Você está na página 1de 1

Asal-usul nama kampung

Nama Sijangkang berasal dari sejenis pokok yang menyamai pokok getah. Ia adalah sejenis pokok
hutan yang menyebarkan biji-biji dengan cara ltupan sendiri. Nama pokok itu adalah pokok Jangkang.
Pokok ini terdapat di sebahagian tempat di Indonesia.

Masih berkaitan dengan pendapat pertama juga. Pokok Jangkang itu mati di sebuah anak sungai
yang kemudiannya diberi nama sungai Jangkang iaitu anak Sungai Langat. Dalam bahasa Cina, mati
disebut ‘si’. Maka timbul nama ‘Si Jangkang’ yang akhirnya bertukar menjadi ‘SIJANGKANG’.

Pembukaan kampung

Adalah dianggarkan kampung ini mula dibuka dalam lingkungan tahun 1907. ia diteroka dari arah
Sungai Jangkang. Sebahagian dari penduduk kampung ini adalah berasal dari Indonesia iaitu Pulau
Jawa, manakala yang lainnya berasal dari kampung-kampung lain yang lebih lama dibuka seperti
Kampung Benting Tengah dan Kampung Pendamar. Mereka mendarat dari Sungai Jangkang dari
pengkalan-pengkalan kecil yang terdapat di tepi sungai. Ini bermakna kampung Benting Tengah dan
Kampung Pendamar adalah lebih tua dari Kampung Sijangkang.

Tanah perkuburan yang pertama terletak hampir dengan sungai dan ketika ini dipercayai sudah
terhakis oleh air sungai tersebut. Wakaf perkuburan yang ada sekarang asalnya adalah tapak masjid
lama dan Sekolah Melayu lama (dibuka pada tahun 1911).Pada masa dulu tanah dari tepi sungai
hingga ke perkuburan sekarang adalah di bawah Geran Bebas (Geran Putih) iaitu boleh dibeli oleh
orang asing. Peneroka Kampung Sijangkang yang awal menjualnya kepada orang Cina untuk
menambah pembiayaan menunaikan fardhu haji. Sebab itulah hingga sekarang, orang Cina masih
mempunyai kebun di situ. Bagaimanapun dalam lingkungan tahun 1925, ada beberapa sekatan dan
pindaan kanun tanah dari Geran Putih ke Geran Merah.

Perkembangan dan kemajuan

Pada tahun 1930-an, kemudahan asas iaitu jalan raya mula dibina menghubungkan satu tempat ke
satu tempat. Pekan (kedai-kedai termasuk pasar) Kampung Sijangkang yang awal adalah terletak di
Batu 8 (jaraknya 8 batu dari Klang = 12.8 km). Kemudian selepas zaman darurat, selepas orang-
orang Cina dipindahkan ke kampung-kampung baru, Pekan Kampung Sijangkang dipindahkan ke
Batu 1. Tanaman hasil utama di Kampung Sijangkang ketika itu ialah getah dan kopi.

Você também pode gostar