Você está na página 1de 3

TAJUK 2 (P) : KISAH NABI IDRIS AS

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Terima kasih Pengerusi Majlis, panel hakim, penjaga masa serta hadirin sekalian. Tajuk cerita saya
ialah Kisah Nabi Idris as.

Nabi Idris as. adalah keturunan ke-6 dari Nabi Adam as. Baginda adalah putera pertama Nabi Adam as.
yang dilantik sebagai rasul. Dalam kalangan bangsa Ibrani, baginda dikenali dengan nama Khunuh. Sejak
kecil lagi, Nabi Idris as. sangat suka menuntut ilmu. Maka tidak hairanlah baginda dianugerahkan dengan
pelbagai kepandaian dan kemahiran sehingga digelar dengan nama Idris.

Firman Allah :

 “Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris (yang tersebut) di dalam Al Quran.
Sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi.”

( Ayat 56 , Surah Maryam )

Nabi Idris as. merupakan insan pertama yang menulis menggunakan pena dan memakai baju yang
berjahit termasuklah menggunakan kulit sebagai pakaian.

Ya kawan-kawan,

Marilah kita mencontohi kejayaan pelajar cemerlang PMR dan SPM tahun 2010 yang lalu. Ya… ini
membuktikan kepada kita bahawa ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan.

Kehebatan, kebolehan dan kepandaian Nabi Idris as. amat dikagumi oleh Malaikat Izrail as. Ini
mendorongnya ingin berjumpa dan berkenalan dengan baginda.

Dengan menyamar sebagai manusia


Datangnya Izrail ingin berjumpa
Idris menerima dengan gembira
Dijemput untuk menginap di rumahnya

Setelah berkenalan, Nabi Idris as. melayan tetamunya itu dengan hati yang ikhlas.  Baginda mempelawa
Malaikat Izrail untuk menggunakan keperluan yang ada di rumahnya.

Tetapi, Malaikat Izrail menolak dengan baik. Dia menjelaskan kedatangannnya hanya untuk sama-sama
beribadat dengan baginda. Nabi Idris as. berasa hairan siapakah tetamunya itu lalu bertanya. Izrail
menjawab:
“Akulah Izrail, malaikat maut.”

Firman Allah:
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepadaKu.”

( Ayat 56 , Surah Az-Zaariat )


Ya kawan-kawan,

Program j-QAF dilaksanakan untuk membantu para pelajar meningkatkan ilmu agama. Ingatlah…
sesungguhnya ibadah yang ikhlas adalah penyelamat kehidupan akhirat.

Semasa Malaikat Izrail datang pada kali kedua, Nabi Idris bertanyatujuan kedatangannya. Izrail
menjawab:
“Aku datang untuk menziarahmu dengan izin Allah.”

Nabi Idris menyatakan hajatnya


Ingin merasa dicabut nyawa
Dengan izin Allah yang Maha kuasa
Hibanya Izrail melaksanakan tugasnya

Setelah dimatikan untuk seketika


Dihidupkan kembali seperti biasa
Merasalah Idris dicabut nyawa
Umpama binatang dilapah kulitnya

Firman Allah:

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati.”

( Potongan ayat 185 , Surah Ali-‘Imran )

Ya kawan-kawan,

Peristiwa yang berlaku kepada pelombong yang terperangkap selama lebih 3 bulan di San Jose, Chile
adalah bukti kekuasaan Allah. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengingati mati dan mendekatkan
diri kepada Allah.

Nabi Idris as.  terus memohon permintaan kepada Malaikat Izrail. Kali ini baginda ingin melihat Neraka
Jahannam. Dengan izin Allah Malaikat Izrail membawa Nabi Idris as. ke neraka.

Neraka tercipta tempat seksaan


Dipenuhi api panas membara
Kala jengking dan ular dapat habuan
Itulah balasan kepada penghuninya

Firman Allah:
“Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) Neraka Jahannam; dan demi sesungguhnya,
(Neraka Jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.”

( Potongan ayat 206 , Surah Al-Baqarah )


Ya kawan-kawan,

Hari ini sering berlaku kes-kes pembunuhan kejam di negara kita. Ingatlah… setiap perbuatan jahat
yang dilakukan, nerakalah balasannya.

Setelah melihat dahsyatnya neraka, Nabi Idris ingin pula ke syurga. Dengan izin Allah, Malaikat Izrail
pun membawa Nabi Idris melawat syurga.

Indahnya syurga tiada terkira


Rasa ingin tinggal selamanya
Hasrat dihati terus dilaksana
Mengekalkan diri di dalam syurga
Namun kuasa Allah mengatasi segalanya
Idris diwafatkan jua akhirnya

Firman Allah:

“Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal saleh (berada) di dalam taman-taman
syurga.”

Ya kawan-kawan,

Berusahalah mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Contohilah keluarga Tokoh Maal Hijrah
Selangor 2011, Dato’ Dr. Harun Din.

 Kisah Nabi Idris jadikan renungan


 Ilmunya tinggi tiada tandingan
 Iman tak goyah digoda syaitan
 Jadikan ia sebagai pengajaran

Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Terima kasih.

Você também pode gostar