Você está na página 1de 26

SISTEM KAWALAN PEMPIAWAIAN KONFIGURASI

MUHAMAD SYAHRUL AZHAR BIN SANI

Laporan projek ini dikemukakan


sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Sains
(Sains Komputer)

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat


Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2003
ABSTRAK

Projek yang dibangunkan ini bertujuan untuk mengurangkan masalah -


masalah yang timbul di makmal komputer. Antara masalah - masalah yang cuba
diatasi ialah memastikan para pelajar yang menggunakan komputer di makrnal tidak
dapat lagi mengubah konfigurasi profail sistem komputer seperti menukar wallpaper,
membuang 'driver' dan sebagainya. Masalah ini boleh menyebabkan komputer tidak
dapat beroperasi dengan sempurna. Sistem Kawalan Pempiawaian Perisian ini akan
memastikan perisian- perisian atau fail - fail yang ditambah dan disimpan oleh para
pelajar tanpa kebenaran juruteknik makrnal akan dipadamkan secara automatik
selepas komputer dihidupkan semula. Data - data atau fail-fail yang terdapat di dalam
sistem komputer juga tidak boleh dihapuskan sewenang-wenangnya. Perisian ini juga
dapat membantu dalam memastikan cakera keras komputer tidak dipenuhi dengan
data - data yang tidak diperlukan. Selain itu, sistem ini juga mempunyai antaramuka
yang mesra pengguna dan diletakkan beberapa ciri-ciri keselamatan. Kawalan
berangkaian juga boleh dilakukan di mana sistem ini boleh dikawal melalui satu
komputer pelayan yang berangkaian dengannya. Sistem ini akan memiawaikan
konfigurasi dan setting profail bagi komputer di makrnal. Seterusnya juruteknik
dapat menjimatkan masa dan bebanan kerja serta kos penyelenggaraan komputer.
ABSTRACT

This project is developed with the aim to minimize common problems in the
computer laboratory. The problems that try to solved is to make sure that students
who use the computer can't change the configuration of computers system's profile
such as changing the wallpaper, removing the driver and so on. These causes the will
effect the computers to operate in the unusual mode. Sistem Kawalan Pempiawaian
Perisian will make sure that the software or file that been added or saved by the
students without the permission of the technician, it will be removed automatically
when the computer is restarted. All data and files in computer system cannot be
removed easily. This software also can control the content of the hard disc by
deleting the useless data, which are created by the student. Other than that, this
system has friendly user interfaces and some security criteria. This software is
developed with the network so that one server can use it to control many computers.
When using this software, all the setting and configuration will be saved as standard
configuration by technician. Finally, the technicians do not need to take much time to
check the computers and their maintenance.
1.1 Analisa Masalah

Komputer di makmal FTMK, KUTKM menggunakan sistem pengoperasian


berasaskan Windows seperti Windows 98, Windows ME, Windows 2000 dan Windows XP.
Di dalam Windows 98 dan Windows ME, setiap pengguna mempunyai kebebasan untuk
memasang perisian, menghapuskan fail dan sebagainya. Kelemahan ini telah digunakan
oleh pelajar untuk mengubah konfigurasi komputer di dalam makmal.

Bilangan komputer yang banyak dalam sesebuah makrnal komputer memerlukan


suatu pengurusan yang cekap kerana pelajar-pelajar gemar untuk menambah atau
membuang perisian, aplikasi dan mengubah profail konfigurasi seperti menukar
wallpaper, membuang driver, menukar IP komputer dan sebagainya. Hal ini
menyebabkan komputer sering menghadapi masalah dan rosak seterusnya membebankan
juruteknik kerana terpaksa menyenggara dan memastikan komputer sentiasa dalam
keadaan boleh beroperasi. Bilangan juruteknik pula adalah terhad dan mereka
mempunyai tugas-tugas lain untuk dilakukan. Terdapat juga pelajar yang menginstalasi
perisian cetak rompak ke dalam komputer makmal. Selain itu cakera keras komputer juga
dipenuhi fail-fail kepunyaan pelajar. Jika tidak dibendung, masalah ini akan
menyebabkan kos penyenggaraan dan kerja juruteknik semakin bertambah.

