukan personaliti mereka dan mempengaruhi salah laku pelajar. Ini
berlaku terutama kepada pelajar-pelajar yang tidak berminat untuk belajar dan
datang ke sekolah hanyalah sekadar memenuhi tuntutan ibu bapa. Tambahan pula
pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran 3M dan gagal dalam Peperiksaan
PMR tetapi diberi peluang untuk ke tahap SPM juga menjadi punca berlakunya
salah laku di kalangan pelajar. Mereka sentiasa ponteng kelas dan ponteng
sekolah serta terlibat dalam perkara-perkara negatif seperti bergaduh, merosakkan
harta sekolah dan sebagainya.

Oleh hal yang demikian, penyelidik ingin mengetahui apakah punca salah
laku pelajar di sekolah dan ingin mengkaji sama ada wujudnya perhubungan
antara punca salah laku pelajar dengan profil personaliti pelajar. Selain itu, juga
ingin mencadangkan langkah-langkah yang wajar dipertimbangkan untuk
menangani masalah ini.

1.4 Objektif Kajian

Antara objektif kajian yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah seperti
berikut:-

1.4.1 Untuk mengetahui sama ada wujudnya perbezaan yang signifikan antara
profil personaliti pelajar terhadap salah laku pelajar (ponteng kelas dan
sekolah, gangsterisme, vandalisme, budaya melepak dan pergaduhan
antara pelajar) berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa.
9

1.4.2 Untuk mengetahui sama ada wujudnya perbezaan yang signifikan antara
profil personaliti pelajar terhadap salah laku pelajar (ponteng kelas dan
sekolah, gangsterisme, vandalisme, budaya melepak dan pergaduhan
antara pelajar) berdasarkan demografi bangsa

1.4.3 Untuk mengetahui sama ada wujudnya hubungan antara punca salah laku
pelajar yang dipengaruhi oleh sikap ibu bapa dengan profil personaliti
pelajar.

1.4.4 Untuk mengetahui sama ada wujudnya hubungan antara punca salah laku
pelajar yang dipengaruhi oleh rakan sebaya dengan profil personaliti
pelajar.

1.4.5 Untuk mengetahui sama ada wujudnya hubungan antara punca salah laku
pelajar yang dipengeruhi oleh iklim sekolah dengan profil personaliti
pelajar.

1.5 Persoalan Kajian

Secara am, kajian ini direka bentuk untuk melihat aspek-aspek


penyumbang ke arah punca salah laku pelajar dan hubungannya dengan profil
personaliti pelajar di sekolah-sekolah menengah di kawasan Masai, Zon Pasir
Gudang. Secara khususnya kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa
persolan kajian seperti berikut :-

1.5.1 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara profil personaliti pelajar
terhadap salah laku pelajar berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa?
10

1.5.2 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara profil personaliti pelajar
terhadap salah laku pelajar berdasarkan demografi bangsa?

1.5.3 Adakah terdapat hubungan antara punca salah laku pelajar yang
dipengaruhi oleh sikap ibu bapa dengan profil personaliti pelajar?

1.5.4 Adakah terdapat hubungan antara punca salah laku pelajar yang
dipengaruhi oleh rakan sebaya dengan profil personaliti pelajar?

1.5.5 Adakah terdapat hubungan antara punca salah laku pelajar yang
dipengaruhi oleh iklim sekolah dengan profil personaliti pelajar?

1.6 Hipotesis Kajian

Lima hipotesis nol yang dibina adalah seperti berikut:-

1.6.1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara profil personaliti pelajar
terhadap salah laku pelajar berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa.

1.6.2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara profil personaliti pelajar
terhadap salah laku pelajar berdasarkan demografi bangsa

1.6.3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara punca salah laku pelajar
yang dipengaruhi sikap ibu bapa dengan profil personaliti pelajar.

1.6.4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara punca salah laku pelajar
yang dipengaruhi rakan sebaya dengan profil personaliti pelajar.
11

1.6.5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara punca salah laku pelajar
yang dipengaruhi iklim sekolah dengan profil personaliti pelajar.

1.7 Kepentingan Kajian

Melalui kajian ini, kita dapat memahami beberapa punca masalah salah
laku pelajar dan hubungannya dengan profil personaliti pelajar. Ia memberi
sumbangan yang besar kepada semua golongan masyarakat terutama ibu bapa,
guru dan pihak kerajaan dalam menangani masalah disiplin dan salah laku pelajar,
kerana setiap salah laku itu ada sebab musababnya yang perlu diteroka hingga ke
akar umbi.

Bagi ibu bapa sebagai golongan terdekat dengan pelajar diharap dapat
menggunakan kajian ini untuk memahami masalah yang dihadapi oleh anak-anak
mereka dan membantu dalam pembentukan personaliti pelajar dengan memberi
sokongan serta mengambil langkah-langkah awal terhadap anak-anak mereka
sebagai persediaan menghadapi alam dewasa yang lebih mencabar.

Manakala guru pula yang dianggap sebagai ibu bapa kedua kepada pelajar
diharapkan melalui kajian ini dapat membantu pelajar membentuk personaliti
mereka dengan bersikap positif dan bersifat sabar, bertimbang rasa serta tidak
menghukum pelajar tanpa usul periksa.

Kajian ini juga berguna kepada Kementerian Pelajaran Malaysia agar


dapat menyusun langkah-langkah positif ke arah penyelesaian masalah salah laku
pelajar agar sekolah menjadi tempat yang kondusif ke arah proses pengajaran dan
pembelajaran.
12

Diharapkan juga, maklumat ini dapat membantu pentadbiran sekolah


memberi tumpuan terhadap pemupukan nilai-nilai murni di kalangan pelajar
supaya mereka dapat menerima struktur peraturan sekolah sebagai panduan baik
dalam kawasan sekolah mahupun di luar sekolah.

Dengan ini adalah diharapkan pihak sekolah mampu mewujudkan iklim


persekolahan yang tenang dan kondusif serta menjadi tempat yang selamat dan
berkesan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, sekali gus
melahirkan generasi akan datang yang unggul dan berwawasan.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini dihadkan kepada pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti


bermasalah dan dirujuk melalui Guru Disiplin dan Guru Kaunselor dari pelajar
tingkatan empat. Empat buah sekolah menengah telah dipilih dari kawasan
Masai, Zon Pasir Gudang dan kajian ini terbatas kepada persoalan-persoalan yang
dinyatakan sahaja.

1.9 Definisi Istilah

Beberapa istilah diperjelaskan di bawah bagi menerangkan dengan lebih


tepat kehendak dan kaitannya dengan perkara-perkara yang akan dibincangkan
oleh penyelidik dalam kajian ini.

1.9.1 Personaliti Pelajar

Personaliti berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘persona’ yang bererti


topeng muka yang digunakan oleh manusia bagi menyembunyikan perkara buruk
13

dan mengemukakan serta menonjolkan perkara yang baik berkaitannya. Perkataan


Melayu yang sama dengan personaliti ialah keperibadian dan sahsiah. Namun
dalam kajian santifik, personaliti diertikan sebagai perbezaan individu dalam
pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang menyebabkannya respon dalam satu
cara yang unuk dalam situasi yang pelbagai (Richard M Ryckman, 1982).

Personaliti pelajar dalam kajian ini dilihat pada sikap pelajar sama ada
yang baik atau kurang baik. Sikap pelajar yang baik memantapkan konsep kendiri
pelajar, membina keyakinan diri serta berfikiran rasional dalam tingkah laku
mereka. Sebaliknya sikap pelajar yang kurang baik menyebabkan pelajar tidak
rasional dalam tindakan mereka.

1.9.2 Salah Laku Pelajar

Salah laku pelajar merujuk kepada tingkah laku yang menyimpang atau
deviant behaviour daripada norma-norma yang dipercayai dan dianuti dalam
sesebuah masyarakat dengan bentuk perlakuan yang bertentangan dengan
peraturan undang-undang jenayah yang dilakukan oleh individu yang belum
mencapai umur dewasa (Dewan Masyarakat, Jun 2000).

1.9.3 Peranan Ibu Bapa

Mengikut Kamus Dewan (2002), peranan bererti watak atau tugas


seseorang yang dilakukan untuk menjayakan sesuatu. Peranan yang perlu
dimainkan oleh ibu bapa pada anak-anak mereka adalah dengan membina akhlak
yang mulia, bermoral dan beretika. Ibu bapa khususnya, adalah salah satu faktor
persekitaran yang banyak mempengaruhi pembentukan dan perkembangan
14

personaliti atau sahsiah individu. Ini kerana, ibu bapa menjadi sumber utama dan
pertama dalam proses pembelajaran dan pembentukan keperbadian anak-anak.

1.9.4 Pengaruh Rakan Sebaya

Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-


kanak ataupun remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama (Hazil
Abdul Hamid: 1990; 89). Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting
bagi membentuk konsep kendiri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya. Ia
adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman yang tidak dapat
diperolehi daripada keluarga dan juga di sekolah.

1.9.5 Sikap Guru

Guru yang memainkan peranan sebagai pengajar, pendidik, kaunselor, ibu


bapa kedua perlu menonjolkan sifat-sifat terpuji dan berkaliber tinggi. Daripada
segi peribadi, guru mestilah peramah dan mempunyai tahap kesabaran yang
tinggi supaya dia mudah didekati oleh pelajar-pelajar sekiranya mereka
mempunyai masalah dan tidak bertindak terus menghukum pelajar yang bersalah
tanpa membuat penyiasatan terlebih dahulu. Tindakan ini dapat mengelakkan
pelajar daripada membenci dan berdendam dengan guru. Maka suasana
sosioemosi yang tenang antara guru dan pelajar dapat diwujudkan di sekolah.

1.9.6 Ponteng

Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas


tanpa kebenaran (Kamus Dewan: 979). Secara umum ponteng sekolah ialah tidak
hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa
atau penjaga. Walaupun begitu ada yang tidak hadir ke sekolah tetapi dalam
15

pengetahuan ibu bapa. Manakala ponteng kelas pula ialah pelajar ke sekolah
tetapi pada masa pengajaran subjek-subjek tertentu, dia menghilangkan diri.

1.9.7 Budaya Melepak

Mengikut Kamus Dewan (1994), melepak bererti amalan negatif di


kalangan remaja yang menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa
melakukan kegiaran berfaedah. Para pelajar sengaja tidak mahu menghadiri kelas
dan sekolah lalu berfoya-foya atau berpelesiran di pusat-pusat membeli-belah
kerana tidak berminat dalam pelajaran. Sikap mereka seperti ini mengganggu
sistem persekolahan dan mereka mudah terjebak dalam jenayah apabila
dipengaruhi oleh anasir luar. Ada juga pelajar yang melepak kerana takut
dihukum oleh pihak sekolah atau merajuk dengan sikap ibu bapa.

1.9.8. Gangsterisme

“Gangsterisme adalah tindakan-tindakan jenayah atau salah laku yang


menyalahi undang-undang.” - (Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah – Pakar
Motivasi). Kumpulan pelajar yang melakukan jenayah seperti peras ugut,
merekrut ahli baru dalam kumpulan, melindungi anggota kumpulan lalu
membalas dendam, melakukan kekejaman terhadap rakan pelajar yang bukan
anggota kumpulan demi menonjolkan kekuatan mereka. Selain itu ada juga yang
menyertai kumpulan ini untuk menarik perhatian guru dan ibu bapa (Amir Mohd
Salleh, 1999).

1.9.9 Vandalisme

Mengikut Kamus Dewan (1994), vandalisme bererti perbuatan


membinasakan atau merosakkan harta benda awam dan persendirian. Pelajar
16

sering merosakkan harta benda sekolah seperti memecah dan merosakkan kerusi
meja pelajar, menconteng pada dinding bilik darjah, tandas dan atas meja dengan
kata-kata lucah yang menunjukkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap
tindakan yang diambil oleh guru-guru di sekolah.

19.10 Pergaduhan Antara Pelajar

Pelajar bergaduh di dalam dan di luar sekolah kerana perselisihan faham


tentang masalah yang remeh temeh. Pergaduhan antara pelajar berlaku kerana
dicabar oleh kumpulan lawan, membalas dendam dan juga dipengaruhi oleh rakan
sebaya. Ada sesetengah pelajar bergaduh kerana ingin mempertahankan identiti
masing-masing. Tambahan pula pergaduhan antara pelajar juga berpunca daripada
masalah cinta di kalangan pelajar
.
1.9.11 Pendidikan tidak formal

Pendidikan tidak formal yang diterima oleh para pelajar bukan dalam
bentuk rasmi sebagaimana di sekolah. Pembelajaran tidak formal biasanya
berlaku secara tidak terancang serta tidak disedari di mana sahaja sama ada di
rumah, filem, media massa, jiran, tidak terhad dan boleh berlaku pada bila-bila
masa sahaja. Pendidikan tidak formal ini memberi kesan kepada pembentukan
personaliti atau sahsiah pelajar sama ada negatif ataupun positif
17

BAB 11

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan faktor-faktor yang menjadi punca salah


laku pelajar di sekolah-sekolah menengah dan dibincangkan teori dan kajian lepas
yang berkaitan dengan faktor tersebut. Selain itu juga dihuraikan Profil Personaliti
Tajma dalam menentukan personaliti pelajar dan teori-teori yang berkaitan
dengannya.

2.2. Salah Laku Pelajar

Ahli psikologi sosial umumnya mengkategorikan tingkah laku manusia


terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif (prososial) dan tingkah laku
negatif (antisosial). Salah laku pelajar termasuk dalam kategori antisosial iaitu
seseorang yang mempunyai potensi untuk melakukan jenayah. Morris Haimowitz
dalam artikelnya menyatakan, “Jenayah adalah dicipta, bukan dilahirkan.”
18

Masalah kemerosotan salah laku pelajar di sekolah-sekolah hari ini telah


menjadi berita hangat yang dibincangkan di dada-dada akhbar. Ia bukan sahaja
melibatkan pihak sekolah, Kementerian Pelajaran malah turut melibatkan pihak
polis dalam mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar yang terbabit kerana ini
bukan sekadar masalah kecil tetapi sudah melangkaui masalah jenayah.

Memang tidak dinafikan seringkali kita mendengar pelajar melanggar


peraturan-peraturan di sekolah baik dari masalah kecil sehinggalah kepada
masalah besar yang lebih berat. Kajian oleh Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia yang pernah
dibuat mengenai masalah salah laku pelajar seperti ponteng sekolah, mencuri,
peras ugut, membuli, vandalisme, gangsterisme, penagihan dadah, berjudi, pecah
rumah, minum minuman keras, mencabul kehormatan, merogol dan sehingga ke
tahap yang lebih serius iaitu memiliki senjata dan membunuh telah meningkat
secara drastik. Ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa pengaruh yang
mendorong pelajar melakukan tingkah laku yang bertentangan dengan undang-
undang jenayah.

Kajian mendapati kadar jenayah yang dilakukan meningkat secara drastik,


malah budaya gangsterisme sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Kajian
ini dijalankan daripada bulan Disember 1998 hingga Oktober 1999 meliputi 329
Sekolah Menengah Harian di seluruh negara. Hasil kajian ini mendapati sekolah
yang mempunyai kapasiti pelajar melebihi 1,500 orang mencatakan kes salah laku
yang lebih tinggi berbanding sekolah yang memiliki kepadatan pelajar yang
rendah.

Negeri Selangor dikenal pasti sebagai negeri yang mempunyai banyak


sekolah yang berisiko tinggi yang terdedah kepada kegiatan gangasterisme iaitu
sebanyak 77 buah sekolah, diikuti Perak (60) dan Pulau Pinang (49). Wilayah
19

Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan dan Sabah masing-masing mencatatkan 37


buah sekolah. Di Pahang pula, 35 buah sekolah dikatakan terdedah kepada
perlakuan salah laku dan jenayah. Angka yang hampir sama dicatatkan di Kedah
iaitu 32 buah sekolah. Negeri Sembilan mempunyai 14 buah sekolah berisiko, 10
buah di Melaka dan 8 di Terengganu, Perlis dan Sarawak menduduki tempat
terakhir dengan 6 buah sekolah yang berisiko (Dewan Siswa, Jun 2000).

Manakala mengikut perangkaan pada tahun 1994, seramai 138, 358


pelajar atau 9.82% daripada 1,408,672 pelajar sekolah menengah di seluruh
negara dikenal pasti terlibat dengan perlbagai salah laku jenayah dan tabiat buruk.
Daripada jumlah itu sebanyak 2,578 kes melibatkan tingkah laku jenayah, tingkah
laku lucah (384 kes), kekemasan diri (2,989 kes), tidak pentingkan masa (3,311
kes), tingkah laku tidak jujur (301 kes), ponteng (5,636 kes) dan lain-lain (22
kes). Mengikut jantina, salah laku itu melibatkan 13,169 orang murid lelaki dan
6,472 orang murid perempuan. Mengikut kaum pula ia melibatkan 10,619 orang
pelajar Melayu, 528 pelajar Cina, 3,615 orang pelajar India dan 123 orang pelajar
kaum lain (Utusan Malaysia, 1994).

Walaupun perangkaan di atas diambil pada tahun 1994, ia jelas


menunjukkan masalah salah laku ini bukanlah perkara baru yang boleh dipandang
ringan malah berterusan sehingga ke hari ini dan menjadi semakin serius.

