Você está na página 1de 22

Bab 9:

Perbadanan Awam
9.1 Perbadanan Awam

1. Merupakan badan khas yang menjalankan


kegiatan berunsur perniagaan dan kerajaan
mempunyai kepentingan ekuiti dalamnya
2. Juga dikenali sebagai syarikat berkaitan
kerajaan (GLC)
3. Dibahagi kepada:
- perbadanan awam yang diletakkan di bawah
Kerajaan Persekutuan
- perbadanan awam yang diiletakkan di bawah
Kerajaan Negeri
4. Dua bentuk:
- badan berkanun
a) ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan
Negeri
b) contohnya: FELDA, MARDI, dan MARA
- badan tidak berkanun
a) ditubuhkan di bawah Akta Syarikat
b) contohnya: PNS, PETRONAS, HICOM, dan MAS
c) kerajaan mempunyai kepentingan ekuiti dalamnya
9.2 Fungsi-fungsi Perbadanan Awam (GLC)

1. Melibatkan kerajaan dalam bidang sosioekonomi yang tidak


diceburi oleh sektor swasta

2. Melibatkan kerajaan dalam sektor yang tidak mampu diceburi


oleh sektor swasta kerana modal yang tinggi atau pulangan
untung yang marginal

1. Membolehkan kerajaan menyediakan perkhidmatan-


perkhidmatan awam

2. Menambah penglibatan bumiputera dalam bidang ekonomi


9.3 Perbezaan Jabatan, Badan Berkanun, dan Badan
Tidak Berkanun
Perbezaan
Jabatan Badan Berkanun Badan Tidak Berkanun
Ditubuhkan mengikut undang- Ditubuhkan di bawah Akta Ditubuhkan di bawah Akta
undang biasa Parlimen atau Enakmen Negeri Syarikat

Menjalankan pentadbiran Membuat perakuan untuk Membolehkan kerajaan terlibat


mengikut arahan menteri dan menyelesaikan sesuatu masalah, secara aktif dalam kegiatan
undang-undang isu, atau perkara yang khusus ekonomi
tanpa terikat dengan peraturan
pentadbiran

Dikawal oleh menteri secara ketat Dikawal oleh menteri secara Dikawal oleh menteri secara tidak
longgar langsung
Belanjawan dan rancangan Belanjawan dan rancangan Bebas dalam belanjawan dan
dikawal oleh kementerian pembangunan dikawal oleh agensi rancangan pembangunan
berkenaan pusat
Semua kakitangan merupakan Semua kakitangan merupakan Keputusan tentang skim
kakitangan awam dan peminjaman kakitangan awam dan peminjaman perkhidmatan dan pengambilan
kakitangan awam dari jabatan lain kakitangan awam dari jabatan lain kakitangan adalah bebas seperti
boleh dilakukan. Skim kakitangan boleh dilakukan. Skim kakitangan swasta dan dibuat oleh badan itu
detetapkan oleh Jabatan adalah mengikut Jabatan sendiri
Perkhidmatan Awam Perkhidmatan Awam

Tiada anak syarikat Boleh menubuhkan anak syarikat Boleh menubuhkan anak syarikat
9.4 Perbadanan Awam Di Bawah Kementerian
Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

1. Majlis Amanah Rakyat (MARA)


- Ialah badan berkanun
- Matlamat:
a) mewujudkan kaum bumiputera yang cekap dalam perniagaan
b) melibatkan kaum bumiputera dalam pekerjaan yang berkaitan
dengan perniagaan
c) menambah hak milik saham bumiputera dalam sektor syarikat
d) meningkatkan kedudukan sosioekonomi kaum bumiputera

