Você está na página 1de 51

MODUL 11

MOTOR AC
OBJEKTIF
 Menyatakan fungsi belitan mula dan belitan larian.
 Menerangkan prinsip kendalian motor 1 fasa.
 Menerangkan ciri-ciri motor dari segi:
1. Daya kilas
2. Arus
3. Kuasa
 Mengenal bahagian-bahagian utama motor AC.
 Melakarkan gambarajah litar setiap motor 1 fasa.
PENGENALAN
 Motor AC boleh dibahagikan kepada dua:
1. Motor 1 fasa
2. Motor 3 fasa

 Jenis-jenis motor AC:


1. Motor aruhan fasa belah
2. Motor penukartertib
3. Motor kutub terteduh
4. Motor segerak
Motor AC 1 Fasa
 Tidak boleh berputar tanpa bantuan medan
magnet berputar.
Fungsi belitan mula dan belitan larian
 Fungsi belitan mula dan belitan larian dalam
motor AC 1 fasa jenis aruhan fasa belah
adalah untuk mewujudkan medan magnet
yang sentiasa berubah-ubah kutub (utara atau
selatan).
 Perubahan medan magnet ini akan
menghasilkan satu kedudukan medan magnet
yang seolah-olah berputar.
Prinsip Kendalian Motor AC 1 Fasa
 Berasaskan tindakan medan magnet belitan
mula dan larian dengan medan magnet
pemutar.
1. Apabila voltan dibekalkan pada motor,
kedua-dua belitan mula dan belitan larian
akan menghasilkan medan magnet.
2. Arus pada belitan mula adalah lebih kecil
disebabkan luas keratan rentas yang kecil
dan rintangan belitan pengalir yang tinggi.
Prinsip Kendalian Motor AC 1 Fasa
3. Arus pada belitan larian adalah lebih tinggi
disebabkan luas keratan rentas yang besar
dan nilai rintangan belitan pengalir yang
rendah.
4. Kedua-dua perbezaan ini akan menyebabkan
perbezaan fasa di antara arus dengan voltan
pada belitan mula dan belitan larian.
5. Ini akan menghasilkan medan magnet
berputar.
Prinsip Kendalian Motor AC 1 Fasa
6. Medan magnet berputar akan bergerak dengan satu
kelajuan yang dinamakan kelajuan segerak (Ns).
Kelajuan segerak ini bergantung kepada bilangan
kutub dan frekuensi bekalan.
Ns = 120f (psm)
P
f = Frekuensi bekalan (Hz)
P = Bilangan kutub
N = Kelajuan segerak (psm)
Prinsip Kendalian Motor AC 1 Fasa
7. Medan magnet berputar akan memotong jalur-jalur
pengalir pada pemutar.
8. D.g.e. yang akan terhasil apabila medan magnet
berputar memotong jalur-jalur pengalir dan
seterusnya menghasilkan medan magnet pada
pemutar.
9. Kedua-dua medan segerak dan pemutar akan
bertindak di antara satu sama lain.
10. Daya kilas permulaan untuk menggerakkan motor
akan terhasil dari tindak balas medan magnet
berputar dengan medan magnet pemutar.
Ciri-ciri Motor AC 1 Fasa
Bil. Jenis Motor Ciri-ciri

Daya kilas Arus Kuasa

1 Motor fasa belah mula Rendah ketika bermula Rendah Rendah


rintangan dan kendalian
2 Motor fasa belah Rendah ketika bermula Rendah Rendah
pemuat tetap dan kendalian
3 Motor fasa belah mula Tinggi ketika bermula Rendah Rendah
pemuat dan malar ketika
kendalian
4 Motor fasa belah mula Tinggi ketika bermula Rendah Rendah
pemuat, larian pemuat dan malar ketika
kendalian
Ciri-ciri Motor AC 1 Fasa(samb..)
5 Motor tolakan Tinggi ketika bermula Rendah Rendah
dan kendalian