Untuk mengatasi masalah ini siapakah yang harus dipersalahkan. Secara


umumnya, jika perbuatan yang begitu tidak dilihat sebagai kegagalan dalam
membangunkan sahsiah pelajar apakah yang boleh kita katakan mengenai perkara
yang berkaitan dengan salah laku pelajar. Untuk mencari punca-punca masalah ini
kita perlu lihat daripada pelbagai aspek. Punca-punca yang akan dibincangkan
dalam penulisan ini ialah daripada faktor peranan ibu bapa, faktor pengaruh rakan
sebaya dan faktor iklim sekolah termasuk sikap guru.
20

2.2.1 Peranan Ibu Bapa

Sering kali dinyatakan ibu bapa yang menentukan kejayaan anak-anak


dalam pelajaran. Ini kerana ibu bapa yang sentiasa memberi galakan dan
perangsang sehingga anak-anak timbul minat, semangat ketekunan dan keyakinan
diri dalam menghadapi pelajaran (Jamal Darus, 1989). Ibu bapa juga yang
menentukan pola-pola tingkah laku anak. Faktor-faktor berikut mempunyai
kesan-kesan tertentu ke atas pembentukan personaliti, motivasi dan pencapaian
akademik pelajar-pelajar. Faktor-faktor itu adalah dorongan dan galakan, disiplin
di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak dan keluarga yang utuh.

Namun salah satu faktor yang menjadi penyumbang kepada salah laku
pelajar ialah nilai kekeluargaan yang semakin pudar dan rapuh dikalangan
masyarakat kita hari ini. Nilai kekeluargaan ini amat penting untuk pembesaran
dan perkembangan emosi kanak-kanak. Perubahan cara hidup hari ini
menyebabkan ibu bapa terpaksa membiarkan anak-anak membesar di tangan
orang lain tanpa perhatian yang sewajarnya. Menurut Pakar Psikologi, Taman
Desa Psikology Centre, Tee Sock sing (2000), kesibukan ibu bapa dalam
membina karier dan masa depan menyebabkan mereka mempunyai waktu terbatas
untuk bersama anak-anak. Akibatnya anak-anak yang kurang mendapat kasih
sayang daripada keluarga terutama ibu bapa sering bertindak balas kasar dengan
orang lain serta mempunyai tingkah laku yang tidak baik.

Ada juga ibu bapa yang mengalami masalah di tempat kerja terbawa-bawa
masalah ke rumah sehingga anak remaja yang bergelar pelajar ini merasakan diri
mereka tidak disayangi dan tidak dititikberatkan oleh ibu bapa mereka. Lantaran
itu, mereka mengambil jalan singkat lari daripada masalah ini dengan melakukan
jenayah seperti peras ugut, lepak, merokok dan ponteng sekolah (Md. Daud
Hamzah : 1991).
21

Terdapat di kalangan ibu bapa yang tidak menunjukkan teladan yang baik
kepada anak-anak. Ini menyebabkan anak-anak terikut-ikut dengan sikap dan
perbuatan ibu bapa mereka. Faktor ini mempunyai implikasi yang besar tehadap
anak-anak kerana ia akan menyebabkan mereka keliru dalam membezakan antara
dimensi-dimensi norma dan akibat. Sekiranya ibu bapa memberikan pandangan
atau penerapan yang salah dalam memberi contoh teladan, maka anak-anak akan
mencontohi tindakan dan sikap yang salah itu. Kenyataan ini disokong oleh Dr.
Mat Saat Bakti (Panduan Mendidik Anak : m/s 10) menyatakan bahawa
“Seseorang itu dilahirkan dalam keadaan suci bersih dan kedua ibu bapalah yang
menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi (HR : Bukhari Muslim).

Selain itu proses pendidikan ibu bapa pada anak-anak mereka adalah
penting. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda dalam sebuah hadis yang
bermaksud,
“Suruhlah anakmu mendirikan solat apabila mencapai umur tujuh tahun
dan pukullah jika mereka sudah berumur sepuluh tahun dan pisahkan
tempat tidur mereka (putera dan puteri.

(HR : Abu Daud – dalam Dr Muhammad Faiz AlMath (1993)

Hadis ini menggambarkan kepada kita proses pendidikan anak-anak perlu


dimulakan sejak kecil kerana pada waktu ini pemikiran anak-anak bebas daripada
segala bentuk pengaruh luaran yang merosakkan pemikiran mereka. Penekanan
pada aspek keagamaan juga perlu diutamakan oleh ibu bapa.

Ibu bapa tidak berkesempatan hendak mengajar asas-asas agama kepada


anak-anak mereka. Wajar bagi ibu bapa itu menghantar anak-anak mereka
mengikuti kelas fardu ain. Sekiranya ibu bapa dapat menghantar anak ke pusat
tuisyen supaya berjaya dalam peperiksaan awam, mengapakah anak-anak tidak
dihantar ke kelas agama bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang
22

sempurna di dunia dan di akhirat. Anak-anak yang tidak dididik dengan


keagamaan memudahkan mereka terdedah kepada gejala tidak sihat.

Kawalan yang ketat ke atas anak mereka dapat menghindarkan anak


mereka daripada terjerat oleh kelompok jahat, dadah dan budaya kuning. Selain
daripada itu penglibatan aktif ibu bapa dalam semua aspek persekolahan anak
membolehkan mereka mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh anak
mereka. Ibu bapa juga perlu bertanggungjawab bagi mewujudkan keadaan yang
stabil di rumah supaya kanak-kanak tidak terganggu dari sego emosi. Keadaan
kucar-kacir seperti pergaduhan dan perceraian pasti meninggalkan kesan yang
mendalam ke atas anak-anak (Jagdish Raj Sharma, 1982 : 87).

Salah satu unsur keharmonian dalam keluarga ialah mengamalkan


komunikasi yang berkesan dan baik sesama ahli keluarga. Menurut Barnes dan
Olson (1985), keluarga yang mengamalkan komunikasi yang baik mempunyai
tahap kesepaduan, adaptasi dan kepuasan keluarga yang tinggi. Sebaliknya
konflik sering dikaitkan dengan perbezaan pendapat ahli keluarga. Tahap konflik
yang tinggi menyebabkan remaja terlibat dalam tingkah laku yang bermasalah
(Galambos dan Magge, 1991).

Penglibatan ibu bapa dalam menangani masalah salah laku adalah


penting. Ibu bapa perlu menyedari pendidikan kanak-kanak bermula di rumah dan
bukannya di sekolah. Oleh itu, jenis dan corak alam persekitaran yang disediakan
oleh ibu bapa adalah menjadi pengajar utama yang dapat menjadi perangsang
kepada anak-anak.

Terdapat ibu bapa yang cuba menuding jari menyalahkan pihak lain yang
menyebabkan anak mereka melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Mereka
23

tidak mahu menilai diri mereka sendiri sama ada asuhan yang diberikan cukup
sempurna atau tidak kepada anak mereka. Sebarang kesilapan atau kesalahan
mendidik anak-anak perlu dipertanggungjawabkan oleh ibu bapa kerana ibu bapa
adalah pihak utama yang mendidik dan membesarkan anak mereka. Hal ini
disebabkan segala masalah datangnya daripada rumah. Jadi, keluargalah
seharusnya mengambil langkah terdahulu berbanding pihak lain dalam menangani
masalah ini.

2.2.2 Pengaruh Rakan Sebaya

Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-


kanak ataupun kumpulan remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama
(Hazil Abdul Hamid: 1990; 89). Kumpulan rakan sebaya ini mempunyai peranan
dalam aktiviti sosial. Ia adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman
yang tidak dapat diperolehi daripada keluarga dan juga di sekolah.

Bagi para pelajar, rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahkan


masalah dan pengganti ibu bapa, terutamanya bagi golongan yang mempunyai
masalah di rumah. Di sini jelas apabila seseorang pelajar itu berinteraksi dengan
rakannya, mereka lebih gemar memilih rakan yang sebulu, mempunyai asas
pengetahuan dan pemikiran yang sama dengan mereka seperti mana yang
diistilahkan oleh ahli psikologi Piaget sebagai equal footing (Ismail Zain: 1997).

Salah memilih rakan sering kali menjadi antara sebab mengapa anak
remaja terlibat dengan tingkah laku nakal. Meskipun anak sering diingatkan oleh
ibu bapa supaya berhati-hati memilih kawan, tetapi nasihat tersebut biasanya
sering kali diabaikan. Sebaik anak-anak melangkah keluar dari rumah, ibu bapa
24

tidak berupaya lagi hendak mengawal dan menentukan siapakah rakan-rakan


anaknya itu.

Kumpulan yang mempunyai ciri-ciri keperibadian negatif juga membawa


pengaruh negatif kepada remaja. Sekiranya remaja lelaki memasuki kumpulan
yang suka menghisap rokok biasanya akan dipengaruhi dan melakukan perbuatan
yang sama. Remaja boleh dikatakan sebagai golongan yang belum cukup matang
dan mudah diperdaya oleh orang lain.

Rakan sebaya di alam persekolahan adalah kumpulan rujukan yang


memberikan ‘sokongan moral’ dalam mencari identiti diri dan pembentukan imej
(Pomberi, 1990; Mahmood, 1991). Rakan sebaya memberi peluang kepada
mereka untuk mengikut piawai kumpulan itu dalam aspek-aspek gaya pakaian,
pertuturan, orientasi kepada muzik, tarian, tayangan filem dan lain-lain.
Masalahnya timbul apabila pendedahan seperti ini biasanya melibatkan nilai-nilai
buruk yang membawa kepada keruntuhan salah laku dan moral mereka.

Melalui rakan sebaya juga mereka lebih berani bertindak kerana kumpulan
mereka terdiri lebih daripada dua orang. Contohnya seperti lepak, bohsia, bohjan,
ponteng sekolah, peras ugut, membuli dan mengacau budak perempuan. Keadaan
ini disebabkan kumpulan rakan sebaya ini merasakan diri mereka kuat, ingin
menarik perhatian orang ramai, menunjukkan kehebatan diri terutamanya kepada
rakan yang lain serta melepaskan rasa tidak puas hati pada keluarganya.

Dalam banyak keadaan, rakan sebaya menjadi tempat remaja berkongsi


pendapat, pandangan dan tempat untuk remaja bertukar-tukar cerita suka dan
duka. Rakan sebaya menyediakan peluang kepada remaja mendapat kebebasan
dalam perbuatan dan percakapannya tanpa sebarang sekatan dan kongkongan.
Inilah yang menjadi daya tarikan yang kuat remaja kepada rakan sebaya. Apa
25

yang diperoleh remaja daripada percampurannya dengan rakan sebaya


menyebabkan remaja mengandaikan yang mereka sudah berupaya membuat
keputusan sendiri. Secara beransur-ansur remaja menarik diri daripada aktiviti-
aktiviti keluarga dan menghabiskan masanya lebih kerap bersama kumpulan
mereka. Dengan kata lain, semakin meningkat usia remaja seseorang anak,
masanya lebih banyak dihabiskan bersama rakan sebaya berbanding keluarga
sendiri.

2.2.3 Iklim Sekolah dan Sikap Guru

Melalui kajian yang lalu mendapati bahawa persekitaran sekolah juga


banyak mempengaruhi pembentukan tingkah laku pelajar. Boyson (1973), Gordon
(1974), Gragey (1970) dan Maslow et al.(1962), menyatakan kawalan yang ketat
di sekolah seringkali dikatakan menjadi penyebab wujudnya masalah tingkah laku
dan pelanggaran peraturan. Ini adalah kerana pelajar akan menentang kawalan ini
dengan melakukan pelbagai kelakuan buruk sperti ponteng sekolah dan kelas,
vandalisme, kurang bersopan dan menentang guru sekolah.

Pelajar-pelajar menghabiskan hampir separuh masanya di sekolah.


Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh
keluarga. Selain daripada belajar perkara-perkara yang berkaitan dengan
akademik di dalam bilik darjah, pelajar juga sebenarnya mempelajari perkara-
perkara yang berkaitan dengan kehidupan daripada interaksinya dengan rakan-
rakan dan kakitangan sekolah. Banyak perkara yang menjadi pegangan dan ikutan
pelajar sama ada yang positif mahupun negatif.

Sepanjang berada di sekolah, pelajar-pelajar biasanya mengambil sikap


sama ada memerhati, memahami, menghayati, mencuba dan mengambil bahagian
26

apa-apa perkara baru yang dialami, dilihat dan dipelajarinya. Berhubung dengan
salah laku pelajar yang dikira boleh memberi pengaruh kepada tingkah laku
tersebut adalah:
a. Disiplin sekolah yang longgar
b. Kemajuan dan pencapaian anak-anak di sekolah tidak diambil
peduli oleh ibu bapa
c. Guru-guru tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh
pelajar-pelajar
d. Suasana perhubungan yang tidak mesra antara pelajar-pelajar
sesama mereka dan hubungannya dengan guru-guru.

Ketika di sekolah, interaksi berlaku antara pelajar dengan orang dewasa


seperti guru-guru, kakitangan sekolah dan juga pengusaha kantin sekolah dan
antara pelajardengan sesama mereka.Interaksi yang mesra antara warga sekolah
akan membentuk suasana harmoni dan hormat menghormati dan sebaliknya
interaksi yang kurang atau tidak mesra langsung akan membentuk suasana yang
tegang dan penuh dengan permusuhan. Ianya boleh memberi kesan kepada
tingkah laku pelajar.

Akibat salah faham, perasaan dendam, sakit hati, geram, kecewa dan
marah yang bercampur aduk, pelajar mungkin bertindak agresif seperti membakar
bilik guru, merosakkan bilik darjah dan harta sekolah, memecahkan cermin kereta
guru, mencalarkan kereta guru, memukul guru dan lain-lain yang melanggar
disiplin sekolah.

Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan murid


mengikut pencapaian, pihak pentadbir yang menekankan peperiksaan, bentuk,
struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru kesemuanya
27

menggalakkan masalah disiplin di kalangan murid-murid yang lemah daripada


segi akademik (T. Marimuthu, 1980).

Pihak sekolah harus bijak dalam mengatasi masalah di dalam mengambil


tindakan terhadap pelajar yang telah melakukan kesalahan kerana jika berlaku
kesilapan di dalam mengambil tindakan ianya akan menambahkan lagi masalah di
sekolah. Oleh itu pihak sekolah harus bijak di dalam menentukan tindakan atau
hukuman yang perlu dikenakan ke atas seseorang pelajar yang bermasalah agar
tindakan yang diambil dapat memberi kesan yang baik di dalam usaha menangani
masalah tersebut.

Keadaan sekolah yang gagal menarik perhatian pelajar akan mendorong


pelajar tidak bersekolah dan lebih selesa untuk berhenti dan bekerja bagi
menampung hidup mereka. Raven, J. (1977), mendapati satu pertiga daripada
pelajar lelaki benci pada sekolah dan lebih suka bekerja kerana mereka merasakan
sebahagian mata pelajaran di sekolah membosankan dan tidak memberi manfaat
kepada mereka.

Selain itu, ada pelajar yang merasa rendah diri, merasa malu dan takut
kepada guru. Mereka merasakan diri mereka tidak dihargai oleh guru dan juga
rakan mereka kerana mereka lemah dalam pelajaran. Pelajar seperti ini merasa
bosan dan ada juga yang membenci guru dan sekolah. Terdapat juga guru yang
mengajar secara sambil lewa menyebabkan pelajar menjadi kurang berminat
dengan apa yang diajar oleh guru tersebut. Oleh kerana itu apabila timbul
perasaan bosan dan jemu dalam diri pelajar, mereka akan bertingkah laku negatif
seperti membuat bising, mengganggu kawan serta cuba untuk melarikan diri
daripada sekolah. Sudah tentu proses pengajaran dan pembelajaran akan
terganggu.
28

Guru memainkan peranan penting di dalm mendidik pelajar. Jadi


hubungan yang lemah di antara guru dan pelajar menyebabkan pelajar tidak
berminat untuk pergi ke sekolah. Baharuddin (1996) turut menjelaskan supaya
para guru mestilah bersikap adil serta mempunyai sifat-sifat yang mulia seperti
keikhlasan, kepatuhan, ketaqwaan, berfikiran terbuka, sentiasa menunjukkan
kasih sayang dan sentiasa memberi kemaafan kepada pelajar yang melakukan
kesalahan. Dengan sifat-sifat ini maka masalah salah laku pelajar di sekolah
Dapat dibendung dan perkara ini akan lebh mudah diatasi.

Guru dan sekolah perlu memainkan peranan penting dalam menangani


pelajar-pelajarnya daripada terjebak dengan gejala salah laku. Sekolah dengan
kerjasama guru perlu mengadakan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan memberi
manfaat kepada pelajar-pelajarnya supaya setiap masa pelajar tidak disia-siakan
dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

2.3 Pendekatan Teori Tingkah Laku

Keluarga merupakan institusi di mana seseorang individu itu mendapat


pendidikan yang terawal. Dalam perjalanan hidup normal, individu yang
mempunyai keluarga menerima pendidikan awal daripada ibu bapanya sendiri.
Pendidikan pada tahap tersebut mungkin dalam bentuk mengenal diri sendiri, ibu
bapa, adik beradik, datuk dan nenek, bapa saudara dan ibu saudara sehinggalah
kepada perkara-perkara yang menyentuh nilai-nilai agama, akhlak dan moral. Jadi
tidaklah salah umapamanya jika dikatakan seseorang remaja itu tidak mahu
bersolat kerana dia tidak pernah diberitahu bahawa solat itu sebagai satu
tanggungjawab dan sekiranya ibu bapa di rumah menunaikan solat lima waktu
sehari semalam, maka dengan sendirinya ianya akan memberi kesedaran kepada
remaja bahawa solat itu merupakan satu perkara yang perlu dilaksanakan.
29

Menurut teori psikoanalisa, semasa kecil anak-anak merakamkan secara


langsung apa saja percakapan dan perbuatan yang diperlihatkan oleh ibu bapa
kepada mereka tanpa menimbulkan apa-apa persoalan. Akan tetapi apabila anak-
anak mulai meningkat remaja dan dewasa di mana mereka mulai mempunyai
dimensi baru dalam pemikiran dan emosi serta mengalami perubahan
persekitaran, mereka mulai cuba menilai semula skrip hidup yang sekian lama
dipegangnya. Usaha bagi membuat penilaian semula skrip hidup yang baru inilah
sering kali mendatangkan konflik dalam diri ana-anak.

