Você está na página 1de 8

APA ITU KITAR SEMULA?

Proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan


mengguna semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah.

BAGAIMANA UNTUK MELAKSANAKAN KITAR SEMULA?

Pemungutan Sampah
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengasingkan sampah-sampah yang
boleh dikitar semula dan yang tidak boleh dikitar semula. Pemungut sampah
akan tahu apa yang akan dilakukan seterusnya.

Pusat Pengumpulan / Pusat kitar semula


Cara paling mudah untuk melaksanakan kitar semula ini adalah dengan
hanya menghantar barangan yang dikumpulkan untuk kitar semula ke pusat
kitar semula yang terdapat di seluruh negara. Proses yang lain akan
dijalankan oleh pihak-pihak tertentu.

KENAPA KITAR SEMULA?

SETIAP HARI KITA MENGHASILKAN 15,000 TAN SAMPAH, TETAPI KITA


SEMAKIN KESEMPITAN RUANG UNTUK MENAMPUNGNYA.

Kita biasanya tidak memikirkan di manakah sampah sarap kita dibuang atau
apakah yang terjadi kepadanya sebaik sahaja ia dipungut. Hakikatnya lori
sampah tidak dapat menghapuskannya begitu sahaja. Ia biasanya akan
diangkut ke tapak pelupusan sampah. Kapasiti tapak pelupusan sampah kita
semakin terhad. Di masa yang sama kita terpaksa menghabiskan jutaan
ringgit untuk mengangkut dan melupuskan sampah. Lebih membimbangkan
lagi, kini timbul rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia ke
dalam sumber air bawah tanah dan isu isu keselamatan yang berkaitan.
Sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat. Fikir dulu
sebelum buang. Jadikan amalan mengitar semula sebagai sebahagian hidup
kita.

Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa ini terdapat
kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya
berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah
sampah ynag dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah
dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini
akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita.

Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan
bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus
dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang
dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.

Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran


Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan
sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika.
Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti
pencemaran air bawah tanah dan udara.

Kitar semula untuk menjimatkan kos


Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan
berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau
sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah
yang perlu dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan
memanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan.

Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita


Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang
amat bernilai. Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan
kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi
menampung permintaan tempatan? Kita juga mengimport bahan baungan
lain untuk industri pengeluaran yang lain.

Kitar semula untuk menjimatkan tenaga


Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium
adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV
selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca
baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk
pengeluaran kaca.

Kitar semula untuk menyelamatkan hutan


Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa
ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang
perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru
yang memberi kita oksigen dan udara bersih.

APA YANG BOLEH DI KITAR SEMULA


Terdapat 4 jenis item yang disarankan kepada orang ramai untuk dikitar
semula. Item-item tersebut adalah plastik, kertas, aluminium dan kaca.
KACA
Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol
vitamin dan bekas kosmetik.

Bagaimana kaca di kitar semula?


• Kaca akan diasingkan mengikut warna. Apabila kaca dicairkan, warna
asalnya masih kekal bermakna kaca hijau akan kekal menjadi kaca hijau,
kaca coklat akan kekal dengan kaca coklat, dan kaca yang jernih akan kekal
menjadi kaca jernih

• Setelah kaca-kaca diasingkan mengikut warna dan dibersihkan, ia akan


dihancurkan dan ditambah dengan sedikit bahan mentah yang lain untuk
dijadikan kaca yang baru. Campuran tersebut akan dipanaskan sehingga cair
dan akan membentuk sejenis cecair. Kaca yang masih panas akan dibentuk
untuk dijadikan botol.

• Hasil yang terbentuk akan disejukkan dan diperiksa dari sebarang


keretakan/kecacatan. Proses terakhir ialah kaca-kaca yang sudah siap akan
dihantar ke syarikat-syarikat atau kilang-kilang di mana kaca ini akan diisi
dengan makanan dan minuman.

Kelebihan gelas
Boleh dikitar semula 100% - boleh dikitar semula misalnya. Botol jem boleh
dikitar semula hari ini menjadi botol jus pada bulan hadapan, kemudian
menjadi botol susu hingga seterusnya.
ALUMINIUM
Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin
minuman boleh dikitar semula.

• Aluminium terpakai yang telah dikumpul, diasingkan lalu direnyukkan


untuk diangkut ke pusat kitar semula.

• Aluminium terpakai kemudian dilebur untuk menyingkirkan bendasing.

• Tin-tin aluminium terpakai kemudiannya digunakan untuk menghasilkan


tin-tin yang baru. Kitaran semula aluminium menjimatkan banyak tenaga
berbanding memproses kitar semula barangan lain seperti kertas.

KERTAS
Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna,
seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar,
kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula.

• Surat khabar lama dan majalah-majalah usang yang telah dikumpul dari
seluruh negara akan dibawa ke kilang memproses kertas terpakai.

• Kertas-kertas yang dikumpulkan tadi dihantar ke tempat pemprosesan di


mana pada mulanya proses mencampurkan air dengan bahan kimia akan
dilaksanakan untuk membantu dalam proses penghancuran sebelum
dibersihkan daripada kotoran yang nyata. Kertas yang dihancurkan tadi
dinyahkan dakwat yang terkandung di dalamnya, sebelum menjalani proses
pembersihan selanjutnya, proses penapisan dan pencerahan.