2. FELCRA Bhd
- Ditubuhkan pada tahun 1966
- Ialah badan berkanun
- Matlamat:
a) memulihkan tanah pertanian yang terbiar
b) memejukan tanah yang dibenarkan oleh Kerajaan Negeri
c) mewujudkan peluang pekerjaan melalui projek pertanian
- Pada tahun 1997, dikorporatkan dan ditukar nama menjadi FELCRA bhd., sebuah syarikat milik
penuh kerajaan
- Objektif:
a) memberikan nilai pulangan yang tinggi syau ladang-ladang yang dibangunkan
b) meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar, iaitu masyarakat luar bandar dan juga sifarnya
c) memperbaik tahap produktiviti melalui kecekapan dan teknologi pengurusan yang terkini
d) mempertingkatkan ekonomi nilai tambah syarikat
3. Pihak Berkuasa kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
- Ditubuhkan pada tahun 1973
- Bertujuan membentuk masyarakat pekebun kecil yang progresif dan sejahtera melalui aktiviti perladangan dan
komersial
- Objektif adalah untuk membolehkan pekebun kecil memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM2000
sebulan sekeluarga menjelang tahun 2010
- Fungsi-fungsi:
a) melaksanakan pembaharuan pertanian yang dihasilkan daripada penyelidikan
b) bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang bertanggungjawab dalam penyelidikan, pengembangan,
pinjaman pertanian, pemprosesan, dan pemasaran getah
c) melaksanakan penanaman semula dan penanaman baru dengan klon-klon baru yang mengeluarkan hasil
yang tinggi melalui amalan agronomi yang baik
d) memastikan sektor pekebun kecil dimodenkan dari segala segi bagi membaiki keadaan ekonomi mereka
e) mendapatkan dan menyimpan perangkaan yang perlu berhubungan dengan pembangunan sektor pekebun
kecil
f) mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang ditentukan oleh menteri yang bertanggungjawab dari
semasa ke semasa berhubung dengan pembaikan dan kemajuan sektor pekebun kecil
g) melaksanakan program pembangunan di bawah tanggungjawab Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah

4. Badan Berkanun yang Lain


- Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
- Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
- Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
- Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
- Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
9.5 Perbadanan Awam Di Bawah Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani

1. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)


- Ialah badan berkanun
- Matlamat:
a) menggalakkan pembangunan sosial petani-petani
b) mendaftarkan dan mengawal pertubuhan-pertubuhan peladang
c) menyediakan bantuan wang untuk aktiviti-aktiviti pertanian

2. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)


- Ialah badan berkanun
- Matlamat:
a) memasarkan hasil-hasil pertanian (bukan komoditi utama) di dalam dan di luar negara
b) menyediakan maklumat tentang pertanian untuk petani-petani
c) menyediakan tempat-tempat penyimpanan hasil-hasil pertanian

3. Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI)


- Ialah badan berkanun
- Matlamat:
a) menjalankan penyelidikan utk sektor pertanian kecuali getah, kelapa sawit, dan ikan air
tawar
b) meningkatkan teknologi untuk sektor pertanian
c) memodenkan sektor pertanian
4. Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)
- Ialah badan tidak berkanun
- Matlamat:
a) melaksanakan kawalan harga beras
b) mengeluarkan lesen untuk menjual padi
c) menjual semua jenis padi secara horong dan secara runcit
d) mengawal stok beras negara untuk menghadapi kecemasan selama tiga bulan
9.6 Perbadanan Awam Di Bawah Kementerian
Perusahaan, Perladangan, dan Komoditi

1. Badan Berkanun:
- Lembaga Getah Malaysia (MRB)
- Lembaga Perindustrian kayu Malaysia (MTIB)
- Lembaga Tembakau Negara (MTB)
- Lembaga Koko Malaysia (MCB)
- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
- Lembaga Pemasaran Lada Hitam Malaysia (PMB)

2. Badan tidak berkanun:


- Perbadanan Pembangunan Getah Malaysia Berhad (MARDEC)
9.7 Perbadanan Awam Di Bawah Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Dan
Kepenggunaan
1. Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM)
- Ialah badan berkanun
- Matlamat:
a) mengenal pasti projek-projek industri berat
b) melabur dalam projek-projek industri berat dan menguruskannya

2. Syarikat Industri Makanan Malaysia (FIMA)


- Ialah badan tidak berkanun
- Matlamat:
a) meluaskan kegiatan perindustrian dan menggalakkan industri yang
berasaskan pertanian
b) menggalakkan kaum buniputera mengambil bahagian dalam industri
pengeluaran makanan
3. Petroliam Nasional Berhad (Petronas)
- Ialah badan tidak berkanun

- Matlamat:
a) mencari gali minyak dan gas
b) memperkembang industri petroleum

4. Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)