Ibu bapa adalah individu yang mula-mula sekali dikenali oleh anak-
anak dan merekalah yang lebih rapat dengan anak-anak berbanding dengan
orang lain. Kemahiran ibu bapa sebagai individu yang soleh bermaksud ibu
bapa harus mengamalkan cara hidup yang menepati kehendak ajaran-ajaran
dan tuntutan agama dengan sebaik-baiknya supaya dengan itu anak-anak
dapat melihat sendiri kemurnian agama apabila dipraktikkan dalam
kehidupan.

Pendekatan behaviorisme pula melihat tingkah laku adalah hasil


pembelajaran yang dialaminya sejak masih bayi lagi sehinggalah pada masa kini.
Pembelajaran yang dimaksudkan adalah perubahan tingkah laku yang agak kekal
yang dihasilkan oleh individu melalui latihan dan pengalaman yang diterima.
Latihan dan pengalaman tersebut antaranya adalah berbentuk kebolehan celik
akal, meniru orang lain, perolehan konsep, proses penaakulan, rangsangan,
perubahan sikap dan juga arahan yang sebati dengan individu tersebut dan seolah-
olah menjadi sebahagian daripada dirinya sendiri. Ini menunjukkan tingkah laku
anak-anak yang tidak mahu menunaikan solat dan kurang berakhlak adalah hasil
pembelajaran yang didapati daripada kedua orang tuanya. Namun begitu latihan
boleh diberikan oleh pihak sekolah kepada anak-anak ini untuk menjadi seorang
insan yang berakhlak mulia.
30

Pendekatan Analisis Perlakuan oleh Eric Berne mengatakan tingkah laku,


pemikiran dan perasaan manusia pada asasnya tidak terlepas daripada pengaruh-
pengaruh persekitaran, terutama sekali oleh harapan dan desakan-desakan yang
dibuat oleh orang-orang yang penting bagi diri mereka seperti ibu bapa, datuk,
nenek, adik beradik, guru-guru dan rakan sebaya. Pengaruh-pengaruh persekitaran
ini mempengaruhi seseorang individu lebih-lebih lagi dalam membuat keputusan
sewaktu mereka kecil iaitu semasa mereka sangat bergantung kepada orang lain.
Walau bagaimanapun manusia tidak semestinya terikat dan terkongkong dengan
keputusan-keputusan itu. Manusia mempunyai keupayaan memahami keputusan-
keputusan yang mereka buat pada masa lampau dan menggantikannya dengan
keputusan-keputusan baru.

Pendekatan behaviorisme melihat tingkah laku negatif manusia sebagai


tingkah laku yang tidak betul atau tingkah laku salah pembelajaran yang dipelajari
oleh individu sepanjang kehidupannya. Individu tersebut mungkin terlalu lama
terdedah dengan tingkah laku yang salah sehingga dia tidak menyedari yang
tingkah lakunya adalah sesuatu yang negatif dan berlawanan dengan norma
masyarakatnya. Individu mungkin memperolehi tingkah laku tersebut hasil
daripada proses meniru tingkah laku ibu bapa, orang dewasa, guru-guru, jiran,
ahli keluarga dan rakan sebaya. Dia mungkin memperolehinya sejak sekian lama
dan ia menjadi seoalah-olah sebati dengan dirinya sehingga merasakan yang ia
bukanlah sesuatu yang teruk.

Berdasarkan pendekatan behaviorisme, tingkah laku negatif individu


tersebut masih boleh diperbaiki kerana secara teorinya manusia boleh dibantu
bagi menguasai sesuatu kemahiran ataupun tingkah laku baru bagi menggantikan
tingkah lakunya yang lama. Ini menunjukkan bahawa tingkahlaku yang negatif
31

atau salah laku disiplin boleh diubah dan ditangani sekiranya semua pihak
bertanggungjawab dengan peranan dan tugas masing-masing.

2.4 Personaliti Pelajar

Personaliti merupakan tafsiran daripada tingkah laku seseorang terhadap


sahsiah dirinya bagi mencerminkan dan melahirkan keperibadian individu
tersebut. Oleh sebab itu, setiap individu yang lahir ke dunia ini mempunyai
personaliti yang tersendiri. Ia melambangkan ciri-ciri keperbadian seseorang
individu dan sememangnya mencirikan perbezaan seorang manusia dengan
manusia yang lain. Personaliti diterima sebagai satu cara untuk memahami
tingkah laku manusia dan memperlihatkan tingkah laku individu dan cara individu
menyesuaikan diri dengan alam persekitaran.

Seseorang remaja itu sangat memerlukan nilai-nilai personaliti yang


positif bagi menghadapi fenomena kehidupan masa kini yang semakin mencabar.
Nilai personaliti yang baik yang wujud dalam diri seseorang remaja akan dapat
membantu mereka membentuk asas keyakinan diri yang baik juga. Apabila
remaja mempunyai latar belakang dan sokongan personaliti dan keyakinan diri
yang baik, mereka akan berjaya dan dapat membezakan dengan jelas tindakan-
tindakan atau perlakuan sosial yang baik, kurang baik atau tidak baik. Ini
merupakan penghalang utama kepada keterlibatan remaja dalam salah laku sosial
negatif.

Personaliti pelajar adalah berbeza-beza. Menurut Prof. Dr. Mohd Tajudin


Haji Ninggal, pengasas Profil Personaliti Tajma terdapat 11 tret personaliti yang
dikenal pasti melalui Ujian psikologi. Tret-tret tersebut ialah :-
32

Asertif
Trait personaliti yang menunjukkan individu yang berkecenderungan
mempamerkan ketegasan diri.

Analitikal
Trait personaliti yang menunjukkan individu yang peka dengan persekitarannya,
suka membuat pemerhatian dan seterusnya menganalisa sesuatu perkara sebelum
membuat keputusan.

Keterbukaan
Trait personaliti yang menunjukkan individu yang suka berinteraksi dan
bekerjasama dengan orang lain.

Keyakinan Diri
Trait personaliti menunjukkan individu yang mudah memperkatakan dan
mengakui kelebihan dan kelemahan diri sendiri dan orang lain. Trait ini juga
menunjukkan kestabilan emosi dan psikologi seseorang individu.

Kepimpinan
Trait personaliti yang menunjukkan kemampuan individu dalam memimpin
sesuatu kumpulan, tegas dan gemar membuat keputusan.

Jati Diri
Trait personaliti yang menunjukkan individu yang cekal dan bermotivasi untuk
menghabiskan atau menyelesaikan sesuatu tugas, percaya kepada diri sendiri,
yakin, rasa selamat dan matang.

Prihatin
Trait personaliti yang menunjukkan kemampuan individu untuk memahami
perasaan orang lain.
33

Intelektual
Trait personaliti yang menunjukkan individu berminat kepada aktiviti-aktiviti
yang memberi cabaran dari segi intelektual, berfikiran abstrak, cerdas dan kreatif.

Pencapaian
Trait personaliti yang menunjukkan individu yang bermotivasi, mahukan status
yang tinggi dan sukakan persaingan. Individu yang juga mempunyai daya usaha
yang tinggi dalam mencapai sesuatu matlamat.

Integriti
Trait personaliti yang boleh membuktikan sifat jujur dan amanah seseorang
individu terhadap tanggungjawab yang diberikan oleh organisasi.

Ketidakselarasan
Skala khas yang direkabentuk untuk mengenal pasti persepsi individu terhadap
diri sendiri. Ia juga digunakan untuk menilai sama ada individu cuba memberikan
respon dengan ikhlas atau sebaliknya.

Dalam pendidikan, seorang pelajar yang sedang menuntut ilmu perlulah


insaf bahawa dirinya mempunyai personaliti diri. Adab, akhlak dan disiplin diri
akan membantu proses pembelajarannya. Lebih jauh ia mengenali dirinya sebagai
seorang pelajar, lebih mudah proses menuntut ilmu itu berlangsung. Hanya
setelah ia mengetahui siapa dirinya (personalitinya) barulah ia dapat beradab
kepada dirinya untuk menuntut ilmu.

Sehubungan dengan itu, penyelidik ingin mengkaji beberapa teori


personaliti yang ada kaitan dengan tingkah laku seorang pelajar. Antaranya ialah
seperti berikut:-
34

2.4.1 Teori Trait

Manusia berbeza dalam pelbagai bidang seperti kebergantungan,


kebimbangan, sikap agresif dan proses sosialisasi. Setiap individu memiliki trait
masing-masing.

Memang trait tidak dapat ditentukan pada diri seseorang tetapi dapat
difahami daripada tingkah laku seseorang. Sebagai contoh, sekiranya seseorang
itu suka berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain, kita boleh simpulkannya
sebagai orang yang mempunyai personaliti keterbukaan. Begitu juga sekiranya
seseorang itu menunjukkan kemampuannya memahami perasaan orang lain, maka
kita boleh simpulkan bahawa dia mempunyai personaliti prihatin.

Trait personaliti dianggap sebagai stabil dalam tempoh masa yang


panjang, dianggap konsisten dalam situasi tertentu dan perbezaan personaliti
individu adalah hasil daripada kekuatan dan campuran trait (Guilford, 1959).

Menurut Allport (1961), seseorang yang memiliki trait tertentu akan


menunjukkan tingkah laku yang konsisten dalam apa-apa situasi. Sebab itu
seseorang yang agresif akan menunjukkan sikap agresif dalam situasi tertentu dari
semasa ke semasa. Beliau juga percaya bahawa selain menjelaskan tingkah laku
yang sama antara kebanyakan individu, setiap personaliti individu mengandungi
kumpulan trait. Maka seseorang pelajar yang mempunyai trait keagresifan akan
melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan peraturan di sekolah seperti
ponteng kelas dan sekolah, melepak, terlibat dalam gangsterisme dan dalam
pergaduhan antara pelajar.
35

2.4.2 Teori Psikodinamik Sigmund Freud

Sigmund Freud (1959) merujuk personaliti akibat interaksi tiga bahagian


yang berasingan iaitu id, ego dan super ego. Walaupun wujud struktur yang
berasingan tetapi ketiga-tiga unsur ini mencerminkan proses interaksi yang
pelbagai dalam personaliti sesorang yang memotivasikan tingkah laku.

Id merupakan personaliti yang asas, tidak teratur, diwarisi dan bertujuan


untuk mengurangkan ketegangan akibat keinginan biologikal dan tidak rasional.
Keperluan asas seperti kelaparan, seks, agresif yang beroperasi atas prinsip
kenikmatan di mana sasarannya adalah untuk meredakan ketegangan dan
memaksimakan kenikmatan.

Tenaga yang menggerakkan id ini dipanggil ‘libido’. Apabila tenaga ini


meningkat, tekanan juga akan meningkat yang kemudiannya mesti dilepaskan
atau disalurkan. Id juga bergeraka atas prinsip keseronokkan dan menghindarkan
kesakitan (to gain pleasure dan to avoid pain). Apabila ia mahukan sesutu, ia
mahukan dengan cepat dan tanpa bertangguh-tangguh bertujuan untuk
mengekalkan individu dalam keadaan tanpa ketegangan yang mungkin ada.

Contohnya, seorang bayi yang lapar tidak boleh menunggu. Bayi tidak
tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh serta tidak tahu tentang realiti.
Tidak ada juga peraturan-peraturan dalam yang dapat mengarahkan tingkah laku.
Desakan yang paling kuat pada waktu ini ialah memperolehi kepuasan dengan
segera. Id bersifat tidak logik, tidak bermoral dan semata-mata bertujuan untuk
memenuhi dorongan naluri.
36

Ego pula merupakan komponen yang membuat keputusan dan cuba


memenuhi kehendak id dengan menurut batasan-batasan yang dikenakam oleh
dunia luaran. Tingkah laku ego bersifat separuh sedar yang beropreasi beasaskan
prinsip realiti di mana ia cuba melambatkan keinginan id dipenuhi sehinggalah
objek yang sesuai ditemui untuk memenuhi keinginan tersebut. Dengan kata lain
ego bertanggungjawab mengendalikan kehendak-kehendak dan desakan-desakan
id mengikut cara yang diterima dan tidak melanggar nilai-nilai atau norma
masyarakat. Apabila bayi mula membesar, hasil daripada pengalaman, egonya
bertambah kuat, ia akan belajar kehendak-kehendaknya yang boleh ditangguhkan
dan kadang-kadang matlamat jangka panjang memerlukan pengabaian matlamat
jangka pendek.

Ego mengawal pemikiran sedar dan menapis keinginan-keinginan naluri


id. Contohnya individu yang lapar harus membezakan antara bayangannya
tentang makanan dengan persepsi sebenar tentang makanan jika keinginan untuk
makan itu hendak dipenuhi. Individu itu harus belajar untuk mendapatkan dan
memakan makanan bagi mengurangkan ketegangan akibat lapar. Kesimpulannya
ego menggunakan pemikiran logikal dan mengatur rancangan yang sesuai dengan
norma sosial untuk memenuhi keinginan id tanpa merosakkan diri dan orang lain.

Manakala Superego pula merupakan komponen moral personaliti yang


berfungsi berasaskan prinsip moral. Ia sangat mementingkan sama ada sesuatu
tindakan itu baik atau buruj, betul atau salah. Ia bersifat tidak rasional dan
menggunakan kuasanya untuk menghapuskan sama sekali keinginan naluri id.
Superego mewakili yang unggul (ideal), bukan realiti dan berusaha mendapatkan
kesempurnaan dan bukan untuk keseronokkan. Fungsi utama superego ialah
menyekat desakan-desakan id terutama yang berbentuk seksual kerana desakan-
desakan begini dicemuh oleh masyarakat. Selain itu, superego juga berfungsi
untuk memujuk ego supaya menggantikan matlamat realistik dengan matlamat
moral serta berusaha ke arah mencapai kesempurnaan.
37

Menurut Freud, seseorang individu tidak dilahirkan dengan superego


tetapi ianya terbentuk melalui interaksi dengan ibu bapa dan masyarakat. Ia
mewakili nilai dan norma-norma masyarakat tentang tingkah laku. Komponen
superego mempunyai dua bahagian iaitu hati nurani (conscience) dan ego ideal.
Hati nurani akan menyebabkan kita berasa bersalah jika kita melakukan sesuatu
yang bertentangan denga nilai moral dan masyarakat sementara ego ideal
menyebabkan kita berasa bangga dan gembira jika kita berjaya melakukan sesuatu
yang dianggap baik.

2.4.3 Pendekatan Sosial Erik Erikson

Seorang ahli psikologi yang berorientasikan sosial dalam pembentukan


personaliti seseorang individu. Walaupun Erikson akur dengan pandangan
Sigmund Freud tentang keperluan kenikmatan dalam pembentukan personaliti
namun perhubungan kanak-kanak dengan ibu bapa juga penting dalam
pembentukan personaliti (Erikson, 1968). Suasana ini akan menentukan sama ada
seseorang kanak-kanak diterima dan disayangai atau sebaliknya. Perkara yang
penting ialah keperluan dan keinginan kanak-kanak seimbang dengan yang
terdapat dalam masyarakat. Sekiranya kanak-kanak berasa berketerampilan dan
dihargai mengikut kefahaman mereka dan seperti kehendak anggota masyarakat
yang lain, maka terbentuklah identiti yang selamat.

Menurut Erikson, terdapat lapan tahap dalam proses perkembangan


manusia. Seseorang harus berjaya menghadapi krisis pada satu-satu peringkat
sebelum berpindah ke peringkat seterusnya. Secara ringkasnya diterangkan
kelapan-lapan tahap tersebut seperti berikut:-
38

Tahap 1 - Percaya lawan Tidak Percaya


(0 – 1 tahun). Bermulanya konflik – percaya atau tidak percaya pada persekitaran
seperti ibu bapa, penjaga dan masyarakat. Keinginan perlu dipenuhi seperti
makanan, pakaian dan kasih sayang. Sekiranya mendapat penjagaan yang baik
maka kanak-kanak itu percaya pada persekitaran tetapai sekiranya mendapat
penjagaan yang tidak sempurna maka wujud perasaan tidak percaya kanak-kanak
itu kepada orang lain.

Tahap 2 - Autonomi lawan Ragu-ragu / Malu


(1- 2 tahun). Berlakunya konflik sosial di mana percubaan melakukan sesuatu
secara sendiri. Tingkah laku yang menonjol seperti degil dan tidak mahu
mendengar kata. Namun sekiranya ibu bapa yang mendorong maka wujud rasa
yakin pada diri kanak-kanak itu, tetapi sekiranya mendapat kawalan yang ketat
maka timbul rasa dendam, ragu dan tiada keyakinan diri serta menjadikan kan
kanak-kanak itu seorang yang pemalu.