Walaupun terdapat perisian di makrnal ini (Winboost 2000) yang digunakan untuk
memastikan konfigurasi komputer tidak boleh diubah, namun pelajar masih dapat
mengubah konfigurasi,komputer tersebut. Ini kerana terdapat segolongan pelajar yang
menginstalasi perisian tersebut sekali lagi dan pada kali ini kata laluannya akan terpadam
semula (default). Seterusnya mereka boleh membuat kegiatan mereka seperti biasa.
Menurut juruteknik juga perisian ini kurang sesuai digunakan kerana kadangkala pelajar
ingin menyimpan data mereka di dalam komputer tetapi bagi ~ i i b o o s tia
, tidak
membenarkannya sama sekali.
Hasil daripada temuramah dengan juruteknik, mereka berpendapat di antara
kelemahan sistem penyenggaraan makmal sekarang ialah ketiadaan suatu sistem untuk
mengawal penggunaan komputer oleh pelajar supaya menggunakan kemudahan ini untuk
tujuan akademik sahaja terutama dari segi perisian yang digunakan serta fail-fail yang
disalinkan ke dalam komputer. Selain itu, tugas-tugas pengurusan fail dan perisian
kebanyakannya dilakukan dari satu komputer ke komputer yang lain dan ini amat
membebankan sekiranya juruteknik terpaksa membuat pemeriksaan setiap hari.

1.2 Matlamat

Membangunkan satu perisian dalam persekitaran Windows 98 dan Windows ME


yang boleh memastikan profail, konfigurasi, kapasiti fail dan aplikasi yang telah disetkan
oleh pemilik komputer sentiasa dalam keadaan yang sama selepas proses restart
walaupun sebelumnya terdapat perubahan yang dilakukan. Selain itu sebuah komputer
(pelayan) juga boleh mengawal konfigurasi komputer lain yang berangkaian dengannya.

1.3 Objektif

1. Mengkaji dan mengenal pasti teknologi dan mekanisme yang boleh digunakan
untuk mengawal konfigurasi komputer.
2. Membangunkan suatu sistem yang boleh mengawal konfigurasi komputer supaya
sentiasa dalam keadaan profail yang telah disetkan selepas proses restart,
walaupun terdapat perubahan yang dilakukan sebelum proses restart.
3. Memastikan komputer pelayan boleh mengawal konfigurasi komputer pengguna
yang berangkaian dengannya.
4. Memastikan perisian yang dibangunkan tidak boleh di uninstall dengan mudah,
dan hanya pengguna yang dibenarkan sahaja yang dapat melepasi kata laluan
(untuk tujuan mengubah profail) dengan meletakkan beberapa ciri-ciri
keselamatan.
5. Menyediakan antaramuka GUI yang senang difahami dan ramah pengguna
supaya pengguna boleh menggunakan perisian ini dengan mudah dan berkesan.

1.4 Skop

1. Mengkaji penggunaan komputer di makmal FTMK, KUTKM dan menganalisa


masalah yang wujud.
2. Kawalan berangkaian hanyalah untuk teknologi rangkaian kawalan setempat
sahaja.
3. Perisian yang ingin dibangunkan adalah sesuai untuk sistem pengoperasian
Windows 98 dan Windows ME sahaja.
4. Membangunkan prototaip sistem menggunakan Microsoft Visual Basic 6.0

1.5 Kekangan Sistem

Perisian yang baru diimplementasikan secara amnya tidak akan terlepas dari segi
wujudnya kelemahan-kelemahan fungsinya. Keadaan ini memang tidak dapat dinafikan.
Antara kelemahan-kelemahan perisian ini yang ketara yang dapat dilihat ialah :-
1. Hanya mampu memantau kandungan fail yang terdapat dalam pemacu C:.
..
11. Perisian ini hanya berfungsi dalam persekitaran Windows,
iii. Sistem ini hanya sesuai untuk sistem pengoperasian Windows 98 dan
Windows ME sahaja.
iv. Hanya sebuah komputer pengguna yang boleh dikawal dalam satu-satu
masa.

1.6 Kepentingan Sistem

Sistem yang di bangunkan bertujuan untuk mengurangkan masalah yang timbul di


kebanyakan makmal-makmal komputer khususnya di makrnal FTMK, KUTKM. Hasil
daripada pembangunan sistem ini membolehkan juruteknik untuk memastikan setiap
komputer sentiasa dalam keadaan yang piawai seperti yang telah di setkan. Sekiranya
terdapat penambahan atau pengubahsuaian yang dilakukan oleh pelajar, sistem ini akan
secara automatik akan menukar semula konfigurasinya ke bentuk yang asal.

Pelajar juga di benarkan untuk memasang perisian tambahan lain tetapi ia


hanyalah dalam keadaan sementara kerana apabila komputer di 'restart', perisian tersebut
akan hilang semula. Sistem ini juga membenarkan pelajar untuk mencipta dan
menyimpan fail -fail atau folder di dalam folder My Documents. Namun di dalam suatu
tempoh masa, ia akan di hapuskan secara automatik kelak.

Sistem ini perlulah di pasang pada komputer di makmal dengan syarat ia tidak
mengganggu keperluan pelajar semasa menggunakan komputer dan dalam masa yang
sama ia dapat memudahkan kerja penyenggaraan oleh juruteknik.
BAB I1

KAJIAN LATAR BELAKANG

2.0 Pengenalan

Secara umumnya sistem ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kawalan
berangkaian dan pemiawaian konfigurasi. Kajian meliputi sistem pengoperasian Windows
98 dan Windows ME, penggunaan registry, Windows socket (Winsock) dalam Windows
98 dan Windows ME, protokol-protokol dan kaedah-kaedah dalam rangkaian serta
perisian - perisian dan perkakasan - perkakasan yang sedia wujud di pasaran.

