Você está na página 1de 6

PENGENALAN.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai masalah atau reaksi telah diterima tentang adakah ICT
mampu meningkatkan kemahiran literasi kanak-kanak untuk boleh membaca dan menulis.
Ada yang berpendapat, mereka mempersoalkan penggunaan komputer yang ‘terlalu awal’
diperkenalkan kepada kanak-kanak.

Perubahan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak


dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembanggunan teknologi. Pemikiran ini
merujuk kepada pandangan pembelajaran itu patut dimanfaatkan teknologi untuk pedagogi
terkini yang lebih perihatin kepada ciri-ciri kanak sekarang.

Penekanan perubahan pendidikan yang dimaksudkan ialah mengaitkan kemahiran abad ke-21
dengan peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pendidikan yang semakin hari
semakin berkembang dan selari dengan abad ke-21 penting untuk menyediakan kanak-kanak
berhadapan dengan dunia di luar bilik darjah. Oleh sebab itu, sistem pendidikan di Malaysia
perlu menghayati kemahiran abad ke-21 dalam konteks piawaian akademik yang teliti.

Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dikalangan kanak-kanak memerlukan


perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah
atau bilik darjah.

Penggunan bahan ICT dama pendidikan awal kanak-kanak terus digalakkan walaupun
perkembangannya agak perlahan. Ini disebab kan perkembangan semasa terus mengubah
pandangan para pendidik tidak kira dimana jua. Guru-guru prasekolah mengunakan kelebihan
ICT adalah untuk mencari bahan, maklumat yang dapat membantu mereka dalam sesi
pengajaran di sekolah. Terdapat banyak sumber yang mudah didapati dan berguna kepada
guru-guru prasekolah.

1
KEPENTINGAN ICT

Kepentingan ICT dalam pendidikan awal kanak-kanak amat perlu dititikberatkan. Walaupun
kaedah dan sistem yang ada cukup untuk membantu dalam perkembangan pelajar prasekolah
dari segi JERI namun kelebihan ICT juga amat berguna dan membantu dalam melincinkan
lagi proses pembelajaran di prasekolah. Terdapat banyak lagi kepentingan kepentingan
antaranya membantu guru mendapatkan bahan pengajaran dan membantu pelajar untuk
menjelajah dunia ICT agar tidak ketinggalan dengan arus pemodenan yang pesat. Selain itu,
peralatan ICT seperti komputer amat penting dalam membantu pelajar untuk menjelajah
dunia internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan
perkembangan kognitif kanak-kanak.

ICT merupakan sesuatu yang amat luas pengunaanya dan ini memberikan banyak pilihan
kepada guru prasekolah dalam merancang pengajaran dan pembelajarn didalam kelas.
Pengunaan ICT dapat memberi peluang kepada murid-muriduntuk menentukan haluan dan
kemajuan pembelajaran masing-masing dan mendorong murid-murid terlibat secara lebih
aktif dalam pembelajaran. Selain itu, dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk
menangani masalh sebenar didalam kelas.

KEPENTINGAN LITERASI DAN KEUPAYAAN KOMPUTER.

Kepentingan literasi dan keupayaan komputer menunjukkan bahawa asas yang utama yang
harus diajar kepada kanak-kanak prasekolah ialah kemahiran literasi. Kemahiran ini memberi
penekanan tentang keupayaan kanak-kanak membaca dan menulis dan ia juga melibatkan
kemahiran lain seperti mendengar dan bercakap.

Sebagai contoh, kita boleh melihat perisian seperti KidPad telah dibangunkan bagi
membolehkan mereka berkerjasama menggunakan hiperlinks pada skrin. Kemudian objek
yang dilukis memerlukan mereka menceritakan kaitan dan menjarakkan jalan cerita yang
mereka hasilkan sendiri.

2
Beberapa hasil penyelidikan awal nampaknya menyokong penggunaan komputer dalam
perkembangan literasi kanak-kanak. Kebanyakkan para penyelidik mengaku bahawa
keupayaan kanak-kanak menulis boleh diperkembangkan lagi melalui teknologi ini. Cuma
mungkin perkara yang merisaukan pendidik ialah sebilangan kanak-kanak yang tidak
beberapa cekap menaip dengan papan kekunci akan tertinggal berbandig rakan yang lain.

ISU YANG DIPERKATAKAN.

Walaupun ICT semakin meluas namun terdapat beberapa isu yang semakin meluas di seluruh
Malaysia mahupun dunia. Berdasarkan kajian dan contoh dari negara maju, internet dapat
emmbantu pelajar tidak mengira peringkat umur namun terdapat kebimbangan dikalangan
para pendidik mahupun ibu bapa dimana penggunaan internet hanya akan mendatangkan
kesan negatif kepada kanak-kanak jika tidak dikawal.

Penggunaan internet tanpa kawalan hanya akan mendatangkan kesan buruk tanpa batas dan
termasuklah berborak tanpa tujuan. Penggunaan ICT yang tidak dirancang hanya akan
mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga serta menghalang penggunaan kemudahan ICT
yang lebih produktif dan berkesan dan seterusnya menjurusnya ke arah penyalahgunaan
kemudahan ICT serta mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh murid untuk belajar
sesuatu bidang ilmu.