Tahap 3 - Inisiatif lawan Rasa Bersalah


(3 – 5 tahun) Mula terdedah kepada cabaran dan persekitaran. Kanak-kanak mula
menunjukkan tingkah laku inisiatif ingin berdikari, meneroka dan membuat
sesuatu yang baru seperti bantu ibu memasak, membasuh dan sebagainya.
Sekiranya tidak mendapat sokongan dan sering dikritik atau didenda maka timbul
rasa bersalah. Maka hasilnya negatif menyebabkan anak suka mengasingkan diri
serta tidak yakin pada diri sendiri.

Tahap 4 - Kerajinan lawan Rasa Rendah Diri


(6-11 tahun) Memasuki alam persekolahan dan mula dipengaruhi guru dan rakan-
rakan. Kanak-kanak akan menunjukkan tingkah laku percaya sepenuhnya kepada
kata-kata guru. Sekiranya mendapat peneguhan positif, pujian dan penghargaan
kesannya menjadi kanak-kanak tersebut menjadi produktif tetapi sekiranya
menerima peneguhan negatif selalu dikritik dan dimarahi maka wujud rasa rendah
diri dan kurang keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut.
39

Tahap 5 - Identiti lawan Kekeliruan Identiti


(12 – 19 tahun) Alam Remaja, mula mewujudkan identiti dan persepsi sendiri.
Remaja mula menunjukkan tingkah laku cuba berhadapan dengan situasi yang
bertentangan kesannya timbul krisis identiti seperti terlalu sensitif dengan
perubahan fizikal yang sedang dialami serta mencari peranan diri. Namun sukar
mencari identiti kerana terlalu banyak berfikir.

Tahap 6 - Kemesraan lawan Pengasingan Diri


(20 – 40 tahun) Awal dewasa, mula membina hubungan yang akrab dan mesra
seperti memikirkan tentang teman hidup, percintaan dan perkahwinan. Sekiranya
gagal dalam membina hubungan, individu tersebut mula mengasingkan diri.

Tahap 7 - Generitiviti lawan Penyerapan Kendiri


(40 – 60 tahun) Berjaya mengatasi konflik di tahap 6. Tingkah laku yang ketara
mula fikirkan soal keluarga dan orang lain serta sumbangan kepada masyarakat.
Hasil yang positif timbul perasaan prihatin terhadap diri dan orang lain serta
berjaya mendidik anak-anak menjadikan kehidupan yang lebih bermakna.
Sebaliknya timbul penyerapan kendiri sekiranya individu dikatakan cenderung
dengan kepentingan diri sendiri dengan tidak menghiraukan perasaan orang lain.

Tahap 8 - Keutuhan lawan Rasa Putus Asa


(60 tahun ke atas) Peringkat akhir dewasa. Tingkah laku menunjukkan mula
menilai dan memikirkan kembali peristiwa yang telah berlaku. Sekiranya
perjalanan hidupnya berjaya mengatasi tahap-tahap sebelumnya maka
kehidupannya lebih utuh dan mendapat kepuasan. Namun sekiranya wujud
konflik dalam kehidupannya maka timbul rasa putus asa dan kecewa.

Peringkat yang paling penting ialah tahap ke lima iaitu identiti lawan
kekeliruan identiti. Di sinilah identiti seseorang pelajar dibentuk hasil daripada
pengintegrasian pelbagai peranan sebagai anak, pelajar, kakak, abang, rakan dan
40

sebagainya. Jika pelajar gagal dalam pembentukan identiti maka wujudlah


kekeliruan dan kekecewaan, Erikson (1963). Pelajar tidak dapat menilai antara
yang baik dan yang buruk lalu melakukan perkara-perkara seperti ponteng kelas
dan sekolah, melepak, terlibat dalam gangsterisme dan dlam pergaduhan antara
pelajar.

Menurut Erikson (1968), selepas baligh, remaja mengalami pengalaman


transisi daripada kebergantungan pada ibu bapa kepada berdikari iaitu identiti diri.
Mereka mula bertanya sama ada pengalaman lepas dan sekarang menyediakan
mereka ke era baru.

Maka apakah yang menentukan identiti di kalangan remaja? Kajian


menunjukkan bahawa konsep kendiri dan memahami diri (self) ada kaitan dengan
persepsi positif dan pengukuhan dalam perhubungan ibu bapa dan orang-orang
yang berdekatan dengan individu tersebut. Ibu bapa merupakan orang yang utama
dalam pembentukan personaliti anak-anak. Menurut Sullivan (1953), orang-orang
signifikan sangat penting dan pengaruh mereka sangat kuat terhadap
perkembangan diri kanak-kanak. Segala perlakuan ibu bapa mempengaruhi anak
bagaimana seseorang anak melihat dirinya sendiri.

2.5 Krisis Identiti

Kehilangan adab dan akhlak dalam proses pembelajaran akan


menyebabkan kehilangan identiti diri (sahsiah) pelajar. Proses pendidikan yang
baik dan sepadu seharusnya mampu mengidentiti diri insan bukan menghilangkan
identiti tersebut. Proses identiti diri ini akan melibatkan proses mengadabkan
seseorang pelajar.
41

Identiti dapat dibahagikan kepada dua. Pertama adalah identiti pelajar


secara keseluruhan. Hilangnya identiti ini dari seseorang pelajar akan
menyebabkan hilangnya wibawa diri pelajar. Begitu penting identiti ini, sehingga
seorang anak tidak mungkin menghormati bapanya kalau ia tidak mengenali
identiti dirinya yang ianya adalah seorang anak. Begitulah seorang isteri terhadap
suaminya, seorang rakan dengan rakannya yang lain dan sebagainya. Dengan
kaedah yang sama, seorang pelajar perlu mengenali identiti sebagai seorang
pelajar. Sekurang-kurangnya ia perlu insaf bahawa dirinya adalah seorang pelajar
dan dengan demikian perlu mempunyai identiti diri sebagai seorang pelajar.

Keduanya adalah identiti diri sendiri yang sudah pasti berlainan dengan
orang lain yang menyebabkan seseorang itu berbeza antara satu dengan yang lain
adalah kerana mereka mempunyai identiti yang berbeza. Seorang adik dan abang
dalam satu keluarga walaupun mempunyai identiti sebagai anak kepada seorang
bapa, tetapi adik dan abang ini mempunyai identitinya yang tersendiri. Begitu
jugalah pelajar, setiap pelajar mempunyai identiti sendiri yang diberikan oleh
Allah kepadanya. Selagi identiti ini dihubungkan dengan sesuatu sifat yang tidak
terkeluar dari batas keinsanan dan syariat sudah pasti identiti tersebut boleh
diterima. Bayangkan sahaja apa akan berlaku sekiranya identiti ini sudah hilang
pada diri seorang insan.Gejala buruk seperti ketagihan dadah, mencuri, merogol,
terlibat dengan gangsterisme, membunuh dan sebagainya adalah di antara
beberapa contoh akibat kehilangan identiti diri.

Erik Erikson merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk satu teori
yang komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangkamasa
kehidupan mereka. Teori ini digelar psikososial kerana beliau menggabungkan
tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri,
emosi dan faktor sosial. Dalam teori ini Erikson meletakkan remaja yang
berumur antara 12 hingga 19 tahun di tahap identiti lawan kekeliruan peranan.
Pada tahap ini remaja akan cuba berusaha mewujudkan identiti dan persepsi
sendiri terhadap dunia mereka.
42

Menurut Erikson, pada tahap ini, remaja mencari identiti dirinya dan cuba
mencari jawapan kepada persoalan “siapa aku”. Individu yang bergelar remaja
akan berusaha memahami dan menilai diri sendiri. Dalam proses memahami dan
menilai diri sendiri, remaja tersebut berkecenderungan berdepan dengan situasi
yang bertentangan dengan identitinya, Kesannya mereka akan menghadapi krisis
identiti. Krisis identiti juga berlaku kerana para remaja begitu sensitif dengan
perubahan fizikal badan yang sedang dialami ketika zaman remaja. Mereka mula
memikirkan peranan mereka sebagai bakal teman hidup seseorang, ibu bapa dan
ahli masyarakat.

Teori-teori perkembangan yang telah dikemukakan di atas oleh beberapa


tokoh psikologi seperti Erik Erikson dan Sigmund Freud memfokus kepada
bagaimana perkembangan berlaku dan mengapa sesuatu perubahan berlaku.
Pengetahuan perkembangan manusia adalah perlu terutama kepada pendidik
untuk menjangka, merancang serta mencungkil potensi yang ada.

Usaha remaja mencari identiti mungkin menjadi bertambah sukar dengan


terdapatnya berbagai-bagai pilihan yang mungkin. Remaja yang mempunyai
identiti sendiri akan mencipta perancangan masa depan yang memuaskan dan rasa
selamat. Sekiranya usaha untuk mencari identiti itu gagal, mereka akan mula
meragui peranan dan fungsi mereka dalam masyarakat. Di sini betapa pentingnya
peranan sekolah untuk membentuk identiti pelajar yang baik.

Pelajar perlu diberi peluang untuk mengenali dirinya, peranannya sebagai


seorang insan atau manusia di dunia dan selepas mati. Penerapan nilai-nilai murni
di kalangan pelajar amat penting bagi melahirkan generasi yang bersahsia mulia,
cemerlang, gemilang dan terbilang.
43

BAB 111

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Di dalam bab ini, perbincangan adalah meliputi aspek-aspek yang


berkaitan dengan pengkaedahan-pengkaedahan yang relevan dalam menjalankan
kajian. Aspek-aspek tersebut adalah merangkumi reka bentuk kajian, lokasi
kajian, populasi kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, analisis data serta
jangkamasa kajian.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kaedah yang dipilih untuk kajian ini ialah reka bentuk kajian yang bersifat
‘eks-pos-fakto’ iaitu melihat punca dan perlakuan masa kini berdasarkan
peristiwa yang telah pun berlaku dan bersifat kuantitatif dalam bentuk soal
selidik. Kaedah ini adalah lebih relevan untuk digunakan kerana dapat
menerangkan dengan lebih jelas fenomena yang hendak dikaji. Ianya lebih mudah
ditadbirkan dan menjimatkan kos dan masa. Data yang diperoleh berdasarkan
rekod atau item yang ditandakan oleh responden dalam soal selidik. Hubungan
antara punca salah laku pelajar dengan profil personaliti pelajar dilihat dengan
menggunakan statistik korelasi.
44

3.3 Lokasi Kajian

Kajian dijalankan di empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan yang


terletak dalam kawasan perumahan berhampiran di Taman Rinting, Taman Megah
Ria dan Taman Kota Puteri yang mana sekolah-sekolah ini di bawah pentadbiran
Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang (Zon D), kawasan Masai, Johor Bahru.
Ianya terletak kira-kira 25 km dari Bandaraya Johor Bahru.

3.4 Sampel Kajian

Menurut Kerlinger (1973), persampelan merupakan pengambilan


sebahagian daripada sesuatu populasi. Dalam Kajian ini, penyelidik telah
menggunakan persampelan bertujuan untuk mendapatkan responden kajian yang
terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan daripada pelbagai bangsa dari
tingkatan 4 yang ada rekod salah laku di sekolah masing-masing.

Penyelidik sengaja mengecilkan skop dengan memilih responden dari


tingkatan 4 yang mempunyai rekod salah laku supaya ia lebih relevan dengan
tajuk kajian dan lagi mereka ini tidak terlibat dengan peperiksaan besar seperti
PMR dan SPM. Ramai pelajar tingkatan 4 yang menganggap tahun ini adalah
‘honeymoon year’ dan masa untuk mereka ‘enjoy’ kerana tiada peperiksaan
penting. Kebanyakan mereka akan lebih melayan desakan hati untuk ingin bebas
dan kurang menumpukan perhatian pada pelajaran. Sebab itulah mengapa banyak
kes salah laku pelajar melibatkan pelajar tingkatan 4. Mereka tidak menyedari
bahawa lebih 50% isi pelajaran tingkatan 4 akan diuji dalam Peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia ketika di tingkatan 5 nanti.

Bilangan sampel di sekolah-sekolah ini dipilih kerana sekolah-sekolah


berkenaan menunjukkan kekerapan berlakunya salah laku pelajar. Di samping itu
pelajar di sekolah-sekolah berkenaan terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar
45

belakang yang menjadi punca salah laku pelajar. Sekolah-sekolah yang terlibat
dalam kajian ini adalah seperti berikut:

Jadual 3.1 : Bilangan Sekolah dan Responden yang terlibat dalam kajian
Bil Sekolah Bil. Responden

1. Sek. Men. Keb. Taman Rinting 2 60

2. Sek. Men. Keb. Taman Megah Ria 55

3. Sek. Men. Keb. Kota Puteri 60

4. Sek. Men Keb. Kota Puteri 2 55

Jumlah 230

3.5 Intrumen Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah soal selidik sebagai


instrumen kajian. Black (1993), instrumen kajian jenis ini dapat memberikan
maklumat tentang latar belakang responden, pendapat, reaksi, sikap dan
sebagainya. Soal selidik dibahagikan kepada empat bahagian iaitu latar belakang
responden, profil personaliti responden, maklumat faktor-faktor penyebab salah
laku responden dan maklumat salah laku yang sering dilakukan responden.

Dalam bahagian A, sebanyak 10 item diberi untuk mendapatkan maklumat


diri pelajar. Antaranya jantina, umur, bangsa, bilangan adik beradik, pendapatan
ibu bapa, pekerjaan dan tahap pendidikan ibu bapa.
46

Bahagian B pula terdapat 13 item salah laku di senaraikan untuk


mendapatkan maklumat mengenai jenis-jenis salah laku yang biasa dilakukan
pelajar di sekolah menengah. Item-item yang dikemukakan adalah seperti ponteng
kelas dan sekolah, merokok dan menagih dadah, datang lewat ke sekolah atau
balik awal dari sekolah, gangsterisme, pergaduhan sesama kaum dan antara kaum,
vandalisme, melawan guru dan budaya melepak.

Manakala Bahagian C bertujuan untuk mendapatkan maklumat punca


salah laku pelajar yang dikenal pasti oleh penyelidik. Sebanyak 32 item yang
merangkumi faktor sikap ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan iklim sekolah
termasuk sikap guru. Item-item ini diubah suai daripada soal selidik yang telah
digunakan oleh Aziz Abu Bakar (1997).

Item-item berbentuk positif dan negatif dikemukakan untuk mendapatkan


pesepsi responden. Pengukuran dibuat dengan menggunakan Skala 5 mata seperti
berikut:-

Jadual 3.2 : Penskoran skala 5 mata

Item Positif Item Negatif Mata

Sangat tidak setuju Sangat Setuju 1

Tidak setuju Setuju 2

Kurang setuju Setuju 3

Setuju Tidak Setuju 4

Sangat Setuju Sangat Tidak Setuju 5


47

Pecahan tiga skala adalah seperti berikut:-

1.00 – 2.33 Rendah


2.34 – 3.66 Sederhana
3.67 – 5.00 Tinggi

Dalam bahagian D pula, penyelidik menggunakan instrumen Profil


Personaliti Tajma (PPT-R) merupakan satu set alat ukur psikologi yang
mempunytai nilai kesahan dab kebolehpercayaan yang tinggi iaitu di antara 0.8
hingga 0.9. Digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat tentang trait
personaliti dan tingkah laku seseorang individu. Profil ini mempamerkan 11 trait
personaliti diri yang diukur menerusi 83 item yang diterjemahkan dalam bentuk
soalan. Skala PPT-R direka bentuk menerusi skala likert tiga mata iaitu A –
Sangat Benar, B – Benar, C – Tidak Benar.

3.6 Prosedur Kajian

Sebelum kajian dijalankan penyelidik telah membuat penyelidikan untuk


mendapatkan maklumat kajian-kajian yang telah dibuat oleh penyelidik lain
tentang masalah disiplin di kalangan pelajar dan puncanya. Penyelidik telah
memilih satu laporan kajian oleh Dr Azizi yang bertajuk ‘Faktor-faktor Yang
Mempengaruhi Masalah Disiplin Pelajar Sekolah dan Perhubungan Pembentukan
Personaliti Pelajar’ sebagai bahan rujukan utama dalam membantu menyiapkan
tesis ini. Kemudian penyelidik telah menghubungi guru kaunselor di sekolah-
sekolah yang dikenal pasti untuk mendapatkan maklumat tentang bilangan pelajar
yang terlibat dalam salah laku.
48

Kemudian penyelidik memohon kebenaran daripada Bahagian


Perancangan dan Penyelidikan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
menjalankan kajian ini kerana ianya melibatkan sekolah-sekolah di bawah
kelolaan Kementerian tersebut. Penyelidk juga memohon kebenaran surat
pengesahan daripada pihak Universiti Teknologi Malaysia.

Penyelidik sendiri mengunjungi sekolah-sekolah berkenaan untuk


mendapatkan keizinan daripada pengetua dan memberi penerangan tentang tujuan
soal selidik serta tatacara menjawab soal selidik. Dalam hal ini guru kaunselor
diberi tanggungjawab untuk memberi penjelasan kepada responden yang dipilih,
seterusnya mengedarkan dan mengumpulkan semula soal selidik tersebut dan
menyerahkan kembali kepada penyelidik untuk tindakan selanjutnya.

3.7 Analisis Data

Kesemua data yang diperolehi akan diproses dan dianalisis dengan


menggunakan ‘Statistical Package for the Social Science (SPSS for windows versi
7.5). Dua kaedah statistik digunakan dalam analisis ini iaitu statistik deskriptif
dan statistik inferens. Statistik deskriptif digunakan untuk membuat rumusan
terhadap latar belakang responden dan perhubungan di antara responden dengan
pembolehubah dalam bentuk jumlah skor, peratusan, kekerapan, min dan sisihan
piawai.