2.1 Kajian Terhadap Microsoft Windows 98 dan Windows ME

Windows Millenium Edition ( M E ) dan Windows 98 menggunakan sistem FAT 32.


Ini kerana Windows ME merupakan Windows yang dikernaskini daripada Windows 98.
Direktori bagi registry kedua-dua sistem pengoperasian ini juga adalah sama. Oleh itu,
didalam kajian ini hanya menceritakan salah satu daripada windows yang dikaji iaitu
Windows 98.

Microsoft Windows 98 ialah sistem operasi 32-bit yang mana ia menyediakan


sambungan internet bina dalaman, menyokong perkakasan Plug and Play, prestasi yang
tinggi, robustness dan dapat menyokong perisian untuk pelantar Windows 95. Windows
98 juga menyokong Model Driver Win32 (WDW yang terkini. Di mana ia membenarkan
peralatan WDM ini 'dilarikan' dalam persekitaran Windows 98 dan juga Windows NT
versi terkini dan akan datang menggunakan pemacu yang sama. Komponen - komponen
yang menyokong ciri - ciri Windows 98 ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

User
interface
I Applications

tools 32-bit shell


Registry
Windows 98 core

Configuration WDM Driver


File System
Manager Manager Manager Manager

Device drivers

Hardware

Rajah 2.1 : Komponen Windows 98

Seperti Windows 95, Windows 98 adalah variasi daripadaplatform Windows 3.1


dan mengandungi ciri - ciri berikut :-
8

Lengkap dengan kernel 32-bit, termasuk pengurusan memori,preemptive


mutitasking dan menyokong multithreading.
ii. Integrasi 32-bit sepenuhnya, mempunyai mod perlindungan fail sistem, yang
mana proses menghapus perlu bergantung kepada sebahagian salinan MS-DOS
yang disalin semasa sistem boots up.
iii. Pemacuan pemasangan fail sistem 32-bit yang menyokong FAT, FAT32, IS0
9660 (CD-ROM, IS0 13346 (Universal Disk Format /Digital Video Disc
[UDF/DVD]), rangkaian secara terus (direct) dan prestasi yang tinggi. Pemacuan
fail sistem ini juga menyokong penggunaan nama yang panjang dan terbuka, seni
bina bermodul untuk penambahan di masa akan datang.
iv. Menyokong WDM; yang mana membenarkan peranti yang menyokong WDM
dapat 'dilarikan' di dalam kedua-dua platform Windows 98 dan Windows NT
menggunakan pemacu yang sama.
v. Meningkatkan sistem-wide robustness dan 'cleanup' selepas aplikasi atau pemacu
gaga1 berfungsi. Keadaan ini menjadikan sistem operasi ini lebih stabil.
vi. Persekitaran konfigurasi dan perkakasan lebih dinamik, yang mana memerlukan
pengguna untuk mengubah dan memulakan semula sistem secara manual.

2.2 Masalah Windows 98 dan Windows M E

Di dalam sistem pengoperasian Windows 2000, Windows NT dan Windows XP,


sistem yang digunakan adalah berasaskan NTFS. Sistem pengoperasian ini memastikan
pengguna akan dibahagikan sama ada admin atau pengguna biasa. Windows 2000,
Windows NT dan Windows XP akan memberikan keutamaan kepada admin untuk
mengawal komputernya. Setiap kali komputer dihidupkan, sistem pengoperasian akan
memberi pilihan sama ada pengguna tersebut adalah pengguna biasa atau admin dengan
memasukkan kata laluan. Bagi admin, ia boleh mengawal supaya pengguna biasa tidak
boleh melakukan beberapa aplikasi seperti memasang perisian, menghapuskan fail dan
sebagainya. Oleh itu, apabila pengguna biasa menggunakan komputer, pengguna tersebut
hanya boleh menggunakan aplikasi tersebut sahaja, tetapi tidak boleh membuat sebarang
perubahan pada sistem pengoperasian.

