Você está na página 1de 3

ALOR SETAR: Murid yang dikatakan dipukul seorang guru di asrama

sebuah sekolah agama rakyat di J ejawi, Perlis sehingga koma


Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini
hari ini.Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal
dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital
berkenaan Jumaat lalu.

Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka,


Kangar petang tadi.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada


hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun
dikatakan telah memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua
jam sehingga dia pengsan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya berkata


suspek yang juga Penyelia Asrama sekolah berkenaan telah ditahan
pada pukul 10 malam tadi.
Analisis kes :

Berdasarkan kes tersebut , didapati guru tersebut telah bertindak menghukum murid
tersebut dengan memukul serta mengurungnya dalam bilik selama 2 jam . Tindakan
guru tersebut adalah disebabkan beliau mengesyaki murid itu terlibat dalam melakukan
kecurian dalam sekolah . Tindakan guru tersebut telah membawa kepada kesudahan
yang amat tragis yakni , murid tersebut telah meninggal dunia gara – gara perbuatan
guru berkenaan .

Tindakan guru tersebut adalah tidak wajar dan tidak menimbulkan sebarang
penyelesaian kepada masalah yang timbul . Guru berkenaan juga terlalu tegas dalam
menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang guru . Berikut merupakan cadangan
penambaikan dalam menangani masalah kes berkenaan :

Mengaplikasikan Model Disiplin Asertif Canter :

Model ini dapat mengubah pendekatan guru yang terlalu autokratik kepada demokratik .
Merujuk kepada model ini , guru dalam kes berkenaan sepatutnya bersikap asertif
dan bukannya agresif .Guru terbabit perlu memberi masa , ruang dan peluang
kepada murid menjelaskan perkara yang sebenar dan tidak boleh bertindak
secara fizikal dengan serta – merta .

Guru juga perlu membina hubungan yang baik dengan murid mengenai apa jua
perkara . Dengan ini murid tidak akan berasa takut untuk memberitahu keadaan yang
mereka alami . Dalam menerapkan ciri – ciri asertif dalam lahiriah seseorang guru itu ,
guru berkenaan perlu memainkan peranan sebagai individu yang tegas melalui
pembawaan ekspresi muka , konteks mata dan bahasa badan . Ini adalah untuk
menyakinkan kepada murid bahawa guru tersebut mempunyai kredibiliti sebagai
seorang guru yang telus dan boleh dipercayai .
Menerusi aplikasi model asertif ini juga , guru juga tidak boleh terus menghukum ,
sebaliknya mengadakan sesi perbincangan terlebih dahulu sebelum menjalankan
apa – apa bentuk dendaan atau hukuman .

Guru perlu mencari sumber – sumber yang sahih sebelum membuat sebarang
tindakan susulan ke atas murid . Dengan ini , nilai asertif dalam diri guru itu akan
diyakini dan murid akan lebih menghormati serta patuh dengan arahan guru .

Você também pode gostar