Manakala statistik inferens pula digunakan untuk menguji kesemua


hipotesis yang telah dibentuk. Untuk memberi gambaran yang lebih jelas, jadual
di bawah menunjukkan ringkasan statistik yang digunakan oleh penyelidik bagi
menganalisis data kajian yang diperoleh.
49

Jadual 3.3 : Ringkasan Statistik


Bil Objektif Kajian Jenis Statistik
1. Untuk mengetahui sama ada wujudnya perbezaan
yang signifikan antara profil personaliti pelajar
Ujian - t
terhadap salah laku pelajar berdasarkan tahap
pendidikan ibu bapa.
2. Untuk mengetahui sama ada wujudnya perbezaan
yang signifikan antara profil personaliti pelajar
Anova
terhadap salah laku pelajar berdasarkan demografi
bangsa.
3. Untuk mengetahui sama ada wujudnya hubungan
antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi
Korelasi
oleh sikap ibu bapa dengan profil personaliti pelajar
4. Untuk mengetahui sama ada wujudnya hubungan
antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi
Korelasi
oleh rakan sebaya dengan profil personaliti pelajar.
5. Untuk mengetahui sama ada wujudnya hubungan
antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi
Korelasi
oleh iklim sekolah dengan profil personaliti pelajar.
50

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Dalam bahagian Bab 4 ini akan memaparkan keputusan dan keterangan


bagi dapatan data yang telah dianalisis menggunakan perisian SPSS version 15.0.
Kajian yang dijalankan adalah untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi
salah laku pelajar dan hubungannya dengan personaliti pelajar. Responden yang
terlibat iaitu pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti bermasalah dari pelajar
tingkatan empat di empat buah sekolah menengah yang telah dipilih dari kawasan
Masai, Zon Pasir Gudang. Seramai 230 orang pelajar yang terlibat merupakan
sampel kajian ini.

Bahagian 4.2 menggambarkan latar belakang para pelajar seperti jantina,


umur, bangsa, aliran, bilangan adik beradik, pendapatan ibu bapa dan pekerjaan
bapa.penjaga, pekerjaan ibu, tahap pendidikan bapa, tahap pendidikan ibu dan
lain-lain. Manakala Bahagian 4.3 melibatkan salah laku pelajar. Bahagian 4.4
merupakan Punca Salah Laku Pelajar dari segi sikap ibu bapa, rakan sebaya dan
iklim sekolah dan sikap guru.
51

4.2 Latar Belakang Responden

4.2.1 Jantina

Jadual 4.1 : Taburaran Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina


Pernyataan Kekerapan Peratus
Lelaki 163 70.9
Perempuan 67 29.1
Jumlah 230 100.0

Jadual 4.1 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden


mengikut jantina di mana seramai 163 orang atau 70.9% adalah lelaki dan seramai
67 orang atau 29.1% adalah perempuan. Ini menunjukkan kebanyakan responden
yang dikaji adalah didominasi oleh pelajar lelaki

4.2.2 Umur

Jadual 4.2 : Taburaran Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Umur


Pernyataan Kekerapan Peratus
16 Tahun 202 87.8
17 Tahun 28 12.2
Jumlah 230 100.0

Jadual 4.2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden


mengikut umur. Majoriti responden yang berumur 16 tahun adalah paling tinggi
iaitu seramai 202 orang atau 87.8% dan seramai 28 orang atau 12.2% responden
berumur 17 tahun. Ini menunjukkan keseluruhan responden terdiri daripada
pelajar yang berumur 16 tahun.
52

4.2.3 Bangsa

Jadual 4.3 : Taburaran Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa


Pernyataan Kekerapan Peratus
Melayu 150 65.2
Cina 31 13.5
India 34 14.8
Lain-lain 15 6.5
Jumlah 230 100.0

Jadual 4.3 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden


mengikut bangsa. Majoriti responden adalah berbangsa Melayu iaitu seramai 150
orang atau 65.2%, diikuti seramai 34 orang atau 14.8% adalah daripada berbangsa
India dan seramai 31 orang atau 13.5% adalah responden berbangsa Cina.
Manakala responden berbangsa lain-lain selain Melayu, Cina dan India
mempunyai jumlah paling rendah iaitu 2 orang atau 1 peratus. Ini menunjukkan
majoriti responden terdiri daripada pelajar yang berbangsa Melayu.

4.2.4 Aliran

Jadual 4.4 : Taburaran Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Aliran


Pernyataan Kekerapan Peratus
Sains 25 10.9
Sastera 205 89.1
Jumlah 230 100.0

Jadual 4.4 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden


mengikut Aliran di mana majoriti responden yang mempunyai masalah salah laku
ini adalah berada di dalam aliran sastera iaitu seramai 205 orang atau 89.1%
manakala responden dalan aliran sains pula seramai 25 orang atau 10.9%.
53

4.2.5 Bilangan adik beradik

Jadual 4.5 : Taburaran Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Bilangan


adik beradik
Pernyataan Kekerapan Peratus
1 – 2 orang 56 24.3
3 – 5 orang 133 57.8
6 – 9 orang 39 17.0
10 orang ke atas 2 .9
Jumlah 230 100.0

4.5 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut


bilangan adik beradik. Majoriti responden mempunyai bilangan adik beradik 3
hingga 5 orang iaitu seramai 133 orang atau 57.8%, diikuti seramai 56 orang atau
24.3% mempunyai 1 hingga 2 orang adik beradik, manakala seramai 39 orang
atau 17.0% mempunyai 6 hingga 9 orang dan hanya 2 orang atau 0.9%
mempunyai 10 orang dan ke atas bilangan adik beradik.

4.2.6 Pendapatan Ibubapa

Jadual 4.6 : Taburaran Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut


Pendapatan Ibubapa
Pernyataan Kekerapan Peratus
Kurang dari RM 1000.00 126 54.8
RM 1001.00 – RM 2000.00 62 27.0
RM 2001.00 – RM 3000.00 26 11.3
RM 3001.00 – RM 4000.00 8 3.5
RM 4001.00 ke atas 8 3.5
Jumlah 230 100.0
54

Jadual 4.6 menunjukkan kekerapan dan peratusan responden mengikut


pendapatan ibu bapa. Majoriti responden memperoleh pendapatan antara kurang
dari RM1000 iaitu seramai 126 orang atau 54.8%. Ini diikuti dengan responden
yang berpendapatan antara RM1001 hingga RM2000 dengan bilangan responden
seramai 62 orang atau 27.0% dan seramai 26 orang responden atau 11.3% yang
memperoleh pendapatan antara RM2001 hingga RM3000. Seramai 8 orang
responden atau 3.5% masing-masing memperoleh pendapatan antara RM3001
hingga RM4000 dan berpendapatan RM4000 ke atas. Kedua-duanya mempunyai
peratusan yang sama.

4.2.7 Pekerjaan Bapa / Penjaga

Jadual 4.7 : Taburaran Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Pekerjaan


Bapa / Penjaga
Pernyataan Kekerapan Peratus
Kakitangan Kerajaan 29 12.6
Pekerja Swasta 135 58.7
Bekerja Sendiri 50 21.7
Pesara 10 4.3
Tidak Bekerja 6 2.6
Jumlah 230 100.0

Jadual 4.7 menunjukkan kekerapan dan peratusan responden mengikut


pekerjaan bapa/penjaga. Majoriti bapa/penjaga responden bekerja sebagai Pekerja
Swasta iaitu seramai 135 orang atau 56.7%. Ini diikuti dengan bapa/penjaga
responden yang bekerja sendiri dengan bilangan responden seramai 50 orang atau
21.7% dan seramai 29 orang atau 12.6% sebagai Kakitangan Kerajaan. Seramai
10 orang atau 4.3% sebagai pesara dan seramai 6 orang atau 2.6% adalah tidak
bekerja.
55

4.2.8 Pekerjaan Ibu

Jadual 4.8 : Taburaran Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Pekerjaan


Ibu
Pernyataan Kekerapan Peratus
Bekerja 65 28.3
Suri rumah 165 71.7
Jumlah 230 100.0

Jadual 4.8 menunjukkan kekerapan dan peratusan responden mengikut


pekerjaan Ibu. Majoriti ibu responden adalah sebagai seorang suri rumah iaitu
seramai 165 orang atau 71.7%. Manakala seramai 65 orang responden atau 28.3%
menyatakan bahawa ibu mereka bekerja.

4.2.9 Tahap Pendidikan Bapa

Jadual 4.9 : Taburaran Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Tahap


Pendidikan Bapa
Pernyataan Kekerapan Peratus
Universiti 34 14.8
Kolej / Maktab / Politeknik 27 11.7
Sekolah Menengah 145 63.0
Sekolah Rendah 24 10.4
Jumlah 230 100.0

Jadual 4.9 menunjukkan kekerapan dan peratusan responden mengikut


tahap pendidikan bapa. Majoriti bapa responden mempunyai tahap pendidikan
Sekolah Menengah iaitu seramai 145 orang atau 63.0%. Ini diikuti dengan bapa
responden yang mempunyai tahap pendidikan Universiti dengan bilangan
56

responden seramai 34 orang atau 14.8% dan seramai 27 orang atau 11.7% pada
peringkat Kolej / Maktab / Politeknik. Seramai 24 orang atau 10.4% pada
peringkat Sekolah Rendah.

4.2.10 Tahap Pendidikan Ibu

Jadual 4.10 : Taburaran Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Tahap


Pendidikan Ibu
Pernyataan Kekerapan Peratus
Universiti 22 9.6
Kolej / Maktab / Politeknik 13 5.7
SekolahMenengah 159 69.1
Sekolah Rendah 32 13.9
Sekolah Agama sahaja 4 1.7
Jumlah 230 100.0

Jadual 4.10 menunjukkan kekerapan dan peratusan responden mengikut


tahap pendidikan ibu. Majoriti ibu responden mempunyai tahap pendidikan
Sekolah Menengah iaitu seramai 159 orang atau 69.1%. Ini diikuti dengan ibu
responden yang mempunyai tahap pendidikan sekolah rendah sahaja dengan
bilangan responden seramai 32 orang atau 13.9% dan seramai 22 orang atau 9.6%
pada peringkat Universiti. Manakala seramai 13 orang atau 5.7% pada peringkat
Kolej / Maktab / Politeknik. Seramai 4 orang atau 1.7% pada peringkat Sekolah
Agama sahaja.
57

4.3 Salah Laku Pelajar

4.3.1 Jenis Salah Laku Pelajar

Jadual 4.11 : Taburan Responden Mengikut Jenis Salah Laku


No Jenis Salah Laku Pelajar Respon / N = 230 Jumlah
Ya Tidak
1 Ponteng kelas 61.30% 38.70% 100.00%
2 Datang lewat 59.60% 40.40% 100.00%
3 Ponteng Sekolah 47.80% 52.20% 100.00%
4 Melawan guru 42.60% 57.40% 100.00%
5 Melepak di kawasan sekolah 31.70% 68.30% 100.00%
6 Balik awal 29.10% 70.90% 100.00%
7 Merokok / Menagih dadah 22.20% 77.80% 100.00%
8 Bergaduh sesama kaum 21.70% 78.30% 100.00%
9 Bergaduh antara kaum 21.30% 78.70% 100.00%
10 Melepak di pusat membeli belah 20.40% 79.60% 100.00%
11 Merosakkan harta sekolah 14.80% 85.20% 100.00%
12 Terlibat dalam gangsterisme 6.50% 93.50% 100.00%
13 Merosakkan harta guru 3.90% 96.10% 100.00%
Purata 29.5% 70.5% 100.0%

Jadual 4.11 menunjukkan taburan peratusan responden mengikut jenis


salah laku. Di antara salah laku yang dominan ialah sebanyak 61.30% responden
yang pernah ponteng kelas, sebanyak 59.60% pelajar yang datang lewat.
Manakala sebanyak 47.80% responden yang ponteng sekolah dan 42.60% adalah
responden yang terlibat dengan salah laku melawan guru.
58

Peratusan yang terendah pula iaitu sebanyak 3.90% bagi salah laku
merosakkan harta guru, sebanyak 6.50% responden yang terlibat dengan
gangsterisme dan sebanyak 14.80% bagi salah laku merosakkan harta sekolah.
Secara keseluruhannya menunjukkan bahwa jenis salah laku yang paling tinggi
dilakuukan responden adalah salah laku ponteng kelas manakala jenis salah laku
yang terendah pula iaitu salah laku merosakkan harta guru.

4.3.2 Kekerapan Salah Laku Pelajar

Jadual 4.12 : Taburan Responden Mengikut Kekerapan Salah Laku


No Jenis Salah Laku Pelajar Kekerapan Salah Laku / N = 230
1 kali 2 kali 3 kali 4 kali Lebih
5 kali
1 Ponteng kelas 4.3% 1.3% 6.1% 19.6% 68.7%
2 Ponteng Sekolah 10.0% 19.6% 39.1% 24.3% 7.0%
3 Merokok / Menagih dadah 27.8% 21.3% 30.9% 11.7% 8.3%
4 Datang lewat 7.8% 13.5% 15.7% 34.3% 28.7%
5 Balik awal 47.0% 17.4% 13.0% 9.1% 13.5%
6 Terlibat dalam gangsterisme 3.0% 8.7% 11.3% 32.6% 44.3%
7 Bergaduh sesama kaum 7.4% 7.4% 15.7% 35.2% 34.3%
8 Bergaduh antara kaum 33.0% 28.3% 17.8% 13.5% 7.4%
9 Merosakkan harta sekolah 33.9% 23.5% 19.1% 16.5% 7.0%
10 Merosakkan harta guru 39.6% 24.3% 12.6% 11.7% 11.7%
11 Melawan guru 33.5% 29.6% 15.2% 10.4% 11.3%
12 Melepak di kawasan sekolah 3.5% 13.9% 16.1% 34.3% 32.2%
13 Melepak di pusat membeli belah 19.1% 23.0% 27.8% 20.4% 9.6%
Purata 20.8% 17.8% 18.5% 21.0% 21.8%
59

Jadual 4.12 menunjukkan taburan peratusan responden mengikut


Kekerapan Salah Laku. Di antara kekerapan salah laku yang dominan ialah
sebanyak 68.7% pelajar pernah ponteng kelas lebih daripada 5 kali, diikuti
sebanyak 44.3% pelajar terlibat dalam gangsterisme, sebanyak 34.3% pula pelajar
yang bergaduh sesama kaum. Manakala sebanyak 32.2% pelajar yang melepak di
kawasan sekolah mempunyai kekerapan salah laku lebih 5 kali dan sebanyak
28.7% pelajar datang lewat ke sekolah juga lebih dari 5 kali. Secara
keseluruhannya, majoriti pelajar yang mempunyai kekerapan salah laku yang
paling tinggi iaitu lebih 5 kali bagi salah laku ponteng kelas.
60

4.4 Analisis Diskriptif Punca Salah Laku Pelajar

4.4.1 Punca Salah Laku Pelajar Dari Segi Faktor Sikap Ibu Bapa

Jadual 4.13 : Taburan responden mengikut peratusan, min dan sisihan piawai bagi
Punca Salah Laku Pelajar Dari Segi Faktor Sikap Ibu Bapa
No Pernyataan Skala / N = 230 Min SP
STS TS KS S SS
1 Ibu bapa saya 4.3% 1.3% 6.1% 19.6% 68.7% 4.47 0.99
menyayangi saya
2 Ibu bapa saya selalu 10.0% 19.6% 39.1% 24.3% 7.0% 2.99 1.06
marah saya
3 Ibu bapa saya tidak 27.8% 21.3% 30.9% 11.7% 8.3% 2.51 1.24
menghargai pendapat
saya
4 Saya suka berkongsi 7.8% 13.5% 15.7% 34.3% 28.7% 3.63 1.25
pendapat dengan ibu
bapa
5 Saya rasa tidak bahagia 47.0% 17.4% 13.0% 9.1% 13.5% 2.25 1.46
dalam keluarga saya
6 Saya diberi pujian 3.0% 8.7% 11.3% 32.6% 44.3% 4.07 1.09
apabila mendapat
markah tinggi
7 Ibu bapa saya membantu 7.4% 7.4% 15.7% 35.2% 34.3% 3.82 1.20
saya dalam pelajaran
8 Saya takut bertanyakan 33.0% 28.3% 17.8% 13.5% 7.4% 2.34 1.27
ibu bapa saya kerana
mereka sangat garang
9 Ibu bapa saya tidak suka 33.9% 23.5% 19.1% 16.5% 7.0% 2.39 1.29
akan rakan-rakan saya
10 Saya tidak suka rakan 39.6% 24.3% 12.6% 11.7% 11.7% 2.32 1.40
saya datang ke rumah
saya kerana ibu bapa
akan marah
Purata 3.08 1.23

Jadual 4.13 menunjukkan taburan kekerapan, peratusan, min dan sisihan


piawai bagi punca salah laku pelajar dari segi faktor sikap ibu bapa. Bagi
pernyataan “Ibu bapa saya menyayangi saya” ia mempunyai nilai min 4.52 dan
sihan piawai 0.99, sebanyak 68.7% responden sangat bersetuju. Manakala
sebanyak 19.6% responden bersetuju dengan pernyataan tersebut. Manakala
61

sebanyak 6.1% kurang setuju, seramai 4.3% sangat tidak setuju dan sebanyak 1.3
responden tidak setuju. Ringkasnya kebanyakan responden menerima dengan
positif pernyataan ini.