Berbeza dengan Windows 98 dan Windows ME, setiap pengguna dibenarkan


mempunyai akaun atau profailnya yang tersendiri. Dalam profail tersebut, pengguna
boleh memilih untuk menyusun atur persekitaran Windows nya sendiri. Namun begitu
pengguna lain masih boleh mengubah profailnya atau membuangnya. Setiap pengguna
juga mempunyai kebebasan yang sama untuk memasang perisian, menghapuskan fail dan
sebagainya. Ini merupakan satu kelemahan yang terdapat pada Windows 98 dan Windows
ME. Jadua12.1 menunjukkan perbezaanan bagi Windows yang menggunakan sistem
berasaskan FAT32 dan sistem berasaskan NTFS

Windows FAT 32 Windows NTFS


- Pengguna dibenarkan mempunyai akaun - Admin boleh mengawal pengguna biasa
atau profailnya sendiri. supaya tidak boleh melakukan beberapa
- Pengguna boleh menyusun atur aplikasi seperti memasang perisian,
persekitaran Windows menghapuskan fail dan sebagainya
- Pengguna lain masih boleh mengubah - Pengguna lain hanya boleh
profailnya atau membuangnya menggunakan aplikasi sahaja, tetapi
tidak boleh membuat sebarang
perubahan pada sistem

Jadua12.1 : Perbezaan Windows Berasaskan Sistem FAT 32 dan NTFS


2.3 Pengaturcaraan Windows Socket (Winsock)

Winsock adalah suatu pengaturcaraan aplikasi antaramuka atau application


interface (API) bagi Microsof Windows berasaskan kepada antaramuka
Berkeley Socket yang berfungsi sebagai antaramuka antara tindanan TCPIIP dan
Windows. Winsock merupakan set struktur data dan fungsi-fungsi panggilan yang
diimplementasikan sebagai sambungan perpustakaan sambungan dinamik atau dynamic
link library (DLL). Winsock juga merupakan pengaturcaraan aplikasi antaramuka bagi
fungsi rangkaian. TCPIIP pula disifatkan sebagai 'bahasa pertuturan' bagi setiap
komputer untuk berkomunikasi di antara satu komputer dengan komputer di dalam
rangkaian. Winsock merupakan antaramuka. Ia bukanlah suatu protokol. Ia menyediakan
antaramuka protokol sendiri sepenuhnya yang menyokong aplikasi rangkaian seperti
komunikasi multimedia masa- nyata.

DLL merupakan satu modul kod yang boleh dilaksanakan apabila diperlukan oleh
Windows. DLL dalam windows menyediakan satu kaedah piawai untuk menambahkan
fungsi-fungsi yang baru kepada Windows supaya aturcara Windows dapat
menggunakannya pada masa larian (run time). Contoh Winsocks yang boleh didapati
adalah seperti Trumpe Winsock, Chameleon Sampler, Microsoft TCP/IP -32, IBM OS/2
Warp dan Netcruiser.

WINSOCK.DLL bertindak sebagai satu 'lapisan' di antara aplikasi-aplikasi


Winsocks dengan tindanan TCPIIP. WINSOCK.DLL digunakan untuk menterjemahkan
arahan-arahan yang diterimanya kepada tindanan TCPIIP, seterusnya tindanan TCPIIP
menyampaikan arahan-arahan berkaitan kepada rangkaian komputer berkenaan. Arahan
ini dilakukan apabila suatu fungsi panggilan meminta servis-servis rangkaian, Winsock
akan menterjemahkan permintaan ini kepada permintaan protokol yang lebih spesifik.
Terdapat dua versi bagi Winsock iaitu versi 1.1 dan yang terbaru ialah versi 2.2.
Winsock 1.1 hanya menyokong protokol rangkaian berjenis TCPIIP manakala Winsock
versi 2.2 mampu menyokong multi protokol. Terdapat tiga jenis pengagihan Winsock
seperti yang ditunjukkan dalam Jadua12.2 di bawah :

Perpustakaan Aplikasi Fail-fail Pelantaran


Pautan Dinarnik Pernbangunan
WINSOCK.DLL Winsock 1.1, 16 bit WINS0CK.H Windows 16 bit
WINSOCK.LIB atau 32 bit
WSOCK32.DLL Winsock l . l , 3 2 bit WINS0CK.H Windows 32 bit
WSOCK32.LIB
WS-32.DLL Winsock 2.2,32 bit WINSOCK2.H Windows 32 bit
WS-32.LIB

Jadua12.2: Fail Dan Pelantaran Untuk Tiga Jenis Pengagihan Winsock

2.3.1 Pengaturcaraan Dengan Soket

Pengaturcaraan dengan soket merupakan aplikasi utama bagi pengkomputeran


pelayan pelanggan. Pengaturcaraan ini menggunakan dua jenis aplikasi yang dipanggil
aplikasi pelayan dan pelanggan. Pelayan hanya menunggu permintaan daripada
pelanggan manakala pelanggan pula mencari pelayan dan menghantar data untuk
memulakan komunikasi.
Winsock menyediakan capaian ke pelbagai protokol penghantaran yang
membolehkan pengguna untuk membina aplikasi yang menyokong pelbagai jenis soket.
Winsock juga menyokong pelbagai protokol yang terdapat pada Ipv6. Rajah 2.2
menunjukkan model Sistem Senibina Windows Terbuka (WOSA). Winsock mempunyai
suatu piawaian penyediaan antaramuka perkhidmatan (SPI) antara aplikasi antaramuka
pengaturcaraan dengan fungsi eksport dari Winsock.dll, Ws2.dll dan protokol timbunan.

