Você está na página 1de 3

NORAIHAN BINTI MD ISA

TAJUK BUKU: ASAS PENGUKURAN BILIK DARJAH


PENULIS: BHASAH ABU BAKAR
PENERBIT: QUANTUM BOOKS
TAHUN PENERBITAN: 2003

RINGKASAN EKSEKUTIF

Buku Asas Pengukuran Bilik Darjah ditulis oleh Bhasah bin Abu Bakar. Beliau
merupakan seorang yang berpengalaman luas selama lebih 20 tahun dalam
bidang pengukuran di Lembaga Peperiksaan Malaysia dan kini menjadi
pensyarah dalam bidang ini di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Buku ini
dihasilkan dengan tujuan membantu para pelajar pendidikan terutamanya yang
mengikuti kursus Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Pendidikan di institusi-
institusi pengajian tinggi dan tidak ketinggalan kepada para pendidik yang
memerlukan pengetahuan serta kemahiran dalam pengukuran di sekolah.

ANALISIS DAN RUMUSAN


Bab 1 dimulakan dengan mengenal dan memahami konsep- konsep asas dalam
pengukuran yang juga meliputi jenis- jenis skala yang kerap digunakan dalam
sesuatu pengukuran pendidikan. Bab 2 pula menjelaskan jenis- jenis ujian yang
biasa diamalkan dalam dunia pendidkan dan membincangkan maksud ujian
rujukan norma dan ujian rujukan criteria. Bab 3 memperlihatkan perancangan
dalam membina sesuatu ujian yang memerlukan guru memahami Jadual Ujian
Penentuan Ujian dan Taksonomi Bloom. Bab 4 merupakan bab yang dapat
membantu guru dalam membina pelbagai bentuk ujian dan membincangkan
kaedah, kekuatan dan kelemahan setiap bentuk ujian berkenaan. Bab 5
membincangkan tentang kualiti ujian yan dibina harus mempunyai aras
kebolehpercayaan dan kesahan yang berpatutan sebelum ujian berkenaan dapat
diterima sebagai ujian yang berkualiti. Bab 6 menerangkan kepada guru tentang
statistik bilik darjah yang perlu difahami dengan baik dan boleh menerangkan
bagaimana skor berkenaan dapat memberi gambaran tentang pencapaian
sesuatu kumpulan pelajar. Bab 7 membincangkan analisis item yang dapat
membantu guru mengenalpasti item item yang berfungsi dengan baik. Bab 8
membincangkan penskoran, penggredan dan pentafsiran skor ujian. Bab 9
membincangkan kaedah penaksiran persembahan yang lebih menekankan
kepada kerja- kerja amali yang dilakukan di bilik darjah secara berterusan. Bab
10 merujuk kepada teori ujian moden yang dapat mengukur pencapaian pelajar
dengan lebih berkesan lagi dan dapat memberikan gambaran sebenar
pencapaian pelajar berdasarkan kemampuan mereka tanpa merujuk kepada
pencapaian norma.

PEMBELAJARAN YANG DIPEROLEH

Buku ini banyak membincangkan kaedah- kaedah untuk membina ujian yang
bermutu. Ia dimulakan dengan menjelaskan konsep- konsep penting dalam
pengukuran dan kemudian beralih kepada pembinaan ujian yang bermutu
berteraskan Jadual Penentuan Ujian. Statistik Pendidikan dijelaskan untuk
memberikan kefahaman tentan penskoran dan pelaporan yang guru harus buat
untuk ibu bapa agar mereka dapat berinteraksi dengan lebih efektif tentang
kemajuan anak mereka. Beberapa kaedah penaksiran masa kini juga
didedahkan kepada pelajar agar mereka dapat memahami perkembangan
pengukuran yang berlaku dalam dunia pendidikan.

Buku ini amat sesuai digunakan dalam bidang pendidikan bagi memahami dan
mendapat pengalaman dalam pembinaan ujian dan membuat penaksiran yang
berkualiti. Ianya juga boleh dijadikan panduan yang terbaik untuk bakal guru
dalam pembinaan ujian masa kini.
APLIKASI DI DALAM ORGANISASI

Setiap kali guru ingin mentadbirkan ujian, guru haruslah merancang ujian
berkenaan dengan rapi terlebih dahulu. Perancangan adalah penting bagi
memastikan ujian yang bakal dibina dan diskor akan dapat memberikan
keputusan atau satu gambaran yang tepat tentang pencapaian seseorang murid
atau bagi sesuatu kelas. Oleh itu, buku ini banyak memberikan panduan penting
yang harus dipatuhi oleh guru sebelum membina item dalam ujian contohnya
bagaimana menyediakan jadual penentuan ujian atau disebut juga sebagai JPU.
Selepas tamatnya ujian di sekolah, guru perlu memeriksa semua kertas ujian
yang telah dijalankan. Cara-cara penskoran, penggredan dan penafsiran skor
ujian banyak diterangkan di dalam buku ini dan amat berguna untuk para guru
khasnya. Skor ujian melambangkan pencapaian bagi seseorang pelajar.
Pencapaian atau kebolehan pelajar mungkin berubah dari masa ke masa
disebabkan maklumat atau pembelajaran yang sentiasa berlaku.

Memeriksa kertas jawapan pelajar untuk ujian bilik darjah berbeza dengan
kaedah memeriksa kertas jawapan untuk peperiksaan peringkat kebangsaan
kerana ia melibatkan pelajar dari seluruh Negara. Ini akan melibatkan banyak
pembolehubah yang perlu dipertimbangkan bukannya setakat pelajar dapat
kepujian atau lulus sahaja. Peperiksaan peringkat kebangsaan dikendalikan oleh
banyak pihak dan berperingkat, manakala ujian bilik darjah dikendalikan oleh
seorang guru sahaja dari awal hingga akhir. Oleh itu, pembacaan dari buku ini
memberikan banyak maklumat mengenai peperiksaan di sekolah dan sudah
tentu dapat diaplikasikan dalam organisasi perguruan.

Você também pode gostar