Kemudian bagi pernyataan “saya diberi pujian apabila mendapat markah


tinggi” pula, ia mempunyai nilai min 4.07 dan sisihan piawai 1.09. Pernyataan ini
mendapat respon sangat setuju sebanyak 44.3% dan respon setuju sebanyak
32.6%. manakala sebanyak 11.3% kurang setuju, diikuti sebanyak 8.7% tidak
setuju dan sebanyak 3.0% sangat tidak setuju. Jelas bahawa pernyataan ini juga
mendapat respon yang positif daripada responden.

Untuk pernyataan “Ibu bapa saya membantu saya dalam pelajaran” pula ia
mendapat nilai min 3.82 dan sisihan piawai 1.20dengan respon yang pelbagai
iaitu respon setuju sebanyak 35.2% responden, respon sangat setuju sebanyak
34.3%, respon kurang setuju sebanyak 15.7%, respon tidak setuju dan sangat
tidak setuju iaitu masing-masing sebanyak 7.4%. Manakala pernyataan “Saya
suka berkongsi pendapat dengan ibu bapa.”, mempunyai nilai min 3.63 dan
sisihan piawai 1.25. Pernyataan ini juga mendapat responden positif iaitu setuju
sebanyak 34.3% dan responden yang berpendapat sangat setuju sebanyak 28.7%.
bagi responden yang berpendapat kurang setuju sebanyak 13.5% dan responden
yang berpendapat sangat tidak setuju sebanyak 7.8 % dengan pernyataan ini.

Manakala bagi pernyataan “Ibu bapa saya selalu marah saya” pula,
majoriti responden (39.1%) kurang bersetuju dengan pernyataan ini. Manakala
sebanyak 24.3% setuju dengan pernyataan ini. Sebanyak 19.6% responden yang
tidak setuju dan sebanyak 10.0% sangat tidak setuju. Hanya 7.0% yang sangat
setuju dengan nilai min sebanyak 2.99 dan sisihan piawai 1.06.
62

“Ibu bapa saya tidak menghargai pendapat saya” merupakan pernyataan


seterusnya dengan nilai min 2.51 dan sisihan piawai 1.24. Pernyataan ini lebih
banyak mendapat respon kurang positif iaitu sebanyak 30.9% responden kurang
setuju. Diikuti 27.8% responden yang sangat tidak setuju, dan 21.3% responden
yang tidak setuju. Sebanyak 11.7% setuju dan hanya 8.3% responden yang sangat
setuju dengan pernyataan ini.

Seterusnya adalah pernyataan “Ibu bapa saya tidak suka akan rakan-rakan
saya.” Mempunyai nilai min 2.39 dan sisihan piawai 1.29. Lebih ramai responden
yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini iaitu sebanyak 33.9%. Manakala
sebanyak 23.5% responden tidak setuju dengan pernyataan ini. Terdapat pula
responden yang kurang setuju iaitu 19.1%. Responden yang setuju dengan
pernyataan ini adalah sebanyak 16.5% sebanyak 7.0% responden yang sangat
setuju.

“Saya takut bertanyakan ibu bapa saya kerana mereka sangat garang”
merupakan pernyataan dengan nilai min 2.34 dan sisihan piawai 1.27. Bilangan
responden yang sangat tidak bersetuju adalah 33.0%. Manakala jumlah responden
yang tidak setuju dengan pernyataan ini adalah 28.3% sahaja. Terdapat responden
yang kurang setuju iaitu 17.8% diikuti dengan responden yang berpendapat setuju
13.5% dan responden sangat setuju sebanyak 7.4% dengan pernyataan ini.

Pernyataan seterusnya adalah “Saya tidak suka rakan saya datang ke


rumah saya kerana ibu bapa akan marah” Iaitu pernyataan yang mempunyai nilai
min 2.32 dan sisihan piawai 1.40. majoriti mendapat respon yang sangat tidak
setuju dengan 39.0%), bagi responden yang tidak setuju sebanyak 24.3%, respon
kurang setuju daripada responden sebanyak 12.6%. Manakala respon setuju dan
sangat setuju pula mempunyai peratusan yang sama iaitu 11.7% responden yang
sangat tidak setuju dengan pernyataan ini.
63

Pernyataan terakhir adalah “Saya rasa tidak bahagia dalam keluarga saya”
dengan nilai min 2.25 dan sisihan piawai 1.46. Sebanyak 47.0% responden yang
sangat tidak setuju. Manakala sebanyak 17.4% yang tidak setuju dengan
pernyataan tersebut. Sebanyak 13.5% responden pula sangat setuju. Terdapat
responden yang kurang setuju dengan pernyataan ini iaitu 13.0%. Hanya 9.1%
responden yang setuju dengan pernyataan ini. Secara keseluruhannya nilai purata
min bagi punca salah laku pelajar dari segi faktor sikap ibu bapa mendapati
kesemua pernyataan yang diterangkan adalah 3.08 dan sisihan piawai ialah 1.23.
64

4.4.2 Punca Salah Laku Pelajar Dari Segi Faktor Rakan Sebaya

Jadual 4.14 : Taburan responden mengikut peratusan, min dan sisihan piawai bagi
Punca Salah Laku Pelajar Dari Segi Faktor Rakan Sebaya
No Pernyataan Skala / N = 230 Min SP
STS TS KS S SS
1 Saya tidak mempunyai 33.5% 29.6% 15.2% 10.4% 11.3% 2.37 1.34
ramai kawan
2 Saya suka berbincang 3.5% 13.9% 16.1% 34.3% 32.2% 3.78 1.14
masa depan saya
bersama rakan-rakan
3 Saya tidak suka mengadu 19.1% 23.0% 27.8% 20.4% 9.6% 2.78 1.24
masalah saya kepada
rakan saya
4 Rakan saya memahami 20.0% 22.2% 26.5% 19.6% 11.7% 2.81 1.29
masalah saya daripada
ibu bapa saya
5 Saya selalu berkongsi 7.4% 14.8% 16.5% 39.6% 21.7% 3.53 1.20
pendapat dengan rakan
tentang masalah yang
dihadapi
6 Saya jarang bertanyakan 17.0% 26.1% 33.0% 18.7% 5.2% 2.69 1.12
rakan saya tentang
pendapatnya apabila
membuat sesuatu
7 Saya pergi ke sekolah 28.7% 18.3% 22.2% 16.5% 14.3% 2.70 1.41
kerana ingin bersama
rakan
8 Rakan-rakan saya tidak 34.8% 20.4% 23.9% 13.9% 7.0% 2.38 1.28
banyak membantu saya
apabila saya menghadapi
masalah
9 Masa lapang saya 25.7% 23.9% 22.2% 19.1% 9.1% 2.62 1.30
dihabiskan bersama
rakan saya
10 Saya melakukan salah 38.7% 19.6% 19.6% 16.1% 6.1% 2.31 1.30
laku kerana desakan
rakan saya
11 Saya tidak mudah 15.7% 16.5% 21.3% 19.6% 27.0% 3.26 1.42
terpengaruh dengan
desakan rakan saya
Purata 2.84 1.28
65

Jadual 4.14 menunjukkan taburan kekerapan, peratusan, min dan sisihan


piawai bagi punca salah laku pelajar dari segi faktor rakan sebaya. Bagi
pernyataan “Saya suka berbincang masa depan saya bersama rakan-rakan” ia
mempunyai nilai min 3.78 dan sihan piawai 1.14, sebanyak 34.3% responden
bersetuju. Manakala sebanyak 32.2% responden sangat bersetuju dengan
pernyataan tersebut. Manakala sebanyak 16.1% kurang setuju, seramai 13.9%
tidak setuju dan sebanyak 3.5% responden sangat tidak setuju. Ringkasnya
kebanyakan responden menerima dengan positif pernyataan ini.

Kemudian bagi pernyataan “Saya selalu berkongsi pendapat dengan rakan


tentang masalah yang dihadapi” pula, ia mempunyai nilai min 3.53 dan sisihan
piawai 1.20. Pernyataan ini mendapat respon setuju sebanyak 39.6% dan respon
sangat setuju sebanyak 21.7%. manakala sebanyak 16.5% kurang setuju, diikuti
sebanyak 14.8% tidak setuju dan sebanyak 7.4% sangat tidak setuju. Jelas bahawa
pernyataan ini juga mendapat respon yang positif daripada responden.

Untuk pernyataan “Saya tidak mudah terpengaruh dengan desakan rakan


saya” pula ia mendapat nilai min 3.26 dan sisihan piawai 1.42 dengan respon
yang pelbagai iaitu respon sangat setuju sebanyak 27.0% responden, respon
kurang setuju sebanyak 21.3%, respon setuju sebanyak 19.6%, respon tidak setuju
sebanyak 16.5 dan sangat tidak setuju iaitu sebanyak 15.7%. Manakala
pernyataan “Rakan saya memahami masalah saya daripada ibu bapa saya.”,
mempunyai nilai min 2.81 dan sisihan piawai 1.29. Pernyataan ini juga mendapat
responden kurang setuju sebanyak 26.5% dan responden yang berpendapat tidak
setuju sebanyak 22.2%. Bagi responden yang berpendapat sangat tidak setuju
sebanyak 20.0% dan responden yang berpendapat setuju sebanyak 19.6 %
manakala responden sangat setuju ialah 11.7% dengan pernyataan ini.
66

Bagi penyataan “Saya tidak suka mengadu masalah saya kepada rakan
saya” merupakan pernyataan seterusnya dengan nilai min 2.78 dan sisihan piawai
1.24. Pernyataan ini lebih banyak mendapat respon kurang positif iaitu sebanyak
27.8% responden kurang setuju. Diikuti 23.0% responden yang tidak setuju, dan
20.4% responden yang setuju. Sebanyak 19.1% sangat tidak setuju dan hanya
9.6% responden yang sangat setuju dengan pernyataan ini.

Seterusnya adalah pernyataan “Saya pergi ke sekolah kerana ingin


bersama rakan” Mempunyai nilai min 2.70 dan sisihan piawai 1.41. Lebih ramai
responden yang sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini iaitu sebanyak
28.7%. Manakala sebanyak 22.2% responden kurang setuju dengan pernyataan
ini. Terdapat pula responden yang tidak setuju iaitu 18.3%. Responden yang
setuju dengan pernyataan ini adalah sebanyak 16.5%, sebanyak 14.3% responden
yang sangat setuju.

“Saya jarang bertanyakan rakan saya tentang pendapatnya apabila


membuat sesuatu” merupakan pernyataan dengan nilai min 2.69 dan sisihan
piawai 1.12. Bilangan responden yang kurang bersetuju adalah 33.0%. Manakala
jumlah responden yang tidak setuju dengan pernyataan ini adalah 26.1%.
Terdapat responden yang setuju iaitu 18.7% diikuti dengan responden yang
berpendapat sangat tidak setuju 17.0% dan responden sangat setuju sebanyak
5.2% dengan pernyataan ini.

Pernyataan seterusnya adalah “Masa lapang saya dihabiskan bersama


rakan saya” Iaitu pernyataan yang mempunyai nilai min 2.62 dan sisihan piawai
1.30. majoriti mendapat respon yang sangat tidak setuju dengan 25.7%, bagi
responden yang tidak setuju sebanyak 23.9%, respon kurang setuju daripada
responden sebanyak 22.2%. Manakala respon setuju sebanyak 19.1% dan sangat
setuju pula mempunyai peratusan iaitu 9.1% responden.
67

Pernyataan terakhir adalah “Rakan-rakan saya tidak banyak membantu


saya apabila saya menghadapi masalah” dengan nilai min 2.38 dan sisihan piawai
1.28. Sebanyak 34.8% responden yang sangat tidak setuju. Manakala sebanyak
23.9% yang kurang setuju dengan pernyataan tersebut. Sebanyak 20.4%
responden pula tidak setuju. Terdapat responden yang setuju dengan pernyataan
ini iaitu 13.9%. Hanya 7.0% responden yang sangat setuju dengan pernyataan ini.
Manakala bagi pernyataan “Saya tidak mempunyai ramai kawan” pula, majoriti
responden (33.5%) sanat tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Manakala
sebanyak 29.6% tidak setuju dengan pernyataan ini. Sebanyak 15.2% responden
yang kurang setuju dan sebanyak 11.3% sangat setuju. Hanya 10.4% yang setuju
dengan nilai min sebanyak 2.37 dan sisihan piawai 1.34.

Manakala bagi pernyataan “Saya melakukan salah laku kerana desakan


rakan saya” pula, majoriti responden (38.7%) sangat tidak bersetuju dengan
pernyataan ini. Manakala sebanyak 19.6% masing-masing tidak setuju dan kurang
setuju dengan pernyataan ini. Sebanyak 16.1% responden yang setuju dan
sebanyak 6.1% sangat setuju dengan nilai min sebanyak 2.31 dan sisihan piawai
1.30.

Secara keseluruhannya nilai purata min bagi punca salah laku pelajar dari
segi faktor rakan sebaya mendapati kesemua pernyataan yang diterangkan adalah
2.84 dan sisihan piawai ialah 1.28.
68

4.4.3 Punca Salah Laku Pelajar Dari Segi Faktor Iklim Sekolah dan Sikap
Guru

Jadual 4.15 : Taburan responden mengikut peratusan, min dan sisihan piawai bagi
Punca Salah Laku Pelajar Dari Segi Faktor Iklim Sekolah dan
Sikap Guru
No Pernyataan Skala / N = 230 Min SP
STS TS KS S SS
1 Peraturan di sekolah ini 16.1% 17.0% 30.0% 22.6% 14.3% 3.02 1.27
terlalu ketat bagi saya
2 Suasana pembelajaran di 23.0% 22.2% 26.1% 16.5% 12.2% 2.73 1.31
dalam kelas tidak
menarik dan
membosankan
3 Guru disiplin selalu 30.9% 16.1% 24.3% 16.1% 12.6% 2.63 1.39
mengambil tindakan di
luar batasan kuasanya
4 Guru tidak menjaga 27.0% 20.0% 28.7% 14.3% 10.0% 2.60 1.29
perasaan saya apabila
membuat dendaan
terhadap saya di kelas
5 Saya berasa tertekan 21.7% 24.8% 19.6% 28.7% 5.2% 2.71 1.24
apabila berdepan guru
6 Guru saya memberi 19.6% 21.7% 32.6% 19.1% 7.0% 2.72 1.18
latihan kerja yang terlalu
susah
7 Saya berasa bimbang 9.6% 11.3% 21.3% 35.2% 22.6% 3.50 1.23
apabila tidak menyiapkan
kerja-kerja sekolah
8 Guru mengambil 30.4% 20.9% 21.3% 14.8% 12.6% 2.58 1.38
tindakan walaupun saya
tidak melakukan
kesalahan
9 Guru saya seorang yang 35.2% 21.3% 23.9% 10.9% 8.7% 2.37 1.30
bengis, garang dan tidak
penyayang
10 Guru kerap tidak 29.6% 23.5% 26.5% 9.1% 11.3% 2.49 1.31
memasuki kelas
11 Saya tidak di beri 23.5% 14.8% 29.1% 14.3% 18.3% 2.89 1.40
peluang untuk meluahkan
Isi hati kepada pentadbir
Purata 2.75 1.30
69

Jadual 4.15 menunjukkan taburan kekerapan, peratusan, min dan sisihan


piawai bagi punca salah laku pelajar dari segi faktor rakan sebaya. Bagi
pernyataan “Saya berasa bimbang apabila tidak menyiapkan kerja-kerja sekolah”
ia mempunyai nilai min 3.50 dan sisihan piawai 1.23, sebanyak 35.2% responden
bersetuju. Manakala sebanyak 22.6% responden sangat bersetuju dengan
pernyataan tersebut. Manakala sebanyak 21.3% kurang setuju, seramai 11.3%
tidak setuju dan sebanyak 9.6% responden sangat tidak setuju. Ringkasnya
kebanyakan responden menerima dengan positif pernyataan ini.

Kemudian bagi pernyataan “Peraturan di sekolah ini terlalu ketat bagi


saya” pula, ia mempunyai nilai min 3.02 dan sisihan piawai 1.27. Pernyataan ini
mendapat respon kurang setuju sebanyak 30.0% dan respon setuju sebanyak
22.6%. Manakala sebanyak 17.0% tidak setuju, diikuti sebanyak 16.1% sangat
tidak setuju dan sebanyak 14.3% sangat setuju. Jelas bahawa pernyataan ini juga
mendapat respon yang kurang positif daripada responden.

Untuk pernyataan “Saya tidak di beri peluang untuk meluahkan Isi hati
kepada pentadbir” pula ia mendapat nilai min 2.89 dan sisihan piawai 1.40 dengan
respon yang pelbagai iaitu respon kurang setuju sebanyak 29.1% responden,
respon sangat tidak setuju sebanyak 23.5%, respon sangat setuju sebanyak 18.3%,
respon tidak setuju sebanyak 14.8% dan pendapat setuju iaitu sebanyak 14.3%.
Manakala pernyataan “Suasana pembelajaran di dalam kelas tidak menarik dan
membosankan.”, mempunyai nilai min 2.73 dan sisihan piawai 1.31. Pernyataan
ini juga mendapat responden kurang setuju sebanyak 26.1% dan responden yang
berpendapat sangat tidak setuju sebanyak 23.0%. Bagi responden yang
berpendapat tidak setuju sebanyak 22.2% dan responden yang berpendapat setuju
sebanyak 16.5% manakala responden sangat setuju ialah 12.2% dengan
pernyataan ini.
70

Seterusnya adalah pernyataan “Guru saya memberi latihan kerja yang


terlalu susah” Mempunyai nilai min 2.72 dan sisihan piawai 1.18. Lebih ramai
responden yang kurang bersetuju dengan pernyataan ini iaitu sebanyak 32.6%.
Manakala sebanyak 21.7% responden tidak setuju dengan pernyataan ini.
Terdapat pula responden yang sangat tidak setuju dan setuju mempunyai
peratuusan yang sama iaitu 19.1%. Responden yang sangat setuju dengan
pernyataan ini adalah sebanyak 7.0%.