Aplikasi Antaramuka Pengaturcaraan (API) Winsock

Fungsi Winsock DLL Fungsi


Penghantaran WS-32.DLL Nama

Penyedia antaramuka servis Winsock Penyedia antaramuka servis nama Winsock

Servis Servis Servis Nama Servis Nama


Penghantaran Penghantaran

Rajah 2.2 : Senibina Winsock

Apabila pelanggan mendapat isyarat daripada pelayan, dua pasangan aplikasi


akan diwujudkan iaitu aplikasi berorientasikan sambungan dan tanpa sambungan.
Aplikasi berorientasikan sambungan akan menghantar dan menerima data berbentuk
string dalam bait. Sambungan akan dijanakan antara dua proses sebelum sebarang data
dihantar atau diterima dan penjanaan sambungan hanya perlu dilakukan sekali sahaja,
iaitu pada permulaan komunikasi. Aplikasi sambungan tanpa wayar pula menghantar dan
menerima data dalam bentuk datagram. Bagi aplikasi ini, sambungan perlu dijanakan
antara dua proses setiap kali data dihantar atau diterima.
Jadua12.3 menunjukkan antara fbngsi-fbngsi soket yang digunakan untuk
rnenyempurnakan proses-proses yang terlibat di dalam kedua-dua aplikasi ini.

Nama Fungsi Proses Keterangan


Penyambungan ke connect() Membentuk satu sambungan kepada soket
pelayan yang berkenaan.
Penerimaan accept() Memaklumkan bahawa wujud sambungan.
sambungan pelayan Membina satu soket yang baru dan
menyambungkannya kepada tuan (host)
yang meminta sambungan tersebut.
Memulangkan soket yang asal kepada
keadaan mendengar (listen).
Penghantaran data send() Menghantar data dari satu soket yang
bersambung
sendto() Menghantar data dari satu soket yang
bersambung atau tidak bersambung.
Penerimaan data recv() Menerima data dari satu soket yang
bersambung
Recvfrom() Menerima data dari satu soket yang
bersambung atau tidak bersambung.
Penutupan soket shutdown(), Mengakhiri atau menutup satu hujung bagi
closesocket() satu sambungan soket.
Kawalan status select() Melaksanakan penyegerakkan Input /
output (I / 0 )dengan mengawal status di
pelbagai soket

Jadual2.3 : Proses-proses dalam pembangunan aplikasi soket dengan fungsi soket


Struktur registry dalam Windows 98 tidak banyak berubah dengan registry dalam
Windows 95. Apa yang banyak berubah ialah kod yang mengawal registry lebih pantas
dan lebih tegap serta boleh mengesan dengan cepat apabila masalah timbul dan secara
automatik ia akan distabilkan.

Registry merupakan pusat simpanan bagi segala data konfigurasi. Ia menyimpan


data -data seperti konfigurasi sistem Windows 98, konfigurasi perkakasan komputer,
konfigurasi maklumat tentang aplikasi berasaskan Win32 dan juga profail pengguna.
Sebagai contoh, sebarang perubahan konfigurasi pada perkakasan komputer yang dibuat
melalui peranti Plug and Play secara serta merta konfigurasi dalam registry turut
berubah. Disebabkan kriteria ini, registry menyediakan satu pengasasan untuk pengguna,
sistem dan pengurusan rangkaian dalam Windows 98.

Registry menyimpan data dalam bentuk berhierarki. Ini kerana registry


mengandungi semua keperluan setting untuk konfigurasi memori, sempadan perkakasan
dan komponen rangkaian. Untuk menyelaraskan pengurusan sumber seperti Internet
request (IRQs), alamat 110 dan direct memory accesses (DMAs), Windows 98
menggunakan registry untuk menjejak peranti dan mendapatkan lokasi sumber untuk
kedua - dua peranti Plug and Play, mekanisma ACPI dan peranti warisan.

Pengurusan peranti yang mana dicapai daripada pilihan sistem dalam Control
Panel menyediakan persembahan secara grafik untuk konfigurasi peranti dalam Windows
98. Ia membenarkan segala data yang dimiliki oleh peranti - peranti dapat dipapar dan
diubah. Pengurusan peranti juga turut memaparkan lokasi sumber untuk konfigurasi
peranti. Melalui penyenggaraan maklumat konfigurasi sumber dalam registry, Windows
98 secara automatik mengidentitikan dan menyelesaikan konflik sumber peranti untuk

I peranti Plug and Play.