6 Motor siri Tinggi ketika bermula Tinggi Tinggi


dan kendalian

7 Motor semesta Tinggi ketika bermula Tinggi Tinggi


dan kendalian

8 Motor kutub terteduh Rendah ketika Rendah Rendah


bermula dan kendalian

9 Motor segerak Rendah ketika Rendah Rendah


bermula dan kendalian
Bahagian-bahagian Utama
1. Pemegun
 Dari lapisan besi bertebat.
 Mempunyai lubang alur untuk memasukkan
belitan.
Bahagian-bahagian Utama
2. Pemutar
 Dari lapisan-lapisan besi bertebat.
 Mempunyai garisan-garisan pengalir yang
disambung pada gelang hujung.
 Diletakkan pada aci.
Bahagian-bahagian Utama
3. Suis empar
 Mempunyai sesentuh tetap dan bergerak.
 Bertindak dengan daya empar ketika motor
mula berputar.
Bahagian-bahagian Utama
4. Pemuat
 Dari jenis elektrolit dan minyak.
Gambarajah Litar Motor AC 1 Fasa
1. Motor Fasa Belah
a) Motor fasa belah mula rintangan
Gambarajah Litar Motor AC 1 Fasa
b) Motor fasa belah mula pemuat
Gambarajah Litar Motor AC 1 Fasa
c) Motor fasa belah mula pemuat tetap
Gambarajah Litar Motor AC 1 Fasa
d) Motor fasa belah mula pemuat larian pemuat
Gambarajah Litar Motor AC 1 Fasa
2. Motor Penukartertib
a) Motor tolakan
Gambarajah Litar Motor AC 1 Fasa
b) Motor siri
Gambarajah Litar Motor AC 1 Fasa
c) Motor semesta
Gambarajah Litar Motor AC 1 Fasa
3. Motor Kutub Terteduh
Gambarajah Litar Motor AC 1 Fasa
4. Motor Segerak
Kerosakan Motor
Bahagian Kerosakan Tanda-tanda kerosakan
Suis empar  Pegas tak berfungsi  Motor terus berkendali
 Sesentuh longgar  Motor tidak dapat berkendali

Pemuat  Litar pintas  Motor tidak dapat berkendali


 Litar terbuka atau kelajuan rendah
 Tamatan longgar

 Pemuat bocor

Belitan  Litar terbuka  Motor tidak dapat berkendali


 Litar pintas kecuali dibantu
 Penebatan rosak  Pemutus litar akan terpelantik
 Tamatan longgar  Fius akan memutus
Keselamatan dan Peraturan
1. Prosedur
 Menggandingkan motor dan beban dengan
sambungan mekanik yang betul.
 Memeriksa kekemasan dan kekutuban pengalir.
 Memasangkan penutup hujung aci.
 Melakukan sambungan mengikut rajah yang betul.
 Menguji keterusan sambungan.
 Menyambungkan bekalan kepada unit kawalan dan
sistem motor.
Keselamatan dan Peraturan
2. Pembumian
 Semua kerja-kerja sambungan eektrik dan
bahagian logam yang terdedah peru
dibumikan untuk melindungi pengguna
daripada terkena renjatan elektrik.
Keselamatan dan Peraturan
3. Perlindungan Mekanikal
 Bagi mengelakkan bahagian-bahagian
cantuman dan gandingan dari tercabut dan
melindungi pengguna daripada terkena
bahagian yang berputar, ianya perlulah
kukuh dan ditutup dengan penutup.
MOTOR AC 3 FASA
 Terbahagi kepada 3 jenis:
1. Motor Aruhan Jenis Sangkar Tupai
2. Motor Pemutar Berlilit
3. Motor Segerak
Prinsip Kendalian Motor Aruhan 3 Fasa
 Berasaskan penghasilan medan magnet
berputar dan medan magnet pemutar.
 Penghasilan kedua-dua medan magnet ini
adalah mengikut Hukum Lenz.
Prinsip Kendalian Motor Aruhan 3 Fasa
1. Motor Sangkar Tupai
Prinsip Kendalian Motor Aruhan 3 Fasa
 Apabila belitan pemegun dibekalkan dengan
bekalan 3 fasa, medan magnet berputar akan
terhasil dan akan berputar dalam satu kelajuan
iaitu kelajuan segerak (Ns).
 Medan magnet berputar akan memotong
jalur-jalur pengalir pemutar.
 D.g.e akan terhasil dalam pengalir pemutar.
Prinsip Kendalian Motor Aruhan 3 Fasa
 D.g.e yang terhasil menyebabkan berlakunya
pengaliran arus dalam jalur-jalur pengalir
pemutar dan seterusnya akan menghasilkan
medan magnet pada pemutar.
 Tindak balas kedua-dua medan magnet ini
akan menghasilkan daya kilas bagi
menggerakkan pemutar.
Prinsip Kendalian Motor Aruhan 3 Fasa
2. Motor Pemutar Berlilit
Prinsip Kendalian Motor Aruhan 3 Fasa
 Apabila belitan pemegun dibekalkan dengan
bekalan 3 fasa, medan magnet berputar akan
terhasil dan berputar dalam satu kelajuan
yang dinamakan sebagai kelajuan segerak,
(Ns).
 Medan magnet berputar akan memotong
belitan pengalir pemutar.
 D.g.e akan terhasil dalam pengalir pemutar.
Prinsip Kendalian Motor Aruhan 3 Fasa
 D.g.e yang terhasil menyebabkan berlakunya
pengaliran arus dalam belitan pengalir pemutar.
 Nilai arus yang terhasil akan dikawal oleh
perintang luar melalui gelang arus dan akan
menentukan kekuatan medan magnet pada
pemutar.
 Tindakbalas medan kedua-dua medan magnet ini
akan menghasilkan daya kilas untuk
menggerakkan pemutar.
Kiraan Kelajuan Segerak, Kelajuan
Pemutar dan Gelinciran
1. Kelajuan Segerak, (Ns)