Bagi penyataan “Saya berasa tertekan apabila berdepan guru” merupakan


pernyataan seterusnya dengan nilai min 2.71 dan sisihan piawai 1.24. Pernyataan
ini lebih banyak mendapat respon kurang positif iaitu sebanyak 28.7% responden
setuju. Diikuti 24.8% responden yang tidak setuju, dan 21.7% responden yang
sangat tidak setuju. Sebanyak 19.6% kurang setuju dan hanya 5.2% responden
yang sangat setuju dengan pernyataan ini.

“Guru disiplin selalu mengambil tindakan di luar batasan kuasanya”


merupakan pernyataan dengan nilai min 2.63 dan sisihan piawai 1.39. Bilangan
responden yang sangat tidak bersetuju adalah 30.9%. Manakala jumlah responden
yang kurang setuju dengan pernyataan ini adalah 24.3%. Terdapat responden yang
setuju dan tidak setuju masing-masing mempunyai peratusan yang sama iaitu
16.1% diikuti dengan responden yang berpendapat sangat setuju 12.6% dan
responden sangat setuju dengan pernyataan ini.

Pernyataan seterusnya adalah “Guru tidak menjaga perasaan saya apabila


membuat dendaan terhadap saya di kelas” Iaitu pernyataan yang mempunyai nilai
min 2.60 dan sisihan piawai 1.29. Majoriti mendapat respon yang kurang setuju
dengan 28.7%, bagi responden yang sangat tidak setuju sebanyak 27.0%, respon
tidak setuju daripada responden sebanyak 20.0%. Manakala respon setuju
sebanyak 14.3% dan sangat setuju pula mempunyai peratusan iaitu 10.0%
responden.
71

Pernyataan terakhir adalah “Guru mengambil tindakan walaupun saya


tidak melakukan kesalahan” dengan nilai min 2.58 dan sisihan piawai 1.38.
Sebanyak 30.4% responden yang sangat tidak setuju. Manakala sebanyak 21.3%
yang kurang setuju dengan pernyataan tersebut. Sebanyak 20.9% responden pula
tidak setuju. Terdapat responden yang setuju dengan pernyataan ini iaitu 14.8%.
Hanya 12.6% responden yang sangat setuju dengan pernyataan ini.

Manakala bagi pernyataan “Guru kerap tidak memasuki kelas” pula,


majoriti responden (29.6%) sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini.
Manakala sebanyak 26.5% kurang setuju dan sebanyak 23.5% tidak setuju dengan
pernyataan ini. Sebanyak 11.3% responden yang sangat setuju dan sebanyak
9.1% setuju dengan nilai min sebanyak 2.49 dan sisihan piawai 1.31.

Manakala bagi pernyataan “Guru saya seorang yang bengis, garang dan
tidak penyayang” pula, majoriti responden (35.2%) sangat tidak bersetuju dengan
pernyataan ini. Manakala sebanyak 23.9% kurang setuju dengan pernyataan ini.
Sebanyak 21.3% responden yang tidak setuju dan sebanyak 10.9% setuju. Hanya
8.7% yang sangat setuju dengan nilai min sebanyak 2.37 dan sisihan piawai 1.30.

Secara keseluruhannya nilai purata min bagi punca salah laku pelajar dari
segi faktor rakan sebaya mendapati kesemua pernyataan yang diterangkan adalah
2.84 dan sisihan piawai ialah 1.28.
72

4.4.4. Analisis Tahap Punca Salah Laku Pelajar Dari Segi Faktor Sikap Ibu
Bapa, Rakan Sebaya dan Iklim Sekolah dan Sikap Guru

Jadual 4.16 : Taburan Tahap Punca Salah Laku Pelajar Dari Segi Faktor Sikap Ibu
Bapa, Rakan Sebaya dan Iklim Sekolah dan Sikap Guru
Faktor Tahap Jumlah
Rendah Sederhana Tinggi
1.00 – 2.33 2.34 – 3.67 3.68 – 5.00
Sikap Ibu Bapa 7 190 33 230
3.0% 82.6% 14.3% 100.0%
Rakan Sebaya 31 179 20 230
13.5% 77.8% 8.7% 100.0%
Iklim Sekolah dan Sikap 60 144 26 230
Guru 26.1% 62.6% 11.3% 100.0%

Jadual 4.16 menunjukkan taburan tahap punca salah laku pelajar dari segi
faktor sikap ibu bapa, rakan sebaya dan iklim sekolah dan sikap guru. Secara
keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa dari segi faktor sikap ibu bapa
menunjukkan majoriti responden berada pada tahap sederhana dengan peratusan
82.6%. manakala segi faktor rakan sebaya menunjukkan kebanyakan responden
berada pada tahap sederhana dengan peratusan 77.8% dan bagi faktor iklim
sekolah dan sikap guru pula menunjukkan keputusan yang sama iaitu berada pada
tahap sederhana dengan 62.6%.
73

4.5 Analisis Diskriptif Profil Personaliti Pelajar

4.5.1 Profil Personaliti Pelajar

Jadual 4.17 : Taburan Kecenderungan responden Mengikut Ujian Personaliti


Trait Kod Purata Skor/10
Asertif AS 5.66 56.6%
Analitikal AN 5.16 51.6%
Keterbukaan KT 5.75 57.5%
Keyakinan Diri KD 4.62 46.2%
Kepimpinan KP 4.18 41.8%
Jati Diri JD 5.24 52.4%
Prihatin PT 5.14 51.4%
Intelektual IT 5.38 53.8%
Pencapaian PN 5.07 50.7%
Integriti IG 4.66 46.6%
Ketidakselarasan KS 5.33 53.3%
N = 230

Berdasarkan Jadual 4.17 menunjukkan profil personality. Terdapat 11


profil personality dan tingkahlaku seseorang individu. Hasil kajian mendapati
56.6% responden yang lebih cenderung interpretasi (kanan)Asertif (AS). Ini
menunjukkan majoriti responden adalah seorang yang bersifat tegas, tidak mudah
mengalah, mengawal dan seorang yang agresif.

Bagi profil personaliti kedua pula, didapati sebanyak 51.6% responden


lebih cenderung kepada interpretasi (kanan) Analitikal (AN). Ini menunjukkan
bahawa majoriti responden adalah bersifat suka menganalisis dan suka kepada
aktiviti mental yang tinggi. Manakala dilihat daripada profil personaliti ketiga,
didapati sebanyak 57.5% responden yang lebih cenderung kepada interpretasi
74

(kanan) Keterbukaan (KT). Ini menunjukkan bahawa responden adalah seorang


yang mudah bergaul, selesa berinteraksi dan juga periang.

Bagi profil personaliti keempat pula, didapati sebanyak 46.2% responden


lebih cenderung kepada interpretasi (kiri) Keyakinan Diri (KD). Ini menunjukkan
bahawa majoriti responden adalah seorang yang tidak stabil emosi, tiada
keyakinan diri dan sering syak wasangka. Manakala dilihat daripada profil
personaliti kelima, didapati sebanyak 41.8% responden yang lebih cenderung
kepada interpretasi (kiri) Kepimpinan (KP). Ini menunjukkan bahawa responden
adalah seorang yang selesa dipimpin, sentiasa akur kepada kumpulan dan
kompromi.

Bagi profil personaliti keenam pula, didapati sebanyak 52.4% responden


lebih cenderung kepada interpretasi (kanan) Jati Diri (JD). Ini menunjukkan
bahawa majoriti responden adalah seorang yang mempunyai ketahanan diri yang
tinggi, berdikari dan bersungguh-sungguh. Manakala dilihat daripada profil
personaliti ketujuh, didapati sebanyak 51.4% responden yang lebih cenderung
kepada interpretasi (kanan) Prihatin (PT). Ini menunjukkan bahawa responden
adalah seorang yang berempati, seorang yang mesra dan baik hati.

Bagi profil personaliti kelapan pula, didapati sebanyak 53.8% responden


lebih cenderung kepada interpretasi (kanan) Intelektual (IT). Ini menunjukkan
bahawa majoriti responden adalah seorang yang tinggi keupayaan mental dan
seorang yang berwawasan. Manakala dilihat daripada profil personaliti
kesembilan pula, didapati sebanyak 50.7% responden yang lebih cenderung
kepada interpretasi (kanan) Pencapaian (PN). Ini menunjukkan bahawa responden
adalah seorang yang bercita-cita tinggi, bermotivasi dan dinamik.

Bagi profil personaliti kesepuluh pula, didapati sebanyak 46.6% responden lebih
cenderung kepada interpretasi (kiri) Integriti (IG). Ini menunjukkan bahawa
majoriti responden adalah bersifat rendah nilai integriti dalam diri dan kurang
75

tanggungjawab. Manakala dilihat daripada profil personaliti kesebelas, didapati


sebanyak 53.3% responden yang lebih cenderung kepada interpretasi (kanan)
Ketidakselarasan (KS). Ini menunjukkan bahawa responden adalah seorang yang
cuba mempamerkan keperibadian diri yang sempurna.

4.5.2 Perbezaan Yang Signifikan Antara Profil Personaliti Pelajar


Terhadap Salah Laku Pelajar (Ponteng Kelas Dan Sekolah,
Gangsterisme, Vandalisme, Budaya Melepak Dan Pergaduhan
Antara Pelajar) Berdasarkan Tahap Pendidikan Ibu Bapa

Jadual 4.18 : Analisis Anova Sehala Antara Profil Personaliti Pelajar Terhadap
Salah Laku Pelajar berdasarkan Pendidikan Bapa
Sum of Mean
df F Sig.
Squares Square
AZ Between Groups 11.81 3 3.93 1.08 0.35
Within Groups 823.09 226 3.64
Total 834.90 229
AN Between Groups 8.15 3 2.71 1.45 0.22
Within Groups 422.85 226 1.87
Total 430.99 229
KT Between Groups 7.51 3 2.50 0.64 0.59
Within Groups 884.32 226 3.91
Total 891.83 229
KD Between Groups 16.63 3 5.54 1.84 0.14
Within Groups 679.83 226 3.00
Total 696.46 229
KP Between Groups 6.12 3 2.04 0.82 0.48
Within Groups 556.73 226 2.46
Total 562.85 229
JD Between Groups 19.85 3 6.61 2.31 0.07
Within Groups 646.73 226 2.86
Total 666.58 229
(Bersambung ……
76

………sambungan)
PT Between Groups 5.45 3 1.81 1.17 0.31
Within Groups 348.51 226 1.54
Total 353.96 229
IT Between Groups 11.82 3 3.94 1.15 0.32
Within Groups 769.86 226 3.40
Total 781.68 229
PN Between Groups 14.34 3 4.77 1.23 0.299
Within Groups 876.89 226 3.880
Total 891.23 229
IG Between Groups .89 3 .298 0.10 0.95
Within Groups 651.475 226 2.88
Total 652.370 229
KS Between Groups 60.139 3 20.04 5.87 0.00
Within Groups 771.472 226 3.41
Total 831.611 229

Jadual 4.19 : Profil Personaliti Pelajar Terhadap Salah Laku Pelajar berdasarkan
Pendidikan Bapa
Ketidakselarasan / KS
N Mean Std. Deviation
Universiti 34 6.49 1.76
Kolej / Maktab / 27 4.69 2.15
Politeknik
Sekolah Menengah 145 5.22 1.81
Sekolah Rendah 24 5.05 1.82
230 5.33 1.91
77

Jadual 4.20 : Analisis Anova Sehala Antara Profil Personaliti Pelajar Terhadap
Salah Laku Pelajar berdasarkan Pendidikan Ibu
Sum of Mean
df F Sig.
Squares Square
AZ Between Groups 8.17 4 2.04 0.55 0.69
Within Groups 826.72 225 3.67
Total 834.90 229
AN Between Groups 9.71 4 2.43 1.29 0.27
Within Groups 421.27 225 1.87
Total 430.99 229
KT Between Groups 19.75 4 4.93 1.27 0.28
Within Groups 872.07 225 3.87
Total 891.83 229
KD Between Groups 33.01 4 8.25 2.79 0.02
Within Groups 663.44 225 2.94
Total 696.45 229
KP Between Groups 6.42 4 1.60 0.64 0.62
Within Groups 556.43 225 2.47
Total 562.85 229
JD Between Groups 14.38 4 3.59 1.24 0.29
Within Groups 652.20 225 2.89
Total 666.58 229
PT Between Groups 11.44 4 2.86 1.87 0.11
Within Groups 342.52 225 1.52
Total 353.96 229
IT Between Groups 7.57 4 1.89 0.55 0.69
Within Groups 774.09 225 3.44
Total 781.67 229
PN Between Groups 20.51 4 5.13 1.32 0.26
Within Groups 870.71 225 3.87
Total 891.23 229
IG Between Groups 4.12 4 1.03 0.35 0.83
Within Groups 648.24 225 2.88
Total 652.37 229
KS Between Groups 35.98 4 8.99 2.54 0.04
Within Groups 795.63 225 3.53
Total 831.61 229
78

Jadual 4.21 : Profil Personaliti Pelajar Terhadap Salah Laku Pelajar berdasarkan
Pendidikan Ibu
Ketidakselarasan / KS
N Mean Std. Deviation
Universiti 22 6.50 2.02
Kolej / Maktab / 13 4.77 1.43
Politeknik
SekolahMenengah 159 5.23 1.95
Sekolah Rendah 32 5.28 1.64
Sekolah Agama sahaja 4 5.25 .29
Total 230 5.33 1.91
Keyakinan Diri / KD
Universiti 22 5.65 1.60
Kolej / Maktab / 13 4.84 1.28
Politeknik
SekolahMenengah 159 4.41 1.66
Sekolah Rendah 32 4.89 2.17
Sekolah Agama sahaja 4 4.55 1.44
Total 230 4.62 1.74
79

Jadual 4.22 : Analisis Anova Sehala Antara profil personaliti pelajar terhadap
salah laku pelajar (ponteng kelas dan sekolah, gangsterisme, vandalisme, budaya
melepak dan pergaduhan antara pelajar) berdasarkan demografi bangsa
Sum of Mean
df F Sig.
Squares Square
AZ Between Groups 14.77 3 4.92 1.35 0.25
Within Groups 820.12 226 3.62
Total 834.90 229
AN Between Groups 10.27 3 3.42 1.83 0.14
Within Groups 420.72 226 1.86
Total 430.99 229
KT Between Groups 21.13 3 7.04 1.82 0.14
Within Groups 870.69 226 3.85
Total 891.83 229
KD Between Groups 16.92 3 5.64 1.87 0.13
Within Groups 679.53 226 3.00
Total 696.45 229
KP Between Groups 0.67 3 0.22 0.09 0.96
Within Groups 562.17 226 2.48
Total 562.85 229
JD Between Groups 2.16 3 0.72 0.24 0.86
Within Groups 664.42 226 2.94
Total 666.58 229
PT Between Groups 2.69 3 0.89 0.57 0.63
Within Groups 351.26 226 1.55
Total 353.96 229
IT Between Groups 24.00 3 8.00 2.38 0.07
Within Groups 757.67 226 3.35
Total 781.67 229
PN Between Groups 2.46 3 0.82 0.20 0.89
Within Groups 888.76 226 3.93
Total 891.23 229
IG Between Groups 24.52 3 8.17 2.94 0.56
Within Groups 627.84 226 2.77
Total 652.37 229
KS Between Groups 6.622 3 2.20 0.60 0.61
Within Groups 824.98 226 3.65
Total 831.61 229
80

4.5.3 Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh
Sikap Ibu Bapa Dengan Profil Personaliti Pelajar

Jadual 4.23 : Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh
Sikap Ibu Bapa Dengan Profil Personaliti Pelajar
Trait Kod Pekali Kolerasi Aras Signifikan
Pearson
Asertif AS -0.08 0.22
Analitikal AN -0.06 0.34
Keterbukaan KT -0.04 0.55
Keyakinan Diri KD -0.12 0.27
Kepimpinan KP -0.01 0.15
Jati Diri JD 0.01 0.98
Prihatin PT 0.01 0.90
Intelektual IT -0.06 0.38
Pencapaian PN 0.07 0.30
Integriti IG 0.03 029
Ketidakselarasan KS -0.03 0.07
81

4.5.4 Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh
Rakan Sebaya Dengan Profil Personaliti Pelajar

Jadual 4.24 : Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi
Oleh Rakan Sebaya Dengan Profil Personaliti Pelajar
Trait Kod Pekali Kolerasi Aras Signifikan
Pearson
Asertif AS 0.15* 0.01
Analitikal AN 0.08 0.21
Keterbukaan KT 0.03 0.67
Keyakinan Diri KD 0.73 0.27
Kepimpinan KP 0.09 0.14
Jati Diri JD 0.19** 0.00
Prihatin PT 0.67 0.32
Intelektual IT 0.02 0.66
Pencapaian PN 0.01 0.99
Integriti IG -0.06 0.32
Ketidakselarasan KS 0.98 0.14

Berdasarkan Jadual 4.24 di atas, secara keseluruhan menunjukkan tidak


terdapat hubungan yang signifikan antara Punca salah laku pelajar yang
dipengaruhi oleh rakan sebaya dengan profil personaliti pelajar. Walau
bagaimanapun terdapat hanya dua trait profil personaliti yang mempunyai
hubungan signifikan dengan punca salah laku pelajar yang dipengaruhi oleh rakan
sebaya iaitu Trait Asertif (aras Signifikan 0.01) dan Trait Jati Diri (aras signifikan
0.00).
82

4.5.5 Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh
Iklim Sekoah Dengan Profil Personaliti Pelajar

Jadual 4.25 : Hubungan Antara Punca Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh
Iklim Sekoah Dengan Profil Personaliti Pelajar
Tred Kod Pekali Kolerasi Aras Signifikan
Pearson
Asertif AS 0.05 0.46
Analitikal AN 0.08 0.25
Keterbukaan KT -0.01 0.90
Keyakinan Diri KD -0.02 0.75
Kepimpinan KP -0.03 0.69
Jati Diri JD -0.08 0.22
Prihatin PT -0.07 0.32
Intelektual IT -0.12 0.36
Pencapaian PN -0.05 0.41
Integriti IG -0.09 0.14
Ketidakselarasan KS -0.08 0.22

Jadual 4.23, 4.24, 4.25 menunjukkan hubungan kolerasi di antara Punca


Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh Sikap Ibu Bapa , Rakan Sebaya dan
Iklim Sekoah Dengan Profil Personaliti Pelajar.