Registry secara kasar menganalogi fail INI di bawah Windows 3.x, dengan setiap
kekunci dalam registry sama dengan kurungan permulaan dalam fail INI serta nilai
kemasukan registry. Kekunci registry juga boleh mempunyai sub-kekunci. Nilai registry
boleh juga dalam bentuk binari, sementara fail INI menggunakan simple strings.
Sesetengah aplikasi biasanya aplikasi berasaskan 16-bit masih menggunakan fail INI. Fail
Autoexec.bat dan Con$g..sys juga masih digunakan untuk memadankan dengan
komponen sistem real-mode dan membenarkan pengguna mengubah setting sistem
secara lalai. Aplikasi baru yang berasaskan Win32 boleh menyimpan maklumat initialize
dalam registry.

Registry Windows 98 menyediakan faedah - faedah seperti berikut :


1. Menggunakan memori real-mode dan protected-mode yang rendah. Ini
menjadikan proses terjemahan pada masa permulaan lebih pantas dan
meningkatkan prestasi sistem secara keseluruhan.
.11..
Menyokong caching dengan lebih baik. Ini meningkatkan masa yang digunakan
untuk mencari nilai dalam registry.
...
111. Windows 98 secara automatik mengesan punca - punca yang corruption. Sebagai
contoh, sekiranya komputer proses shut down tidak sempurna atau komputer
kehilangan kuasa, Windows 98 secara automatik 'melarikan' Registry Checker
untuk mencari sebarang kerosakan dan menyelesaikan kerosakan tersebut.
iv. Registry checker merupakan satu program penyenggaraan sistem yang mencari
dan menyelesaikan masalah registry. Setiap kali komputer dihidupkan, registry
checker secara automatik mengimbas registry untuk mencari struktur yang tidak
konsisten, sekiranya terdapat masalah registry akan ditukar dengan back-up
registry.
16

v. Pengguna dan pentadbir dibenarkan untuk konfigurasi sistem pada komputer


dengan menggunakan peralatan Control Panel dan lain -lain peralatan
pentadbiran dan ini akan mengurangkan kemungkinan syntactic errors dalam
maklumat konfigurasi.
vi. Dalam Windows 95, had saiz kekunci registry ialah 64 KB. Tetapi tidak lagi
digunakan dalam Windows 98. Ini membenarkan pengguna untuk memasang lebih
banyak aplikasi yang berkongsi dengan dynamic link libraries (DLLs) dalam

2.4.1 Gambaran Keseluruhan Fail Registry

Walaupun secara logikal registry menyimpan satu data, namun secara fizikalnya
ia mengandungi tiga fail yang berbeza yang mana ia menjadikan konfigurasi rangkaian
lebih fleksibel dan maksima. Windows 98 menggunakan registry untuk menyimpan
maklumat dalam tiga kategori utama. Jadua12.4 di bawah menyenaraikan fail - fail dan
keterangan bagi setiap kategori.

pengguna, narna pengguna yang log on, desktop setting, start menu
setting dan banyak lagi.
Semasa Windows sedang setup, fail ini secara automatik disimpan
secara tersembunyi dalam direktori \Windows.
ika profail pengguna digunakan, pengguna akan mempunyai setting
~istem.dat Mengandungi maklumat spesifik tentang perkakasan komputer
terrnasuk konfigurasi peranti Plug and Play dan juga application
setting. Ia sentiasa disimpan dalam direktori Windows 98 secara
tersembunyi.
Policy.pol Polisi sistem direka untuk menolak sebarang setting yang
mengandungi dua komponen registry yang berlainan. Polisi sistem
mengandungi tambahan data spesifik untuk persekitaran rangkaian
dan kumpulan yang dibangunkan oleh pentadbir rangkaian. Tidak
seperti fail Sistem.dat dan user.dat, fail ini bukan merupakan
komponen mandatori dalam pemasangan Windows 98.

Jadua12.4 : Fail dan Penerangan

2.5 Kekunci Registry

Setiap cabang dalam registry mengandungi maklumat logikal yang berhubungan


antara satu sama lain. Setiap kekunci akar berbeza dari semua aspek konfigurasi data.
Setiap nama bagi kekunci akar dimulakan dengan "HKEY-" yang bermaksud Key
Handle.

Registry mengandungi kekunci dengan nilainya boleh diubah bergantung kepada


pengguna dan sistem. Agak mustahil untuk menerangkan keseluruhan fungsi - fugsi
setting dalam registry, tetapi di sini diterangkan beberapa penerangan umum tentang
kekunci akar dalam registry.
18

2.5.1 HKEY-CLASSES-ROOT

Cabangan yang terdapat dalam registry ini disimpan dalam fail Sistemdat.
Kekunci ini mengandungi semua data - data yang digunakan untuk menyesuaikan dengan
Windows 3.x dan menyokong Dynamic Data Exchange ( D D E ) . Ia juga mengandungi
semua daftar nama - nama jenis fail dan properties mereka, maklumat tentang Quick
Viewers,property sheet handlers, copy hook handlers dan komponen ActiveX Perisian -
perisian yang dipasang pada komputer juga mendaftarkan fail extension dan juga jenis
fail mereka dalarn bentuk sub kekunci.