Sebagai contoh,kita boleh ambik dari Berita Harian,March 1999 iaitu pelbagai kaedah telah
dibuat bagi mengelakkan masalah yang disebabkan dari internet namun perdebatan
mengenainya di kalangan tokoh-tokoh akademik dan pemimpin masyarakat masih berlaku.
Pihak yang menyokong khuatir terhadap kemungkinan kanak-kanak juga terdedah kepada
gejala negatif internet seperti pornografi dan sebagainya.

3
PENYELESAIAN ISU

Terdapat dua penyelesaian yang bagi isu yang sibuk diperkatakan sekarang iaitu para
pendidik mestilah memilih program dalam internet. Terdapat banyak perkara yang perlu guru
pertimbangkan iaitu guru perlulah mempunyai kemahiran mengendali peralatan ICT seperti
komputer serta cara mengakses internet yang betul dan selamat. Guru juga harus memastikan
terdapat keperluan untuk mengguna ICT bukan dibuat secara bidan terjun. Pemilihan laman
web juga penting untuk menentukan laman yang sesuai dengan tahap umur kanak-kanak
tersebut agar kesan negatif dapat dielakkan.

Sebagai guru, adalah penting untuk bijak memilih perisian yang sesuai agar masalah ini tidak
merebak dikalangan kanak-kanak. Saya mengambil sedikit kata-kata dari Prof Madya Mohd
Safar Hashim dari Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata bahawa
pornografi boleh ditapis dan disekat daripada kanak-kanak manakala mereka yang menyebar
bahan unsur fitnah dan khabar angin yang menjejaskan ketenteraman awam boleh dikesan
dan dikenakan tindakan undang-undang.

Penyelesaian isu yang kedua ialah perancangan yang teratur. Antara perancangan yang perlu
dibuat adalah dari segi lokasi peralatan ICT samaada didalam atau diluar kelas. Ini akan
memastikan guru mampu atau tidak untuk menyelia dan memastikan tiada masalah semasa
pelajar menjalankan aktiviti. Selain itu, guru harus menentukan sama ada penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan atau diluar waktu persekolahan.
Seterusnya, guru harus membuat penilaian terhadap bahan ICT seperti komputer dan perisian
yang digunakan oleh kanak-kanak. Guru juga perlu membuat aktiviti yang menyeronokkan
dan mampu menarik minat dan perhatian kanak-kanak pada penggunaan internet dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan produk software untuk kanak-kanak menumpukan
dalam mencari yang paling seronok sambi belajar kemahiran asas.

4
KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh kita lihat ialah sebagai guru prasekolah, adalah penting untuk
mengetahui keperluan pelajar-pelajar mereka. Oleh sebab itu, persediaan dan pengalaman
awal kanak-kanak memerlukan pembelajaran yang terancang, menarik dan relevan dengan
perkembangan semasa serta dapat memenuhi keperluan individu kanak-kanak tersebut.
Seterusnya guru kepada kanak-kanak pada peringkat awal juga perlu lebih kreatif dan
fleksibel dalam pengajaran mereka. Mereka harus peka pada tahap perkembangan dan ciri-
ciri peribadi setiap kanak-kanak dan mengubahsuai teknik pengajaran mereka mengikut
keperluan kanak-kanak tersebut. Penggunaan ICT merupakan salah satu cara untuk
membantu guru untuk mengembangkan komponen-komponen kanak-kanak seperti kreativiti
dan juga komponen lain ke tahap maksimum.

Penggunaan komputer atau bahan ICT telah menjadi agenda penting dalam sistem pendidikan
masa kini bagi melahirkan generasi yang celik komputer. Seiring dengan itu, penggunaan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran kini telah diiktiraf sebagai salah satu
pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas prasekolah disamping pendekatan
“Belajar melalui bermain”, “Bertema’ dan “Bersepadu”. Namun begitu, pendekatan ICT dan
penggunaan komputer masih belum mendapat perhatian yang menggalakkan dan sebagai
guru prasekolah, kita perlu berusaha untuk mengambil kesempatan ini untuk
mempertingkatkan lagi pendekatan ini supaya kanak-kanak prasekolah akan mendapat
manfaat yang maksimum daripadanya. Komputer juga mampu membantu kanak-kanak
uantuk berinteraksi dengan kanak-kanak dari luar neara serta memperolehi maklumat dari
seluruh dunia dan ini meningkatkan lagi kepentingannya dalam kehidupan kita. Oleh itu, guru
harus mengambil tanggungjawab ini untuk meningkatkan potensi dan kecekapan kanak-
kanak dalam penggunaan ICT dan melibatkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman
pembelajaran yang positif yang baru.

5
BIBLIOGRAFI

1) Majalah Pa& Ma, Oktober 2007, halaman 84-85.

2) www.tutor.com.my

3) www.scribd.com/doc/74/2926/it-dalam-pengajaran-PAKK

4) http://www.literacytrust.org.uk/.

Você também pode gostar