Menurut Alias Baba 1992 (dalam Syed Syafiq, 1997) meletakan anggaran
kekuatan perhubungan antara dua pembolehubah. 0.00 hinggi 0.02 boleh di
abaikan, 0.21 hingga 0.40 dianggap hubungan rendah, 0.41 hingga 0.60 sebagai
hubungan sederhana, 0.61 hingga 0.80 sebagai hubungan yang tinggi dan 0.81
hingga 1.00 sebagai hubungan yang sangat tinggi.

Daripada dapatan yeng di perolehi secara keseluruhannya, boleh


dirumuskan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara Punca
Salah Laku Pelajar Yang Dipengaruhi Oleh Sikap Ibu Bapa , Rakan Sebaya dan
Iklim Sekoah Dengan Profil Personaliti Pelajar.
83

BAB 5

ULASAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan hasil kajian yang telah diperolehi dalam Bab 4
dan seterusnya membuat rumusan kepada keseluruhan hasil kajian ini serta
membuat cadangan-cadangan untuk organisasi kajian dan juga untuk kajian masa
depan.

Perbincangan akan tertumpu kepada dapatan kajian 5 untuk mengetahui


apakah punca salah laku pelajar di sekolah dan mengkaji sama ada wujudnya
perhubungan antara punca salah laku pelajar iaitu sikap ibu bapa, pengaruh rakan
sebaya dan iklim sekolah dengan profil personaliti pelajar. Kesemua data akan
dihuraikan secara ringkas dan tepat agar pengkaji yang lain akan dapat memahami
dan membuat interpretasi sendiri bagi melanjutkan kajian ini.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kesemua objektif kajian dapat


dipenuhi. Objektif kajian tersebut adalah seperti berikut:-
84

Untuk mengetahui sama ada wujudnya perbezaan yang signifikan antara


profil personaliti pelajar terhadap salah laku pelajar (ponteng kelas dan sekolah,
gangsterisme, vandalisme, budaya melepak dan pergaduhan antara pelajar)
berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa.

Untuk mengetahui sama ada wujudnya perbezaan yang signifikan antara


profil personaliti pelajar terhadap salah laku pelajar (ponteng kelas dan
sekolah, gangsterisme, vandalisme, budaya melepak dan pergaduhan antara
pelajar) berdasarkan demografi bangsa.

Untuk mengetahui sama ada wujudnya hubungan antara punca salah laku
pelajar yang dipengaruhi oleh sikap ibu bapa dengan profil personaliti pelajar.

Untuk mengetahui sama ada wujudnya hubungan antara punca salah laku
pelajar yang dipengaruhi oleh rakan sebaya dengan profil personaliti pelajar.

Untuk mengetahui sama ada wujudnya hubungan antara punca salah laku
pelajar yang dipengeruhi oleh iklim sekolah dengan profil personaliti pelajar.

5.2 Hipotesis Kajian yang diuji

Lima hipotesis nol yang diuji adalah seperti berikut:-

5.2.1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara profil personaliti pelajar
terhadap salah laku pelajar berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa.

5.2.2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara profil personaliti pelajar
terhadap salah laku pelajar berdasarkan demografi bangsa
85

5.2.3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara punca salah laku pelajar
yang dipengaruhi sikap ibu bapa dengan profil personaliti pelajar.

5.2.4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara punca salah laku pelajar
yang dipengaruhi rakan sebaya dengan profil personaliti pelajar.

5.2.5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara punca salah laku pelajar
yang dipengaruhi iklim sekolah dengan profil personaliti pelajar.

5.3 Keputusan Pengujian Hipotesis

5.3.1 Keputusan kajian perbandingan personaliti pelajar bedasarkan tahap


pendidikan ibu bapa

Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di


antara profil pelajar berdasarkan tahap pendidikan ibubapa. Walaubagaimanapun,
faktor ketidakselesaaan menunjukkan kecenderungan ke arah signifikan iaitu
dengan nilai 0.00 manakala aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05 (5%) bagi
tahap pendidikan bapa. Manakala bagi pendidikan ibu hanya ketidakselarasan dan
keyakinan diri yang menunjukkan aras yang signifikan iaiti 0.04 dan 0.02.
Daripada dapatan di atas, kita boleh menerima hipotesis nol 5.2.1 yang
menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara personaliti pelajar
berdasarkan tahap pendidikan ibubapa.
86

5.3.2 Keputusan kajian perbandingan personaliti pelajar berdasarkan


demografi bangsa

Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di


antara profil pelajar berdasarkan demografi bangsa. Nilai yang lebih tinggi
diperolehi dari aras signifikan yang ditetapkan. Oleh yang demikian hipotesis nol
5.2.2 boleh diterima.

5.3.3 Keputusan kajian perbandingan punca salah laku pelajar yang


dipengaruhi sikap ibu bapa dengan profil personaliti pelajar

Analisis ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di


antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi sikap ibu bapa dengan profil
pelajar. Dapatan menunjukkan kesemua nilai melebihi aras signifikan yang
ditetapkan iaitu 0.05. dengan ini, hipotesis nol 5.2.3 yang menyatakan tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara punca salah laku pelajar yang
dipengaruhi sikap ibu bapa dengan profil personaliti pelajar boleh diterima

5.3.4 Keputusan kajian perbandingan punca salah laku pelajar yang


dipengaruhi sikap rakan sebaya dengan profil personaliti pelajar

Analisis ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di


antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi rakan sebaya dengan profil
pelajar. Walaubagaimanapun faktor jati diri mempunyai perbezaan yang
signifikan iaitu 0.00 berbanding aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05 (5%).
Dengan ini, hipotesis nol 5.2.4 yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang
87

signifikan antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi rakan sebaya dengan
profil personaliti pelajar boleh diterima.

5.3.5 Keputusan kajian perbandingan punca salah laku pelajar yang


dipengaruhi iklim sekolah dengan profil personaliti pelajar

Analisis ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di


antara punca salah laku pelajar yang dipengaruhi iklim sekolah dengan profil
personaliti pelajar. Dapatan menunjukkan kesemua nilai melebihi aras signifikan
yang ditetapkan iaitu 0.05. dengan ini, hipotesis nol 5.2.5 yang menyatakan tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara punca salah laku pelajar yang
dipengaruhi iklim sekolah dengan profil personaliti pelajar boleh diterima.

5.4 Cadangan Tindakan

Terdapat pelbagai kaedah yang dicadangkan yang dapat digunakan bagi


mengatasi masalah salah laku pelajar. Antaranya adalah melalui keharmonian
keluarga kerana keharmonian keluarga dapat membentuk sahsiah peribadi atau
personaliti seseorang. Keadaan ini wujud apabila mereka dapat saling berkongsi
masalah antara ahli keluarga. Ibu bapa perlu memberi perhatian pada pelajaran
dan perkembangan sosial emosi anak-anak mereka. Dengan itu, mereka hidup
dalam kebahagiaan tanpa masalah keluarga. Seterusnya, mereka dapat tumpukan
perhatian terhadap pelajaran dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
88

Selain itu penerapan unsur-unsur agama kepada remaja juga perlu


ditekankan. Agama adalah alat pendidikan yang paling berkesan di samping alat
kawalan dalam memastikan pelajar tidak melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan norma, undang-undang dan ajaran agama itu sendiri.

Peranan guru-guru disiplin di sekolah juga perlu ditingkatkan. Mereka


sendiri perlu proaktif turun padang mengesan pelajar yang bermasalah untuk
diberi nasihat dan kaunseling bukannya sekadar menunggu di bilik kaunseling dan
menanti kes yang dirujuk kepada mereka semata-mata.

Pihak pentadbir sekolah juga perlu menilai semula program-program


pencegahan jenayah yang dilaksanakan di sekolah kerana pendekatan ceramah
tidak sesuai lagi. Hanya pelajar yang tidak bermasalah disiplin sahaja yang
sanggup mendengar ceramah. Jadi , kaedah bimbingan dan kaunseling perlu
sentiasa dikemas kini dalam menarik perhatian pelajar.

Selain itu persekitaran sekolah yang menarik penting supaya pelajar dapat
memberi tumpuan sepenuhnya. Ia dapat mengelakkan pelajar daripada memilih
‘tempat-tempat hitam’ sebagai tempat mereka melarikan diri daripada kebosanan
berada di rumah. Bengkel-bengkel kemahiran diri seperti menjahit, memasak,
pertukangan perlu diperluaskan supaya ianya dapat digunakan secara maksimum
bagi menghilangkan kebosanan pelajar.

Usaha ini memerlukan gabungan kerjasama ibu bapa, guru, masyarakat,


penguat kuasa undang-undang dan kerajaan termasuk pelajar sendiri.
Penggembelengan tenaga ini penting kerana berlakunya peningkatan yang ketara
dan drastik dalam aktiviti salah laku sekalipun belum mencapai peringkat yang
serius dan kritikal.
89

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

Penyelidik juga ingin mengemukakan saranan bagi kajian-kajian yang


bakal dijalankan oleh penyelidik lain dalam bidang salah laku pelajar di sekolah.

1. Kajian serupa ini boleh diperluaskan di sekolah-sekolah menengah


di seluruh negeri supaya populasi pelajar yang lebih ramai dapat
digunakan .
2. Kajian akan datang dibuat dengan membuat perbandingan antara
pelajar sekolah menengah kebangsaan dengan pelajar sekolah
primier dan pelajar dari sekolah berasrama penuh.
3. Kajian seperti ini sebaik-baiknya dijalankan sendiri oleh
penyelidik daripada diserahkan kepada pihak ketiga iaitu guru-
guru kaunseling.
4. Oleh sebab penguasaan bahasa sesetengah pelajar adalah tidak
lancar dan mantap (terutama pelajar bukan Melayu), maka
penyelidik haruslah menggunakan penterjemah dalam
membacakan pernyataan agar responden dapat memberikan
jawapan yang tepat.
5. Adalah dicadangkan sama ada pihak individu ataupun mana-mana
badan dapat memperluaskan kajian berkaitan punca salah laku
yang mempunyai hubung kait dengan personaliti pelajar. Dengan
harapan, ia dapat menambah manfaat kepada semua golongan
seperti pendidik, cendiakawan, ibu bapa dan ahli masyarakat
sebagai rujukan.
90

5.6 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, kita dapat menyatakan bahawa untuk berhadapan


dengan golongan pelajar yang mempunyai masalah salah laku bukanlah tugas
yang disukai oleh kebanyakan orang. Pelajar menjadi bermasalah kerana
gangguan tertentu dalam perkembangan personaliti mereka yang mendorong ke
arah itu. Seperti yang kita lihat, banyak faktor terlibat dalam memainkan peranan
dalam hal ini. Jarang-jarang kita mendapati hanya satu faktor yang jelas menjadi
penyebab. Biasanya lebih dari satu faktor yang menyumbang kepada gangguan
dari segi perkembangan personaliti dan membawa kepada masalah salah laku.

Huraian di atas mempunyai implikasi langsung kepada ibu bapa, guru-


guru, kaunselor, pentadbir sekolah, Kementerian Pelajaran dan ahli masyarakat
dalam melaksanakan kewajipan mengasuh dan mendidik pelajar-pelajar ke arah
pencapaian yang cemerlang. Justeru itu, pelajar-pelajar perlu diberi bimbingan
berterusan bagi memajukan potensi mereka.

Ibu bapa perlu memberi perhatian bagi menjamin pencapaian akademik


dan pembentukan personaliti yang baik pada pelajar seperti meluangkan masa
bersama pelajar, memberi sokongan dan hubungi pihak sekolah bagi mengetahui
perkembangan dan masalah mereka.

Masih banyak lagi faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku pelajar


yang perlu dikaji dan dikupas kerana ianya akan dapat memberi sumbangan yang
besar kepada semua golongan masyarakat dan pihak kerajaan bagi membendung
masalah salah laku daripada berleluasa dan berterusan sehingga terbawa-bawa ke
alam dewasa.
91

Adalah amat merugikan sekiranya generasi akan datang yang dikatakan


sebagai pemimpin masa depan tidak mempunyai disiplin dan personaliti yang
baik disebabkan masalah salah laku yang mereka alami di zaman persekolahan
tidak dapat ditangani dengan baik. Semoga para pelajar sentiasa berpesonaliti
sebagai pelajar yang baik dan berdisiplin bagi memastikan negara mempunyai
pemimpin masa depan yang boleh dipercayai.
92

BIBLIOGRAFI

Abd Jalil (Mei 2000). “Dewan Masyarakat.” Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka

Abdullah Sani Yahaya (2005). “Mengurus Disiplin Pelajar.” Pahang Darul


Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Allport, G.W. (1961). “Pattern and Growth in Personality.” New York : Holt,
Rinchart Winston Publishers.

Aminah Hj. Hashim (1995). “Bimbingan dan Kaunseling Dalam Pendidikan.”


Kuala Lumpur: Federal Publications.

Atan Long (1989). “Pendidik Dan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Azizi Yahaya (2003). “Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Masalah Disiplin


Pelajar Sekolah dan Perhubungan Pembentukan Personaliti Pelajar.”
Laporan Penyelidikan, Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Carl Rogers (1951). “Client Centered Therapy :It’s Current Practice Implication
& Theory.” Boston Hugton : Miffin.

Dr. Muhammad Faiz AlMath (1993). “Seribu Seratus Hadis Terpilih Sinar Ajaran
Muhammad.” Kuala Lumpur : Penerbitan Kintan Sdn Bhd.

Ee, Ah Meng (1997). “Psikologi Pendidikan 1. Psikologi Perkembangan.” Shah


Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Erikson (1968). “Identity, Youth & Crisis.” New York : Norton


Freud (1959). “Psychodynamic Theories : Conceptions.” Dalam Walter Mischel
(1986)“Introduction To Personality.” New York : Holt, Rinehart and
Winston.
Hairunnaja Najmuddin (2003). “Memahami Dan Membimbing Remaja Nakal.”
Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
93

Hazil Abdul Hamid (1990). “Sosiologi Pendidikan dalam Perspektif


Pembangunan Negara.” Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Saad (1982). “Isu Pendidikan Di Malaysia.” Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Intan Suraya Halim (1995). “Membina Diri dan Jiwa Anak-Anak Muslim:
Mendidik Anak-Anak Cara Islam.” Kuala Lumpur: ERA ILMU Sdn. Bhd.

Ismail Yusof (1983). “Disiplin Di Sekolah. Ponteng Sekolah.” Laporan


Persidangan Nasional Menengah Kaum Remaja di Malaysia, Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

Jamal Darus (1989). “Membimbing Anak Muda dengan Sempurna.” Singapura :


Sempurnajaya Publishing.

Kamus Dewan (1992). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan Edisi Baru (1992). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Pelajar Sekolah Menengah (1989). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia (1991). “Laporan Disiplin Pelajar Sekolah


1991.” Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). “Laporan Salah Laku Pelajar


1994/95.” Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1979). “Laporan Jawatankuasa Kabinet


Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979.” Kuala Lumpur.

Maslow (1962). “Towards A Psychology of Being.” New York : Van Nostrant.

Md. Daud Hamzah (1991). “Bacaan dalam Masalah Remaja.” Pulau Pinang :
Universiti Sains Malaysia.
94

Miller, W.C (1971). “Educational Oppurtunity and the Home.” London :


Longman.

Mohd Amin H.A. Shariff (2003). “Perkembangan REMAJA Pandangan,


Pemahaman dan Interpretasi.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Najib abdul Ghafar (2003). “Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik
Pendidikan.” Skudai : Universiti Teknologi Malaysia
.
Mohd Tajudin Ninggal (2007). “Profil Personaliti Tajma.” Skudai : Universiti
Teknologi Malaysia.

Regulus (1995). “The School As a Setting For Violence and Prevention.” (Bahan
Internet).

Stodgil, R. M. (1970). “Parental Attitudes and Mental Hygiene Standart’s” dalam


del Solar Parent’s and Teacher’s View on the Child. New York : Bureau

Sufean Hussin (1993). “Pendidikan Di Malaysia.” Kuala Lumpur : Dewan Bahasa


dan Pustaka.

Utusan Malaysia (02.04.01) “Ponteng. 34628 Pelajar Terlibat.”

Você também pode gostar