2.5.2 HKEY-CURRENT-USER

Kekunci ini mengandungi maklumat konfigurasi profail pengguna yang sedang


menggunakan komputer. Ia turut juga mengandungi maklumat konfigurasi profail
pengguna dengan nilai lalai. Selain itu ia mengandungi semua maklumat yang diperlukan
untuk setup persekitaran pengguna yang khas, seperti sempadan aplikasi, warna skrin dan
sekuriti kebenaran mencapai data. Jadua12.5 di bawah menunjukkan sub-kekunci yang
terdapat dalam kekunci HKEY-CURRENT-USER.

unyi yang mana akan dimainkan apabila sistem mengalami


esuatu keadaan. Sub-kekunci EventLabels mengandungi
fail wave untuk bunyi.
Control Panel Mengandungi sub-kekunci untuk setting controlpanel,
termasuk maklumat yang terkandung dalam Win.ini dan
Control.ini.
~~stallLocationsMRUMengandungi lokasi aplikasi yang kebanyakan dipasang
melalui MRU(most recently used)
Keyboard Layout Mengandungi sub-kekunci yang menyimpan nilai isytihar
untuk keyboard layout, yang mana perlu disetkan pada
pi1ihan di dalam Controlpanel.
Network Mengandungi sub-kekunci yang menerangkan persis dan
kekerapan hubungan rangkaian.
RemoteAccess Mengandungi alamat dan profail sub-kekunci untuk remote
network access.
Software Mengandungi sub-kekunci untuk setting perisian dan
maklumat spesifikasi aplikasi yang disimpan dalam Win.ini

Jadua12.5 : Sub-kekunci dalam kekunci HKEY-CURRENT-USER

Kekunci ini mengandungi data konfigurasi untuk komputer setempat. Maklumat


dalam pangkalan data ini digunakan oleh aplikasi, pemacu peranti dan Windows 98 untuk
menentukan konfigurasi data untuk komputer setempat, tanpa menghiraukan pengguna
yang menggunakan komputer dan perisian yang sedang digunakan. Data konfigurasi bagi
kekunci ini disimpan dalam fail Sistern.dat.
Peranti perkakasan menyimpan maklumat dalam registry secara automatik
rnenggunakan antaramuka Plug andplay. Perisian untuk menjalankan proses pemasangan
pemacu peranti menempatkan maklumat dalam registry menggunakan penulisan piawai
API. Senarai sub-kekunci dalam kekunci ini ditunjukkan pada Jadua12.6 di bawah.

HKEYCURRENT-CONFIG. Koleksi konfigurasi profail


perkakasan untuk komputer setempat. Profail ini boleh
didapati dalam Hardware Pro$les yang boleh dicapai dari

erkakasan dengan sistem.

digunakan dengan program HyperTerminal.


Network Maklumat rangkaian dicipta bila pengguna memasuki
rangkaian komputer yang terdiri daripada nama pengguna,
penyedia rangkaian utama, dan maklumat tentang polisi
sistem.
Security Mengandungi maklumat tentang sekuriti capaian rangkaian,
penyedia rangkaian dan kawalan kebolehan pentadbiran.
Software Maklumat spesifikasi komputer tentang perisian yang
dipasang pada komputer setempat.
Sistem Pangkalan data yang mengawal sistem startup, pemuatan
pemacu peranti, perkhidmatan Windows 98 dan kelakuan
sistem pengoperasian.

Jadua12.6 : Sub - kekunci dalarn kekunci HKEY-LO€AL-MACHINE


2.5.4 HKEY-USERS

Kekunci ini mengandungi semua maklumat pengguna yang sedang menggunakan


komputer termasuk maklumat profail pengguna yang lepas dan juga maklumat lalai.
Maklumat dalam sub kekunci lalai digunakan untuk mencipta profail pengguna dimana
pengguna tersebut tidak mempunyai profail sebelum ini. Jika HKEY-USERS
mengandungi hanya sub-kekunci default, maka dalam kekunci HKEY-CURRENT-USER
menunjukkan (points) kepada kekunci HKEY-USERS. Sub-kekunci dalam kekunci ini
mempunyai sub-kekunci yang sama dengan kekunci HKEY-CURRENT -USER.

Data bagi kekunci ini disimpan dalam fail Sistern.dat. Kekunci ini menunjukkan
konfigurasi sistem yang sedang digunakan. Dimana data ini disimpan dalam
HKEY-LOCAL -MACHINE\Confg\OOOx yang mengandungi konfigurasi perkakasan. x
menandakan nombor konfigurasi. Jadua12.7 menunjukkan senarai sub-kekunci yang
terdapat dalam kekunci HKEY-CURRENT-CONFIG.

