Você está na página 1de 3

3.

0 ASPEK PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Dalam usaha menjadikan suasana bilik darjah yang mesra budaya, pelbagai
cara boleh diadaptasikan oleh guru yang bertindak sebagai pihak yang menguruskan
bilik darjah. Sebagai contoh utama yang sering diguna pakai ialah pelan susunan meja
murid di dalam bilik darjah. Mengapa susunan meja menjadi satu aspek penting? Hal ini
kerana suasana mesra budaya wujud apabila murid-murid yang berlainan bangsa
dicampurkan kedudukan mereka semasa berada dalam suasana pengajaran dan
pembelajaran (PnP). Bagi memastikan susunan meja diaturkan dengan baik dan
berkesan, kreativiti sebagai seorang guru sangat diperlukan.

Selain itu, guru perlu mengambil perhatian tentang aspek agama dan budaya
hidup masyarakat berbilang kaum. Perkara ini perlu dititik beratkan supaya tidak
menyentuh isu sensitif agama dan bangsa itu sendiri. Sebagai contoh, aspek menjaga
pergaulan di antara lelaki dan perempuan juga perlu dipandang serius. Hal ini
disebabkan naluri kanak-kanak yang masih meneroka alam sekeliling mereka dan
perkara sebegini perlu dididik sejak kecil lagi.

Murid-murid ini juga perlu didedahkan dengan budaya masyarakat berlainan


bangsa. Sehubungan itu, mereka dapat mengetahui dan mempelajari cara hidup serta
sosio budaya rakan mereka. Pada peringkat ini, murid yang sedang meneroka suasana
sekeliling semestinya lebih berminat untuk mengkaji tentang perkara-perkara baru.

Apa yang penting tentang suasana mesra budaya ini ialah bertujuan meningkat
perpaduan antara murid-murid yang berlainan bangsa. Apabila sejak kecil lagi mereka
telah didedahkan dengan pengetahuan tentang sosio budaya, mereka akan lebih bijak
dan matang dalam perkara yang melibatkan perpaduan dan kerjasama antara rakan
yang berlainan bangsa dan agama. Secara tidak langsung, mereka tidak mempunyai
masalah dalam menyesuaikan diri dalam bekerja dalam satu kumpulan yang terdiri
daripada murid-murid berlainan bangsa dan agama.
3.1 ASPEK PENGURUSAN BILIK DARJAH DARI SEGI SUSUNAN MEJA DAN
KETERANGANNYA

Petunjuk:

Papan hitam

Meja guru

Meja murid
Gambar rajah di atas merupakan satu contoh lakaran pelan susunan dalam
bilik darjah yang menunjukkan dalam satu kumpulan mempunyai tiga orang murid.
Murid-murid ini disusunkan secara berselang-seli mengikut bangsa Melayu, India dan
Cina. Mereka juga boleh berkerja dalam satu kumpulan dan bercampur dengan baik
semasa dalam proses PnP.

Berdasarkan gambar rajah juga dapat dilihat meja murid di bahagian hadapan
dan tengah disusun secara senget menghala ke papan hitam. Susunan ini bertujuan
memberikan fokus yang lebih daripada murid semasa belajar. Dalam erti kata lain,
mereka senang untuk melihat apa yang ditulis oleh guru di hadapan.

Kedudukan meja guru di hadapan pula bertujuan memudahkan guru


memantau aktiviti murid-murid di dalam bilik darjah. Walau bagaimana cara susunan
sekalipun, guru perlu memastikan bahawa susunan di dalam bilik darjah tidak terlalu
rapat dan sesak kerana ianya boleh mengehadkan pergerakan murid dan guru sendiri
untuk bergerak dalam bilik darjah.

Susunan meja dan pemilihan murid untuk mengambil tempat duduk juga perlu
diaturkan oleh guru. Sehubungan itu, guru perlulah mengkaji dan mengetahui dengan
lebih dalam tentang karekter murid-muridnya di dalam bilik darjah. Apabila guru
membuat keputusan bijak dalam mengatur murid-murid, kemungkinan untuk berlaku
pelbagai masalah di dalam bilik darjah dapat diatasi.

Secara keseluruhannya, susunan yang teratur dan kemas, kedudukan murid


di meja yang dipilih oleh guru bakal memastikan kelancaran proses PnP dan murid juga
dapat belajar dengan tenang. Guru pula tidak perlu bersusah payah untuk mendapat
kawalan kelas yang terbaik.

Você também pode gostar