Ns = 120f (psm)
P
f = Frekuensi bekalan (Hz)
P = Bilangan kutub
N = Kelajuan segerak (psm)
Kiraan Kelajuan Segerak, Kelajuan
Pemutar dan Gelinciran
2. Kelajuan Pemutar, (Nr)
 Kelajuan sebenar motor dalam keadaan
beban penuh.
 Biasanya kurang 3% hingga 4% daripada
kelajuan segerak dan dinyatakan dalam
pusingan seminit (psm).
Kiraan Kelajuan Segerak, Kelajuan
Pemutar dan Gelinciran
3. Gelinciran, (S)
 Perbezaan di antara kelajuan segerak dengan
kelajuan pemutar dinyatakan dalam
peratusan.
 Peratusan gelinciran bagi motor akan
menentukan daya kilas permulaan dan
kendalian.
Kiraan Kelajuan Segerak, Kelajuan
Pemutar dan Gelinciran
S = Ns - Nr x 100%
Ns
di mana

S = gelinciran
Ns = kelajuan segerak (psm)
Nr = kelajuan rotor (psm)
Contoh 1:
Sebuah motor AC 3 fasa 415 V/50 Hz
mempunyai empat kutub. Hitungkan kelajuan
segerak motor tersebut.

Ns = 120f
P
= 120 x 50
4
= 1500 psm
Contoh 2:
Sebuah motor aruhan 3 fasa 415 V/60 Hz mempunyai
dua kutub berkendali pada kelajuan 3480 psm.
Hitungkan peratus babas motor tersebut.

S = Ns – Nr x 100%
Ns
Ns = 120f = 120 x 60 = 3600 psm
P 2
 S = 3600 – 3480 x 100% = 3.33%
3600
Contoh 3:
Sebuah motor aruhan jenis sangkar tupai 3 fasa 415 V/50 Hz
mempunyai 6 kutub dan peratus babas 4%. Hitungkan kelajuan
segerak dan kelajuan rotor.
Ns = 120f = 120 x 50 = 1000 psm
P 6
S = Ns – Nr x 100%
Ns
4 = 1000 – Nr x 100%
1000
4 x 1000 = 1000 – Nr  Nr = 1000 – [ (4 x 1000)/100]
100 = 1000 – 40
= 960 psm
Bahagian – bahagian Motor
1. Pemegun (stator)
2. Pemutar (rotor)
3. Gelang gelincir
Kerosakan Motor
1. Terbalik fasa
 Punca sambungan bekalan 3 fasa yang tidak
mengikut urutan fasa yang betul iaitu merah,
kuning dan biru.
 Tanda kerosakan: putaran motor
bertentangan dengan arah putaran yang
diperlukan.
 Alat uji: meter urutan fasa
 Membaik pulih: tukar sambungan.
Kerosakan Motor
2. Terbuka
 Berlaku pada belitan-belitan motor disebabkan oleh
belitan putus, sambungan longgar atau belitan
terbakar.
 Tanda kerosakan: motor tidak berkendali, jika salah
satu belitan terbuka, motor akan berkendali tetapi
mengeluarkan haba dan bunyi dengung.
 Alat uji: meter pelbagai dan pengujian penebatan
Meger.
 Membaik pulih: sambung semula belitan atau
melilit semula belitan.
Kerosakan Motor
3. Pintas
 Kerosakan yang berlaku pada belitan-belitan motor
disebabkan oleh kerosakan penebatan, salah
sambungan tamatan atau belitan terbakar.
 Tanda kerosakan: motor tidak berkendali.
 Alat uji: meter pelbagai dan meter penguji
penebatan.
 Membaik pulih: betulkan semula sambungan atau
melilit semula belitan motor.
Kerosakan Motor
4. Kebocoran
 Sentuhan terus belitan dengan rangka motor yang
disebabkan oleh kerosakan penebatan.
 Tanda kerosakan: terdapat arus yang mengalir pada
bahagian rangka motor atau pemutus litar bocor ke
bumi terpelantik.
 Alat uji: meter pelbagai dan meter penguji
penebatan.
 Membaik pulih: hidupkan semula pemutus litar
bocor ke bumi atau melilit semula belitan motor.
Keselamatan dan Peraturan
1. Prosedur
 Gandingkan motor dan beban dengan sambungan
mekanikal yang kukuh.
 Periksa kekemasan dan kekutuban pengalir.
 Pasangkan penutup hujung aci.
 Buat sambungan mengikut rajah dengan betul.
 Uji keterusan sambungan.
 Sambungkan bekalan kepada unit kawalan dan
sistem motor.
Keselamatan dan Peraturan
2. Pembumian
 Semua kerja-kerja sambungan elektrik dan
bahagian logam yang terdedah perlulah
dibumikan dan dilindungi dengan pemutus
litar.
 Kadar kepekaan pemutus litar bocor ke bumi
mestilah berkadar 10mA.
Keselamatan dan Peraturan
3. Perlindungan mekanikal
 Bahagian-bahagian cantuman dan gandingan
mestilah dibuat dengan kukuh, ditutup
dengan penutup bagi mengelakkan
kelonggaran atau terlucut dan terkena
bahagian yang berputar.

Você também pode gostar