I I Spesifikasikan skrin perkataan dan screen setting seperti I


I I resolusi. I
I Enum I Mengandungi sub-kekunci spesifikasi Plug andplay BIOS. I
I
I
Sistem I Mengandungi sub-kekunci senarai pencetak yang wujud.
Jadual2.7 : Sub - kekunci dalam kekunci HKEY-CURRENT-CONFIG
Sesetengah maklumat konfigurasi dalam Windows 98 mesti disimpan terlebih
dahulu dalam RAM kerana ia diperlukan untuk mempercepatkan proses pengubahsuaian.
Semua data ini terdapat dalam kekunci ini. Maklumat di bawah kekunci ini sentiasa
dicipta setiap kali Windows dimulakan. Jadual 2.8 menunjukkan senarai sub-kekunci
yang terdapat dalam kekunci HKEY- DYN -DATA.

ikemaskini konfigurasi sistem berlaku perubahan.

Jadua12.8 : Sub - kekunci dalam kekunci HKEY-DYN-DATA

2.6 Bagaimana Komponen Dalam Windows 98 Mengguna Registry

Registry mengandungi arahan kekunci berpasang dan ia mengabungkan nilai yang


dimanipulasi melalui W in32 Registry Application Programming Interfaces (APIs).
Sebagai contoh, registry mempunyai wallpaper key dengan mengabungkar. nilai
work.bmp, ini bermaksud konfigurasi latarbelakang desktop yang-sedang digunakan
menggunakan work bitmap.
23

Kategori kekunci khas dikenali sebagai dynamic keys menunjukkan kepada lokasi
rnemori atau fungsi callback. Dynamic keys digunakan oleh pemacu peranti atau
subsistem Windows 98 yang memerlukan daftar jenis data dinamik. Secara umum,
dynamic keys digunakan untuk laporan data, bukan untuk penyimpanan dalam registry
disk-based. Ini kerana dynamic keys wujud dalam memori, oleh sebab itu data sentiasa
dikemaskhi dan dapat dicapai dengan pantas.

Kekunci dan nilainya boleh dihasilkan secara program menggunakan Registry


Editor (REGEDIT) tool. Dengan menggunakan Windows 98, sistem operasi menyimpan
dan menyemak konfigurasi maklumat dalam registry kerana kebanyakan setting
konfigurasi semasa sistem start-up. Komponen dan aplikasi Windows 98 juga
menggunakan registry bagi menyimpan dan mendapatkan maklumat konfigurasi berikut

i. Apabila setup Windows 98 di"lariUkan,menggunakan pilihan yang ada pada Add


New Hardware dalam Control Panel, Windows 98 Configuration Manager
menempatkan data konfigurasi perkakasan dalam registry.
ii. Jika Windows 98 dipasang dan ditempatkan dalam direktori yang sama dengan
Windows 3.x, setting desktop yang sebelumnya akan ditukar dari INI fail kepada
registry. Apabila perubahan dibuat pada konfigurasi desktop, setting ini akan
ditambah ke dalam registry.
...
111. Pemacu peranti akan menghantar dan menerima loadparameters dan data
konfigurasi daripada registry. Pemacu peranti perlu melaporkan sumber sistem
yang digunakan supaya sistem boleh menambah maklumat ke dalam registry.
Aplikasi dan pemacu peranti boleh mencapai maklumat registry untuk
menyediakan pengguna dengan smart installation dan program konfigurasi.
iv. Sistem policies, userprofles dan administrative tools boleh digunakan untuk
menambah dan mengubahsuai data konfigurasi dalam registry secara tidak
langsung. Registry Editor boleh digunakan untuk melihat-dan membuat perubahan
pada konfigurasi sistem.
Rajah 2.3 menunjukkan gambaran keseluruhan komponen - komponen dan
aplikasi yang menggunakan registry.

Setup Detection

Hardware data

2
dows 98 Registry
- Load control

Version data and


configuration data
P

Windows 98
kernel

Configuration Resource
use data

Device drivers

Rajah 2.3: Komponen dan aplikasi yang menggunakan registry

2.7 Win32 API

Pembangunan perisian ini akan menggunakan kelebihan - kelebihan fungsi dalam


Win32 API (Application Program Interface) yang merupakan antaramuka di antara
program aplikasi dan tertingkap. Kadang kala ia juga dirujuk sebagai pengaturcaraan
SDK (Software Developer Kit). API adalah terdiri daripada pelbagai fungsi yang
menyediakan perkhidmatan kepada sistem pengoperasian yang diperlukan oleh program
lain. Oleh yang demikian, Win32 API boleh disifatkan sebagai antaramuka pengaturcara
aplikasi dalam pembangunan perisian yang sesuai bagi Windows 98.

Você também pode gostar