Você está na página 1de 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERCHANG

21610 MARANG, TERENGGANU

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PROGRAM Membasmi E Genggam A

KEM MENJEJAK IMPIAN


PMR 2011

SIRI 1

TARIKH: 27 MAC 2011

TEMPAT: SURAU AS SALAM, SMK MERCHANG

DENGAN KERJASAMA
PROJEK KECEMERLANGAN PMR
SMK MERCHANG
KEM MENJEJAK IMPIAN PMR

Pengenalan

Unit Projek Kecemerlangan PMR 2011 mengambil inisiatif mengadakan Kem Menjejak Impian
untuk calon-calon PMR sebagai salah slah satu usaha untuk menanam perasaan ‘insaf dan sedar
diri’ di kalangan pelajar. Melalui program ini, semua calon peperiksaan awam berpeluang untuk
mendapat suntikan semangat dan motivasi dari seluruh warga sekolah dan ibubapa serta
menyedari tanggungjawab mereka berusaha sebaik mungkin untuk mencapai prestasi minimum
‘E’ dan meningkatkan pencapaian ‘A’ dalam peperiksaan masing-masing.

Rasional

Pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan bagi meningkatkan prestasi pelajar namun
hasil yang diperolehi masih tidak mencapai sasaran. Kelemahan demi kelemahan dikaji dan salah
satu kelemahan yang dikenalpasti adalah tahap kesedaran dan motivasi diri yang rendah
menyebabkan pelajar kurang berusaha untuk mencapai keputusan yang diharapkan. Selain itu,
sebilangan besar pelajar juga kurang menghayati tuntutan agama. Justeru, Program Kem
Menjejak Impian ini adalah salah satu usaha meningkatkan kesedaran diri dan penghayatan nilai-
nilai agama agar pelajar-pelajar meletakkan tanggungjawab berusaha bersungguh-sungguh
sebagai amanah mempertingkatkan prestasi akademik untuk diri mereka dan juga menjaga nama
baik sekolah. Dengan itu, pelajar-pelajar akan bersama Unit Kecemerlangan PMR bekerjasama
mencapai sasaran yang ditetapkan dalam setiap peperiksaan.

Objektif

 Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa menjadi kewajipan mereka melaksanakan


tuntutan agama dan menjaga sahsiah diri.
 Menetapkan matlamat dan komitmen pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh
meningkatkan prestasi diri dan sekolah.
 Memupuk semangat bekerjasama dalam mencapai matlamat

Kumpulan Sasaran

Semua calon PMR 2011

Tarikh:

27 Mac 2011 ( Isnin)

Tempat :

Surau As Salam, SMK Merchang, Marang Terengganu.


Masa :

8.00 pagi – 2.00 petang

Jawatan Kuasa Induk

Penasihat : En. Ramli bin Musa


(Pengetua SMK Merchang)

Pengerusi 1 : Pn. Huzni Binti Abdullah


( Penolong Kanan Pentadbiran)

Pengerusi 11 : En. Mohamad bin Mahmud


( Penolong Kanan HEM)

En. Zainuddin bin Muda


( Penolong Kanan Kokurikulum )

Pengurus Projek : Pn. Nafisah binti Che Omar


(GKMP Bahasa)

Penyelaras Projek : Pn. Che Azizah binti Yusof

Setiausaha Projek : Pn. Khodijah Murnizah binti Ramli

Ahli Jawatankuasa : Semua guru matapelajaran Tingkatan 3

Jawatankuasa Kerja
Pengerusi : Pn. Hajah Nafisah Binti Che Omar
Naib Pengerusi : Pn. Che Azizah Binti Yusof
Setiausaha : Pn. Rohazani binti Abdul Ghani
Pen. Setiausaha : Pn. Khodijah Murnizah Binti Ramli
Persediaan Tempat : En. Mohd. Talmizi bin Ngah
En. Jasmoni Bin Mamat
Rakaman Peristiwa : En. Rozi Bin Baba

Dokumentasi : Cik Zuria Binti Moktar


Pn. Norizi Binti Ab. Rahman

Kawalan & Disiplin Pelajar : En. Mohd. Izainudin Bin Ibrahim


Pn. Hasmah Binti Said

Makan & Minum Fasilitator : Pn. Mariam Binti Jabar

TENTATIF PROGRAM KEM MENJEJAK IMPIAN PMR SIRI 1


Tarikh : 22 Februari 2011

8.00 – 8.30 pagi Pelajar berkumpul di Dataran Makmur / Solat sunat dan hajat
8.30 – 10.30 pagi Modul 1 : AKU PELAJAR TERBILANG
10.30 – 11.00 pagi Rehat
11.00 – 1.00 petang Modul 2 : IBADAH ASAS KEJAYAAN MUKMIN
1.00 – 1.30 petang Solat zohor

Kos Pelaksanaan

Bahan
- Modul (Photostat) RM 2x 2x 144 orang = RM 576.00
- Pen RM 1 x 144 orang = RM 144.00
- Fail RM 1 x 144 orang = RM 144.00
- Kertas Sticker RM 2 x 10 keping = RM 20.00
JUMLAH = RM884.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM 884.00

Sumber:

- Unit Bimbingan dan Kaunseling = RM 884.00

Penutup
Unit Projek Kecemerlangan PMR dan Unit Bimbingan dan Kaunseling yakin program
seumpama ini akan memberi suntikan semangat dan menjadi pemangkin kepada peningkatan
prestasi dan sahsiah diri calon-calon PMR 2011.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(ROHAZANI BINTI ABDUL GHANI) RAMLI BIN MUSA


Kaunselor, Pengetua
SMK Merchang. SMK Merchang
21610 Marang, 21610 Marang,

Você também pode gostar