• Kemudian, hasil yang diperolehi daripada proses di atas dicampurkan


dengan air lalu dipamkan ke bahagian hujung basah mesin membuat kertas.
Kertas kemudiannya diratakan oleh mesin pelembut kertas sebelum digulung
menjadi satu gulungan kertas yang besar.

• Gulungan kertas tadi kemudiannya dipotong mengikut pelbagai saiz,


bergantung kepada kehendak pelanggan

PLASTIK
Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol
minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat
daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula.

Bagaimana plastik di kitar semula?


• Plastik-plastik yang boleh dikitarsemula, ini seterusnya diasingkan
mengikut kategori.

• Kitar semula plastik ini adalah satu perkara yang paling mudah dan
ringkas. Plastik akan dipisah-pisahkan sehingga menjadi serpihan halus yang
bersaiz lebih kurang 1 sentimeter. Kemudian ia dicuci untuk membuang
segala kotoran. Serpihan yang telah dibersihan itu tadi akan dikeringkan
melalui saluran udara panas.

• Serpihan-serpihan plastik kemudiannya dibungkus untuk dijual (dalam


bentuk serpihan) ataupun akan dijadikan bahan-bahan baru.

Pelbagai bentuk Plastik


Terdapat berbagai jenis plastik boleh didapati. Ia mesti diasingkan sebelum
dikitar semula kerana setiap plastik cair pada suhu yang berbeza. Industri
plastik sendiri telah mewujudkan kod identifikasi bagi melabel pelbagai
jenis plastik yang berbeza. Antara jenis-jenis plastik ialah

• Type 1 - Polyethylene Terephthalate (PET)


Kegunaan : Botol minuman ringan dan mineral. Jenis yang paling banyak
dkitar semula. Kebanyakan pusat kitar semula memerlukan anda
mengasingkan penutupnya dan meleperkan botol tersebut.

• Type 2 - High Density Polyethylene (HDPE)


Kegunaan : Botol detergen dan minyak masak, beg runcit serta mainan
plastik

• Type 3 - Vinyl/Polyvinyl Chloride


Kegunaan : Paip plastik, perabut luaran. Pusat kitar semula jarang
mengambil bahan ini untuk dikitar semula

• Type 4 - Low Density Polyethylene (LDPE)


Kegunaan : Beg plastik, pelapik tin, bekas pengisi makanan. Jarang di
gunakan

• Type 5 - Polypropylene (PP)


Kegunaan : Penutup plastik, penyedut air minuman, pembalut makanan,
permaidani. Jarang dikitar semula. Biasa nya di tanam di tapak pelupusan.

• Type 6 - Polystyrene (PS)


Kegunaan : Palet pembungkus, cawan polystyrene. Kebanyakan stor
perkapalan/pembungkusan akan menerima bahan ini untuk digunakan
semula.

• Type 7 - Lain-lain
Kegunaan : Sesetengah jenis pengisi makanan dan tupperware.

Terdapat berbagai cara untuk kita mengurangkan kadar pengeluaran bahan-


bahan plastik yang tidak diperlukan. Di sini disertakan beberapa contoh:

• Elak/Kurangkan
Apabila anda membeli barang keperluan, bawalah beg anda sendiri. Jika
perlu, pilihlah beg kertas bagi menggantikan beg plastik.

• Guna Semula
Jangan buang beg plastik yang terdapat di rumah anda. Simpan beg ini
kerana ia boleh di guna semula.

• Kitar Semula
Jangan buang bahan-bahan plastik kerana ada sesetengah bahan plastik yang
boleh dikitar semula. Bahan-bahan permainan daripada plastik yang tidajk
boleh digunakan lagi boleh didermakan kepada rumah-rumah kebajikan. Ini
adalah sebahagian dari cetusan idea bagaimana kita boleh menguruskan
bahan-bahan plastik. Jika anda mempunyai cadangan/idea berkaitan isu ini,
kami mengalukan-alukannya dari anda.
APA YANG TIDAK BOLEH DIKITAR SEMULA

Kertas
• Kotak pizza atau apa-apa yang disaluti dengan minyak/bekas makanan

• Pinggan kertas

• Tisu muka

• Kertas carbon

• Lampin

• Buku berkulit tebal

• Kotak susu

• Kertas disaluti lilin/plastik

• Bekas makanan beku

• Tuala kertas

Aluminium
• Tin aerosol

• Tin cat

• Penggantung baju

• Bahan perubatan

• Penapis minyak

Kaca
• Gelas minum

• Kaca tingkap

• Cermin Mentol

• Kaca tingkap yang pecah dan cermin kereta.

• Kaca tahan suhu tinggi - Pyrex, Corning Ware, Vision Ware

• Botol legap putih


• Kaca yang digunakan di makmal atau hospital untuk kajian dan perubatan.

• Cermin tingkap, Mentol, Cermin muka, pinggan mangkuk yang pecah, kaca
untuk ketuhar, gelas minuman, kaca kristal, seramik dan tiub lampu
berwarna.

Plastik
• Bahan plastik yang bukannya botol seperti bekas yogurt dan bekas
marjarin

• Bekas makanan yang dibuat dari plastik

• Botol plastik yang ada sisa minyak, racun serangga atau bahan-bahan
beracun

Styrofoam

Lain-lain
• Bahan letupan

• Asbestos

• Lampu kalimantang

• Bateri

• Bahan perubatan

• Bahan-bahan radioaktif

Você também pode gostar