Você está na página 1de 5

Katanya

Pergilah
jangan pedulikan aku
biarkan aku dengan cara hidupku
di sini halamanku
tempat aku mengais rezeki
pagi petang siang malam
bukan mengemis di jalanan
mengharap simpati belas ehsan.

Tidak!, tidak sesekali


aku ada harga diri
maruah aku masih tegak berdiri
bukan kamu yang memberi rezeki
aku ada Tuhan yang mengerti
dari-Nya aku harapkan sesuap nasi
jana kudrat upayakan diri
mengerakkan tangan dan kaki
cari rezeki halal diredhai.

Biarkan aku
aku insan punya kekuatan diri
kebahagiaan bukn pada banyaknya gaji
kebahagiaan ada pada tenangnya hati
bebas dari masalah duniawi
bebas beribadat kepada Ilahi
ada kesihatan diri
itu semua buat aku mensyukuri
anugerah Ilahi
kamu! kamu!
kamu ada?

CNM, 13/12/2010, 17.29 pm


Katanya II

Biarkan aku terus di sini


hidup jerih tak kupeduli
janji aku tidak menyusahkan
tidak menganggu
apa yang aku tahu
pendirian kugenggam membatu.

Tidak kukisah kata cerca


kupekakkan telinga
sifat insan suka mengata
sedarlah! kamu di mana?
berpijak di bumi yang sama
tiada istimewa sama merah darah kita
mengalir ia kerana-Nya.

Akan kujaga diri


patuhi syariat Ilahi
biarlah umpat keji
sudahku lali
tak menjadi daki
janji
hidup aku diberkati
tiada resah menyelubungi
hidup penuh bererti
kamu! kamu!
kamu mengerti?

CNM, 14/12/2010, 9.09 am


Katanya III

Bila kau kaya jangan dilupa


sebahagiannya hak mereka
keluarkan segera
sebelum kau jadi papa
jangan tanya hak siapa
semuanya anugerah yang Esa
apa salahnya
kalau kongsi sebahagian saja.

Aku bukan nak menjaga


cuma mengingatkan sesama
jadilah kita umat yang ada harga
ikut Sunnah nabi kita
perbanyakkan sedekah kepada yang lara
gembirkan hati-hati mereka
rezeki pasti berlipat ganda
berkat doa.

Dalam hidup kita


cuba jangan menyusahkan sesiapa
cuba kau membantu semampu yang ada
tentu ada pertolongan yang tak disangka-sangka
kebaikan yang diredha
pasti ada balasan yang berganda
yakini ianya ketetapan yang Esa
kamu! kamu!
kamu yakin?

CNM, 14/12/2010, 9.22 am


Katanya IV

Kau selalu kata


rakyat didahulukan
kenapa ramai yang bergeladangan?
mana sifat kemanusiaan
mana rasa belas ehsan
berilah mereka peluang
ambil berat soal kebajikan.

Jangan!
jangan!
jangan biarkan
mereka hidup tanpa haluan
bimbinglah mereka cari jalan
berikan mereka latihan kemahiran
agar ada peluang memperoleh pekerjaan
dapat hidup seperti orang kebanyakan.

Kau jangan lupa erti persaudaraan


itu salah satu tuntutan
mengasihi sesama insan
jangan dibuat main
dimurkai Tuhan
hilang keberkatan
datang kesusahan
kau! kau!
kau ada ehsan?

CNM, 14/12/2020, 12.07 pm

Katanya V

Kau kata kau manusia


pada aku kau binatang
haiwan pon tak campak anak
dikendung bawa ke hulu ke hilir
ini tidak
kau humban ke longkang
kau humban ke tong sampah
kau humbang ke mangkuk tandas
kau lebih jijik dari najis babi.
kau! kau!
kau nak marah?

CNM, 15/12/2010, 11.10am


Katanya VI

Kau salah!
katanya kepada pesalah
makan dijatuhkan hukuman
sekian-sekian
tapi bila aku tengok berita
kau tumbuk rusuk
apa ni?
kau kata orang salah
kau! kau!
kau tak salah?

CNM,15/12/2010, 11.24 am

Você também pode gostar