Você está na página 1de 3

a) Nama pengarang: Rhonda Byrne

b) Tahun diterbitkan: 2006


c) Tajuk kajian: The Secret to Health
d) Nama jurnal: The Secret
e) Maklumat mengenai gagasan (konstruk) motivasi dan emosi yang digunapakai dalam
kajian atau penulisan artikel berkenaan.
Strenberg (1997) mengatakan motivasi adalah impulse (dorongan, bisikan hati), desire
(keinginan dan hasrat yang amat sangat) atau needs (keperluan) yang menyebabkan
seseorang itu bertindak.
Plotnik (1998) mendefinisikan motivasi sebagai faktor fisiologikal dan psikologikal yang
menyebabkan individu bertindak/bertingkahlaku di dalam cara yang spesifik dan pada masa-
masa tertentu.
Kalat (1999) pula mendefinisikan motivasi adalah datang dari dalaman yang bergerak
secara terus untuk menggerakkan individu.
Moriss dan Maisto (1999) mengatakan motivasi satu bentuk arahan yang datang dari
dalam diri individu secara paksa untuk memenuhi keperluan dan kehendak individu yang
akhirnya membangkitkan organisma untuk menuju kepada sesuatu matlamat.
Motivasi merupakan satu desakan daripada dalaman individu untuk membangkitkan dan
menggerakkan tingkahlaku seseorang individu kepada sesuatu matlamat atau tujuan.
Organisma bertingkahlaku apabila wujudnya tenaga di dalam diri dan adanya arahtuju untuk
individu bertingkah laku munuju ke arah pencapaian matlamat.
Dari segi keperluan fisiologi kesakitan, kesakitan adalah pengalaman motivasi bertenaga
yang menuntut "PERHATIAN", keadaan ini terjadi apabila tisu-tisu badan tercedera dan
kesakitan adalah motivasi adaptif. Ini memerlukan perhatian dan mitif sedar yang tinggi
kerana tidak dapat diramal. Maka, kesakitan itu akan mewujudkan dua tingkahlaku iaitu
melarikan diri (proaktif) dan penyembuhan (defensif). Di sini, Morris memilih penyembuhan
secara defensif sebagai matlamatnya yang menggerakkannya untuk bertingkahlaku mencari
cara penyembuhan.
Keamatan motivasi dan emosi seseorang itu di dalam situasi seperti Morris Goodman
dalam artikel di atas adalah seperti berikut:
1) Kemahuan – Morris ingin segera sembuh daripada kesakitan yang dialaminya.
2) Kepercayaan kawalan diri – kepercayaan dan harapan Morris sebelum melaksanakan
sesuatu kawalan terhadap tanggapan dan kawalan terhadap keinginan.
3) Keyakinan – Morris berkeyakinan bahawa dia boleh berjalan kembali seperti normal.
4) Ketabahan – Morris tabah menghadapi keadaan yang semakin lumpuh di mana Morris
menggunakan alat pernafasan dan diaframnya telah rosak, akhirnya dia berjaya bernafas
sendiri tanpa bantuan alat pernafasan.
f) Kesignifikanan kajian
Artikel di atas memaparkan bahawa sekiranya seseorang pesakit itu mempercayai atau
mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi bahawa sesuatu ubatan yang merawat dirinya itu
boleh menyembuhkan dirinya maka dia akan sembuh.
"Focusing on perfect health" bermakna "menumpukan perhatian terhadap kesempurnaan
kesihatan" adalah sesuatu yang kita boleh buat dalam diri kita sendiri tanpa mengambil kira
apa yang berlaku di luar fizikal kita. Munurut Michael Bernard Beckwith "You can change
your life and you can heal yourself".
g) Impak kajian
Kalau kita mendengar orang lain yang menceritakan tentang penyakit atau kesakitan yang
dialami kita hanya menambah tekanan kepada mereka yang sedang sakit itu. Sebaliknya,
cuba alihkan tajuk perbualan kepada bahan perbualan yang mendatangkan kebaikan dan
manfaat kepada kesihatan kita.
Kita haruslah elakkan daripada menerima maklumat negatif tentang penyakit dan penuaan
daripada masyarakat sekeliling. Keadaan ini cuma akan melemahkan semanagat kita untuk
sembuh atau meneruskan kehidupan.
h) Senaraikan kelebihan dan limitasi kajian dalam artikel berkenaan.
"The Secret" mengucap persoalan kuasa dalam diri seseorang untuk membawa kita
menghadapi sebarang kemungkinan ("Everything is possible") setiap yang difikirkan itu akan
menjadi kenyataan sekiranya kamu mempercayainya.
Gelak ketawa membawa kebahagiaan, menjauhi perasaan negatif dan akan membawa kita
menuju ke arah keajaiban seperti sembuh daripada sesuatu penyakit yang serius.
Di sini, Morris sebagai contoh telah menerima cabaran dan dugaan hidup yang paling
kritikal dalam hidupnya dengan penuh ketabahan dan seterusnya berjaya mengatasinya.
Sekiranya kita hanya bersedih, kita tidak mungkin akan berjaya menghadapi sebarang
cabaran hidup dengan jayanya.
i) Rumusan
Daripada kajian motivasi dan emosi, kita mendapati bahawa penyakit terperangkap dalam
badan melalui pemikiran, pemerhatian terhadap sesuatu penyakit atau dengan menumpukan
perhatian terhadap sesuatu penyakit atau dengan menumpukan perhatian terhadap sesuatu
penyakit itu. Sekiranya seseorang itu berasa kurang sihat, sebaik-baiknya jangan dijadikan
satu isu perbualan kecuali kalau seseorang itu ingin jatuh sakit.
Setiap perkara yang berlaku ada sebabnya. Setiap cabaran atau dugaan itu ada hikmah di
sebaliknya. 'Tiada apa yang mustahil' ("Everything is possible") sekiranya kita
mempercayainya. (All things are possible when you believe).

Você também pode gostar