- Satu-satunya institusi pengajian koperasi di negara ini

- Ditubuhkan pada 1956


- Dibadankan sebagai sebuah badan berkanun pada 1968
- Matlamat:
a) mewujudkan dan meningkatkan jaringan perhubungan antarabangsa bagi melaksanakan latihan yang
bersifat global
b) menyediakan dan melaksanakan latihan dan pendidikan yang releven dan menepati keperluan semasa
gerakan koperasi
c) meningkatkan kemahiran pengurusan pemimpin, usahawan, dan tenaga kerja koperasi melalui program
latihan, khidmat nasihat, dan konsultansi
- Sejak pertubuhan MKM, segala perbelanjaan pentadbirannya dibiayai oleh Kumpulan Wang Amanah
Pnedidikan Koperasi yang berpunca daripada pencaruman koperasi-koperasi.
9.8 Perbadanan Awam Di Bawah Kementerian sains,
Teknologi, Dan Inovasi
1. Institusi Penyelidikan Perindustrian dan Piawaian Malaysia (SIRIM
Berhad)
- Dikorporatkan pada bulan September 1996 dan menggunakan nama baru SIRIM
berhad
- Badan tidak berkanun yang dimiliki kerajaan sepenuhnya
- Ialah penggerak utama dalam kajian dan pembangunan industri untuk mewujudkan
kedinamikan dalam ekonomi negara melalui keunggulan teknologi dan pengiktirafan
dunia terhadap barang-barang dan perkhidmatan negara
- Fungsi-fungsi:
a) mempromosikan dan menjalankan penyelidikan saintifik industri
b) menggalakkan kecekapan dan pembangunan industri
c) menyedikan perkhidmatan pemindahan teknologi dan nasihat
d) membangunkkan piawai Malaysia dan mempromosikan jaminan piawai dan
kualiti untuk meningkatkan daya saing
e) meningkatkan kebajikan, kesihatan, serta keselamatan awam dan industri
2. Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia Berhad (MIMOS Berhad)
- Ditubuhkan pada 1 Januari 1985 dengan sokongan penuh kerajaan
- Pada bulan januari 1995, MIMOS dilantik menjadi urus setia kepada Majlis teknologi Maklumat Negara
yang berhasrat untuk membentuk sebuah masyarakat yang kaya dengan maklumat selaras dengan visi
polisi negara, Wawasan 2020, dan memeberikan tumpuan penting terhadap pembangunana dan
pengaplikasian teknologi maklumat dan kominikasi (ICT) dalam usaha-usaha pembangunan negara.
- Pada 1 November 1996, MIMOS dikorporatkan menjadi MIMOS berhad
- Fungsi dan objektif:
a) sebagai penasihat kepada kerajaan dalam bidang teknologi, polisi, dan strategi tentang pembangunan
ICT
b) menghasilkan inovasi-inovasi yang memberikan pertambahan nilai untuk keperluan industri,
masyarakat, dan negara
c) menjadi organisasi penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ICT
9.9 Perbadanan Awam Di Bawah
Kementerian Pengangkutan

1. Badan berkanun:
- Lembaga Pelaburan Klang

2. Badan tidak berkanun:


- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
- Penerbangan Malaysia Berhad
- Syarikat Perkapalan Antarabangsa Berhad (MISC)
- Puspakom :-melaksanakan pemeriksaan kenderaan
9.10 Perbadanan Awam Di Bawah Kementerian
Kewangan

1. Badan berkanun:
- Bank Negara Malaysia :- mengawal semua bank dan institusi kewangan;
mengurus percetakan mata wang Ringgit
- Bank Simpanan Nasional Berhad (BSN)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

2. Badan tidak berkanun:


- Bank Islam Malaysia Berhad
- Bank Industri Malaysia Berhad
- Khazanah Nasional Berhad
- Danaharta Nasional Berhad
3. Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
- dahulu dikenal sebagai PERNAS
- Matlamat:
a) untuk meningkat bilangan usahawan menengah bumiputera di kalangan bumiputera yang
berkelayakan.
b) mewujudkan kemahiran keusahawan dan budaya korporat di kalangan usahawan menengah
bumiputera
c) menyediakan sistem pangkalan data efektif tentang golongan menengah bumiputera yang
akan bertindak sebagai alat untuk mengukur pretasi usahawan menengah bumiputera
9.11 PerbadanananAwam Di Bawah Kerajaan Negeri

1. Badan berkanun:
- Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri - wujud di 13 buah negeri
- Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri(PKEN) - wujud di 13 buah negeri
- Perbadanan Pinjamin Sabah
- Yayasan Sabah

2. Badan tidak berkanun:


- Pihak Berkuasa Air Negeri
- Amanah Saham Pahang Berhad
- Syarikat Kemajuan Perumahan Sarawak
- Labuan Wood Products(Sabah)
- Syarikat Gula Perak
- Syarikat Sergam Johor
- Syarikat Babena Terengganu
Terima Kasih

Você também pode gostar