Você está na página 1de 2

Tajuk PSM : PERBANDINGAN ANTARA IMPLEMENTASI ‘PASSIVE

HEAT’ DAN ‘RELAXATION’ TERHADAP TINDAKBALAS


TUBUH BADAN (TEKANAN DARAH DAN KADAR NADI)

Tajuk Abstrak : ABSTRAK

Nama Pelajar : NURHANANI HUSNA BINTI HARME

Nama Penyelia : Dr. Zainal Abidin bin Zainuddin

Nama Program Pengajian : SPS

ABSTRAK

Tekanan darah tinggi merupakan sejenis penyakit yang boleh mengancam nyawa dan rata-rata
penghidap penyakit ini adalah individu yang kurang memperuntukkan masa untuk menjalani gaya
hidup sihat seperti bersenam dan mengawal pemakanan. Namun begitu, penyakit ini boleh dikesan
dan boleh dikawal dengan mengubah gaya hidup dan rawatan. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah
untuk mengkaji kesan implementasi passive heat dan relaxation yang berbentuk terapi menggunakan
sauna dan aromaterapi terhadap penurunan tekanan darah dan kadar nadi.Seramai enam orang
subjek wanita yang mempunyai tekanan darah yang tergolong dalam kumpulan prehypertension dan
hypertension (Stage 1) dan tidak pernah mengambil sebarang ubat darah tinggi dipilih untuk menjalani
terapi ini. Tiga jenis terapi yang dijalankan adalah T1 iaitu terapi sauna yang digabungkan bersama
aromaterapi, T2 yang memfokuskan kepada terapi sauna, dan T3 yang hanya memfokuskan kepada
aromaterapi. Setiap subjek hanya terlibat dalam satu jenis terapi sahaja yang ditentukan secara rawak
mudah. Terapi yang dilakukan melibatkan enam set terapi, iaitu tiga kali seminggu selama dua minggu
berturut-turut, yang selama 30 minit untuk setiap sesi terapi. Data yang diperolehi dianalisis dengan
menggunakan Microsoft Excel 2007 dan juga Statistical Package For Social Science (SPSS) 13.0.
Hasil kajian mendapati bahawa berlaku penurunan tekanan darah dan kadar nadi bagi ketiga-tiga
jenis kumpulan terapi. T1 menunjukkan penurunan yang paling tinggi untuk ketiga-tiga parameter
yang diukur, diikuti dengan T3 dan seterusnya T2. Walau bagaimanapun, hanya satu parameter yang
menunjukkan perbezaan yang signifikan secara statistik. Hasil analisis ujian One-Way ANOVA
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara ketiga-tiga kumpulan terapi bagi tekanan
sistolik dengan pada aras keertian p ≤ 0.05. Tiada perbezaan yang signifikan direkodkan bagi kadar
nadi dan tekanan diastolik. Kesimpulannya, sauna dan aromaterapi boleh digunakan sebagai rawatan
alternatif untuk mengawal tekanan darah dan kadar nadi bagi individu yang mempunyai tekanan darah
di peringkat prehypertension dan hypertension (Stage 1). Walau bagaimanapun aspek keperluan gaya
hidup sihat seperti pengambilan diet seimbang, amalan cara hidup yang aktif dan melakukan aktiviti
fizikal dan senaman masih perlu diamalkan.
ABSTRACT

High blood pressure has been known as one of the disease that can jeopardize lives and most of the
patients are individuals who spend less of their time on living a healthy life such as involved with
physical exercise and have dietary control. However, this disease can be recognized and controlled by
altering lifestyle and by treatment. The purpose of this research is to investigate the differences of the
implementation of passive heat and relaxation in the form of therapy which consist of sauna and
aromatherapy in lowering blood pressure and pulse. Six female subjects categorized as
prehypertension and hypertension (Stage 1) and does not take any medicine or diuretics related to
high blood pressure were chosen. The three therapies are T1 which is the combination of sauna
therapy and aromatherapy, T2 which focusing only on sauna therapy, and T3 which focusing on
aromatherapy. Each subject involved only in one therapy which are randomly choosen. The process of
the therapy consists of six sets of therapy session, which are three times in a week, in two weeks in a
row, with 30 minutes duration for each session. The collected data were analysed using Microsoft
Excel 2007 and Statistical Package For Social Science (SPSS) 13.0. The research acknowledged
that all these three group of therapies had lowered the systolic blood pressure, diastolic blood
pressure and pulse. T1 showed the greatest changes, followed by T3 and last but not least, T2.
However, only one parameter showed that the difference was statistically significant. Results from
One-Way ANOVA analysis indicated there was a significant difference in systolic blood pressure
between the three therapies with the significant level, p ≤ 0.05. However, no significant differences in
diastolic blood pressure and pulse were recorded. In conclusion, sauna and aromatherapy can be
engaged as an alternative treatment in lowering and controlling the blood pressure and pulse for
individual with prehypertension and hypertension (Stage 1). However the necessity of a healthy
lifestyle such as balance diet, implementing active lifestyles and regular physical workout and
exercises need to be applied.

Você também pode gostar